Wednesday, January 14, 2015

MESYUARAT MALAYSIA 1995

Ringkasan Bayan2 di Nizamuddin. Dunia ini darul amal, akhirat darul jazak. Ada beberapa syarat utk amal kita diterima oleh Allah s.w.t : Yakin betul, Tertib betul, Niat betul. Yakin betul bahawa jika ikut perintah Allah maka kita akan berjaya, kalau ikut sunnah Rasulullah s.a.w maka akan berjaya dan jika tidak ikut perintah Allah & sunnah Rasulullah s.a.w maka akan gagal. Kata Maulana Ilyas rah, “Syaitan akan ingatkan keperluan kita yang kecil. Itu perlu buat, ini perlu buat sehingga kita hilang tawajjuh.” Kita kena fikir bagaimana utk maju dlm usaha ini. Asbab utk kita maju dlm usaha:

NASIHAT PROF. HALIM (1999)

Syukur kpd Allah s.w.t kerana walaupun banyak kesilapan dibuat namun Allah s.w.t masih kekalkan kita dlm usaha ini. Syukur kerana Allah s.w.t tidak menjadikan kita org yg melalaikan agama. Kerja dakwah sangat tinggi dan mulia, pemberian dari Allah s.w.t. Kerja ini sgt halus dan penuh dgn usul2. Kalau dibuat dgn betul akan dpt menafaat yg besar dari Allah s.w.t. Utk kerja ini, apa Allah s.w.t beri – kita tidak tertanggung. Ketika haji akhir Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., satu hari dlm Masjid Haram, Maulana Ilyas beri dakwah. Satu org lihat apa yg mereka buat. Maulana Yusuf beri perhatian kpd org itu ttpi Maulana Ilyas terus beri dakwah sbb waktu beri dakwah Maulana Ilyas akan beri tumpuan pada dakwahnya. 

JEMAAH MASJID OLEH HAFIZ IQBAL

(06/07/1999 - sri petaling). Tuan2 yg mulia, di syurga hanya dgn iradah sahaja semua akan berlaku, semua akan terbentuk dan terjadi tetapi di dunia ini hanya akan berlaku dgn iradah dan usaha. Utk wujudkan sesuatu hendaklah kita betul2 niat dan betul2 yakin dgn Allah s.w.t dan kita kena buat usaha yg sungguh2. Diberitakan bahawa Abdullah bin Zubair r.a, bila dia hendak buat sesuatu, dia akan buat usaha dengan bersungguh2 seolah2 dia yang melakukan segala2nya tetapi bila dia solat, lakukan perintah Allah s.w.t, dia lupa dia bukan segala2nya. 

JEMAAH MASJID OLEH PROF HALIM

(06/07/1999 - Sri Petaling). Tuan2 yg mulia, kita dengar karguzari dari beberapa masjid adalah utk mengetahui sedikit sebanyak ttg apa usaha yg telah kita buat dan atas tertib mana/cara mana kita buat kerja kita. Org2 yg mana Allah s.w.t telah gunakan utk buat usaha, yg mana usaha/kerja mereka ini bukanlah hanya setakat bawa org yg tidak solat kpd solat. Bukan itu sahaja. Bukan itu sahaja tahap fikir org yg mula2 buat usaha ini, bahkan fikir risau mereka ialah bagaimana tahap agama yg telah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w, tahap itu dpt dikembali kan oleh seluruh org Islam. Kita kena usaha agar seluruh org Islam dpt usaha dan dpt kembali ke tahap usaha agama yg ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w. 

LIMA AMAL MASJID: PROF HALIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/2000). Allah s.w.t jadikan usaha Baginda s.a.w sbg asbab utk sebarkan agama Allah s.w.t dan utk hidupkan agama Allah s.w.t dlm setiap golongan manusia dlm umat Baginda s.a.w. Agama begitu penting sehingga Allah s.w.t jadikan agama sbg asbab utk dptkan segala jenis kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t kaitkan kejayaan setiap manusia sampai hari kiamat dgn agama yg dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w. Usaha yg Baginda s.a.w buat utk agama ialah dgn mengambil semua lapisan umat bersama2 dgn Baginda. Kehidupan usaha nabuwah Baginda s.a.w adalah selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah mukarramah dan 10 tahun di Madinah munawwarah. 

