(06/07/1999 - Sri Petaling). Tuan2 yg mulia, kita dengar karguzari dari beberapa masjid adalah utk mengetahui sedikit sebanyak ttg apa usaha yg telah kita buat dan atas tertib mana/cara mana kita buat kerja kita. Org2 yg mana Allah s.w.t telah gunakan utk buat usaha, yg mana usaha/kerja mereka ini bukanlah hanya setakat bawa org yg tidak solat kpd solat. Bukan itu sahaja. Bukan itu sahaja tahap fikir org yg mula2 buat usaha ini, bahkan fikir risau mereka ialah bagaimana tahap agama yg telah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w, tahap itu dpt dikembali kan oleh seluruh org Islam. Kita kena usaha agar seluruh org Islam dpt usaha dan dpt kembali ke tahap usaha agama yg ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w.
Allah s.w.t sgt gembira dgn usaha ini yg mana Nabi s.a.w telah bangun bersama2 sahabat buat usaha ini. Iaitu dgn usaha inilah, Allah s.w.t akan sebarkan/amkan hidayat. Org2 yg telah sibukkan diri dalam usaha ini, pertama sekali, Allah s.w.t akan anugerahkan pada mereka ta’aluk, iaitu mereka ada hubungan dengan Allah s.w.t. Pertama sekali, org2 yg buat usaha ini, Allah s.w.t turunkan nur hidayat dlm hati2 mereka. Allah s.w.t beri taufiq pada mereka utk membawa semua perintah2 Allah s.w.t dlm kehidupan mereka. Melalui usaha ini/keputusan dpd usaha ini/natijah daripada usaha ini, Allah s.w.t akan bentuk suasana Madinah. Suasana agama akan terbentuk.
Tiap2 rumah di Madinah Munawarah telah hidup dgn amalan agama. Wanita2 mereka telah dapat iman yg kuat dan amalan yg kuat, zikir, solat dll. Natijah daripada usaha ini, maka Allah s.w.t bentuk satu suasana di mana orang miskin, orang kaya, semuanya, tiap-tiap lapisan masyarakat telah mengamalkan agama yang sempurna pada waktu itu. Allah s.w.t sangat suka dgn usaha dan pengorbanan mereka, maka Allah s.w.t telah jadikan usaha mereka ini sbg perantaraan asbab utk amkan hidayat ke seluruh manusia di seluruh permukaan alam. Rasulullah s.a.w telah libatkan semua sahabat dalam usaha ini. Satu bahagian dpd usaha ini ialah Rasulullah s.a.w telah sediakan sahabat2, diri dan harta mereka untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Sahabat2 yang tinggal di Madinah, pada amnya, mereka berada di jalan Allah s.w.t sepanjang tahun paling kurang 4 bulan. Baki masa 8 bulan lagi, mereka berada di Madinah dan buat usaha makami/usaha tempatan. Dalam membuat usaha tempatan,
Nabi s.a.w telah jadikan masjid sebagai asas. Baki masa 8 bulan di Madinah, bukanlah mereka beri perhatian/tumpuan pada perniagaan, pertanian atau anak-isteri tetapi mereka telah sibukkan diri mereka dlm usaha tempatan. Disamping buat usah tempatan mereka mengendalikan perniagaan mereka, mereka mengendalikan pertanian mereka dan lihat anak-isteri mereka. Di masjid Nabawi, telah terbentuk suasana amalan 24 jam. Halaqah dakwah ttg keimanan sentiasa ada. Dalam halaqah itu mereka memperkatakan tentang kebesaran Allah s.w.t, mereka menyebut tentang perjuangan nabi2 dahulu, bagaimana nabi2 dahulu berjuang untuk agama Allah s.w.t, mereka muzakarah sesama mereka tentang kehidupan akhirat. Tiap2 sahabat, tiap2 orang penduduk Madinah, mereka anggap halaqah ini penting utk mereka semua, sebab itulah mereka duduk dlm halaqah tersebut.
Halaqah yang kedua dalam masjid Nabawi ialah halaqah ta’alim-ta’alum yang dinamakan juga halaqah ilmu. Pada pandangan tiap-tiap orang ahli Madinah, bahawa wajib mereka duduk dalam halaqah ta’alim tersebut. Dalam halaqah tersebut, pertama sekali mereka ajar-mengajar tentang fardhu ain. Peniaga2 belajar macamana hendak berniaga cara Islam. Begitu juga petani2 dari kaum Ansar, mereka muzakarah macam mana hendak mengendalikan pertanian mereka dengan cara Islam. Apabila mereka bangun dari majlis tersebut dan pergi berniaga maka mereka akan berniaga dengan cara yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Mereka yang pergi ke ladang akan mengendalikan tanah ladang mereka dengan cara yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Begitu juga dengan suasana solat, suasana zikir, suasana baca Quran. Semuanya telah hidup 24 jam di masjid Nabawi. Begitu juga telah hidup suasana mengutamakan orang lain, iaitu khidmat. Siapa sahaja yang datang dalam suasana itu, waktu itu juga mereka akan faham apa itu agama, apa itu agama yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t. Begitulah juga di hadapan org2 lama kita (eldest). Di depan mereka ada 2 bahagian dalam usaha agama ini.
Yg pertama harqat, satu gerakan, iaitu bergerak membawa diri dan harta keluar di jalan Allah s.w.t. Yg kedua, iaitu kita hidupkan 5 amal di marhallah kita. Kita perlu faham apakah maksud kita buat 5 amal ini. Maksud yg pertama ialah supaya kita dpt bentuk suasana di marhallah kita. Sebahagian besar org2 lelaki yg baligh, penduduk tempatan di marhallah kita dpt keluar ke jln Allah s.w.t, korban harta dan diri mereka. Begitu juga maksud dpd 5 amal ini ialah supaya tiap2 org di marhallah kita, di kampung kita yg baligh, 100% dapat solat, dpt ingat Allah s.w.t dan dpt baca Quran.
Juga kita hendak fikirkan bagaimana tiap2 org yg mengucap ‘lailaha illah’ di tempat kita dapat duduk dlm halaqah ta’alim. Juga kita hendak fikirkan bagaimana tiap2 rumah org Islam di tempat kita dpt dihidupkan dgn taalim. Juga kita kena fikirkan bagaimana hendak wujudkan kasih sayang diantara org2 Islam di marhallah kita, iaitu suasana bantu membantu, cinta mencintai satu sama lain. Lima amal yg telah diberitahu tadi merupakan langkah permulaan utk menghidupkan suasana Madinah Munawarah di marhallah/kampung kita. 5 amal perlu di buat bersungguh2 supaya setiap org di marhallah kita akan gunakan masa lapang mrk di masjid. Apabila 5 amal ini telah di buat dengan betul maka akan dtglah langkah yg kedua iaitu masjid kita akan mula hidup 24 jam. Keluar di jalan Allah s.w.t itu penting. Begitu juga dgn buat usaha tempatan, buat 5 amal ini juga penting supaya suasana agama hidup di marhallah kita kerana utk amalkan agama perlu ada suasana agama.
Satu orang yang telah keluar 40 hari, dia akan balik dan habiskan masa dia hampir 11 bulan di marhallah dia ataupun yang keluar 4 bulan, dia akan balik dan habiskan masa dia 8 bulan di marhallah sendiri. Akan jadi masalah besar untuk dia amalkan agama sekiranya dia balik dan tidak ada suasana agama di tempat dia. Melalui 5 amal ini kita hidupkan sebahagian besar dpd penduduk Islam marhallah kita, mereka dpt duduk dlm halaqah ta’alim, mereka semua dpt hadir solat berjemaah dan juga dpt buat gasht dan amalan2 yg lain, maka apa akan terjadi? Bukan shj org yg balik dari keluar di jln Allah s.w.t 4 bulan-40 hari, org yg paling lemah dlm marhallah kita pun, paling kurang, dia akan solat 5 waktu di masjid.
