Thursday, January 15, 2015

BAYAN MUZAKARAH USAHA MAKAMI 2

(28/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t telah jadikan kita sebagai insan/manusia. Manusia merupakan ashraful makhlukat, sebaik2 ciptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah ciptakan segala2nya untuk manusia. Matahari, bulan, bintang, langit, ikan2 di lautan dan semua makhluk2 yang lain, semuanya telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk khidmat pada insan. Satu syair dalam bahasa Parsi berbunyi, “Wahai manusia, Aku telah ciptakan segala2nya, bulan, bintang, matahari. Aku telah ciptakan untuk khidmat pada kamu. Mereka semua khidmat pada kamu siang dan malam. Aku ciptakan kamu wahai manusia, untuk beribadat pada Aku” Kita semua azam untuk bawa 100% perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan kita. 

Tggjwb kita ialah untuk amalkan keseluruhan agama dan juga bawa manusia2 lain di seluruh alam kpd agama. Penduduk dunia ada lebih kurang 5 billion tetapi hanya 1 billion sahaja yang Islam, 4 billion lagi masih belum Islam. Semua manusia yang ada ini adalah umat Nabi s.a.w. Tggjwb kita hari ini ialah untuk bawa 4 billion itu kepada Islam. Jika kita bawa 100% perintah Allah s.w.t dan 100% sunnah Nabi s.a.w dlm kehidupan kita, maka dengan melihat kehidupan kita, mereka akan masuk Islam. Allah s.w.t hantar kita ke dunia ini untuk buat kerja Nabi s.a.w. Bila satu org uruskan kerja dia (kerja Nabi), maka dia punya pagi-petang, dia punya makan-minum, semua ini ada kaitan dgn kerja dia. Setiap masa dia akan ingat pada kerja. Dia akan tengok kerja dia dahulu kemudian barulah dia akan tengok keperluan. 

Dalam kerja ini ada 2 cara. Pertama, kita buat kerja ini untuk dapat pahala. Kedua, buat kerja ini dgn niat bahawa ini adalah perintah Allah s.w.t maka dengan niat ini, hidup-mati saya adalah utk kerja ini. Satu orang yang buat kerja ini dengan melihat kepada pahala untuk diri dia, sebenarnya dia hanya letakkan diri dia satu orang sahaja untuk kerja ini sebaliknya satu orang yang letakkan kerja ini sbg naib/pembantu kerja Nabi s.a.w, maka org ini telah letakkan seluruh umat di hadapan dia. Satu org telah keluar buat gasht dan dia ditanya, “Kamu hendak ke mana?”  Dia jawab, “Saya sebenarnya sedang buat kerja bagaimana agama akan tersebar ke seluruh alam”. Dia sdg buat gasht di marhallah dia tetapi dia punya fikir utk seluruh alam. Dgn 2½ jam agama akan tersebar ke seluruh dunia. 

Dgn gasht agama akan tersebar ke seluruh dunia. Asas kerja ini sebenarnya ialah memberi masa tiap2 hari. Jika saya tidak beri dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t, jika saya tidak fikir ttg agama, jika saya tidak bagi masa utk agama maka mula2 sekali kesannya ialah pada diri saya iaitu saya sendiri tidak dapat meningkatkan iman saya. Usaha ini sebenarnya bukanlah utk betulkan/dakwah org lain. Maksud asal dpd usaha ini ialah utk diri kita. Seorg dai akan letakkan diri dia yg pertama dan bukan letakkan diri org lain sebagai yg pertama. Kita bagi masa 2½ jam tiap2 hari. Cukupkah 2½ jam sahaja tiap-tiap hari? Hadzratji rah. beritahu bahawa setiap org bagi masa paling kurang 2½ jam dan usaha perlu dibuat utk meningkatkannya. Bila satu orang telah letakkan sesuatu perkara sbg dia punya maksud, adakah dia akan bagi sekurang2nya atau paling tinggi? Oleh itu, kita bagi masa untuk agama sebanyak mungkin dan bukan sekurang2nya. 

Eldest beritahu, kita kena bagi masa sekurang2nya tetapi kita kena fikir utk meningkatkannya setiap hari. Maulana Yusuf rah. kata, “Cara yg paling mudah utk bawa sesuatu ke dlm diri kita ialah dgn mengajak/dakwah org lain kpd perkara tersebut”. Apa yg hendak kita buat dlm 2½ jam? 2½ jam hanya semata2 utk beri dakwah. Taalim, gasht pertama, gasht kedua dsbnya tidak termasuk dlm 2½ jam. Kita kena lapangkan masa 2½ jam tiap2 hari utk usaha di marhallah kita. Kita jumpa setiap org. Dlm jumpa setiap org, kita kena pastikan kesesuaian. Kesesuaian ini sgt penting iaitu masa yg sesuai dan org yg sesuai. Adakan hubungan dgn semua org, ikram dsbnya. Ikram inilah yg org itu akan ingat, bukan bayan yg kita bagi. Dlm masa 2½ jam ini kita dpt tunaikan segala takazah yg telah kita mesyuaratkan dlm fikir harian. Jika semua org bagi masa tiap2 hari 2½ jam, maka tidak mustahil satu org lama akan bawa satu jemaah sempurna dan ramai org akan keluar di jln Allah s.w.t. Baki masa barulah kita gunakan utk zikir, baca Quran dsbnya.

Semasa umumi gasht, kita tidak dpt cerita pjg, masa terhad. Sebenarnya kerja ini tersebar dgn kita bagi masa tiap2 hari. Hubungan dgn org tempatan akan terjalin dgn 2½ jam. Kesan sebenar akan dtg dgn suasana/mahul agama. Sebarkan salam dan banyak bagi makan. Cerita gembira dan jgn cerita azab. Dakwah kebesaran Allah s.w.t, ini tertib ambiya a.s. Dengar apa yg dia hendak cakap, jgn berdebat. Perdebatan bukan cara dakwah Nabi s.a.w. Beritahu juga bahawa kita ini umat Nabi s.a.w dan naib kpd Nabi s.a.w. Kita adalah umat utk amal dan juga umat yg ambil fikir Nabi s.a.w, fikir bagaimana agama boleh wujud dlm kehidupan seluruh umat dan sediakan mrk utk buat kerja ini. Jgn putus asa dan lemah semangat samada org terima atau tidak terima dlm membuat kerja ini. Maksud kerja ini ialah kerja ini perintah Allah s.w.t. 

Seorang dai tidak melihat kpd hasil. Tambah korban. Kesan dakwah dtg dpd Allah s.w.t. Allah yg bagi hidayat. Kepentingan umumi gasht dlm usaha agama sama spt kepentingan tulang belakang kpd badan. Apa itu umumi gasht? Umumi gasht ialah tertib yg dibawa oleh para ambiya a.s iaitu jumpa dgn semua org, tidak pilih2. Maulana Yusuf rah. berkata melalui gasht umumi ini kita hendak hidup kan keadaan, di mana ada org bergerak sbg dai dan zakirin. Orang yang zikir kpd Allah s.w.t dan satu org dai tentu dia akan berjalan dgn fikir dan tertib, suasana ini perlu diwujudkan dlm umumi gasht. Melalui gasht kedua, gasht pertama akan jadi kuat. Dalam taalim, satu hari sebelum hari gasht, kita cerita ttg kelebihan/fadhilat ttg umumi gasht iaitu bagaimana Allah s.w.t akan selamatkan kita daripada azab Allah s.w.t dan syurga yang Allah s.w.t akan beri, supaya dlm hati setiap org yg duduk dlm taalim timbul satu keghairahan ingin bagi masa utk buat gasht. Selepas itu, kita tashkil siapa yg sedia buat gasht. 

Kedua-dua org lama dan baru kita tashkil. Satu malam sebelum gasht, kita doa pada Allah s.w.t, kita bangun tahajjud dan doa, bukan sahaja kita doa supaya semua rakan2 kita dan yg telah bagi azam dpt hadir gasht ttpi juga kita minta supaya Allah s.w.t terima gasht ini. Umumi gasht sbg asbab utk menyebarkan agama ke seluruh alam. Bangun malam, doa dan menangis pada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t terima gasht umumi kita. Pada hari gasht, kita jaga mata utk satu hari tersebut krn kita akan keluar jumpa org dan dakwah mrk kpd Allah s.w.t. Waktu solat seblm gasht, kita mula bentuk zihin ttg kepentingan gasht. Kita dtg awal ke masjid lebih kurang 20 minit sebelum waktu solat dan terus mesyuarat ttg amalan2 gasht, siapa yg keluar, siapa yg duduk dlm masjid dsbnya. Org yg hendak iklan utk gasht duduk di saf hadapan dan bangun dgn penuh fikir dan tawajjuh, iklan dgn suara yg lantang dan cakap lebih kurang, 

“Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah letak kejayaan kita dlm mengamalkan keseluruhan agama, amal perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w. Utk wujudkan agama dlm kehidupan umat manusia, Allah s.w.t telah beri pada kita kerja Nabi s.a.w dan insyaAllah, sebentar lagi kita akan buat. Kami harap tuan2 dpt lapangkan masa utk bersama2 kami”.  

Dlm menceritakan kepentingan gasht, kita cakap nilai agama, cerita ttg perjuangan Nabi, pengorbanan Nabi s.a.w, pengorbanan sahabat dan kita juga ceritakan bahawa kerja ini merupakan tggjwb setiap umat ini sbg pembantu/naib kepada Nabi s.a.w dan cerita juga fadhilat tentang umumi gasht sehingga semua orang yang duduk dalam majlis itu sedia utk buat umumi gasht bersama dgn kita, sehingga satu org yg fikir bahawa slps solat dia hendak pergi ke kedai, akan terus tukar niat utk buat gasht.

Bila jemaah dibentuk, campurkan antara org lama dan org baru. Mutakallim digilir2kan. Sekali-sekala kita bagi org baru jadi mutakallim supaya dia juga dpt buat kerja ini. Apa mutakallim hendak cakap? Cerita ttg kelebihan seorg muslim, nilai agama, bagaimana Allah s.w.t letakkan kejayaan dlm agama dan kita fikir macamana hendak bawa org yg kita jumpa, tunai. Takrir semasa gasht adalah bayan terperinci iaitu utk menerangkan ttg kerja ini, nilai iman, kepentingan dakwah. Bayan slps maghrib adalah bayan tashkil, utk sediakan org keluar ke jln Allah. Slps gasht, seblm solat, kita kumpul dan fikir apa yg hendak dibentangkan dlm bayan, takazah yg diambil dari markaz dsbnya. Fikir ini perlu dibuat seblm waktu solat tersebut. Bayan dlm lingkungan 6 perkara dan mesti kita letakkan kepentingan kerja dakwah. Jgn kita cakap lama sgt ttg iman, solat sehingga habis masa dan terus tashkil. 

Kita ceritakan kepentingan dan kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t, barulah kita tashkil, siapa sedia? Org tashkil tidak perlu buat satu lagi bayan. Org tashkil perlu sediakan org yg duduk dlm majlis itu pada tahap semangat yg telah diwujudkan oleh org yg bagi bayan. Dla fikir harian, bentuk zihin supaya rakan2 kita dpt bagi masa utk buat gasht. Hadzratji rah. kata, melalui umumi gasht kerja tempatan kita akan meningkat. Melalui umumi gasht suasana agama di marhallah kita akan meningkat. Melalui gasht kedua, suasana agama di marhallah jiran kita akan meningkat. Melalui keluar 3 hari, kita akan dpt meningkatkan tahap agama/suasana agama di bandar kita. Dgn keluar 40 hari, kita akan dpt meningkatkan suasana agama di negara kita. Dgn keluar 4 bulan, suasana agama di seluruh dunia akan meningkat.

Kita juga boleh buat gasht kedua kita dgn maksud untuk tunaikan takazah. Contoh, ada takazah untuk ke Afrika, kita boleh pergi ke satu marhallah yg ada org sesuai utk sempurnakan takazah itu, walaupun di situ ada orang lama dan sudah ada gasht sendiri. Kita boleh pergi dan buat gasht kedua kita dgn niat melalui gasht kedua tersebut takazah akan dpt disempurnakan dan jemaah dapat dibentuk. Sehari-dua sebelum hari gasht kedua, kita pergi ke sana, kita bentangkan dpn mrk ya solat di masjid tersebut kepentingan kerja ini, kelebihan bagi masa untuk usaha agama, suasana agama akan meningkat, bilangan org dtg ke masjid akan bertambah. Kita sediakan mereka. Mrk akan kata kamu dtglah sekian tarikh dan sekian hari, kami akan sedia bersama kamu. Kemudian barulah kita tetapkan hari dan masa. 

Kita dtg pada hari tersebut yg mana org tempatan telah sedia dan kita buat kerja ini dgn menggunakan mereka. Melalui gasht kedua ini, kita keluarkan jemaah tunai. Jika jemaah tunai 3 hari dapat dikeluarkan maka kita telah buka jalan supaya gasht hidup di tempat tersebut. Gasht dibuat 2 kali seminggu tetapi taalim dibuat tiap2 hari. Jika taalim tidak dibuat maka sesungguhnya kekurangan telah berlaku dalam iman dan amal. Kita buat taalim dan fikir macam mana org tempatan juga dapat ambil bahagian dalam taalim tersebut. Kita putus dalam mesyuarat, bergilir-gilir, siapa yang hendak baca taalim. Secara perlahan2, kita tambahkan masa taalim. Kalau kita tidak tinggalkan taalim satu hari, memang mudah kita hendak faham apa yang berlaku dlm diri kita kerana setiap amalan yang kita buat dalam usaha ini, kita meletakkan seluruh alam di hadapan kita. Maksud taalim ialah bagaimana suasana agama di seluruh alam dpt ditingkatkan. 

Bila taalim tidak dibuat satu hari, kerosakan yg besar telah berlaku kerana ia telah menjadi penghalang meningkatnya tahap agama di seluruh alam, bukan dlm diri kita sahaja. Semua amal kita buat dgn tertib dan cara yg betul. Cara yg betul utk buat taalim ialah kita baca dari semua kitab. Kita baca hadith dan keterangannya. Kita cakap sepatah-dua sahaja untuk menarik minat org yg duduk dlm taalim tersebut. Ada tiga amalan yg kita kena buat tiap2 hari iaitu fikir harian, taalim dan bagi masa 2½ jam. Satu amalan ialah seminggu sekali sahaja iaitu gasht pertama dan gasht kedua. Sebulan sekali kita keluar jemaah 3 hari untuk hidupkan suasana agama di kawasan sekitar bandar kita.

No comments:

Post a Comment