Wednesday, January 14, 2015

BAYAN MEIJI MEHRAB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/97). Semua manusia akan melalui 3 ketetapan iaitu pertama kematian dan kedua selepas mati segala kedudukan, pangkat, kuasa dan harta tidak akan dibawa sama dan ketiganya hanya amalan sahaja yg akan dibawa selepas kematian. Allah s.w.t telah melantik 124,000 nabi utk memimpin manusia menjalani kehidupannya sebelum kematian. Skrg semua nabi2 itu telah tiada lagi di dunia ini. Jutaan manusia yg mendokong perintah Allah dan melanggari telah mengalami kematian. 

Selepas kematian  manusia tidak akan membawa harta, kedudukan, pangkat ttpi hanya membawa amalan mereka sama ada yg baik atau yg buruk. Manusia tidak boleh membuat pilihan utk membawa amalan yg baik sahaja. Terdapat tiga lagi ketetapan yg semua manusia pasti melaluinya. Ketetapan ini semuanya Allah telah nyatakan di dalam Zabur, Taurat, Injil dan Quran. Pertama ialah apabila manusia telah mati dan pergi ke alam akhirat, kematian tidak akan dtg lagi. Kedua ialah apb manusia telah menemui maut, dia tidak akan kembali semula ke dunia dan ketiga kehidupan manusia di alam akhirat bergantung kpd kehidupan dunia. 

Apabila ia membuat amal baik di dunia ia akan mendpt ganjaran dan nikmat yg selama2ya dlm kehidupan akhirat. Sebaliknya jika ia langgar perintah Allah ia akan menerima kecelakaan dan kebinasaan. Seorg yg tertipu dalam kehidupan dunia ini maka ia akan mendapat bala dan azab di kehidupan akhirat yang mana tidak ada seorang pun yang dapat menolongnya. Jika seorang mendapat kedudukan yang tinggi di dunia ini seperti menjadi raja dan ia membawa agama dalam pemerintahannya maka ketika semua manusia dalam keadaan nafsi-nafsi ia akan mendapat kejayaan di sisi Allah s.w.t. Begitu juga apabila seorang fakir bawa agama yang sempurna dalam kehidupannya maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari orang kaya yang sama amal dengan dia. 

Setiap ummat ini sebenarnya bertggjwb untuk membawa manusia menuju kepada kehidupan yang berjaya di kehidupan akhirat. Maksud hidup orang Islam hari ini rata2hanya utk mendapatkan dunia semata-mata. Oleh itu untuk membetulkannya usaha yg bersungguh2 perlu dibuat. Dengan itu mereka ini perlu dibawa keluar di jalan Allah selama 4 bulan dan 40 hari. Semasa dalam keluar jalan Allah itu manusia akan menambahkan fikir masalah dirinya, keluarganya, jiran2nya, apa yang berlaku dalam kubur, fikir utk mentaati perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Apabila jemaah yang sampai di sesuatu tempat itu mereka akan berusaha berjumpa dengan setiap manusia dan bawa mereka ke masjid dan terangkan kemenafaatannya untuk amal agama dan kerugian2 tinggalkan suruhanNya. 

Dgn ini apabila seorg keluar 4 bulan dan membuat amalan2 ini maka Allah akan menambahkan hakikat kehidupan akhirat kepadanya. Seterusnya ia akan membuat keputusan bahawa usaha dakwah sbg tugas utama ia lahir di dunia ini dan ia akan menyempurnakan cillah tahunan nya 40 hari atau 4 bulan. Apabila seseorg itu telah balik 40hari/4bulan ia akan membentuk jemaah masjid dgn memberi penerangan kpd ahli khariahnya utk membuat persiapan menghadapi kehidupan akhirat. Jika ia tidak membuat persiapan akhirat ia akan menangis hingga akan mengeluarkan air mata darah dan tiada siapa pun yang dapat membantu mereka dlm kehidupan akhiratnya. Di samping itu ahli masjid perlu disediakan utk membuat kerja di marhallah, bagaimana hendak menyediakan orang lain untuk membuat persiapan sebelum menuju kehidupan akhirat. 

Mrk yang telah bersedia itu perlu dibawa utk bermesyuarat dan menetapkan gasht pertama setiap minggu dan gasht kedua di masjid jiran. Mrk juga perlu disediakan tiga2 org utk berjumpa org di marhallah untuk khususi dan menerangkan kepentingan membuat persiapan akhirat. Di samping itu perlu ditetapkan pembacaan ta’alim fadhail di masjid dan targhib juga utk mereka menghidupkan ta’alim harian di rumah masing2 dan tetapkan keluar tiga hari setiap bulan. Semua amalan itu perlu dibuat dengan bermesyuarat. Semasa membuat umumi gasht perlu dibuat dgn zihin. Masa dan waktu gasht ditetapkan iaitu waktu mana lelaki yg akhil baligh paling ramai berada di rumah masing2.

Persiapan hari gasht umumi perlu dimesyuaratkan sehari sebelum hari gasht atau selepas solat Asar hari gasht tersebut. Dlm mesyuarat itu ditetapkan siapa yg akan mengambil bahagian dlm gasht. Semua karkun dipastikan dpt dtg dlm solat Asar di marhallah mereka jika gasht dibuat di antara Asar hingga Isyak. Iklan perlu dibuat dgn jelas selepas solat Asar akan kepentingan gasht supaya mengingatkan org tempatan utk mengambil bahagian dlm gasht. Targhib perlu dibuat kpd ahli jemaah yg hadir dlm masjid. 

Jika ia mempunyai takazah, sediakan supaya ia korbankan takazah utk sama2 membuat usaha ziarah. Jika ia tidak sedia maka jgn biarkan dia balik tanpa ada hubungan dgn usaha dakwah. Beritahu org awam selepas mereka kembali ke rumah supaya cepat2 dtg semula ke masjid utk sama2 membuat gasht. Jika bilangan karkun yg mengambil bahagian ramai, bentuk 4 atau 5 jemaah selepas lantik amir jemaah. Lantik seorg rahabah dan muzakarah dgn rahabah dan mutakallim cara apa yg perlu dicakapkan semasa gasht.

Percakapan adalah seperti berikut, “Tuan, kami datang berjumpa tuan semata-mata kerana Allah. Kami hendak memberitahu satu usaha yang sangat tinggi sedang diadakan di masjid iaitu bagaimana hendak membuat usaha atas iman. Iman adalah satu perkara yang sangat penting. Seorang yang mati membawa iman sebesar zarah, Allah akan memberi syurga sepuluh kali besar dunia ini. Untuk maksud itu tuan kami ajak ke masjid sekarang juga”.

Di dlm masjid ada yg takrir dan berzikir dan seorg istiqbal. Apb azan, majlis takrir dihentikan. Slps solat seorg beri iklan. Mrk yg hadir solat pujuk dgn senyap2 org itu utk bergerak kpd org yg bercakap (bayan). Org yg bayan ia bolehlah bercakap kepentingan amal agama dan kerugian tinggalkan agama. Terangkan kebesaran Allah dan kepentingan keluar ke jln Allah. Mrk yg telah sedia mesyuaratkan tarikh ia keluar sama ada 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. 

Dlm bayan gasht mingguan, selepas bayan diadakan juga targhib kepentingan usaha tempatan termasuk usaha di kalangan wanita dan anak2. Jika kita buat spt ini selama 6 bulan, maka 100% agama akan hidup di marhallah kita. Usaha dakwah ini spt musim. Jika musim sejuk tiba semua akan menerima rasa sejuk. Jika amalan jemaah masjid kuat sama ada di kalangan lelaki dan wanita, maka org yg melanggar perintah Allah juga akan terkesan dgn suasana itu dan mereka akan bertaubat seterusnya mendokong semua perintah Allah.

3 perkara jika ada dalam hati orang Islam, perjalanan hidup manusia akan betul:

1). Org Islam perlu menanamkan di dlm hati bhw perkara iman adalah mustahak. Semua perintah Allah diturunkan di Madinah kecuali solat yg diturunkan di Mekah. Iman ialah menanamkan keyakinan di dlm hati hanya Allah yg berkuasa dan selain dpd Allah tidak boleh berbuat apa-apa.

2). Masalah akhirat adalah perkara yg pasti berlaku dan semua manusia akan menempuhi sama ada dia sedia atau tidak.

3). Perlu mewujudkan di dalam hati orang Islam cuma berharap kepada Allah.

Utk menyelesaikan masalah hidup di dunia Allah telah turunkan agama yg sempurna iaitu keseluruhan perintah Allah dan cara yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Baginda telah menunjukkan cara bagaimana membuat usaha atas iman. Usaha agama dihidupkan dgn mengajak manusia dtg menghidup kan jemaah masjid. Untuk membangunkan jemaah masjid targhib perlu dibuat pada hari gasht dlm bayan selepas tashkil. Jemaah tunai 3 hari, 40 hari, 4 bulan perlu ditarghib dengan kasih sayang. Rakan seusaha memberi masa 2½ jam setiap hari pergi berjumpa dengan jiran2 di marhallah kita dan targhib bagaimana mereka boleh menghidupkan taalim di rumah bersama isteri dan anak2. 

Mrk juga ditarghib dpt melibatkan diri dgn taalim di masjid. Menyempurnakan tasbih 300 pagi dan 300 petang dan dpt hadir gasht pertama awal dan melapangkan masa bersama2 gasht kedua. Seterusnya memberi masa 3 hari setiap bulan utk pergi ke masjid atau surau lain bagi membawa usaha agama di situ. Seterusnya ditarghib juga supaya mrk dpt bagi masa setiap hari membaca Al-Quran. Dlm membuat ziarah rumah ke rumah semasa 2½ jam, bentuk fikir kpd ketua keluarga rumah itu akan kepentingan amalkan agama. Targhib untuk dtg solat jemaah di masjid dan faedah jikalau ia dpt menghidupkan amalan itu. Seterusnya targhib bagaimana ia dpt menghidupakan taalim di rumah bersama2 isteri dan anak2 mereka. 

Seterusnya sediakan ketua keluarga itu dpa membuat usaha agama dan penjelasan perlu dibuat dgn mudah. Begitulah ziarah perlu dibuat dari rumah ke rumah. Apabila lelaki dan wanita mengamalkan kehidupan suci murni Baginda Rasulullah s.a.w ia akan memberi kesan kpd org2 fasik sehingga org itu akan bertaubat dan mrk akan menjadi wali Allah. Karkun perlu menjadi bunga dan jgn menjadi duri. Dgn ini org2 yg belum melibatkan diri dlm usaha dakwah akan terkesan dan bersedia memberi masa utk sama2 membuat usaha di marhallah kita. 

Maksud mengadakan umumi gasht ialah utk menjelaskan kepada org kampung kita bahawa setiap org perlu membuat persiapan utk hari akhirat. Agama telah sempurna dgn kedtgan Baginda Rasulullah s.a.w. Utk kejayaan manusia di dunia Allah telah turunkan agama yg sempurna. Sebahagian besar org Islam hari ini hidup bebas dan ini satu masalah yg besar. Utk menyelesaikan masalah itu 6 prinsip perlulah dipasakkan di dlm hati setiap org Islam supaya sebati dgn kehidupannya. Maulana Ilyas rah. memberitahu kalau manusia menghabiskan masanya utk belajar iman walaupun sampai ia meninggal ia tidak akan berakhir.

Tiga perkara usaha atas iman:

1. Dakwah kebesaran Allah
2. Dengar dengan penuh perhatian kepada orang yang bercakap kebesaran Allah.
3. Berdoa seperti orang fakir bahawa kita perlu kepada iman.

Semua perintah Allah s.w.t diberikan melalui Jibrail a.s ttpi perintah solat Allah beri kepada Rasulullah s.a.w dgn menjemput ke Sidratul Muntaha sehingga malaikat Jibrail sendiri tidak dapat berjumpa Allah ketika anugerah solat diberikan kepada Rasulullah s.a.w.

Tiga jenis usaha membaiki solat:

1). Apabila melihat org Islam meninggalkan solat kita perlu sedih dan usahakan sehingga mereka dpt menunaikan solat.

2). Betulkan zahir dan batin solat. Dari zahir kita betulkan pembacaan Al-Quran yg dibaca dlm solat dan tanya alim ulamak mengenai masa’il solat. Manakala bagi membetulkan batin solat kita perlu usaha 2 perkara: Seolah2 melihat Allah s.w.t atau Allah s.w.t melihat dan memerhati kita.

3). Selepas solat kita bersyukur kerana kita diberi taufiq untuk menunaikan perintah Allah yg sgt besar. Seterusnya kita perlu beristighfar kerana kita tidak dapat menunaikan solat dgn sempurna.

Letakkan kepentingan dan kedahagaan di dlm hati utk mendapatkan ilmu fadhail dgn lapangkan masa duduk di dlm majlis pembacaan fadhail amal di masjid bagi kaum lelaki dan majlis pembacaan fadhail amal di rumah bagi kaum wanita. Kita perlu luangkan masa utk mengingati Allah pagi dan petang. Dgn ini kita akan dptkan takluk kpd Allah. Jika ini wujud maka kita akan mendpt kejayaan dunia dan akhirat. Seterusnya kita perlu sediakan org lain dpt berzikir 300 pagi dan 300 petang. Memuliakan seseorg di atas darjah iman yg ada pada diri seseorg di mana seseorg yg mempunyai iman sebesar zarah ia akan mendpt syurga 10 kali dunia. Kita perlu melatih diri kita utk melihat kebaikan seorg Islam. 

Apb di hati kita ada nilai org yg beriman maka ia akan mengutamakan hati org Islam dan seterusnya ia akan memberi kesan kpd org bukan Islam. Iman akan sempurna bergantung kpd keikhlasan. Sebelum membuat sesuatu amalan kita perlu semak amalan kita bahawa kita buat semata2 krn Allah. Jikalau ini dapat diwujudkan maka kita akan digolongkan sbg seorg mukhlisin. Usaha utk ikhlas sentiasa dibuat dan didakwahkan kpd org lain utk melakukannya dan doa kpd Allah sbg seorg yg fakir bahawa kita perlu berikhlas. Diri dan harta setiap org Islam adalah bukan milik dirinya tetapi Allah telah beli dgn syurga. Apabila ada takazah utk meninggikan risalah Allah setiap org Islam perlu mengambil tggjwb bagaimana hendak meninggikan kalimah Allah. 

Setiap golongan manusia sama ada dia sbg pekedai, petani, pekerja atau majikan perlu keluar ke jalan Allah bagi meninggikan risalah Allah. Setelah ia menyempurnakan tggjwb itu, kita perlu penuhi keperluan madrasah agama, janda dan anak yatim, masjid. Selepas itu barulah ia boleh melihat keperluan dirinya. Seterusnya setiap org Islam perlu mengimarahkan masjid2 mereka dgn 5 amal iaitu menghidup kan 2 gasht iaitu gasht pertama dan gasht kedua setiap minggu, menghidupkan taalim di masjid dan di rumah setiap hari dan fikir harian di masjid dan keluar 3 hari setiap bulan. Oleh itu kita perlu berdoa semoga Allah terima kita dalam membuat usaha ini. 

Jika Allah terima kita spt Allah terima niat seorg perempuan tua utk membebaskan Nabi Yusuf a.s dari penjara itu pun sudah mencukupi utk kejayaan kita yg gilang-gemilang dlm kehidupan akhirat. Iman adalah satu anugerah Allah yg khusus kepada org yang Allah sangat sayangi tetapi anugerah pangkat dan wang ringgit adalah nikmat umum. Dengan iman manusia akan mendapat kerehatan yang sempurna dalam kubur dan hari akhirat. Satu lagi nikmat yang khusus ialah nikmat membuat kerja agama. Ini nikmat yg sangat istimewa. Seterusnya kita perlu berdoa kpdaAllah semoga Allah tidak sia-siakan usaha kita. Maulana Ilyas memberitahu usaha dakwah yg dianugerahkan kpd beliau adalah ibarat mutiara kurun pertama yg dianugerahkan kpd Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a. 

No comments:

Post a Comment