Wednesday, January 14, 2015

MESYUARAT MALAYSIA 1995

Ringkasan Bayan2 di Nizamuddin. Dunia ini darul amal, akhirat darul jazak. Ada beberapa syarat utk amal kita diterima oleh Allah s.w.t : Yakin betul, Tertib betul, Niat betul. Yakin betul bahawa jika ikut perintah Allah maka kita akan berjaya, kalau ikut sunnah Rasulullah s.a.w maka akan berjaya dan jika tidak ikut perintah Allah & sunnah Rasulullah s.a.w maka akan gagal. Kata Maulana Ilyas rah, “Syaitan akan ingatkan keperluan kita yang kecil. Itu perlu buat, ini perlu buat sehingga kita hilang tawajjuh.” Kita kena fikir bagaimana utk maju dlm usaha ini. Asbab utk kita maju dlm usaha:

1. Menjaga masa kita, 
2. Tetap dalam amalan, 
3. Sempurnakan amalan kita

Contohnya sewaktu keluar 40 hari, 200 waktu solat berjemaah dgn takbiratul ula, 40 kali taalim, 40 kali gasht, 40 kali mesyuarat, 40 kali tahajjud & nafil yg lain, tilawah quran, zikir dll, 40 hari jgn buat apa2 tanpa izin dari Ameer. Hadrat Ali r.a - sejak dia belajar tasbih fatimah tak pernah dia tinggal walaupun dlm peperangan. Sayed Musayib - dia tidak ada bilik dlm masjid. 20 tahun tidak pernah tinggal takbir pertama walaupun dia seorang peniaga, alim dan muhadisin.

1). Jaga ijtimai amal – ia akan jadi mizaj agama/fikir agama.

2). Jaga infradi amal – nur dlm amalan, nur hidayah yg akan memandu kita ke jln yg betul ibarat lampu. Jika infradi amal ditinggalkan, nur dlm ijtimai akan hilang.

Asbab kedua hidayah ialah taat. Bila kita 100% taat, kita akan dpt 100% hidayah. Jika tidak kita akan tersangkut dgn keinginan sendiri dan akan memecah-belahkan dlm usaha agama. Para sahabat r.a taat dalam semua keadaan. Sekarang ini zaman istiqbal (penerimaan). Masa ini merupakan satu rahmat atau akan datang pengharapan & bahaya. Melalui usul-usul yang diamalkan akan berlaku penerimaan dan Allah akan turunkan hidayah. Jika tidak ikut usul dan jauh dari usul kita dalam bahaya! Seberapa banyak kita usaha atas orang miskin, kita akan terselamat. Usaha ini tidak bergantung kepada negara atau kerajaan atau harta atau kebijaksanaan (kepandaian) – melalui kepandaian akan datangkan kerosakan.

Supaya kebaikan dtg kepada umat hendaklah kita mewujud dan menambah 3 sifat:

1). Rasa simpati untuk umat
2). Anggup susah payah untuk umat
3). Anggup belanja/korban untuk umat

Walaupun kita telah buat usaha ini dgn usul2 - kita hendaklah yakin bahawa Allah yg buat semuanya. Kita hendaklah menafi kan diri kita. Kita hendaklah menangis depan Allah & minta bantuan dari Allah. Jika kita buat dengan sifat2 ini, Allah akan ambil usaha dari kita.

Sifat orang buat usaha agama:

1). Kuat tapi lembut
2). Lembut tapi bukan lemah
3). Pemurah tapi jangan membazir

Allah s.w.t telah utus Nabi s.a.w bersama amalnya yg suci dan murni utk diamal dan usaha atas org lain juga. Dgn itu Allah akan bina/ perelokkan kehidupan dunia & akhirat. Allah akan buang rasa kegelisahan/ketakutan dlm hati dan menukarkan kpd kebaikan dan ketenangan.

Untuk itu kita kena buat :
1). 2 gasht, 2 taalim, 3 hari tiap-tiap bulan
2). 2½ jam – jumpa orang untuk memakmurkan masjid
3). Fikir harian – bagaimana 100% orang tempatan solat 5 waktu
4). Hidup amalan di setiap rumah – taalim, zikir, tilawah, solat awal waktu.

Jika kita dapat usaha atas amalan diatas bukan mustahil bagi Allah amkan amalan ini di Malaysia dan di seluruh alam. Org lama harus buat usaha ini dgn jadikan diri sifat sptibunga, bukan sifat spt duri. Sifat bunga - semua org suka - tidak pecahkan hati ahli qariah kita - kita sbg pembantu ahli qariah kita. Sifat duri - setiap org cuba elak dari duri - atas perkara kecil kita bertengkar - kita mahu lawan org. Org yg buat usaha tanpa kepentingan diri, bila dpt ganjaran di akhirat nanti akan ada org berkata – “knp kita tidak buat usaha ini seluruh dari masa kita di dunia dulu”. Org yg buat usaha ini kerana Allah dan meletakkan akhirat dihadapan, InsyaAllah dia akan terus maju dlm usaha ini. Allah akan kurniakan keikhlasan dlm hatinya (mukhlis). Ia menjadi asbab hidayat di seluruh alam. Ia menjadi asbab hapuskan segala fitnah. Dlm al-Quran, Allah berfirman : “Menjadi tggjwb Kami utk bantu kamu”. 

Tujuan 2½ jam: Utk memakmurkan masjid kita. Berkumpul pada satu masa. Bentuk jemaah 2-3 org. Pergi tiap2 rumah – jumpa ketua keluarga – beri fikir akhirat dan persiapan akhirat. Bentang takazah – 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Jika mereka tidak sedia – dekatkan mereka dengan usaha ini seperti taalim masjid, gasht, 2½ jam. Utk ketua keluarga – beri fikir akhirat dan sediakan fikir persiapan hari akhirat. Masalah akhirat – masalah yg besar – selepas mati apa pun tidak boleh buat amal. Beri fikir – tggjwb kpd ahli keluarga – seperti tunaikan solat 5 waktu dgn betul, awal waktu dan tertib, tilawah Quran – nur al-Quran – petunjuk, Zikir pagi & petang – Allah bersihkan hati kita – hubungan dgn Allah bertambah – ini adalah perkara besar! Taalim di masjid – supaya mereka dapat duduk, oleh itu hati mereka ada keinginan amal agama. Taalim di rumah – bersama anak isteri. Bila ketua keluarga ada fikir pentingnya agama maka ia akan tarbiyah ahli keluarga.

Bentangkan ini kpd ketua2 keluarga. Niat setiap lelaki solat 5 waktu berjemaah, setiap wanita solat awal waktu, zikir, tilawat Quran. Sehingga setiap org dpt amal keseluruhan agama. Kesan amal spt musim. Musim panas semua org rasa panas. Musim sejuk semua org rasa sejuk. Musim tidak pilih kasih - semua org akan merasainya. Bila amalan agama bertambah org fasiq pun boleh jadi wali2 Allah. Bila amalan agama menurun anak org alim/ulamak pun boleh jadi fasiq. Usaha ini hendaklah dibuat dgn: satu hati, satu fikir, cara yg betul. Dgn cara ini Allah akan ubah suasana dan Allah akan dtgkan rasa cinta/kasih pada semua umat.

3 perkara akan wujud kesatuan:

1). jangan cari keaiban orang lain
2). jangan hebohkan keburukan
3). jangan lihat keburukan orang

Org yg memberi bayan – jgn rasakan org yg dengar bayan kita itu tidak betul – ini akan dtg sifat takkabur – ini org rosak. Rosak buat usaha agama – bila ada cinta dunia, pangkat, nama, harta, kemasyhuran, kepentingan diri atau rasa diri besar. Jgn kita menzalimi org lain, sekat org lain – takut org lain ambil tempat dan kedudukan kita. Kita takut nanti dapat tamparan Allah! Tangkapan Allah sangat hebat sehingga manusia akan terkejut! Jgnlah kita menzalimi rakan2 seusaha dgn tangan kita, perkataan kita sehingga mereka mengeluh – ini sgt merbahaya pada kita. Hadrat Umar r.a tulis surat pada semua Gabenornya, “Kalau kamu nak tahu apa makam kamu dilangit, lihatlah kawan2 sekeliling kamu samada suka atau tidak”. Setelah Umar r.a. ditikam – Umar r.a risau – takut ada org tak suka padanya. Abbas r.a suruh tengok sahabat2 lain di masjid. Sahabat semua dlm keadaan sedih. 

Umar r.a berdoa, “Ya Allah, kalau Engkau tak beri apa2 terhadap amalan aku, tidak mengapa – tapi jgnlah Engkau tangkap atas dosa2.” Di Mekah – 13 tahun usaha atas pembentukan iman. Di Madinah – sahabat perang tanpa persediaan – Allah menangkan mereka. Di Hunain – sahabat ramai, tawajjuh mereka mula beralih kpd kelengkapan - Allah kalahkan mrk. Jika kita buat usaha agama tetapi pandangan kita beralih dari Allah – kita gagal. Apa saja ujian dtg – contoh: org mula mengenali kita, dtg sifat kehebatan diri – Maka pandangan dan tawajjuh kita hendaklah tetap pada Allah – kita akan berjaya. Minta2: membuka pintu kefakiran. Org miskin jgn meminta2. Org kaya hendaklah membayar zakat. Org dunia – prinsipnya nak ambil hak org lain Nabi s.a.w bersabda, “Sebaik2 org kaya, berada di pintu org miskin, Seburuk2 org miskin berada di pintu org kaya”. Susah atau senang - itu bukan tanda kejayaan. Kejayaan dlm Yakin betul, Berhati2 dlm amalan dan Taat.

Hadrat Abu Khuthaimah r.a balik dari satu safar, sampai di Madinah, ia dapati Rasulullah s.a.w tiada di Madinah. Baginda pergi ke Tabuk. Sahabat ini ada 2 org isteri. Kedua isterinya telah buat persiapan – makan/minum utk menyambut kepulangan suaminya. Kata sahabat, ini tidak adil – Rasulullah s.a.w di Tabuk – panas, menghadapi peperangan, aku pula bergembira bersama isteri. Beri saya kelengkapan perang - lantas ia menuju ke Tabuk. Sahabat beritahu pada Rasulullah s.a.w ada org dtg dari jauh. Mungkin Abu Khuthaimah tadi. Sahabat ini telah ceritakan hal keadaan dia pada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah doa. 

Contoh sahabat yg miskin: Abu Zar r.a dlm safar, untanya telah sakit, lantas Abu Zar r.a telah pikul barang2 dibelakangnya. Ia berjalan sehingga sampai di hadapan Rasulullah s.a.w. Demikianlah sahabat mempunyai yakin yg tetap/teguh walaupun berbagai dugaan telah dtg. Melalui kerja dakwah, yakin akan dtg - yakin akan dibentuk. Kata Maulana Ilyas rah. , “Selesaikan segala masalah kamu melalui usaha agama”. Mansha Maulana Ilyas rah. – agar usaha agama ini sampai ke tahap agama di zaman Rasulullah s.a.w. Oleh itu buatlah usaha agama seluruh hidup kita. Korban masa, diri, harta. Allah selamatkan dari azab dunia dan akhirat. Seluruh dunia skrg, manusia saling tuduh-menuduh, mengkritik, menyalah dan laknat-melaknati org lain. Masing2 anggap diri mrk macam malaikat. Inilah tanda2 Allah akan turunkan azab pada sesuatu tempat itu. 

Jika kita pandang hina pada org – Allah akan hinakan kita. Satu cerita… Dlm satu perjalanan menunaikan haji, seorg sheikh/ahlullah telah jatuh hati pd seorg gadis beragama kristian yg cantik dan ingin berkahwin dgnnya. Ia beritahu murid2nya, “Aku tidak dpt bersama pergi menunaikan haji kerana satu penyakit telah hinggap pada diri ku”. Gadis itu bersetuju tapi telah kenakan beberapa syarat iaitu masuk kristian dan menjaga babi di kandangnya. Ahlullah itu telah bersetuju. Selepas haji murid2nya telah singgah di kampung tadi. Alangkah sedihnya mereka bila mereka melihat ahlullah tersebut sdg menjaga babi dgn tongkat yg pernah digunakan baca khutbah dan mengajar agama pada org lain. Semua anak muridnya telah menangis dan berdoa. Berkat doa mereka Allah telah beri hidayat padanya semula lalu ia bertaubat. Murid2nya bertanya mcm mana perkara ini boleh terjadi. Ahlullah itu berkata, “Sewaktu kita lalui kampung ini dahulu aku telah pandang hina pada mrk krn mrk beragama kristian. Allah telah cabut iman aku”.

Zaman ini ialah zaman istiqbal - jadi banyak fitnah akan berlaku. Oleh itu kita kena pelihara diri dgn sifat2:

1. Sifat taqwa
2. Sifat sabar  
3. Tidak berdendam

Pesanan Hadratji Maulana Inamul Hassan rah. – libatkan diri dengan usaha jemaah masjid, 2 gasht, 2 ta’alim, 2½ jam, fikir harian, 3 hari jemaah sempurna dari masjid setiap bulan.

1). Sifat taqwa: Sifat taqwa seperti nabi Yusuf a.s. Yusuf a.s digoda oleh wanita – Yusuf a.s lari dari tangkapan wanita itu. Yusuf takut pada Allah s.w.t.

2). Sifat sabar: Yusuf a.s sabar - atas kedengkian adik-beradiknya - atas pakatan nak menjatuhkan dan membunuhnya.

3). Sifat tidak berdendam : Yusuf a.s telah memaafkan kesalahan adik-beradiknya semasa ia dilantik   menjadi menteri.

Sewaktu nabi Yusuf a.s di masukkan ke dalam telaga, ia diselamatkan oleh malaikat. Malaikat berkata pada nabi Yusuf a.s , “Diam sini”. Sewaktu Nabi Yusuf a.s melarikan diri dari tangkapan wanita, Yusuf a.s tidak menjerit. Sudah sampai ke pintu pun Yusuf a.s diam juga. Wanita itu telah koyak baju Yusuf a.s dari belakang. Pengajarannya: Dalam rangka kita buat usaha ini, bila fitnah datang hendaklah kita diam. Teruskan buat usaha dakwah. Allah akan bersihkan kita dari fitnah. Orang yang buat kerja ini betul2 dan ada sifat taqwa – Allah akan tunjukkan jalan keluar dari segala masalah. Sifat orang munafik di zaman Rasulullah s.a.w itu ialah solat tapi dengan perasaan malas, zikir pun malas dan korban harta sangat berat. Amalan dibuat hanya untuk menunjuk2. 

Tiga perkara adalah ujian orang ikhlas yang buat usaha dakwah iaitu wanita, harta dan kedudukan (pangkat). Satu cerita sahabat: Hadrat Zaid bin Harithah, tidak mahu kembali pada ayah dan pakciknya (bukan Islam) walaupun diberi tebusan. Bapanya kata, “Kamu ini janggal, kamu lebih suka jadi hamba”. Zaid berkata, “Aku tidak akan tinggalkan Nabi s.a.w”. Nabi s.a.w begitu gembira, Nabi s.a.w peluk Zaid r.a dan letak atas ribanya. Kita harus mendidik dan menyayangi anak2 kita sebagai mana Rasulullah s.a.w menyayangi hadrat Zaid r.a. Kita hendaklah menjaga hubungan dengan makhluk iaitu menunaikan haknya, menghormatinya, mengasihinya. Dengan akhlak manusia akan hampir dgn kita dan kita pula hendaklah hubungkan mereka kpd Allah – ini adalah cara Nabi s.a.w tetapi jangan hubungkan mereka dengan kita pula. Ini adalah cara yang salah. Ini kerja kerja Dajjal nak alihkan makhluk dari Allah. Syaitan pula sifatnya dia sendiri tidak betul, dia sesat, kerjanya bawa orang pada kesesatan. 

Dunia sekarang sifat seperti kehaiwanan, ambil dari orang lain, masuk perut sendiri, beri kerosakan pada orang lain - macam ular/kala : patuk org lain, dia tidak dapat apa-apa. Ahli batil terbahagi kpd 3: Bila dtg nusrah Allah, mereka dtg kpd hidayat, mereka merendahkan pandangan mereka dan mereka akan melampau dan bongkak. Umat Nabi Musa a.s – jadi kera kerana mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Bongkak dan melampau terhadap larangan Allah. Islam akan berpecah 73 golongan – 1 sahaja masuk syurga iaitu “Aku dan sahabatku dan orang yang berada di atas jalan….” Sifat Da’i – risau, doa dan menangis lihat umat. Maulana Umar rah. baca ayat: “Katakan jika ayah, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluarga, harta yg kamu miliki, perniagaan yg kamu takuti kerugiannya dan rumah yg kamu sayangi itu lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah, Allah akan mendtgkan siksaanNya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk pada org yg fasik” (surah taubah ayat 24)

Bila cinta 8 perkara lebih dari 3 perkara – maka penyakit rohani akan datang. Cinta 8 perkara bukanlah hendak dihapuskan, tetapi hendaklah dikurangkan. Nabi s.a.w sayang pada anaknya Fatimah r.ha, sayang pada Aisyah r.ha tapi ada hadnya – tidak melebihi cinta terhadap Allah. Tanda cinta 8 perkara ialah kurang beri korban dan meninggalkan perintah Allah. Oleh itu hendaklah kita tambah korban sedikit demi sedikit – hingga kita rasa diri dan harta tidak ada nilai lagi. Penutup bayan hidayat: Maulana Zubir al-Hassan. Semoga saudara yg keluar jln Allah diterima oleh Allah s.w.t. 

Perhimpunan ini untuk agama Allah dan kita buat semata-mata kerana Allah. Dengan ini Allah akan kurnia nur dan menafaat yang banyak dari majlis ini. Oleh itu hendaklah kita biasakan diri dan majlis dan amalan agama spt ini. Kejayaan dan kebahagiaan manusia dalam agama. Sebanyak mana kita amal agama, cinta agama sebanyak itulah Allah menambah fadalNya atau kurniaanNya. Usaha yang kita buat ini adalah untuk membawa ketaatan kepada Allah. Kita keluar dgn niat amal agama, usaha agama dan belajar agama. Allah s.w.t beri kita cara dan tertib yg mudah untuk belajar dan amal agama. Kita buat kerja ini dan belajar usaha ini – Allah akan beri hakikat usaha ini. Usaha sampai maut. Selepas maut itulah hasil usaha kita dan kita tidak akan kembali lagi. Kita hendaklah jaga solat jemaah awal waktu, ta’alim, zikir, tilawah Quran. Waktu siang kita usaha, waktu malam kita minta dgn Allah. 

Yang hanya beri ialah Allah. Allah tidak sia-siakan usaha mausia. Oh Allah, hanya engkau sahaja yg maha pemberi. Allah sangat cinta pada manusia, waktu siang usaha – malam mohon doa. Jika kurniaanNya bersama kita sejauh itulah kita dpt amal agamaNya. Apa yg kita tahu kita amal, untuk orang lain kita targhib. Oh Allah, berilah kesempurnaan iman, istiqamah dan kesempurnaan agama. Siapa yang buat dia yang untung, tak buat rugi, Allah s.w.t tak rugi apa-apa. Semoga Allah s.w.t jadikan kita orang yang sentiasa belajar agama, amal agama dan buat usaha atas agama.

No comments:

Post a Comment