HAL-HAL YANG DIBICARAKAN KETIKA KHUSUSI

Ada empat hal yang dibicarakan ketika khususi:

1. Iman Yakin
2. Pentingnya shalat berjamaah
3. Pentingnya Dzikir ibadah dan Ilmu
4. Tasykil

BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD-6 SIFAT

(mesyuarat m’sia-nizamuddin- 06/09/2000). Tuan2 yg mulia. Usaha ini tidak ada kena mengena dgn mana2 peribadi. Ia adalah usaha suci murni Nabi s.a.w. Kita buat usaha agama kerana ianya perintah Allah s.w.t. Buat kerja dgn basirah dan dgn basirah akan dapat kefahaman dan istiqamah. Usaha ini adalah untuk islah diri dan hasilnya iman akan meningkat sepertimana peniaga buka kedai utk dpt untung tetapi di waktu yg sama org lain juga akan dpt menafaat. Dakwah adalah untuk kebaikan diri. Jika niat buat usaha ini untuk islah org lain, maka lama2 org itu akan bosan. Jika buat usaha untuk islah orang lain, maka 2 perkara akan berlaku iaitu pertama, marah dan kedua, putus asa. Dia akan marah bila orang tidak ikut dakwahnya. Kedua-dua sifat ini tidak ada dalam diri ambia a.s. 

BAYAN PROF ABDUL HALIM - 5 AMAL

(mesyuarat malaysia nizamuddin - 08/09/98). Kerja agama adalah kerja yang sangat mulia. Oleh itu ia mempunyai musuhnya. Org yang membuat usaha ini sentiasa ditipu daya oleh syaitan supaya meninggalkan kerja yg suci murni ini. Oleh itu org tua2 kita di masjid Banglawali telah memanggil org tggjwb di seluruh dunia supaya mereka dapat membuat kerja dgn satu cara dan satu kaedah yg betul. Tujuan usaha ini dibuat supaya 6 prinsip dapat tertanam di setiap hati org2 yg melakukan kerja ini. Melalui usaha ini hakikat kalimah dapat tertanam di jiwa, solat kita dpt mencegah fahsa dan mungkar, kita juga dpt mengingati Allah s.w.t  dlm setiap masa dan keadaan. 

BAYAN MEIJI MEHRAB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/97). Semua manusia akan melalui 3 ketetapan iaitu pertama kematian dan kedua selepas mati segala kedudukan, pangkat, kuasa dan harta tidak akan dibawa sama dan ketiganya hanya amalan sahaja yg akan dibawa selepas kematian. Allah s.w.t telah melantik 124,000 nabi utk memimpin manusia menjalani kehidupannya sebelum kematian. Skrg semua nabi2 itu telah tiada lagi di dunia ini. Jutaan manusia yg mendokong perintah Allah dan melanggari telah mengalami kematian. 

BAYAN MEIJI MEHRAB

(mesyuarat malaysia 1994). Tempoh utk usaha atas akhirat di dunia sahaja. Satu cara yg mudah (persediaan) ditunjukkan oleh Nabi s.a.w atas tujuan itu. Peniaga yang menjalankan cara Nabi s.a.w akan dibangkitkan bersama2 syuhada di akhirat kelak. Si miskin yang redha dan ikut perintah Allah s.w.t dan cara Nabi s.a.w akan masuk syurga 500 tahun dahulu sebelum si kaya. Begitu juga petani dan berbagai cara hidup lagi, jika ikut cara Nabi s.a.w ada kelebihan masing2 dinyatakan dlm hadith. Maksud tabligh: “Segala corak kehidupan ikut cara Nabi s.a.w”. Kata Maulana Ilyas rah., “Setiap kita yang jalankan kerja ini sungguh2 jika tiba waktu ajal ttpi terdapat banyak kesilapan yg dilakukan dlm kerja ini, akan diampunkan oleh Allah s.w.t kerana niat mukmin adalah lebih baik dpd amalnya”.