Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seperjuanganku semua. Adakah kita hendak mencari cincin yang sudah di jari dan perahu sudah di air? Barangsiapa yang masih mencari-cari Allah itu, adalah mereka-mereka yang belum mengenal Allah. Allah itu, umpama barang yang sudah di atas bahu, kenapa masih perlu mencari untuk dipikul. Allah itu umpama cincin sudah dijari, kenapa masih perlu mencari untuk dipakai? Perahu sudah di air dan dayung sudah di tangan, apa lagi hendak dicari? Sekiranya masih mencari-cari Allah, bererti tuan-tuan masih belum mengenal Allah. Allah pada makluman tuan itu, belum nyata dan Allah pada pengetahuan tuan itu, belum jelas, itulah sebabnya tuan-tuan masih dalam keadaan mencari-cari Allah.
Tuesday, May 3, 2016
SILATURRAHIM ANTARA NON MUSLIM
SILATURRAHMIN dengan NON MUSLIM dapat terjadi jika DAPAT MELIHAT ALLAH pada diri NON MUSLIM. Hadis Rasulullah Saw: “Barang siapa melihat kepada sesuatu dan tidak dilihatnya ALLAH didalam sesuatu itu maka penglihatannya itu BATHIL yaitu SIA-SIA”. Yang selanjutnya di perkuat lagi oleh para sahabat: Sayyidina Abu bakar RA: Tidak aku lihat sesuatu melainkan kulihat Allah sebelumnya. Sayydina Umar RA: Tidak aku lihat sesuatu melainkan kulihat ALLAH sesudahnya. Sayyidina UTHMAN RA: Tidak aku lihat sesuatu melainkan ALLAH besertanya. Sayyidina Ali r.a Tidak aku lihat sesuatu melainkan aku lihat ALLAH didalamnya. Dan untuk dapat MELIHAT ALLAH PADA SEGALA SESUATU maka harus tahu ILMUNYA yaitu ILMU MA’RIFATTULLAH.
PERINGKAT KIBLAT
Pertama : Kiblat kearah tenggelamnya arah matahari,masuk pada Syariat.
Kedua : Kiblat I’tiqat hati berbetulan dengan Baitullah,masuk kepada Thariqat.
Ketiga : Kiblat I’tiqat hati berbetulan dengan Baitul Ma’mur,masuk kepada Haqiqat.
Keempat : Kiblat I’tiqat hati seakan-akan menghadap muka (wajah) kita kepada Allah Ta’ala masuk kepada Ma’rifat Kamalul Yaqin
PERINGKAT DIRI
1). Diri terdiri: Yang di maksudkan diri terdiri itu ialah jasmani dan yang awalnya di jadikan daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom, inilah asal usul Adam a.s , selepas Adam maka manusia keturunan Adam di jadikan pula daripada benih lelaki dan benih perempuan iaitu dari Di, Wadi , Mani dan Maknikam.
INSAN DAN SIRR
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu adalah dengan Dia? Soalnya di sini siapakah insan itu? Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna. Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudanya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya. Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan. Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan. Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadanya maka mengenal ia nyawanya, siapa mengenal nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal ia akan Allah. Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
PERINGKAT-PERINGKAT MATI SEBELUM MATI
Assalamualaikum… Matikan diri kamu sebelum engkau mati” . MATI YANG PERTAMA” = seolah-olah bercerai Roh dari Jasad.., tiada daya upaya walau sedikit pun jua, hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian…dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaranNya yaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu adalah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu Tubuh Jasad ini kepada yang menanggung amanah yaitu Rohaniah jua. Tarik-lah ‘NAFAS’ itu dengan hakekat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang berarti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin (Roh). Dan pulangkan wujud Roh pada hakekatnya kepada Wujud Yang Qadim. Maka. Setelah sempurna “Mematikan diri yang pertama”.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
“Awal Agama Mengenal Allah”. Mengenal diri sekaligus Mengenal Allah, berlakunya sembah kepada Allah atas kenal, kalau tidak kenal maka itu cuma hanya penat Sia sia hayalan belaka…. MAN ARAFA NAFSAHU FAQAD ARAFA RABBAHU:“Barang siapa mengenal dirinya maka akan kenal pada tuhanNya”. INNALILLAH:“Sesungguhnya kita berasal dari Allah”. WA ILAIHI ROJIUN: “Akan kembali kepada Allah”. Pembuktian sesungguhnya kita berasal dari Allah, kata Allah dalam hadist qudsi: “AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI, AKU INGIN DIKENAL MAKA KUCIPTAKAN MAHLUK (Adam) DAN SEGALA ALAM BESERTA ISINYA” Kata Allah: “AKU INGIN MELIHAT DIRI DILUAR DIRIKU”. Sebenarnya sebelum ada langit dan bumi, sebelum ada syurga dan neraka, dan juga sebelum ada Makhluk, dan Allah pun belum dikenal sudah adakah kita,?…. Dan adanya kita dimana,? Jawab: ADANYA KITA SEMUA IAITU DI DALAM PERBENDAHARAAN ALLAH (di dalam kunhi dzat Allah). Sedangkan Allah masih seorang diri, apakah Ruh kita sudah ada,?
CINTA AHLUL BAIT, TANGGA PERTAMA MENJADI WALIYULLAH
Allah swt berfirman kepada kekasihnya Nabi muhammad saw “katakan kepada ummat-Mu wahai Muhammad, aku tidak meminta balasan apapun kepada kalian atas dakwah-Ku kecuali balasan CINTA kepada keluarga-Ku”
MI’RAJNYA SYAIDDINA AL-FAQIH AL-MUQADDAM MUHAMMAD BIN AL-BALAWY
Murid Sayyidina Al-Faqih Al-Muqaddam Ra, yaitu As-Syeikh Sa’id bin Umar Lihaf selalu menyaksikan Sayyidina Al-Faqih Ra Mi’raj kelangit setiap malam, dan hal ini memang atas perintah Sayyidina Al-Faqih Ra, bilamana beliau melihat sesuatu, maka hal tersebut diberitahaukan kepada Sayyidina Al-Faqih Ra, pada satu ketika Sayyidina Al-Faqih Ra baru turun dari Mi’raj beliau As-Syeikh Sa’id melihat sesuatu yang berkilau berbentuk bulat melekat dibaju Sayyidina Al-Faqih Ra kemudian diambil oleh As-Syeikh Sa’id, kemudian diberitahukannya kepada Sayyidina Al-Faqih Ra, Sayyidina Al-Faqih tersenyum dan berkata; “Wahai Lahif kami mendapatkan yang engkau pegang itu dari langit sedangkan engkau mengambilnya dari bajuku tanpa bersusah payah” Dari As-Syeikh Al-Arif billah Fadl bin Abdullah Ra beliau berkata: “Sesungguhnya onta Sayyidina Al-Faqih Ra mengetahui jalan dilangit sebagaimana jalan di Bumi”.
MAJELIS BELIAU
Sayyidina Al-Imam As-Syeikh Abdurrahman As-Segaff mempunyai majlis yang masyhur dan selalu dihadiri para Wali dan para Rijal Al-Ghaib dari segala penjuru dunia. Ada satu riwayat yang bercerita bahwa beliau sekali waktu pernah didatangi seorang lelaki asing di tengah Majlis beliau yang tiba-tiba berkata kepada beliau:
Subscribe to:
Posts (Atom)