Ada satu kisah dimana pada suatu pagi Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sedang tidur sehingga hampir tamat waktu untuk solat subuh.
Ketika itu tiba-tiba ada seekor kucing datang kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang sedang nyenyak tidur. Kucing itu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pun terjaga dari tidurnya. Bangun saja dari tidur beliau terus tergesa-gesa kerana waktu subuh hampir terbit matahari lalu bersegeralah beliau mendirikan solat subuh pagi itu.
Apabila selesai sahaja beliau bersolat, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi. Dengan kelebihan kasyaf yang Allah beri padanya, Beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya adalah jelmaan syaitan.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pun bertanya, “Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku untuk solat subuh sebentar tadi?”
Kucing itu menjawab, “Kamu adalah seorang yang terkenal kerana ketaatan mu kepada Allah seperti mana yang diketahui oleh rakan-rakan syaitanku yang lain. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, aku akan jelaskan kepadamu”.
Lalu kucing tersebut menyambung, “Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi dan solat taubat sebagai penebusan kerana terlajak tidur untuk solat subuh, Jadi sebab itu aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka'at sahaja."
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment