Mengapa Semua Putra Rasulullah S.A.W Wafat Sebelum Akil Baligh?
Seperti yang kita ketahui Rasulullah S.A.W mempunyai 3 orang Putra, Yang pertama Sayyidina Al-Qasim Bin Muhammad yang wafat pada usia 2 Tahun, Yang kedua Sayyidina Abdullah Bin Muhammad yang juga wafat ketika kecil , Al-Qasim dan Abdullah adalah anak Sayyidina Rasulullah S.A.W bersama Sayyidatina Siti Khadijah R.a. Dan yang ketiga adalah Sayyidina Ibrahim Bin Muhammad yang wafat ketika berusia 17 bulan. Dilahirkan oleh Sayyidatina Maria Al-Qibtiyyah.
Sebagaimana yang saya telah beritahu , Putra-putra Rasulullah S.A.W (Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim) semuanya wafat ketika masih kecil, Dan itu bermakna keturunan Rasulullah S.A.W menerusi anak lelakinya tiada . Keturunan Rasulullah S.A.W diteruskan melalui putrinya Sayyidah Fatimah Az-Zahra yang berkahwin dengan Sayyidina Ali Bin Abi Thalib.
Jadi mengapa agaknya Keturunan Nabi S.A.W hanya dari puterinya tetapi bukan dari putranya, dan mengapa pula Allah takdirkan setiap putra Rasulullah S.A.W diwafatkan sewaktu masih kecil?
Seperti yang kita ketahui semua yang berlaku ada Hikmah-Nya dan Allah adalah Sebaik-baik Perancang serta Lagi Maha Mengetahui....
Nabi Muhammad S.A.W telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai Penutup Nabi dan Rasul ataupun yang terakhir. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 40 :
"...Tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Oleh kerana itu , Seandainya putra-putra baginda Nabi S.A.W membesar sehingga dewasa , Maka mereka tidak akan mungkin menjadi Nabi , Sepertimana Nabi-nabi yang lain mempunyai putra-putra yang menjadi nabi, Seperti Nabi Ibrahim Al-Khalil yang mempunyai putra Nabi Ismail A.s dan Nabi Ishaq A.s , Nabi Ya'qub putranya Nabi Yusuf dan Nabi Daud A.s putranya Nabi Sulaiman A.s . Oleh itu
Allah mewafatkan putra-putra Rasulullah S.A.W agar kehormatan dan keutamaan Baginda sebagai Pemimpin/Penghulu Para Nabi dan Rasul (Sayyidul Anbiya' wal Mursalin) tetap terjaga.
Asbab keturunan Rasulullah S.A.W diteruskan oleh anak perempuan baginda , kerana wanita tidak pernah ada yang menjadi Nabi.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Memang benar Rasulullah S.A.W inginkan lelaki anak lelaki , Anak pertama dan kedua Nabi S.A.W adalah lelaki , Tetapi wafat pada usia belum akil baligh . Manakala anak ketiga hingga keenam adalah perempuan , Sehinggalah anak Nabi S.A.W yang terakhir barulah mendapat anak lelaki iaitu Ibrahim. Tetapi juga wafat ketika kecil. Melahirkan anak lelaki adalah simbol kebaikan, kehormatan dan kemuliaan di jazirah Arab , Dan para Raja-raja juga inginkan anak lelaki kerana dengan memiliki anak lelaki (putra) bererti melestarikan garis keturunan (nasab) sang ayah. Bagi kaum quraisy jika anak lelaki tiada atau meninggal maka terputuslah keturunannya iaitu 'Abtar" , Abtar ini adalah satu penginaan buat mereka kerana tiada anak lelaki. Ada pepatah Arab yang menyebut "Orang yang tidak ada anak lelaki, maka dia tiada sebutan baginya". Namanya tidak disebut lagi dan `bin-nya' terputus, yakni keturunannya habis setakat itu.
Sebab itulah Turunnya Surah Al-Kautsar . Surah ini turun berkaitan kewafatan putra Nabi S.A.W dan untuk menjawab penghinaan Aish bin Wail , Abu Lahab dan Abu Jahal yang menghina dan memerli baginda Nabi S.A.W kononnya Nabi S.A.W tiada ataupun terputus keturunan/penerus legasi , Kerana tidak mempunyai putra yang kesemuanya wafat ketika kecil. Dengan penghinaan itu Baginda Nabi S.A.W merasa sedih. Lalu Allah turunkan surah Al-Kautsar yang mempunyai 3 ayat untuk menghiburkan Hati Nabi S.A.W.
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (Wahai Muhammad) nikmat yang banyak (Dunia dan Akhirat)."
"Maka dirikanlah solat semata kerana Tuhanmu dan berkorbanlah."
"Sesungguhnya orang-orang yang membenci engkau (Wahai Muhammad) dialah yang terputus ”.
(Surah Al-Kautsar : Ayat 1-3)
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment