(mesyuarat m’sia-nizamuddin- 06/09/2000). Tuan2 yg mulia. Usaha ini tidak ada kena mengena dgn mana2 peribadi. Ia adalah usaha suci murni Nabi s.a.w. Kita buat usaha agama kerana ianya perintah Allah s.w.t. Buat kerja dgn basirah dan dgn basirah akan dapat kefahaman dan istiqamah. Usaha ini adalah untuk islah diri dan hasilnya iman akan meningkat sepertimana peniaga buka kedai utk dpt untung tetapi di waktu yg sama org lain juga akan dpt menafaat. Dakwah adalah untuk kebaikan diri. Jika niat buat usaha ini untuk islah org lain, maka lama2 org itu akan bosan. Jika buat usaha untuk islah orang lain, maka 2 perkara akan berlaku iaitu pertama, marah dan kedua, putus asa. Dia akan marah bila orang tidak ikut dakwahnya. Kedua-dua sifat ini tidak ada dalam diri ambia a.s.
Bila buat usaha untuk org lain, maka bila org tidak terima kita akan marah dan bila org terima kita akan jadi ujub dan takabbur. Bila buat usaha ini untuk islah diri maka akan dapat basirah. Nabi Nuh a.s telah buat usaha selama 950 tahun dan walaupun hanya 80 org sahaja yang beriman, dia tidak putus asa, dan dia berjaya. Dia buat usaha untuk kebaikan diri dan usaha utk bentuk yakin. Utk istiqamah dalam kerja ini, kita kena niat buat kerja untuk islah diri. Kita dakwah org lain untuk sesuatu perkara supaya kita dapat amalkan perkara itu. Kalau kita tidak amal sesuatu perkara itu, tidak semestiya kita tidak boleh dakwah org kpd perkara tersebut.
Nabi s.aw buat usaha dgn tidak mengira samada orang dengar atau tidak dengar. Kalau dengar itu adalah baik dan kalau tidak dengar pun tidak mengapa, kerana tetap dapat menafaat. Buat dakwah utk ubah iman dan yakin dan untuk ubah suasana. Utk wujudkan sesuatu perkara dlm diri kita, maka kita hendaklah dakwah org lain kpd perkara itu. Kejahilan berlaku dalam umat kerana telah lama tinggalkan dakwah. Org kata kalau tidak amal, macamana hendak buat ibadat.
Dlm setiap perintah ada 2 tggjwb, pertama, amal dan kedua, dakwahkan pada amal. Dlm surah arraital lazi…, kita disuruh bagi makan pada org miskin dan juga suruh org lain bagi makan pada org miskin. Kalau sesiapa ada terjumpa barang yg hilang, maka org yg jumpa barang tersebut bukan pemiliknya, yg memiliki barang itu ttp pemiliknya. Usaha ini milik nabi2. Bila tidak ada dakwah, maka tiada nusrah dpd Allah s.w.t. Bila tinggalkan usaha, maka doa tidak diterima. Hari ini manusia gunakan asbab utk dunia dan buat amal utk akhirat. Sekiranya kita buat dakwah dan masih lagi takut dgn asbab, maka kita masih belum lagi buat dakwah. Bukti usaha ini adalah benar, maka mula2 sekali org akan kata usaha ini tidak betul/perlu.
Buatlah kerja dakwah ini sbg satu kerja. Buat dakwah pada 6 perkara supaya hakikat 6 perkara masuk ke dlm diri kita. Ada 2 cara utk selamatkan agama, pertama, lari dari suasana dan pergi ke tempat lain dan kedua, buat dakwah dlm suasana itu, dan fikir macamana suasana boleh berubah, kalau mereka ikut, berjaya dan kalau mrk tidak ikut pun, kita ttp berjaya. Kisah ashabul kahfi, satu kisah yg masyhur, agama mereka terancam kerana raja yg zalim, mereka larikan diri dpd raja yg zalim, mrk lari tinggalkan tempat itu dan cari tempat yg selamat. Mereka lari hanya sanya utk selamatkan agama mereka, maka bantuan telah datang ke atas mereka.
Mereka lari dari raja yg zalim dan masuk ke dalam gua bertujuan utk selamatkan agama, maka Allah s.w.t selamatkan mereka. Macamana Allah s.w.t selamatkan mereka? Pertama, sesiapa sahaja yg lalu di kawasan gua itu, ada sejenis kegerunan dimana org tidak berani masuk ke dlm gua itu, tidak ada makhluk yg berani hendak pergi ke gua itu. Kedua, perjalanan matahari yg sama sahaja dari dulu sampai skng, perjalanan matahari tersebut, bila sampai sahaja dihadapan gua, pancaran matahari yg sepatutnya masuk ke dlm gua, ttpi matahari itu dipusingkan sedikit oleh Allah s.w.t supaya pancaran tidak masuk ke dlm gua itu kerana Allah s.w.t tidak mahu tidur mrk terganggu.
Skrg kita bayangkan org yg hanya lari dan masuk ke dlm gua utk selamatkan agama mrk shj, Allah s.w.t wujudkan keadaan supaya mereka selamat dan ubah perjalanan pancaran matahari supaya tidur mereka tidak terganggu. Oleh itu, kita yg buat usaha dakwah, bukan sahaja utk selamatkan agama kita ttpi kita buat usaha dakwah utk selamatkan agama org2 lain juga, maka segala makhluk Allah s.w.t, segala apa yg terbentang antara bumi dan langit, kesemua itu, Allah s.w.t akan gunakan utk bantu kita. Alhamdulillah, kita sedang buat kerja, gasht buat, bayan buat, targhib buat, semua buat, kena buat kerja dgn basirah. Kerja ambiya a.s, semua para nabi dan rasul, bila mereka buat kerja, segala asbab2 dan kekuatan2 terbentang utk menentang mrk ttpi masih Allah s.w.t bantu mereka. Ini adalah ambiya a.s punya usaha.
Kita buat kerja siapa? Kerja imamul ambiya, usaha yg Allah beri pada kita ialah usaha imamul ambiya, dan Allah s.w.t memang sudah tunjuk pada kita bagaimana Allah s.w.t bantu Baginda s.a.w, lebih dpd semua ambiya a.s yg lain. Soalannya skrg, segala kerja, tertib usaha yg kita buat skrg ini, adakah kita amalkan? Apa yg kita buat skrg ini sbg satu adat shj atau kita buat berdasarkan yakin yg sebenar ttg usaha dakwah ini? Bila kita semua duduk bersendirian, kita fikir ttg tahap usaha kita, apa usaha yg kita buat skrg ini, kalau kita benar2 merenung, semua kita akan dtg kpd satu keputusan, iaitu kita buat usaha sbg satu adat shj. Sbg satu adat, bila sampai waktu keluar 3 hari maka kita keluar 3 hari, bila sampai waktu gasht maka kita buat gasht, kita buat sbg adat. Kita tidak renung dan tidak fikir, knp kita buat amal2 ini semua?
Yg hendak disampaikan kpd tuan2 skrg ini ialah, sptmana Maulana Yusuf rah. beritahu, “Sesuatu yg kamu hendak wujudkan dlm diri kamu, sesuatu yg kamu mahu hakikatnya masuk dlm hati sanubari kamu, kamu kena dakwah org kpd perkara itu”. Bila kita dakwah org kpd kalimah lailahaillallah, tujuan dan maksudnya ialah supaya hakikat kalimah itu masuk ke dlm hati sanubari kita. Supaya bila kita buat usaha ini, kita akan sampai ke satu tahap hakikat iman. Siapa yg akan sampai ke tahap hakikat iman itu?
Dia yg buat usaha, di hadapan dia mmg ada hakikat iman itu, barulah dia akan sampai kpd hakikat itu. Sekiranya di hadapan org yg buat usaha dakwah, hakikat yg sebenar perkara yg didakwahkan itu tidak ada, bila dakwah kpd iman, ttpi hakikat iman itu tidak ada dlm diri kita, maka bila kita buat usaha dakwah dgn adat spt itu, apa akan jadi? Kita akan terus buat usaha dakwah utk org lain punya islah. Sesiapa shj yg buat usaha ini utk islahkan org lain, maka dia akan cepat putus asa. Dakwah yg kita kena beri pada org, di hadapan saya ada hakikat iman yg saya perlukan, utk hasilkan iman atau hakikat iman, saya kena dakwah org lain kpd hakikat iman. Biasanya fahaman kita ialah kita dakwah kpd kalimah utk org2 lain. Padahal, dakwah kpd kalimah ini, sahabat2 buat antara satu sama lain utk meningkatkan iman mrk. Sbg contoh, kata sahabat, mari kita sama2 meningkatkan iman, mari kita beriman, mari kita duduk sana, beri sedikit masa utk tingkatkan iman, inilah kata2 sahabat, usaha yg sahabat buat.
Dakwah kpd iman ialah utk dptkan hakikat iman dlm diri kita sendiri. Dakwah kpd org2 bukan Islam ialah dakwah kpd Islam, bukan dakwah kpd hakikat iman. Dakwah kpd iman ialah utk kita dpt hakikat iman dlm diri kita sendiri. Allah s.w.t berfirman, “Ya aiyuhal lazi na amanu, aminu”, Allah perintah org2 beriman, “Wahai org2 yg beriman, berimanlah”. Allah s.w.t sendiri perintah org2 iman supaya mereka beriman. Baginda s.a.w dakwah Abu Sufian, “Wahai Abu Sufian, kamu dtglah kpd Islam, kamu akan selamat”. Org2 bukan Islam didakwahkan kpd Islam supaya mrk dpt selamat, ttpi Baginda dakwah org2 iman, kpd apa? Baginda dakwah sahabat2 kpd iman.
Melalui usaha dakwah kita kena usaha wujudkan hakikat 6 perkara dlm diri kita. Siapa yg dpt usahakan hakikat itu dlm dirinya? Org yg dpt membayangkan hakikat yg sebenar ttg 6 perkara. Kita skrg dakwah org kpd kalimah, knp? Krn mrk kononnya tidak tahu kalimah, mrk tidak dpt cakap kalimah, ini bukan maksud, natijah akan dtg dlm usaha dakwah, mereka akan dat ingat kalimah itu. Kita dakwah org kpd solat bukan kerana org tidak solat, ianya supaya kita dpt hakikat solat dan org lain dpt solat dgn dakwah kita, itu adalah natijah dpd usaha yg kita buat.
Maksud dakwah bukan utk org lain, bukan supaya mereka dtg kpd iman, bukan supaya mereka dtg kpd solat, maksud dakwah kita ialah supaya hakikat kalimah dan hakikat solat dtg dlm diri kita dan mereka yg akan dpt beriman dan mereka yg akan dpt solat kerana usaha yg kita buat, itu ialah natijah dpd usaha dakwah kita. Caranya ialah utk setiap dpd 6 perkara ini, 3 kerja/usaha kena buat. Maulana Yususf rah. beritahu kpd org, mana2 salah satu perkara dpd 6 perkara itu, maka 3 usaha perlu dibuat barulah kamu akan dpt hakikat perkara itu.
PERKARA PERTAMA:
Kita ialah dakwah org kpd kalimah lailahaillallah. Setiap dpd org2 yg buat kerja, semua rakan2 seusaha kita, yg buat kerja, samada buat satu org atau buat 2 org, buat secara infradi atau buat secara ijtimai, dia buat di tempat dia sendiri atau dia keluar buat di tempat yg lain, apa juga kerja yg dia buat, kerjanya akan mula bila dia mula bercakap. Kerja dakwah akan mula dgn lailahaillallah, dakwah org kpd lailahaillallah. Sptmana Musa a.s diperintahkan menyeru org kpd lailahaillallah. Nabi diingatkan, “Tidak ada mana2 makbud, yg layak disembah selain dpd Kami, oleh itu kamu sembahlah Kami shj”.
Cara dan corak kerja ini tidak mengikut suasana dan keadaan yg kita lihat, maksudnya bila kita lihat ada kelemahan dlm akhlak org ramai maka kita buat bayan atas akhlak, bila kita lihat dlm muasyarah ada apa2 kekurangan maka kita buat bayan panjang lebar ttg perkara itu, kita lihat sebarang kekurangan dlm masyarakat kita atau negeri ita atau negara kita maka kita buat bayan atas perkara itu, ini bukan cara dan corak kerja dlm usaha kita. Cara usaha kita, ialah dlm apa juga keadaan akan mula dgn iman. Kita akan dakwah org kpd iman. Bila iman dan yakin bertambah, mudah utk buat amal.
Bila buat amal, manafaat akan dpt di akhirat. Sptmana Allah s.w.t kata pada Musa a.s, “Wahai Musa, Akulah rab, kamu kena beriman kpd Aku, kamu kena sembah Aku, kamu kena solat, kamu kena zikir, itulah yg akan bawa kamu ke akhirat”, lebih kurang mahfumnya. Utk setiap dpd 6 perkara ini, kita kena buat 3 kerja. Kerja yg pertama ialah dakwah org kpd kalimah. Kerja kedua ialah usaha utk masukkan hakikat kalimah lailahaillallah ini ke dlm diri sendiri. Kerja yg ketiga ialah merayu dan menangis di hadapan Allah s.w.t dan doa mohon hakikat iman dlm diri sendiri. Inilah cara utk manghasilkan hakikat 6 perkara.
1). Dakwah kepada kalimah
2). Buat latihan atas diri sendiri, yakin yg betul
3). Doa
Bila kita dakwah org kpd kebesaran Allah s.w.t, kita dakwah dgn penuh keyakinan iaitu apa yg saya cakap itu benar. Saya cerita ttg kebesaran Allah s.w.t, perkara itu adalah hak. Maulana Yusuf rah. kata, org yg cakap kebesaran Allah, dia kena yakin atas apa yg dia ckp, iaitu saya ckp perkara yg benar, perkara yg hak. Org yg dengar pula, bila dia mengiakan keyakinan itu, apa yg saya dengar itu mmg hak, mmg benar, maka barulah dia pun akan dat kefahaman. Selepas itu, kita usaha latihkan diri kita ttg perkara yg kita dakwahkan. Bila kita berseorangan, kita tanya pada diri kita, mengadu dgn Allah s.w.t, “Ya Allah, tadi saya dakwah org kpd kebesaran Engkau, masukkanlah perkara itu dlm diri saya”. Itulah latihan yg perlu dibuat utk dptkan hakikat itu. Seterusnya kita kena nangis dan merayu, doa kpd Allah, “Wahai Allah, kurniakanlah aku hakikat kalimah ini”. Dlm setiap dpd 6 perkara, ada 3 kerja kena buat: dakwah, latihan dan doa.
PERKARA KEDUA
Yang kita kena usahakan ialah solat. Utk solat…
Kerja pertama
Yang kita kena buat dgn tujuan utk masukkan hakikat solat ke dlm diri kita ialah kita kena dakwah org kpd solat. Bukannya kita dakwah kerana org lain tidak solat, maka kita dakwah dia kpd solat, bukan mcm itu. Kalau kita buat dgn niat itu, bila semua org di Malaysia sudah mula solat, maka kita akan berhenti dpd usaha dakwah ini, tiada usaha dakwah lagi. Org yg buat usaha dakwah, org yg tidak solat perlu didakwahkan dan org yg solat pun perlu didakwahkan juga. Maksud kita supaya hakikat solat dtg dlm diri kita. Maulana Yusuf rah. kata, pengkhususan solat ini ialah akan dpt menambahkan keyakinan dlm diri kita. Apa juga yg kita mahu wujudkan dlm diri kita, maka kita kena dakwah org lain kpd perkara itu. Oleh itu, kita kena dakwah org kpd solat.
Bila dakwah org kpd solat, kita kena letakkan hakikat solat di hadapan kita. Bila buat dakwah jgn letakkan org yg tidak solat dihadapan, org itu bukan maksud kita, apa kebesaran dlm solat itulah yg kita letakkan dihadapan kita. Kalau letak org yg tidak solat sebagai sasaran kita iaitu buat dakwah kerana org, maka bila orang itu tolak dakwah kita, org itu tidak mahu solat, apa akan jadi? Kita akan putus asa dan tinggalkan gasht di kawasan itu. Lepas itu kita akan kata org yg tidak terima cakap kita, buat apa kita hendak jumpa dia. Kita tinggalkan mereka dan kita pergi buat usaha dakwah di tempat org yg sanggup terima dakwah kita. Maksud kita buat usaha dakwah, dakwah org kpd solat, bukannya hendak letak org itu dihadapan kita ttpi kita hendak letakkan hakikat solat di hadapan kita. Ini kerja pertama utk solat.
