Thursday, January 15, 2015

BAYAN MUZAKARAH USAHA MAKAMI 1

(27/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Allah s.w.t telah beri kita satu kerja yang mulia iaitu kerja Rasulullah s.a.w. Dalam kerja ini ada dua tiang yang asas yang mana kerja ini dibangunkan. Pertama ialah kita keluar di jalan Allah s.w.t dengan diri, harta dan masa kita dan buat usaha di jalan Allah s.w.t. Kedua, ialah bila kita tidak keluar/tidak berada di jalan Allah s.w.t, setelah kita kembali dari jalan Allah s.w.t, dgn menggunakan masa kita dgn sepenuhnya, kita buat kerja di marhallah kita masing2. Itulah yg kita panggil kerja jemaah masjid. Bersama2 dgn jemaah masjid kita, kita buat usaha siang dan malam. Maulana Ilyas rah. berkata, “Hanya ada dua kerja sahaja untuk orang Islam iaitu kita berada/keluar di jalan Allah s.w.t atau kita mengeluarkan orang di jalan Allah s.w.t. 

Usaha di tempat kita masing2 untuk kita keluarkan orang di jalan Allah s.w.t dan juga kita buat usaha untuk wujudkan satu suasana di masjid kita. Oleh itu kita dapat bawa manusia kepada amalan Rasulullah s.a.w untuk menghidupkan solat berjemaah 100% bagi lelaki akil baligh dan ini adalah satu usaha yang sangat penting. Kalau kita buat kerja di tempat kita masing2, kita dapat kekalkan tahap iman kita dan dapat kekalkan tahap amalan kita. Bila setiap hari kita buat dakwah, cakap kebesaran Allah s.w.t dan kita mengajak manusia kepada kebesaran Allah s.w.t, di tempat perniagaan kita, di tempat kerja kita, di rumah kita, maka kita dapat kekalkan tahap iman dan juga amal kita. Kita hanya keluar sekali sahaja di jalan Allah s.w.t, keluar 4 bulan atau keluar 40 hari tetapi untuk kerja tempatan setiap hari kita kena buat. 

Tiap2 hari takazah keperluaan kita kena korbankan. Tiap2 hari kita kena mujahadah, lawan dengan nafsu kita untuk jalankan kerja agama. Seperti yg telah dimesyuaratkan, kita akan ambil karguzari Kuala Lumpur dan markaz2 yg lain. Mengambil karguzari maksudnya bukanlah untuk kita menguji siapa yg lulus atau siapa yang gagal. Sebenarnya semua org yg buat usaha agama, semuanya lulus. Ini adalah satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Jemaah2 yg balik, Nabi s.a.w akan tanya karguzari dan juga Nabi s.a.w akan tanya ttg keadaan iman para sahabat atau Nabi s.a.w akan tanya ttg sesuatu kerja yang Nabi s.a.w telah beri tggjwb dan juga Nabi s.a.w akan beri sedikit targhib. 

Kita hendaklah berlumba2 memberi laporan karguzari kerja dgn niat utk menghidupkan satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Bila kita memberi karguzari, untuk dapat menafaat yg paling banyak, maka kita ceritakan apa yg kita buat sebenarnya. Contoh gasht, sudah berapa tahun, macamana kita buat gasht atau macam mana kita buat usaha dakwah setiap hari. Kita beritahu macam mana kita buat dakwah. Kpd setiap org yg bagi karguzari yg berlainan, maka bila semua karguzari2 ini dibentangkan di hadapan kita, maka kita akan dpt menafaat yg banyak. Dlm urusan agama ini, kita jangan berasa malu dan segan. Kalau kita malu dan segan, kita akan rugi dan kita akan kebelakang dalam urusan agama. Kita beritahu terus terang apa yang kita buat di tempat kita, insyaAllah, dengan itu semua akan dapat menafaat. 