Suasana masjid Nabawi begitu hebat, begitu kuat dan teguh, telah memberi kesan pada org2 munafik sekalipun. Org yg terang dan nyata munafik pun terkesan dgn suasana Madinah. Satu kerugian yg besar kalau kita tidak usahakan 5 amal ini di tempat kita. Iaitu melalui 5 amal ini kita tidak usaha utk hidupkan suasana agama di marhallah kita. Kesannya ialah apabila ada org balik dari keluar di jln Allah s.w.t, 4 bulan-40 hari, maka dia sendiri akan tinggalkan amalan yg dia telah buat selama 4 bln-40 hari. Sbb itulah org2 tua kita (eldest) tersgt risau dan tersangat bimbang ttg hal ini.
Spt mana kita usaha bersungguh2 utk keluarkan org di jln Allah s.w.t, maka lebih dpd itu lagi kita kena bagi tumpuan pd usaha tempatan. Usaha tmptn begitu penting sehingga Nabi s.a.w bersabda bahawa usaha tempatan/usaha makami adalah jihad akbar, jihad yg terbesar sekali. Satu ketika, sahabat2 telah balik dari safar. Mereka ditanya, “Kamu dpd mana?” Sahabat jawab, “Kami baru balik dari keluar di jln Allah s.w.t”. “Nak ke mana?” “Kami hendak balik ke Madinah”. Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kamu telah balik dari jihad kecil kpd jihad besar”. Iaitu balik utk buat usaha tempatan dgn bersungguh2 inilah yg dikatakan jihad akbar. Satu org yg hanya bagi tumpuan utk keluar di jln Allah s.w.t dan tidak langsung libatkan diri dia dlm usaha tempatan, maka dianggap dia hanya buat separuh dpd kerja agama. Hari ini di mana2 shj kita dengar di seluruh dunia usaha tempatan lemah.
Ada dua sebab yg besar. Sbb yg pertama kerana lemahnya yakin. Org yg boleh buat usaha tempatan hanyalah org2 yg 100% yakin bahawa amalan shj yg boleh menyelesaikan masalah. Org yg macam ini shj yg boleh buat usaha tempatan. Org yg ada yakin pada harta, yakin pada pangkat, yakin pada asbab2 dunia, yakin duit yg selesaikan masalah, org yg macam ini sekali-kali tidak dapat libatkan diri dia dlm usaha tempatan. Atas yakin apa org2 yg keluar di jln Allah s.w.t buat usaha agama? Dan org ini akan buat usaha dgn penuh ihtimam, iaitu dia akan jaga sungguh2 usaha tempatan.
Pertama sekali, bila kita buat usaha tempatan/5 amal ini dgn yakin yg betul, dgn sungguh2, kesannya ialah yakin yg betul akan masuk dlm hati kita dan Allah s.w.t akan wujudkan suasana agama di marhallah kita. Dgn yakin apa kita buat usaha dan org yg macamana yg boleh istiqamah dlm usaha ini? Iaitu dgn yakin bhw melalui perantaraan gasht ini, maka Allah s.w.t akan gembira. Allah s.w.t akan gembira dgn amalan saya. Allah s.w.t akan beri kejayaan pd saya di akhirat. Allah s.w.t akan selesaikan masalah dunia saya. Allah s.w.t akan keluarkan saya dpd cengkaman kesusahan dunia. Allah s.w.t akan keluarkan saya dpd kesusahan penderitaan dunia. Dgn asas inilah kita buat gasht.
Begitu juga dgn amalan taalim. Kita buat taalim dgn penuh yakin bhw sesungguhnya taalim ini adalah salah satu dpd amalan masjid Nabawi dan taalim ini adalah perintah Allah s.w.t. Melalui amalan taalim ini Allah s.w.t akan suka dgn saya. Allah s.w.t akan gembira dgn saya bila saya duduk dlm taalim. Bila Allah gembira dgn saya, maka Allah s.w.t akan beri kejayaan pd saya di akhirat. Allah s.w.t akan keluarkan saya dpd bala dan musibah di dunia ini. Allah s.w.t akan lepaskan saya dan seluruh umat dpd segala kesusahan dan penderitaan yg di alami. Begitu juga bila saya hidupkan amalan taalim di rumah saya. Saya sediakan anak-isteri saya, keluarga saya, duduk sama2 dlm halaqah taalim, maka Allah s.w.t akan suka dgn amalan saya, Allah s.w.t akan suka dgn amalan anak-isteri saya. Allah s.w.t akan penuhkan janji2Nya terhadap satu org yg duduk dlm taalim di akhirat nanti.
Allah s.w.t akan buka pintu keberkatan dlm rumah saya. Allah s.w.t akan menjauh kan segala kesusahan dlm rumah saya. Allah s.w.t akan keluarkan segala masalah yg berlaku di rumah saya melalui saya hidupkan halaqah taalim di rumah saya. Kalau kita semua buat 5 amal dgn dasar yakin yg telah diberitahu tadi, sesungguhnya Allah s.w.t akan tingkatkan yakin kita hari demi hari dan Allah s.w.t akan pancarkan nur hidayat terus ke dlm hati kita. Kalau kita buat 5 amal bukan dgn berasaskan yakin yg telah diberitahu tadi, maka utk buat 5 amal ini akan jadi susah dan sulit utk kita. Apb ada yakin lain di dlm hati semasa buat 5 amal, usaha agama ini maka apa yg akan berlaku ialah bila ada takazah dunia shj dia akan tinggalkan takazah agama dan sempurnakan takazah yakin yg ada dlm hati dia. Walaupun pada masa itu tidak ada takazah dunia, dia akan buat gasht dgn yakin dunia dlm hati dia. Satu org yg keluar di jln Allah s.w.t 4 bulan-40 hari, dia akan duduk dlm taalim selama 3 atau 4 jam tiap2 hari, dia akan buat gasht selama 3 atau 4 jam tiap2 hari ttpi org yg sama bila dia balik ke marhallah dia, ½ jam taalim pun tidak boleh bagi masa.
Apa sbbnya? Ini adalah krn kelemahan yakin dia. Semasa dia keluar di jln Allah s.w.t yakin kpd halaqah taalim belum dtg ke dlm hati dia walaupun dia duduk dlm taalim 3 atau 4 jam sehari. Yakin dlm halaqah taalim ini macamana? Iaitu dgn berkat saya bagi masa dan duduk selama ½ jam dlm taalim ini, Allah akan suka dgn saya, Allah s.w.t akan gembira dgn saya. Allah akan bereskan masalah2 akhirat saya dan selesaikan masalah dunia saya. Semua perkara dpt diselesaikan dgn duduk dlm ½ jam taalim ini. Org yg macamana yg boleh bagi masa tiap2 hari 2½ jam? Sebanyak mana yg angkat tangan tadi, kalau tuan2 buat tiap2 hari dari dulu sampai skrg 2½ jam, dlm masa 2 bulan shj Allah s.w.t akan hidupkan suasana agama di tempat tuan2 dan org bukan Islam yg masuk ke marhallah tuan2, pasti dan pasti akan terkesan dgn suasana tersebut, pasti dan pasti dia akan masuk Islam.
Mrk yg boleh bagi masa tiap2 hari 2½ jam ialah hanya org2 yg mana dlm hati dia yakin sungguh2 bhw pergi jumpa manusia, pujuk rayu manusia, dari rumah ke rumah, adalah salah satu dari amalan ambiya a.s. Semua ambiya a.s, mrk pergi pujuk rayu manusia, bawa mrk dgn penuh kasih sayang kpd iman, kpd solat, kpd zikir, kpd amalan. Dgn 2½ jam ini, bila dia buat dgn yakin yg sungguh2 bhw ini adalah amalan ambiya a.s, sptmana Allah telah selesaikan masalah akhirat dan masalah dunia ambiya a.s, begitu juga Allah akan selesaikan masalah saya dgn amalan yg sama.
Satu orang yg buat gasht pertama atau gasht kedua dgn yakin bahawa melalui gasht ini, Allah s.w.t akan redha dgn saya, Allah s.w.t akan suka dgn saya, Allah s.w.t akan sayang dgn saya. Apabila Allah s.w.t sayang dgn saya, maka Allah s.w.t akan jaga saya dan jaga anak-isteri saya. Org yg yakin macam ini adakah dia akan sanggup tinggalkan gasht dia, tuan-tuan? Org yg yakin telah masuk dan berakar umbi dlm hati dia, bahawa dgn berkat saya duduk dlm halaqah ta’alim ½ jam tiap-tiap hari, maka Allah s.w.t akan bukakan pintu rezeki untuk saya. Allah s.w.t akan jauhkan bala musibah dari saya dan rumah saya. Allah s.w.t akan sempurnakan segala janji2Nya untuk orang yang duduk dalam halaqah ta’alim di akhirat nanti.
Allah s.w.t akan sempurnakan janji2Nya untuk org yg duduk dlm halaqah taalim di dunia ini. Org yg sudah terpahat yakin taalim dlm hati dia, adakah dia sanggup utk tinggalkan taalim dia, tuan2? Apabila kita buat semua 5 amalan yg diberitahu tadi dan kita buat dgn asas yakin yg betul, maka mula2 sekali Allah s.w.t akan dtgkan ujian yg kecil2 pada kita. Apa ujian yg Allah s.w.t dtgkan? Allah s.w.t akan dtgkan dunia. Bila mula sahaja hendak buat 5 amal, Allah s.w.t sengaja dtgkan dunia depan kita, hendak tengok kita samada hendak dahulukan amalan ini atau dunia tersebut. Kalau kita dahulukan 5 amalan ini dan kita tidak peduli pada dunia yg dtg, maka Allah s.w.t akan anugerahkan yakin yg tinggi pada kita.
Apabila tiap-tiap kali takazah dunia datang semasa buat 5 amal dan kita tidak peduli pada takazah dunia itu, maka Allah s.w.t akan datangkan keyakinan, iaitu lama-kelamaan, kita akan nampak hanya amalan sahaja yang akan selesaikan masalah. Telah dikatakan tadi bahawa 2 sebab utama usaha tempatan jadi lemah. Yang pertama, kerana lemahnya yakin. Yang kedua, org2 tggjwb di marhallah itu sendiri tidak buat usaha tempatan. Kalaulah org2 lama di tempat itu tidak bangun untuk buat usaha tempatan, bagaimana usaha tempatan boleh hidup melalui org2 ini. Kalau dia sendiri tidak duduk dalam taalim, macamana org2 Islam yang lain boleh duduk dalam taalim. Sesungguhnya usaha tempatan yang lemah di tempat kita bukan kerana org2 Islam, atau org2 di marhallah kita. Tidak ada sebab lain.
Asbab yang besar usaha tempatan tidak hidup adalah kerana orang yang buat usaha sendiri yang menyebabkan usaha jadi lemah. Kita kena buat keazaman yang kuat, niat yang tinggi, insyaAllah, semua kita ini akan buat 5 amal dengan sempurna, dengan penuh pengorbanan. Untuk langkah kedua, iaitu macam mana tiap2 org dpd marhallah kita dapat keluar 3 hari bergilir2, semua dpt duduk dlm taalim, semua dapat duduk dlm mesyuarat harian. Ini semua langkah kedua. Akan diberitahu kemudian pada org2 yang telah buat niat dan azam untuk buat 5 amal. Langkah kedua ini hanya akan diberitahu untuk org2 yang ada niat untuk buat usaha tempatan.
Kalaulah kita beritahu pada org yg tidak ada niat utk buat usaha, adalah diumpamakan spt satu org yg tidak ada niat utk solat. Kita bukan main lagi beritahu pada dia, solat 5 waktu mcm ini caranya, berdiri mcm ini, sujud mcm ini, kalau silap ada sujud sahwi. Kita beritahu masail, cara bagaimana hendak solat tanpa kita sediakan dia utk solat. Oleh itu, minta tuan2 semua buat azam yg sungguh2 dpd hari ini kita akan buat usaha tempatan, 5 amal dgn lebih bersungguh2 dan kita jaga masa, insyaAllah dgn niat ini Allah akan beri ganjaran pada kita spt yg telah diceritakan tadi.
Kalau kita tidak buat niat dan kerugian yg berlaku di tmpt kita kerana kita tidak buat usaha maka kerugian ini juga akan dtg pada kita. Oleh kerana tuan2 sedia dan telah buat niat utk buat 5 amal, maka kami juga bersedia utk bermuzakarah dgn tuan2 slps maghrib nanti bagaimana hendak keluarkan jemaah sempurna dpd masjid tuan2, bagaimana hendak hidupkan halaqah taalim dan bagaimana hendak buat gasht yg betul.
No comments:
Post a Comment