Kerja kedua
Utk dptkan hakikat solat ialah kita buat latihan atas solat kita. Latihan yg macamana? Ada 2 cara. Pertama, usaha solat kita secara zahir. Kedua, usaha solat kita secara batin. Latihan dari segi zahir ialah, pertama, kita kena solat dgn memenuhkan segala rukun2nya. Kedua, kita kena solat dgn membetul kan segala bacaan2 dlm solat kita, sebutan nya, zikirnya, bacaan Qurannya, bacaan tahiyatnya, dsbnya. Semua bacaan dan rukun dpt dibetulkan dgn sempurna. Ini ialah zahir. Secara batin, ialah kita kena jauh kan ingatan kita dpd segala asbab dlm dunia ini. Semasa solat, putuskan hubungan kita dgn segala asbab dlm dunia ini. Hubungan kita mestilah terus menerus kpd kebesaran Allah s.w.t. Latihan kita atas solat ada 2 iaitu secara zahir yg ada kena mengena dgn rukun dan secara batin yg ada kena mengena dgn iman.
Kerja ketiga,
Kita kena menangis dan merayu di hadapan Allah s.w.t dan mohon hakikat solat utk diri kita. Kalau kita letak org yg tidak solat dihadapan kita dan kita dakwah org itu kpd solat, maka mutu solat kita tidak akan meningkat. Sbbnya ialah maksud kita hendak bawa org lain kpd solat. Bila kita bawa org kpd solat, mutu solat org itu akan jadi macam mutu solat kita juga. Kita dakwah org itu dan bawa dia kpd mutu solat kita shj. Kalau semua org dlm dunia ini, semuanya solat dgn mutu solat kita, maka apa akan jadi dgn yakin mrk? Urusan dunia semua akan dikendalikan dgn asbab dan buat amal utk akhirat shj.
Maksud kita dakwah org kpd solat, apa yg kita hendak hasilkan iaitu hakikat dlm diri kita, ialah supaya semua asbab dlm dunia ini, kalau dtg dihadapan kita, apa yg kita akan buat? Semua asbab yg ada di dlm dunia ini bila dibandingkan dgn solat, maka solat kitalah yg lebih kuat dpd semua asbab tersebut. Kalau semua senjata dlm dunia dtg utk menentang kita, apa kita punya pendirian? Kita akan kata, solat kita lebih kuat dpd semua senjata itu. Org Hyderabad dtg ke sini dan memperdengarkan karguzari mereka. Ada tmpt mereka sudah buat usaha sehingga 30% org dtg solat, ada tempat 40%, ada yg sehingga 80% solat. Maulana beritahu pada mrk, saya tidak akan menilai org2 solat dgn peratus org yg dtg solat, saya akan menilai org2 yg solat dgn peratus yakin mereka dlm solat. Maulana Yusuf rah. kata, batil masih boleh mengalahkan kita dgn amalan iaitu amalan kita boleh kalah dgn batil ttpi kekuatan yakin tidak boleh dikalahkan oleh batil, kenapa? Kerana amal yg kita buat, syaitan juga masukkan sahamnya ke dlm amal tersebut. Syaitan pun bersama2 dlm ibadat ttpi kalau org buat dakwah syaitan akan lari dari org tersebut. Dgn amalan dakwah, syaitan tidak boleh bersama.
Syaitan akan lari dari dakwah. Bila azan dilaungkan, syaitan lari. Bila azan berhenti, syaitan dtg semula, syaitan dtg bersama2 dgn org yg hendak solat. Bila iqamat dilaungkan, syaitan lari semula. Bila org mula solat, syaitan dtg balik. Syaitan bersama2 dlm solat. Apa tujuan syaitan bersama kita? Supaya dia dpt merosakkan amalan kita. Amal yg ada pada kita ttpi hakikatnya tidak ada pada kita. Oleh itu, maksud kita buat dakwah ialah utk kita hasilkan hakikat amal dlm diri kita. Dlm dakwah kita kpd solat, pertama kita kena dakwah org kpd solat dgn tujuan supaya kita dpt hakikat solat, hakikat solat wujud dlm diri kita. Kedua, kita kena buat latihan sptmana yg telah diterangkan tadi. Ketiga, kita kena menangis dan mohon doa pada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t kurniakan hakikat solat pada kita.
PERKARA KETIGA
Ialah ilmu dan zikir. Setiap pengetahuan di dlm dunia ini tidak boleh dikatakan ilmu. Apa itu ilmu? Ilmu ialah apa yg dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w utk kita. Ilmu ialah yg boleh bantu kita utk jwb soalan2 dlm kubur nanti. Siapa rab kamu? Apa pandangan kamu dgn org ini? dan wajah Baginda akan ditunjukkan. Ilmu ialah yg boleh bantu kita beri jawapan kpd soalan dlm kubur nanti. Itulah yg dikatakan ilmu dan selain dpd itu bukan ilmu, semua pengetahuan termasuk ke dlm bab kejahilan. Ilmu maksudnya pada saat skrg ini, pada ketika ini, Allah mahu apa dpd saya? Dgn dpt menyempurnakan tuntutan Allah pada masa itu dgn kesedaran iaitu Allah s.w.t dlm ingatan kita pada masa itu, apa yang saya sedang buat sekarang ini kerana Allah mahu saya buat, saya buat kerana Allah, inilah intipati dpd ilmu dan zikir. Hukum-hakam Allah s.w.t dibuat dan dilaksanakan dgn kesedaran tentang Allah s.w.t.
Mula2 kita kena dakwah org kpd ilmu yg disebutkan tadi. Macamana kita hendak buat dakwah ttg ilmu? Contoh, Abu Hurairah r.a, pergi ke bandar, dia lihat ramai org disana, dia kata kamu sibuk disini manakala warisan Rasulullah s.a.w, harta pusaka Baginda s.a.w sedang dibahagi2kan di masjid. Orgramai pun pergi ke sana dan kemudian balik, mrk kata kami telah pun pergi ke sana ttpi tidak ada pun harta pusaka Rasulullah s.a.w dibahagi2kan. Abu Hurairah kata, di sana ada halaqah ilmu, itulah harta pusaka Rasulullah s.a.w. Maksud kita dakwah org kpd ilmu ialah supaya kita dpt keyakinan terhadap ilmu tadi iaitu kejayaan saya bila saya amalkan ilmu ini, kejayaan saya ialah bila saya amalkan perintah Allah s.w.t ini.
Itulah maksud kita dan untuk itu kita kena dakwah org kepada ilmu. Pertama, kita kena buat dakwah kpd ilmu. Kita buat gasht, ziarah org dan jemput org kpd halaqah taalim, apa ada dihadapan kita pada masa itu? Hanya halaqah taalim di depan kita ttpi ilmu tidak ada di depan kita, ini bukan caranya. Cara yg salah ialah maksud kita hendak bawa org kpd halaqah kita dan bukan maksud hendak bawa mereka kpd ilmu. Sebenarnya, di hadapan kita sentiasa kena ada hakikat ilmu yg Allah s.w.t janji akan bagi kejayaan pada org yg dapat amalkan ilmu itu. Kedua, kita kena gunakan diri kita, dan buat latihan terhadap ilmu tadi, macam mana caranya? Dengan menyertai halaqah ta’alim dan ada hubungan dengan alim ulamak. Melalui halaqah ta’alim kita akan dapat keghairahan untuk amal dan melalui hubungan dengan alim ulamak, kita akan dapat tahu macam mana hendak amalkan ilmu itu. Ketiga, kita kena mohon dan merayu pada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t kurniakan pada kita hakikat ilmu tadi.
Tuan-tuan yang mulia. Begitu juga kita kena dakwah orang kepada zikir. Kita dakwah orang kepada zikir bukan kerana orang dalam kelalaian. Kita dakwah orang kepada zikir kerana kitalah yang lalai. Hari ini, bila kita sudah sempurnakan kita punya zikir, habiskan tasbih pagi-petang kita, kita kata kita sudah sempurnakan zikir. Maksud zikir ialah ingatan pada Allah s.w.t. Terjemahan zikir ialah ingatan kepada Allah s.w.t. Sekiranya kita buat zikir dengan kelalaian, masa itu kita tidak ingat pada Allah s.w.t, maka macam mana kita boleh kata bahawa kita sudah sempurnakan zikir? Bila kita sebut subhanallah 100 kali, kita langsung tidak fikirkan iaitu Allah s.w.t suci dan bersih daripada segala keaiban, itu kita tidak fikir, kita cuma fikir macam mana hendak sebut sehingga 100 kali.
Dihadapan kita ada bilangan 100, bukan hakikat zikir yang sebenarnya. Maulana Ilyas rah. tulis surat kepada seorang yang buat usaha agama, seorang karkun yang ada hubungan dengan Maulana Ilyas rah., beliau ingatkan kepada dia, sekiranya kamu buat zikir dengan kelalaian, maka kamu akan bertambah malas dalam beribadat. Ada org2 yang buat usaha mengatakan bahawa pada mula2 buat usaha, saya dapat rasa bermacam2 kaifiat tetapi sekarang ini buat usaha tetapi tidak rasa apa2, kenapa? Kerana sekarang kerja telah jadi sebagai satu adat sahaja dan kita buat bukan kerana ia satu ibadat. Zikir bukan hanya gerakkan lidah, itu bukan terjemahan zikir. Gerak lidah hanya satu asbab untuk bawa ingatan kpd Allah dlm fikiran kita.
Begitu juga bila kita sebut kalimah, itupun gerak-geri lidah. Zikir yg sebenarnya ialah gerak-geri hati. Ingatan manusia tidak dikaitkan dan lidahnya. Ingatan manusia dikaitkan dgn hati. Maulana hendak beritahu pada tuan2 secara terus-terang iaitu kita gunakan lidah kita utk sebut subhanallah 100 kali, itu bukan zikir namanya. Knp? Zikir maksud nya ingat kpd Allah, ttpi kita sebut dgn kelalaian. Zikir ini bukan tasbih sahaja, solat pun adalah zikir, baca Quran pun adalah zikir. Perintah Allah kepada nabi Musa a.s, dirikan solat utk ingatkan Aku. Tuan2 sendiri tahu kalau kita solat dgn lalai, adakah ia sbg zikir? Adakah solat kita akan jadi zikir? Zikir maksudnya ingat kpd Allah ttpi perkara itu tidak dtg kpd kita lagi. Oleh itu kita kena dakwah org kpd zikir utk kita wujudkan hakikat zikir dlm hati sanubari kita.
Kerja pertama ialah dakwah org kpd zikrullah. Kita dakwah org bukan kerana dia tidak zikir, ttpi kita buat dakwah kerana kita zikir dgn lalai. Kita dakwah org supaya Allah kurniakan pada kita hakikat zikir supaya kita dpt dgn ingat kpd Allah. Kerja kedua ialah dgn diri kita, dgn adanya Allah dlm ingatan kita, kita melaksanakan segala amal ibadat yg lain. Segala perintah2 Allah adalah zikir. Solat adalah zikir, tilawah Quran adalah zikir, haji adalah zikir, puasa adalah zikir, ilmu adalah zikir. Baginda s.a.w bagitahu bahawa setiap org yg taat, dia buat zikir. Taat di sini maksudnya ialah taat kpd perintah2 Allah dan org yg taat kpd perintah Allah kerana dia ingat kepada Allah. Kenapa org langgar perintah Allah? Kerana dia lupa pada Allah.
Kita sekarang sudah bahagikan, asingkan ibadat daripada zikir, ibadat lain, zikir lain. Sebenarnya semua ibadat dan amal adalah zikir kerana ia adalah asbab utk bawa ingatan kpd Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak perintahkan kpd Musa a.s, kamu bersolatlah dan berzikirlah. Bukan begitu tetapi Allah kata, kamu solatlah utu ingatkan Aku. Kerja pertama ialah kita kena dakwah org dan letakkan diri kita sbg sasaran supaya dapat hakikat zikir. Kerja kedua ialah segala amal dan perintah Allah kita kena laksanakan, kita latih supaya kita dapat melaksanakan dengan ada ingatan pada Allah. Kerja ketiga ialah kita menangis dan merayu mohon hakikat zikir dpd Allah s.w.t. Minta pada Allah supaya kita dapat ingat kpd Allah, “Ya Allah, Engkau berikanlah kpd aku hakikat supaya aku dapat ingat Engkau”.