Berilah karguzari bagaimana keadaan kerja di tempat kita, berapa orang buat gasht pertama, berapa org buat gasht kedua, berapa orang yang duduk dlm taalim di masjid kita, berapa buah rumah yang buat taalim, berapa orang yang buat 2½ jam, macamana kita buat 2½ jam, bagaimana usaha keluarkan jemaah tunai, bagaimana nusrah jemaah yang datang, apakah takazah2 yang dibentangkan, takazah2 dari markaz macamana kita sempurnakan, berapa buah rumah org Islam di kawasan kita, berapa org yg dtg solat jemaah dsbnya. Kita kena makmurkan/hidupkan masjid dengan amalan, dengan zikir, dengan usaha nabi. Tanpa kita buat apa-apa orang telah datang masuk Islam, ini hanya bilangan yang kecil. 

Kalau kita buat usaha dengan sungguh2 semua orang akan rasa tidak ada apa-apa keselamatan melainkan dalam agama. Keadaan ini akan wujud oleh usaha yang berterusan untuk makmurkan rumah Allah s.w.t. Mesyuarat harian adalah sebahagian dpd kerja Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w sentiasa buat mesyuarat. Maulana Syed Ahmad Khan kata, “Mesyuarat untuk agama kedudukannya adalah seperti wajib”. Bila mesyuarat hidup, barulah usaha dakwah akan hidup, kemudian barulah agama akan hidup. Rasulullah s.a.w telah diperintahkan untuk bermesyuarat dengan sahabat2. 

Oleh kerana itu, Baginda s.a.w sentiasa ambil berat ttg perkara ini. Walaupun Nabi s.a.w dpt wahyu tetapi Nabi s.a.w pastikan/ambil berat ttg mesyuarat iaitu mesyuarat dengan sahabat2. Hendaklah kita usaha supaya amalan Rasulullah s.a.w, amalan Masjid Nabawi, hidup di setiap masjid di seluruh alam supaya setiap masjid sama2 fikir bagaimana hendak hidupkan agama di seluruh alam dan bagaimana kita hendak bawa seluruh umat kpd kerja Nabi s.a.w. Ini adalah asbab utk menyatukan hati2 kita. Apa itu mesyuarat? Mesyuarat ialah kita berfikir tentang hal-hal agama. Ini adalah satu ibadat yang sangat tinggi. Oleh kerana itulah kita kena hidupkan amalan ini di setiap masjid. Biasanya sebelum seseorg itu buat apa2 keputusan dalam urusan dunia dia, dia akan tanya pandangan kawan2 dia yang lain. Ini kerja nabi, kerja Rasulullah s.a.w, kerja yang paling tinggi, “Adakah kita tidak perlu buat mesyuarat?” Kita duduk dalam mesyuarat harian. 

Kita datang dari rumah, ada yang datang dari pejabat dengan fikir pejabat, ada yang datang dari kedai dgn fikir perniagaan, macam2 punya fikir. Bila duduk dalam mesyuarat, semua duduk dalam satu fikir yang sama. Untuk ini, beri targhib 5-10 minit untuk bawa fikir semua orang kepada agama. Kita bukan dihantar untuk satu wilayah dan kita bukan hanya fikir untuk satu wilayah tetapi kita dihantar utk seluruh alam. Kalau kita duduk dan fikir utk satu wilayah, kita akan dapat pengampunan dpd Allah s.w.t mengikut fikir kita, kita akan dpt bantuan untuk fikir kita. Jika kita duduk dan fikir utk seluruh alam, kita akan dpt ganjaran mengikut fikir kita. Oleh kerana kita buat kerja Nabi s.a.w dan Nabi s.a.w dihantar utk seluruh alam maka kita juga kena fikir seluruh alam, apa keperluan agama di tempat yg paling jauh di dunia ini.

Kita kena bentangkan takazah dari markaz dan fikirkan mengapa takazah ini dibentangkan dan kenapa perlu hantar jemaah ke sana supaya wujud dalam hati org yg duduk dlm mesyuarat bahawa mmg perlu kena hantar jemaah ke sana. Setiap org kena rasa diri dia kena keluar, memang perlu dan penting hantar jemaah supaya setiap takazah ini datang dari kita, sebagai takazah kita sendiri. Eldest kita kata bahawa apabila satu jemaah org2 beriman mereka mahu/hendak mewujudkan sesuatu, Allah s.w.t akan perkenan kan perkara itu. Skrg kita fikir memang perlu kita sempurnakan takazah itu daripada org2 di masjid kita sendiri. 

Apa kita patut buat skrg? Mesyuarat adalah utk menggunakan kekuatan fikir kita. Jadi siapa yg layak? Org2 di masjid kita atau org2 di masjid berhampiran atau di tempat2 yg lebih jauh lagi. Kita bentangkan takazah dan kemudian kita fikirkan siapa yg sesuai yg boleh sempunakan takazah itu. Macamana kita hendak bentangkan takazah ini di masjid berhampiran? Adakah kita hendak bentang kan dlm gasht kedua kita atau hantar jemaah 3 hari ke sana. Macamana kita hendak jumpa org2 di sana. Semua ini kita kena fikir spt satu org yg jual kain, dia akan fikir macamana cara yg paling baik utk jual kain. Oleh krn ini kerja nabi, utk sempurnakan satu takazah agama, kita kena fikir. Kita fikir takazah luar negara 4 bulan, dlm negeri 40 hari, di mana kita patut hantar jemaah supaya kita dpt bangunkan kerja di sana. 

Takazah bandar kita juga perlu difikirkan. Marhallah kita juga perlu difikirkan. Berapa org yg tinggal di marhallah kita, berapa org yg solat, berapa org yg belum solat, macamana kita hendak buat dgn mrk, berapa jemaah 3 hari akan keluar, macamana hendak tingkatkan jemaah 3 hari, siapa yg azam 40 hari, siapa yg belum keluar 40 hari, siapa yg hendak kita bawa kpd usaha ini, melalui siapa hendak kita usaha atas dia, siapa yg hendak kita usuli, siapa yg munasib utk pergi usuli, siapa patut jumpa siapa, ini semua kita kena guna kekuatan fikir kita dlm mesyuarat, banyak tenaga perlu digunakan. Berapa banyak karkun 4 bulan dlm marhallah kita, berapa org yg dpt keluar cillah (40 hari)  macamana semua dpt bagi masa mengikut nisab mereka. Dlm tabligh tidak ada “kenapa kamu tidak keluar”. Ini adalah kelemahan kita, jadi kita kena keraskan utk diri kita sendiri, utk org lain kita longgarkan, gunakan cara yg lembut. Jika semua buat mesyuarat macam ini maka Kuala Lumpur akan jadi contoh utk bangunkan kerja ini dan jadi asbab perantaraan hidayat utk seluruh alam. 

Semua perkara ini kena fikir barulah usaha tempatan/makami kita akan jadi kerja yg bernyawa. Macamana kita hendak jumpa dgn dia, macamana kita hendak hubungkan dia dgn kerja ini, siapa yg hendak kita gunakan sbg perantaraan utk jumpa dia. Semua perkara ini kita kena fikirkan, barulah kerja tempatan/makami kita akan bernyawa dan akan ada roh. Satu org peniaga yg buat kerja dunia pun tidak akan buat sesuatu perkara dgn membuta tuli, kalau mrk ada modal, mrk akan fikir, mrk akan tanya pandangan kawan2, mrk akan gunakan org2 yg mrk kenal, yg ada hubungan, yg mana dgn mrk ini akan dpt jlnkan perniagaan dsbnya. 

Mcm itu juga usaha agama kita kena buat, kena fikir, kena risau dan fikir cara yg paling baik. Maulana Ilyas rah., satu ketika hendak sampaikan usaha dakwah kpd Mufti Ubaidullah. Masa itu ada satu org kata, “Saya sedia utk sampaikan usaha dakwah itu”. Maulana Ilyas rah. kata, “Inilah perkara yg menyebabkan saya menangis, sebenarnya tuan2 tidak fikir, siapa, melalui siapa, kita hendak menjlnkan sesuatu kerja”. Ada satu org dlm mesyuarat itu, dia ada fahaman yg dlm, dia kata, “Mufti Ubaidullah ini ada hubungan yg baik dgn satu org Haji. Kalau Haji ini cakap dgn Mufti Ubaidullah dia pasti akan dengar. Jadi skrg kita fikir siapa akan sampaikan kpd Haji itu. Ada satu org, saudara dia yg tinggal di satu tempat, kalau dia cakap dgn Haji tadi maka Haji tadi akan terima apa yg disampaikan. Selepas itu ada satu org kata, “Siapa yg hendak sampaikan kpd saudara Haji itu”. 

Ada satu org dlm mesyuarat kata, “Saya akan sampaikan kpd saudara Haji itu, saya ada hubungan yg baik dgn org ini dan kalau saya cakap dgn org ini, dia akan sampaikan kpd Haji dan Haji akan sampaikan kpd Mufti Ubaidullah”. Maulana Ilyas kata, “Barulah tertib betul”. Kalau kita fikir dgn cara ini, kita boleh sampai kpd setiap org dlm marhallah kita samada terus menerus ataupun melalui org lain. Dlm mesyuarat kita gunakan fikir kita, akal kita dan tubuh kita utk selesaikan masalah. Sesiapa yg jadikan apa-apa usaha sebagai kerja mrk sendiri, mrk akan bagi masa tiap2 hari utk kerja itu. Pekedai akan bagi masa tiap2 hari utk kedainya. Peniaga akan bagi masa tiap2 hari utk perniagaannya. 

Org yg kerja makan gaji, mrk akan bagi masa 6 jam atau 8 jam utk kerja mrk manakala org yg bekerja sendiri mrk akan bagi masa mengikut takazah dan keperluan kerja mrk. Kalau org itu tidak bagi masa tiap2 hari utk uruskan perniagaan dia, maka perniagaan dia akan rugi. Kalau kita bagi masa tiap2 hari utk agama, tiap2 hari iman kita akan meningkat, tiap2 hari amalan kita akan meningkat, tiap2 hari kerja Rasulullah s.a.w akan meningkat dlm diri kita. Bila kita buat pengorbanan utk bagi masa tiap2 hari, korbankan kemahuan dan kehendak kita, maka Allah s.w.t akan hidupkan bahagian2 agama di seluruh alam. Kalau kita bagi masa tiap2 hari, kita akan mula faham apa yg disampaikan oleh eldest kita. Lagi banyak kita bagi masa, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita faham bagaimana hendak buat kerja ini. Allah akan jadikan kita asbab utk hidupkan agama. 

Apa sebenarnya masalah kita? Kita sentiasa tengok org lain. Bila diri kita sendiri tidak bagi masa, maka org lain pun tidak akan bagi masa. Setiap bangunan ada batu asasnya dan batu asas ini tidak nampak. Kalau kita keluarkan batu asas itu maka bangunan akan roboh. Mrk yg jadi batu asas dlm kerja ini, mrk sangat bernasib baik. Saya kena bagi masa untuk usaha agama kerana Allah s.w.t, org lain bagi masa atau tidak, itu tidak mengapa. Bila kita bagi masa tiap2 hari, maka kerja akan meningkat. Lama-kelamaan orang lain pun akan bagi masa juga dan jemaah akan meningkat. Sebelum ambil masa seseorg, kita ambil hati dia dahulu dgn kasih sayang dan ikram. 

Tunaikan keperluan mereka dan bantu mereka. Org yg kita jumpa, apa yg kita hendak dakwah dia bergantung pada keadaan. Adakan hubungan dahulu. Mereka yg ada talab utk dengar boleh terus dakwah. Tashkil mengikut keadaan kesan. Kalau sedia untuk 3 hari, jgn tashkil utk 40 hari. Kalau sedia untuk 40 hari, jangan tashkil untuk 4 bulan. Untuk dunia yang sementara ini, Allah s.w.t hantar kita untuk agama. Kita telah bagi masa yang banyak untuk dunia tetapi untuk agama kita bagi masa sedikit shj, 2½ jam shj. Mulai hari ini kita bagi 8 jam tiap2 hari, insyaAllah. Bila bagi masa 8 jam tiap2 hari, satu masa nanti masjid kita akan penuh sehingga tidak ada tempat utk org solat.

No comments:

Post a Comment