Wednesday, January 14, 2015

NASIHAT PROF. HALIM (1999)

Syukur kpd Allah s.w.t kerana walaupun banyak kesilapan dibuat namun Allah s.w.t masih kekalkan kita dlm usaha ini. Syukur kerana Allah s.w.t tidak menjadikan kita org yg melalaikan agama. Kerja dakwah sangat tinggi dan mulia, pemberian dari Allah s.w.t. Kerja ini sgt halus dan penuh dgn usul2. Kalau dibuat dgn betul akan dpt menafaat yg besar dari Allah s.w.t. Utk kerja ini, apa Allah s.w.t beri – kita tidak tertanggung. Ketika haji akhir Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., satu hari dlm Masjid Haram, Maulana Ilyas beri dakwah. Satu org lihat apa yg mereka buat. Maulana Yusuf beri perhatian kpd org itu ttpi Maulana Ilyas terus beri dakwah sbb waktu beri dakwah Maulana Ilyas akan beri tumpuan pada dakwahnya. 

Org yg lihat itu kata, “Kamu teruskan apa yg kamu buat, kalau Allah tunjukkan kehebatan usaha ini depan kamu semua, kamu semua akan mati”. Maulana Yusuf cerita pada Maulana Ilyas. Maulana Ilyas kata itu utk menambahkan kekuatan pada kamu semua utk terus maju dlm usaha. Allah s.w.t pelihara tujuh keturunan. Hendaklah buat kerja berterusan sehingga Allah terima (kabuliat). Skrg ini siapa pun tidak boleh kata dia diterima oleh Allah. Di akhirat nanti Allah s.w.t tunjukkan jadi asbab org lain dpt hidayat dari Allah s.w.t krn memenuhi syarat2 Allah s.w.t. Penuh pengorbanan. Letakkan diri kita dahulu dlm apa juga pengorbanan. Maulana Yusuf rah. kata org yg dakwah ttpi apa yg didakwahkan tidak sama maka Allah s.w.t tidak terima. Kehidupan Islam kena dihidupkan dlm diri kita. Sentiasa kena ada di hadapan kita. Kerja ini utk kita. Hidayat utk org lain, Allah s.w.t yg beri. Nur hidayat melalui dakwah Allah s.w.t beri kpd sahabat2 kemudian baru Allah s.w.t sebarkan kpd kaum2 lain.

Maulana Ilyas rah. kata dai yg sebenar ialah yg letak pengorbanan didepannya. Spt org bila bawa pelita, org lain dpt cahaya, diri sendiri tidak dpt ini akan rugi. Letak pengorbanan dgn mesyuarat. Asas agama ialah kehidupan sahabat. Tiga jenis pengorbanan, bukan keluar sahaja. Pengorbanan diri sendiri - Badar. Allah s.w.t gembira dgn Badar. Allah s.w.t ampunkan dosa yg dahulu dan yg akan dtg. Pengorbanan harta – Tabuk (tuntutan harta). Semua sahabat telah korbankan harta. Harta telah jadi timbunan dpn Rasulullah s.a.w. Hadzrat Usman r.a korban 1/3 dpd hartanya sehingga Allah s.w.t beritahu korban Usman r.a. Pengorbanan perasaan – Hudaibiyah. 

Apa-apa yg Rasulullah s.a.w suruh buat, hati mahu atau tidak kena ikut. Allah s.w.t kata kemenangan yg nyata.  3 jenis pengorbanan ini akan terus berada dihadapan kita, dgn ini Allah s.w.t majukan kita. Takazah skrg ialah perasaan kita. Setiap org lama buat kerja di masjid sendiri utk korban perasaan. Kerja2 tempatan hancur ditangan org2 lama. Tidak duduk dlm mesyuarat, tidak buat taalim masjid dan taalim rumah, tidak keluar 3 hari bersama marhallah mereka. Satu hari pengendali2 kerja dihadapan Hadzratji tanya macam mana hendak keluarkan org2. Hadzratji kata semua kamu kena keluar bersama org masjidnya.

Sifat ialah hasil dari usaha (hidupkan 5 amalan). Suasana agama terbentuk dgn kerja tempatan. Jemaah2 keluar adalah hasil kerja tempatan. Kerja ini ialah amanah yg besar yg diberi oleh Allah s.w.t. Kalau kerja maju, akan dimasukkan ke dlm catatan Allah s.w.t. Kerja turun pun akan di masukkan ke dlm catatan Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata kita kena pelihara kerja ini mcm kita pelihara anak2 kita. Kerja agama yg wujud skrg adalah hasil pengorbanan yg besar. Utk bangunkan kerja, org lama beri tumpuan kerja tempatan. Apa2 yg dibuat rujuk pada eldest. Kalau kita anggap kita tahu itu tanda kehancuran. Kalau ini wujud dlm fikiran ini tanda2 kehancuran usaha. Kalau ini yg wujud kita akan terputus dan melencong dari usul, tertib yg sebenar. 

Bulan April yg lalu, safar oleh eldest ke negara2 Afrika. Bai Wahab dan eldest yg lain kata semua kerja rujuk ke Nizamuddin supaya kerja dibuat dgn satu cara. Jgn anggap kerja di Pakistan kecil, mrk sdg menghantar jemaah ke seluruh dunia. Mrk kata kalau hendak buat sesuatu pun rujuk Nizamuddin. Utk pelihara kerja ini, rujuk Sri Petaling. Sri Petaling rujuk Nizamuddin. Syaitan tidak dpt masuk di mana2. Jika ada kekurangan syaitan akan menyerang. Akan berlaku pecah belah. Usaha di rumah kita – Taalim rumah. Pintu masuk agama ke rumah kita. Suasana amal akan wujud. Isteri akan bantu dlm kerja. Jika tiada fikir keluarga akan rosakkan kerja ini. Sahabat2 telah usaha atas keluarga mereka. Sahabiah2 ada jasbah spt mana sahabat. Di akhirat Allah s.w.t tanya org yg paling hampir. Allah s.w.t tidak tanya berapa banyak agama hidup ttpi Allah s.w.t tanya apa pengorbanan dibuat utk bangunkan agama. Nabi2 pun fikir atas keluarga. Melalui wanita fikir anak2 akan diubah. Jemaah2 yg dtg beri nusrah terutama jemaah masturat. Buat kerja dgn usul.

Hasil kerja masturat ialah taalim rumah diwujudkan. Ahli rumah mula solat, zikir & sifat2 baik. Bila hati mereka berubah, mereka lebih maju dari lelaki. Sahabiah dan sahabat sama2 telah korban hingga akhir. Wanita mudah menangis. Kalau menangis kerana agama berapa besar rahmat Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda banyak wanita masuk neraka kerana lidah mereka. Maulana Inamul Hassan banyak fikir mengenai usaha2 di rumah dan keluarga. Beliau kata lubang2 kemungkaran akan ditutup melalui taalim fadhail. Taalim di rumah bawa anak2 kecil sekali. Lupa keluarga kita adalah satu bahaya besar. Mufti Zainal Abidin kata dalam hadith Nabi s.a.w ramai org layak masuk syurga ttpi lupa keluarga di tarik masuk neraka – tumpuan ini amat kurang. Ramai karkun2 lama tinggal usaha krn keluarga. Bawa ahli keluarga bersama usaha. Sungguh2 dlm perkara ini. Ini satu amanah yg besar. 

Mufti Zainal Abidin beritahu bahawa usaha di luar lebih mudah dari usaha tempatan (dlm negeri, dlm bandar dan lebih susah ialah dlm marhallah sendiri dimana perlu pengorbanan dan kesabaran dan lebih susah lagi dlm rumah sendiri). Sesiapa yg boleh buat kerja2 tempatan maka dia boleh buat kerja kerja di luar. Kerja2 tempatan memerlukan acuan cara hidup Rasulullah s.a.w. Baiki dan betulkan hubungan serta rendahkan diri. Rendahkan diri adalah satu perkara yg memang mujahadah dan atas mujahadah inilah Allah s.w.t akan beri hidayat. Kita kena usaha jadikan marhallah kita sbg contoh utk org2 lain. Usaha bersungguh2 perlu diwujudkan. 

Tanya org2 yg arif, kemudian buat dan minta juga bantuan (doa) dari Allah s.w.t, “Ya Allah, kami sudah buat dan sedang buat, bantulah kami”. Jaga amalan kita supaya menjadi contoh kpd org lain. Wujudkan hubungan yg terbaik dgn org2 di marhalah kita sehingga org sayang pada kita. Kita buat pilihan hendak jumpa org. Beri penghargaan pada setiap org, barulah org akan menghargai kita. Kita berhubung dgn org mengikut kedudukannya, sehingga org merasa kita sentiasa bersimpati dgn mereka. Kerja agama perlu dibuat dgn mesyuarat. Kerja agama adalah tggjwb saya dan anggap rakan saya sebagai pembantu usaha agama. Hargai rakan2 kita yg buat usaha agama. Jgn kritik rakan2 kita yg kurang bagi masa. 

Apa yg kita buat banyak, kita rasa sedikit berbanding dgn sahabat2 Nabi s.a.w. Apa yg org lain buat sedikit, kita anggap banyak berbanding dgn org yg tidak buat. Dlm mesyuarat bulanan dan mingguan kena fikir utk tingkatkan 5 amal. Kita kena usaha atas semua golongan umat. Ijtimai qulub/satu fikir utk buat sesuatu perkara. Bila keputusan dibuat, Allah s.w.t akan buat keputusan yg sama. Buang kan sifat assobiyah. Buangkan sifat kibir. Satu hati, satu fikir, kasih sayang, cara yg betul. Istiqamah dan Istiqlas dlm buat usaha. Jgn sangka buruk, Jgn cari keburukan org, Jgn cerita keaiban org. Umumiyat: secara menyeluruh, jumpa semua org. Ijtimai fikir: fikir org mukmin, satu hari akan dimakbulkan. Sabar, taat, buat kerja dgn mesyuarat. Bermesra dgn org tempatan: ambil hati dpt hari. 5 amal mesti dimesyuaratkan dlm mesyuarat harian tiap2 hari. Buat gasht spt Nabi s.a.w buat gasht di Taif. 

Jadikan amalan & akhlak macam Nabi s.a.w. Masjid macam masjid Nabawi, Bandar macam bandar Madinah - 100% hidup suasana agama. Jaga akhlak, muasyarat dan kasih sayang. Sabar, tahamul dan sifat suka memaafkan jaga amal infardi. Jaga nisab. Tingkatkan korban sehingga 1/3. Sambut takazah. Usaha atas keluarga. Ikhlas, istikhlas dan sahih nasehi (cara kerja yg betul). Mengganggap saya tidak tahu dalam usaha ini dan niat utk belajar. Jgn buat perubahan dlm kerja ini. Taat dan sangka baik. Kehidupan sunnah. Nusrah jemaah. Nusrah keluarga yg ditinggalkan. Maksud hidup, cinta akhirat, hidup sederhana dan doa.

No comments:

Post a Comment