PERKARA KEEMPAT
Ialah ikram muslimin. Maulana Yusuf rah. kata, ikram muslimin ialah dpt jaga kedudukan dan keadaan org Islam. Macamana tingkah laku kita terhadap org Islam mengikut kedudukan, keadaan, kelayakan dia. Tidak memadai dan tidak mencukupi hanya kita memenuhi hak dan tidak menggunakan hak org. Ikram muslimin sgt besar maknanya. Hukum hakam dan perintah2 Allah s.w.t ttg ikram ini begitu banyak dan cara2 yg kita perlu utk amalkan dlm ikram usaha ini banyak juga. Maksud ikram muslimin ialah kita muliakan org bukan kerana dia saudara kita. Kita muliakan dia bukan kerana dia buat ehsan kpd kita. Kita muliakan seseorg bukan kerana dia kawan kita atau buat baik kpd kita. Kita muliakan seseorg kerana dia seorg Islam. Sekiranya kita ada sifat ikram muslimin, maka akan wujudlah persaudaraan dlm umat ini.
Sekiranya kita muliakan orang Islam kerana dia seorang Islam, maka akan wujudlah persaudaraan umat. Sekiranya kita ikram org kerana dia saudara kita, maka selepas itu akan menghasilkan kaum2 dan kumpulan2. Kalau kita ikram orang kerana kita ada hubungan dengan dia, maka kita akan jadi berpuak2. Hakikat yang sebenarnya ialah kita dapat muliakan orang Islam kerana dia seorang Islam. Cara kita hendak menunjukkan ikram antara 2 orang Islam adalah berbeza. Contoh, macam mana hendak ikram karkun lama dan karkun baru? Macam mana kita hendak ikram kedua-dua mereka ini? Antara 2 kumpulan ini, orang lama ikram orang baru, orang baru buat apa benda pun, orang lama kena sabar. Apa sahaja tingkah laku dan perwatakan orang baru, maka orang lama kena sabar.
Satu kisah, seorg sahabat Wahid r.a, dia seorg putera raja, dia masuk Islam dan dtg kpd Nabi s.a.w. Beliau dihantar kpd Amir Muawiyah r.a sbg tetamu. Kebiasaannya, siapa shj yg masuk Islam dan dtg ke bdr Madinah, org2 baru ini, maka Baginda s.a.w akan agih2kan mrk kpd sahabat2 sbg tetamu supaya org baru ini dpt diajar agama, dpt diajar Quran, dpt diajar solat, dpt diajar selok belok agama dan bersama2 itu mrk diberi tempat tidur, makan, minum dsbnya. Inilah cara ikram dan inilah perkara yg semua sahabat buat. Wahid r.a, seorg sahabat yg baru, dia seorg putera, tinggalkan istana dan kerajaan nya dia dan dtg ke Madinah dan dia di hantar kpd Amir Muawiyah.
Pada masa itu, Amir Muawiyah dlm keadaan miskin, begitu punya miskin sehingga tidak ada kasut utk dipakai. Wahid r.a telah dtg, seorg putera, dtg dgn pakaian yg lawa, kuda yg hebat, dia dihantar kpd Muawiyah. Wahid r.a ikut Muawiyah r.a ke rumah, kebetulan pada masa itu ialah waktu tengahari, panas terik, bila panas terik, pasir dan batu pun jadi panas. Muawiyah sedang tarik kuda Wahid menuju ke rumahnya. Muawiyah tanpa memakai kasut berjalan diatas pasir dan batu yg panas. Dia kata, wahai Wahid, kamu duduk diatas kuda dan pasir ini begitu panas, bolehkah aku duduk diatas kuda bersama dgn kamu? Wahid r.a kata, saya putera dan awak org miskin, nanti apa org lain akan kata, putera bawa orgnya miskin atas kudanya, tidak munasib.
Kata Amir Muawiyah, kalau begitu, pinjamkanlah kasut kau kpd aku, engkau atas kuda dan tidak perlu pakai kasut, dgn kasut engkau aku dpt tahan kaki aku dpd panas pasir. Wahid kata, itu pun tidak munasib, nanti apa org lain akan kata, org miskin pakai kasut putera raja. Amir Muawiyah pun diam, tidak kata apa2 dan teruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah. Wahid dilayan, diberi makan, minum, tempat tidur, ajar agama, apa yg biasa dibuat, semua dia buat. Selepas itu, dia jadi seorg yg beramal dan balik ke tempat dia semula. Zaman Rasulullah tamat, zaman Abu Bakar tamat, zaman Umar tamat, zaman Usman tamat, zaman Ali tamat, maka selepas semua zaman2 ini, Allah jadikan Amir Muawiyah sbg amirul mukminin.
Amir Muawiyah menjadi pemerintah kpd semua org Islam termasuk Wahid r.a. Satu ketika, Wahid dtg utk berjumpa dgn Muawiyah, dia tahu bahawa Muawiyah adalah org pertama yg ajar agama pada dia, sampai shj di situ, kena minta izin utk masuk, hendak berjumpa dgn amirul mukminin, boleh tak? Benarkan dia masuk, kata Muawiyah. Muawiyah kata, wahai Wahid, skrg ini, duduk diatas kuda kamu lebih hebat atau duduk atas tempat pemerintah lebih hebat? Wahid kata, duduk atas tempat pemerintah lebih hebat. Kasut kamu lebih hebat atau tempat aku lebih hebat? Wahid kata, tempat tuan lebih hebat. Tuan, amirul mukminin, jgn cakap macam itu, masa itu saya jahil lagi, baru masuk Islam, saya tidak dpt menilaikan tuan sebab itu tingkah laku saya macam itu.
Amir Muawiyah org lama, sahabat yg agung, Wahid org baru, baru masuk Islam, org lama punya permintaan tidak dikuti, org lama minta bantuan tidak diberi, ttpi Muawiyah sabar, dia tidak marah, maka hasil dpd itu Allah s.w.t muliakan Muawiyah dan jadikan dia amirul mukminin. Disebabkan tingkah lakunya yg sabar, org baru yg dtg untuk latihan pun dapat pelajaran. Wahid dapat dilatih, dia dapat pelajaran, dia dapat ilmu, dia dapat didikan sempurna dan jadi orang Islam yang baik manakala Amir Muawiyah dimuliakan oleh Allah s.w.t. Org lama, siapa shj, apa sahaja kerenah org2 baru, kita kena sabar, barulah Allah akan majukan kita dan tarbiyah orang baru. Org lama akan maju dan org baru akan dpt tarbiyah. Org lama kena sabar dgn kerenah org baru. Dlm ikram muslimin, perkara utama ialah org lama kena ambil berat dan tolak ansur dgn kerenah org2 baru.
Perkara pertama, dlm tolak ansur, org2 baru langgar usul, jgn kita hukum mereka. Bila org lama hukum org baru kerana mrk langgar usul, maka skrg org lama punya tingkah laku tidak lagi ikut usul. Org lama tidak ikut peraturan ikram, maka slps itu pecah belah akan berlaku. Baginda s.a.w bersabda, “Sekiranya kamu mula melihat keaiban/keburukan org, maka kamu akan jadi asbab utk pecah belah dikalangan kamu”. Apa itu ikram muslimin? Kita jgn tuntut hak kita dan maafkan org kalau mrk ambil hak kita. Inilah yg umumnya kita cakap dan kita cuba hendak amalkan padahal ini ialah darjah ikram yg paling rendah sekali. Kita mula dari yg rendah ttpi kita anggap itulah ikram muslimin yg besar. Tuntutan yg paling besar dlm ikram muslimin ialah kita menyembunyikan keaiban dan kekurangan org2 Islam dan rakan2 seusaha. Itu hak mrk. Org yg buat apa juga keaiban, hak dia atas diri kita ialah kita menutupi keaiban dia.
Kalau kita sembunyikan keburukan/keaiban org2 Islam, maka amalan kita ini akan lenyapkan keburukan mrk dan bila kita sebarkan dan ceritakan keburukan/keaiban org Islam, maka keburukan ini akan tersebar dan tersebar ke seluruh masyarakat. Banyak yg hendak dicakap pada tuan2, masa tinggal sedikit sahaja lagi, saya pun tiada di sini semasa mesyuarat. Oleh itu, memadailah apa yg sudah dicakap. Luaskanlah hati tuan2, lapangkan dada dgn tuntutan2 ikram. Melalui ikram muslimin, Allah s.w.t akan buka jalan, utk kita supaya usul2 dpt diajar. Kalau sifat ikram tidak ada, maka kita tidak boleh bawa org2 kpd usul. Kita harus dakwah org kpd ikram muslimin. Pelajaran pertama dlm ikram muslimin ialah jgn dedahkan keaiban org, jgn ceritakan keburukan org, jgn sebarkan kelemahan org, inilah pelajaran pertama utk diamalkan. Slps itu, kita latih diri kita utk dptkan sifat ikram muslimin.
Macamana kita hendak latih? Caranya ialah segala perkara yg bertentangan dgn ikram muslimin, kita jaga dan elakkan diri kita dpd amalan tersebut. Keadaan kita hari ini, bila kita lihat apa2 keaiban kawan2 kita, kita begitu gelisah. Selagi kita tidak cakap benda itu pada org lain, keadaan kita dlm kegelisahan. Sehinggalah kita ceritakan pada org lain, maka barulah kita rasa tenang. Kita menunggu2 rakan2 kita utk cerita keburukan kawan2 yg lain. Latihan pertama yg memang kita kena buat kalau kita mahu sifat ikram ini, iaitu kita kena tutup keaiban org dan elakkan dpd cerita keburukan org, iaitu kita kena elakkan dpd mengumpat.
Satu kisah, Abu Bakar r.a dan Umar r.a, adalah 2 manusia yg terbaik dan terulung dlm umat ini. Semua cendikiawan dlm umat ini setuju bahawa mereka berdua adalah org yg termulia. Mereka safar bersama. Mereka bawa khadam bersama dgn mereka, org khidmat. Mereka beritahu khadam tersebut, kamu masak utk kami. Selepas itu, orang khidmat ini tertidur. Abu Bakar dan Umar telah bercakap antara satu sama lain, dan mengatakan bahawa org ini kaki tidur. Mereka kejutkan dia dan tanya kenapa tidak masak sepertimana diberitahu tadi? Khadam itu kata, saya tertidur. Khadam itu pergi kpd Rasulullah s.a.w dan kata Abu Bakar dan Umar minta makanan.
Baginda jawab, pergi beritahu pada Abu Bakar dan Umar, bila sahaja mereka cakap org ini kaki tidur, maka mereka punya makanan sudah sempurna yakni mereka sudah makan. Khadam itu pun bawa berita tersebut kpd Abu Bakar dan Umar. Mereka berdua terus pergi berjumpa dgn Rasululah s.a.w. Mereka kata, kami belum makan lagi, kalau kami sudah makan, buat apa kami hantar org utk minta makanan pada tuan. Baginda s.a.w kata, bila kamu cakap antara satu sama lain, org ini kaki tidur, masa itu kamu sedang makan daging dia. Baginda kata, Demi Allah yg utuskan aku sebagai rasul, saya melihat dgn mata saya sendiri, cebisan daging khadam kamu di antara celah2 gigi2 kamu. Mereka berdua merayu kpd Baginda s.a.w, Wahai Rasulullah s.a.w, tolonglah minta keampunan dpd Allah s.w.t utk kami.
Baginda kata, tidak! Kamu berdua pergi jumpa dgn khadam tersebut dan suruh dia minta keampunan utk kamu dpd Allah s.w.t. Bayangkanlah berapa banyak kita kena buat latihan. Latihan pertama, menyembunyikan keaiban rakan2 seusaha. Lepas itu, kita kena menangis dan merayu pada Allah s.w.t dan mohon akhlak yg tinggi yang Allah s.w.t kurniakan pada Baginda s.a.w. Akhlak Baginda adalah sebenarnya hakikat ikram muslimin. Dgn sifat ikram muslimin ini, hati akan bersatu, penyatuan hati. Bila hati bersatu, barulah akan dpt bantuan dpd Allah s.w.t. Kita kena menangis dan merayu minta pada Allah s.w.t hakikat ikram ini.
PERKARA KELIMA
Ialah ikhlas. Usaha yang paling banyak yang kena dibuat adalah utk perkara kelima ini. Kenapa? Kalau datang sedikit pun sifat riak dalam mana2 amalan yang kita buat, maka itulah syirik. Kalau dtag sifat riak dlm mana2 amal ibadat, bukan setakat kita tidak dapat pahala, kita juga akan diazab. Kita buat amal dan di dalamnya ada riak, menunjuk2, buat kerana org lain, maka amal itu akan mengheret kita ke dalam neraka. Seorang sahabat tanya Baginda s.a.w, macam mana kalau kita keluar di jalan Allah s.w.t dgn tujuan utk dapatkan satu anak panah? Baginda s.a.w jawab, Kalau pergi dengan tujuan untuk dapatkan anak panah, melalui jihad ini, kamu tidak akan dapat apa-apa di dunia dan di akhirat selain dpd anak panah itu sahaja. Padahal, kalau kita fiirkan, anak panah untuk apa? Anak panah memang akan digunakan untuk jihad tetapi kerana niat tidak betul, dia tidak akan dapat apa-apa di dunia dan di akhirat selain dpd anak panah itu sahaja.
Takazah atau tuntutan ikhlas ialah kita kena yakin atas segala janji2 Allah s.w.t, bukannya kita niat buat amal kerana janji2 Allah s.w.t. Kita kena faham perkara ini. Satu ialah yakin atas janji2 Allah s.w.t. Satu lagi ialah, niat atas janji2 Allah s.w.t Contoh, satu org keluar dijalan Allah s.w.t dengan niat kalau saya keluar di jalan Allah s.w.t perniagaan saya maju, kes saya dlm mahkamah akan berjaya, ahli keluarga saya yang sakit akan sembuh, ini ialah janji2 Allah s.w.t, niat utk dapatkan hasil dpd janji2 Allah s.w.t. Satu lagi, yakin ttg janji2 Allah s.w.t, saya buat kerja ini dan saya yakin Allah s.w.t akan kurniakan perkara yg Allah s.w.t janjikan. Dlm dua perkara ini ada perbezaan yg besar. Ikhlas ialah kita buat amalan hanya sanya utk dptkan keredhaan Allah dgn yakin atas janji2 Allah s.w.t. Kita kena buat latihan supaya kita dpt memperolehi ikhlas. Slps itu, menangis dan merayu di hadapan Allah s.w.t, minta hakikat ikhlas. 5 perkara yg disebutkan tadi, dlm setiap perkara ada 3 usaha iaitu dakwah, latihan dan doa.
PERKARA KEENAM
Ialah kita buat usaha supaya setiap manusia diatas muka bumi ini dpt dibawa kpd usaha Baginda s.a.w. Satu ialah kita buat usaha utk bawa org kpd amal. Satu lagi, usaha supaya kita jadikan setiap manusia di muka bumi ini kpd amalan2 yg dikehendaki oleh baginda s.a.w. Kalau kita boleh bawa semua umat ini kpd amal ibadat, kerja kita belum sempurna lagi. Kerja kita akan sempurna apb kita bawa setiap umat kpd amalan dakwah. Knp? Sesiapa yg dakwah kpd mana2 amalan, maka dia tidak akan tinggalkan amal itu. Tuan2 faham? Org yg buat dakwah terhadap satu2 amalan, maka pendakwah ini tidak akan tinggalkan amalan itu. Dia tidak akan tinggalkan amal yg dia dakwahkan kpd org lain. Org yg ber amal, ttpi tidak buat dakwah utk amalnya, maka bila amal ibadat dia bertentangan dgn keuntungan dunia, maka dia akan tinggalkan amal. Dia akan tinggalkan amal utk dunia.
Contoh, dimana2 pun di dunia ini, kita tidak nampak org yg dilantik menjadi muazzin/bilal, slps laungkan azan, dia tidak solat. Ini tidak mungkin berlaku. Dia dtg ke masjid, laungkan azan dan kemudian balik, ini tidak mungkin. Muazzin tidak akan tinggalkan solat. Azan adalah dakwah, muazzin adalah dai/pendakwah. Org yg pendakah, tidak akan tinggalkan amal yg didakwahkan. Kita kena usaha supaya usaha agama dpt dihidupkan. Latihan yg perlu dibuat ialah keluar di jln Allah dgn menekan keinginan dunia. Slps itu, doa mohon pada Allah s.w.t hakikat usaha dakwah. Org yg lihat kelemahan diri akan maju manakala org yg lihat pengorbanan akan mundur.
No comments:
Post a Comment