Bila aku membaca sirah-sirah Rasulullah S.A.W yang dibaling batu oleh penduduk kota Thaif bertalu-talu sehingga berdarah ketika ingin menyebarkan agama Islam, aku menangis. Bila aku baca sirah Rasulullah S.A.W dibaling batu oleh Utbah Abu Waqqas ketika perang uhud sehingga patah gigi banginda Nabi S.A.W aku menangis.
Bila aku baca sirah Rasulullah S.A.W yang menahan sakit selama sebulan dibahagian bahu akibat ditetak oleh Abdullah dengan pedang, aku menangis. Bila aku baca sirah wajah Rasulullah S.A.W berlumuran darah akibat ditetak dengan pedang di kepalanya sehingga pecah perisai kepalanya, aku menangis. Bila aku baca sirah Rasulullah S.A.W diludahi oleh kaum kafir quraisy, aku menangis.
Bila aku membaca sirah Rasulullah S.A.W dibaling dengan tahi unta ketika solat oleh Uqbah Abu Muaith, aku menangis. Bila aku membaca sirah Rasulullah S.A.W dibuli dan ditertawakan ketika awal dakwahnya oleh Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abu Mu’aith, aku menangis. Bila aku membaca sirah Rasulullah S.A.W mengikat perutnya dengan batu untuk menahan rasa lapar, aku menangis.
Sungguh besar pengorbanan mu Ya Rasulullah S.A.W. Ketika sahabat bertanya pada Rasulullah S.A.W siapakah yang paling rinduinya. Baginda menjawab sungguh dia merindukan kita semua di akhir zaman. Baginda selalu merisaukan kita malah mendoakan kita di setiap solatnya. Walaupun ketika di hujung hayatnya Baginda Nabi S.A.W masih memikirkan kita semua.
Walaupun telah dibangkitkan ketika pada hari kebangkitan, bukan Sayyidatina Siti Aminah, bukan Sayyidatina Khadijah, bukan Sayyidatina Fatimah, bukan Sayyidatina Aisyah, bukan Sayyidina Hussin dan Sayyidina Hassan, bukan Saidina Abu Bakar, bukan Saidina Umar, bukan Saidina Ali, bukan Saidina Uthman dan bukan Saidina Bilal Bin Rabbah ditanyakan dan dicari oleh Rasulullah S.A.W.
Tetapi kita ummatnya akhir zaman yang dicari Rasulullah S.A.W. Lebih menyedihkan bila melihat segelintir anak-anak muda beragama islam hari ini lebih mengidolakan artis-artis kafir berbanding Rasulullah S.A.W.
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment