1). Diri terdiri: Yang di maksudkan diri terdiri itu ialah jasmani dan yang awalnya di jadikan daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom, inilah asal usul Adam a.s , selepas Adam maka manusia keturunan Adam di jadikan pula daripada benih lelaki dan benih perempuan iaitu dari Di, Wadi , Mani dan Maknikam.
2). Diri Terperi: Yang di maksudkan diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, iaitu terdiri daripada Rohani, ia berasal daripada Nur atau di sebut juga sebagai daripada Allah dan kembali kepada Allah, tarafnya ialah sebagai ammar Rabbi, Ruhul Yaqazah inilah yang di pegang dan di kuasai oleh Allah di dalan masa tidur dan mati, sila rujuk Al An’am ayat 60 dan Az Zummar ayat 42.
3). Diri Sebenar diri: Yang di maksudkan diri sebenar diri itu ialah Ruhul hayat, yang terdiri daripada Nyawa atau Nafas atau Insan, ia adalah sebahagian daripada Rohani dan dia berasal daripada Nur,diri sebenar dirilah yang dinyatakan oleh Allah sebagai insan yang sempurna, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ” Aku jadikan Insan itu sesempurna-sempurna kejadian”.
4). Diri Tajalli: Yang di maksudkan Diri Tajalli itu ialah Insan Kamil, iaitu insan yang beserta Allah, iaitu Insan beserta Allah (tidak bersekutu) iaitu Insan dari Ruhul Hayat dari sifat qahar, dan dari sifat Kamal itu ialah ujud Wahdaniyah, adapun Insan itu ia bertaraf Zat la yakhluqu, sementara Wahdaniyah bertaraf Zat Yakhluqu, untuk memahami ini perlu faham sifat 20.
Setelah mengenal Diri wajiblah ia Mencuci Dirinya itu (dengan zikrullah).Adapun mereka yang telahpun mengenal dirinya maka bebas Merdeka lah diri yang Sebenar benar diri mereka yang Arif daripada dihukum.
No comments:
Post a Comment