Tuesday, January 15, 2013

WALIYULLAH YANG BERPUASA SEJAK LAHIR

Bismillahhirrahmannirrahim

Salamun Qaulam Mirrobbir Rahim..... 
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad 
Perbanyakkan Selawat Hari iNi. 

Salam Jumaat penghulu segala hari. Dibulan dan hari yang mulia Ramadhan ini, siapa sangka kita sudah berada di hujung bulan Ramadhan yakni 29 ramadhan 1441 Hijriah. Di pagi yang barokah ini saya nak kongsikan satu kisah yang mungkin tak semua orang akan mempercayainya. 

Di Maroko terdapat seorang Waliyullah Qutub Aqhtab (Pemimpin para Wali Allah) yang bernama Syeikh Sayyid Abu Abdillah Abdussalam Ibn Masyisy yang lahir pada tahun 559 Hijriah bertepatan dengan 1198 Masehi dan wafat pada tahun 622 Hijriah (1261 M). Beliau adalah seorang Waliyullah berketurunan dari Rasulullah S.A.W dan juga merupakan guru dari tiga orang Wali Quthub yang terkenal:

1. Syeikh Sayyid Ahmad al-Badawi. (Tokoh Sufi dan murid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani). 

2. Syeikh Ibrahim Ad-Dusuqi. (Pengasas Tarekat Dasuqiyah - Badawiyah). 

3. Syeikh Abu al-Hasan Ali bin Abdillah as Syadzili (Pengasas Tarekat Syadziliyah). 

Kisahnya bermula apabila Sulthonul Auliya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mendengar suara hatif (bisikan ruhani), “Ya Abdul Qadir, pergilah ke negeri Maghribi (Kota Maroko) kerana sesungguhnya akan lahir pada hari ini seorang Wali Qutub di kota tersebut”. 

Maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pun pergilah ke sana dan pergi ke rumah ibu bapa Wali Qutub yang baru lahir itu. Ketika sampai di sana Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani memberikan salam dan berkata pada bapa bayi tersebut, “Tolong perlihatkan anakmu kepada ku!”

Sayyid Masyisy yang mengenali kewalian Syeikh Abdul Qadir lantas menunaikan permintaan Syeikh Abdul Qadir dan memperlihatkan anaknya seorang demi seorang. Tetapi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata bukan mereka yang ku maksudkan. Dan Sayyid Masyisy berkata, “Jika kesemua anakku ini bukan mereka yang engkau ingin lihat maka hanya tinggal seorang saja anakku, tetapi dia baru saja dilahirkan hari ini”.

Syeikh Abdul Qadir berkata, “Ya , dia lah anak yang inginku lihat.” Maka diberikanlah bayi yang bernama Syeikh Abdissalam Ibn Masyisy kepada Syeikh Abdul Qadir. Beliau mendukung bayi itu dan mengusap-usap kepalanya sambil mendoakanny lalu Syeikh Abdul Qadir pun memberikan semula bayi itu dan beredar pergi. 

Hari demi hari berlalu tibalah bulan Ramadhan. Setiap kali ibunda Syeikh Abdissalam Ibn Masyisy ingin menyusukannya, beliau terus menolak dan tidak mahu, walaupun telah cuba berkali-kali untuk disusukan namun bayinya tetap menutup mulutnya. Pada hari pertama ibunya tidak merasa terlalu pelik, tetapi dari hari mula ramadhan sehinggalah penghujung ramadhan bayinya tetap tidak mahu menyusu melainkan berkumandangnya azan maghrib, SubhanAllah. Demikianlah tanda kewalian Syeikh Abdissalam Ibn Masyisy yang telah terlihat semenjak bayi lagi. 

Syeikh Abdissalam Ibn Masyisy ada beberapa peninggalan yang begitu berharga antaranya adalah selawatnya. Adapun selawat tersebut seperti berikut :

بسم الله الرحمن الرحيم 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مَنْ مِنْهُ انْشَقَّتِ اْلاَسْرَارُ.وَانْفَلَقَتِ اْلاَنْوَارُ.  وَفِيْهِ ارْتَقَتِ الْحَقَائِقُ . وَتَنَزَلَتْ عُلُومُ سَيِّدِنَا اٰدَمَ عَلَيْهِ السّلاَ م فَاَعْجَزَالْخَلاَئِقُ . وَلَهُ تَضَاءَلَتِ الْفُهُومُ فَلَمْ يُدْرِكْهُ مِنَّا سَابِقٌ وَلاَ لاَحِقٌ . فَرِيَاضُ الْمَلَكُوْتِ بِزَهْرِ جَمَالِهِ مُوْنِقَةٌ . وَحِيَاضُ الْجَبَرُوْتِ بِفَيْضِ اَنْوَارِهِ مُتَدَفِّقَةٌ . وَلاَ شَيْئَ اِلاَّهُوَ مَنُوْط اِذْ لَوْلاَ الْوَاسِطَةٌ لَذَهَبَ كَمَا قِيْلَ الْمَوْسُوْط . صَلاَةً تَلِيْقُ بِكَ مِنْكَ اِلَيْهِ كَمَا هُوَ اَهْلُهُ . اَللَّهُمَّ اِنَّهُ سِرُّكَ الْجَامِعُ الدَّالُّ عَلَيْكَ وَحِجَابُكَ اْلاَعْظَمُ اْلقَائِمُ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ . اَللَّهُمَّ أَلْحِقْنِى بِنَسَبِهِ . وَحَقِّقْنِىْ بِحَسَبِهِ . وَعَرِّفْنِىْ اِيَّاهُ مَعْرِفَةً اَسْلَمُ بِهَا مِن مَوَارِدِ الْجَهْلِ . وَاَكْرَعُ بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْفَضْلِ . وَاحْمِلْنِىْ عَلَى سَبِيْلِهِ إِلَى حَضْرَتِكَ حَمْلاً مَحْفُوْفًا بِنُصْرَتِكَ . وَاقْذِفْ بِىْ عَلَى الْبَاطِلِ فَأَدْمَغَهُ . وَزُجَّ بِىْ فِيْ بِحَارِ اْلاَحَدِيَّة . وَنْشُلْنِيْ مِنْ اَوْحَالِِ التَّوْحِيْدِ . وَأَغْرِقْنِيْ فِيْ عَيْنِ بَحْرِ الْوَحْدَةِ حَتَّى لاَأَرَى وَلاَ اَسْمَعَ وَلاَ اَجِدَ وَلاَ اُحِسَّ اِلاَّ بِهَا . وَاجْعَلْ حِجَابَ اْلاَعْظَمَ حَيَاةَ رُوْحِىْ وَرُوْحَهُ سِرَّ حَقِيْقَتِىْ وَحَقِيْقَتَهُ جَامِعَ عَوَالِمِيْ بِتَحْقِيْقِ الْحَقِّ اْلاَوَّلِ . يَا اَوَّلُ يَاآخِرُ يَاظَاهِرُ يَا باَطِنُ . اِسْمَعْ نِدَائِى بِمَا سَمِعْتَ بِهِ نِدَاءَ عَبْدِكَ زَكَرِيَّا عَلَيْهِ السّلاَمُ . وَانْصُرْنِيْ بِكَ لَكَ . وَاَيِّدْنِيِْ بِكَ لَكَ . وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَكَ وَحُلْ بَيْنِىْ وَبَيْنَ غَيْرِكَ . اَللهُ اللهُ اللهُ . إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآَنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ . رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً . إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا . صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلاَمُهُ وَتَحِيَّاتُهُ وَرَحْمَاتُهُ وَبرَكَاتُهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَعَلَى آلِه وَصَحْبِهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الْمُبَارَكَاتِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رب العالمين 

Makam Syeikh Abdissalam Ibn Masyisy terletak di puncak gunung Jabal Alam Morocco Utara , Beliau menghabiskan penghujung usianya selama 20 Tahun beribadah dan berkhalwat di atas gunung Jabal Alam. 

Bissirril Al-Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment