Thursday, January 15, 2015

BAYAN USTAZ ABDUR RAHMAN LUBIS

(Zumindar Penanggung Jawab Bekasi). Pentingnya Usaha Atas Iman. Kita harus yakin pada yg ghaib sebagaimana kita yakin pada yang nyata. Spt ketika kita melihat dan memegang tangan kita sendiri, ini adalah sesuatu yg pasti dan nyata. Spt ketika kita melihat tembok, tanah, kereta dan lain-lain yg masih nampak oleh mata dan tersentuh oleh tangan kita. Kita harus yakin pada perintah Allah yg ghaib sebagaimana kita yakin terhadap benda2 dan apa yg kita lihat manfaatnya. Semua yg kita lihat saat ini adalah pasti, sedangkan janji Allah ini lebih pasti lagi. Kita tidak dpt melihat usus kita, jantung kita, otak kita dan bagaimana kerjanya, tetapi kita yakin bahawa itu semua ada dan bekerja dgn baik. 

Begitu pula dgn janji Allah yg tidak dapat kita lihat harus kita yakini kebenarannya sebagaimana kita yakin pada jantung, usus dan otak kita, walaupun kita tidak melihatnya. Namun pada hari ini, yakin kita masih tertambat hanya pada yg nampak saja, sehingga kita seringkali meninggalkan perintah Allah yg ghaib hasilnya ini demi mendapatkan yg nampak. Padahal yg nampak baik menurut kita belum tentu baik menurut Allah. Berapa bnyk org yg merasa beli kereta mewah itu baik ttpi ternyata setelah dibeli malah menyusahkan spt penyelenggarannyalah, bayaran bulanan nyalah, duit minyaknyalah dan lain2. Begitu juga dgn membeli rumah mewah, ttpi ternyata malah lebih menyusahkan spt elektrik lebih mahal, membersihkannya lebih susah dan semua perbelanjaan meningkat. 

Ini asbab nafsu kita yg besar dan akal kita yg mengira bahwa semua itu baik. Jadi sesuatu yg nampak baik menurut kita belum tentu baik menurut Allah, ttpi yg baik menurut Allah sudah pasti baik bagi kita. Utk itu kita harus mengutamakan yg ghaib dulu atau perintah Allah diatas nafsu atau keinginan kita terhadap yg nampak. Jika ini boleh kita lakukan, ini baru namanya org yg beriman dan yakin pada yg ghaib. Berani menafikan yg nampak dan hanya membenarkan yang ghaib, itu baru namanya Iman. Jgn kita sampai celaka seperti Iblis Laknatullah Allaih, kerana celakanya iblis ini bukannya karena si iblis ini tidak yakin pada Allah ttpi karena Iblis ini sombong. Iblis sendiri yakinnya sempurna, bahkan mengakui bahwa Allah yg menciptakan nya, “…Engkau ciptakan Aku dari api yg disaring” ini kata Iblis. Kata2 “Engkau ciptakan aku dari api ini” ini merupakan kalimat pengakuan dari Iblis bahwa Allah adalah Khaliq dan dia hanya mahluq ciptaanNya. 

Jadi Iblis sendiri keyakinannya sempurna dari pengakuannya sbg ciptaan Allah. Bahkan ketika itu Iblis berbicara langsung dgn Allah bererti yakinnya sangat sempurna spt sempurnanya yakin kita ketika kita melihat benda2 disekeliling kita saat ini dan dpt merasakan nya. Ini kesempurnaan imannya Iblis, sehingga menurut akalpun dpt dibenarkan bahwa Iblis menolak sujud kpd Adam a.s sbg simbol pengabdian bahwa sujud itu hanya utk Allah. Namun disini kesalahan Iblis adalah bahwa dia hanya melihat perintah Allah saja, bukan melihat siapa yg memerintahkan. Sehingga yg terlihat oleh Iblis adalah kekurangannya Adam a.s dan kelebihan dirinya, kehebatan dan darjat. Disini Iblis memikirkan perintah Allah menurut akal dia, bukan kerana siapa yg memerintahkan, inilah yg namanya kesombongan. 

Jadi saat ini, yakin saja tetapi tidak mau menjalankan perintah Allah, ini tidak cukup dan tidak benar. Yakin lalu taat pada seluruh perintah Allah walaupun itu tidak dapat diterima oleh akal kita, ini baru benar namanya. Yakin tetapi tidak mau taat ini seperti pelumba yg yakin pada kemampuannya dlm membawa kereta di jalan raya tetapi tidak mau ikut aturan lalu lintas maka suatu saat nanti dia akan mendapat masalah bahkan akan kemalangan. Kesalahan kita hari ini suka memikirkan perintah Allah mengikut akal sendiri dan tidak melihat siapa yang memerintahkan iaitu Allah sbg yg mengeluarkan perintah. Sehingga ini menyebabkan kita menolak perintah Allah seperti Iblis. Menolak perintah Allah dengan akal fikiran iaitu yang baik menurut kita saja bukan dari sisi Allah, inilah yang namanya kesombongan. Jadi sifat sombong ini adalah salah satu sifat yang sangat dibenci Allah. 

Yang harus kita jaga adalah apa perintah Allah untuk kita lalu kita amalkan dalam keadaan apapun. Mengapa harus kita amalkan padahal tidak masuk diakal? Kerana ini Allah yang memerintahkan. Jangan kita kotak-katik perintah Allah seperti Iblis, menurut apa yang kita mahu saja, tetapi kita lihat siapa yang memerintahkan. Pada hakikatnya semua kebenaran dan kebaikan ini hanya Allah yang tahu. Kita ini tidak tau apa-apa, hanya perasan tahu saja. Seakan-akan merasa diri ini lebih tahu dari Allah ini baru kesombongan namanya. Di dalam Quran mahfum Allah beritahu bahawa Ibrahim a.s ini adalah satu umat, padahal dalam tatabahasa bahawa umat itu adalah jamak atau banyak. Sedangkan Ibrahim a.s hanya satu orang kenapa dibilang satu umat oleh Allah Taala. Ini kerana Ibrahim s.a membawa tugas dan amanah dari Allah. Sebagaimana ada dalam suatu riwayat dikatakan oleh Nabi s.a.w bahawa Muaz bin Jabar r.a ini adalah satu umat, ini dikeranakan kesungguhan dan ketegaran Muaz r.a dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepadanya. 

Keteguhan dan kesungguhan seseorang dalam mengamalkan perintah Allah ini menjadi perbezaan setiap org dlm mengamalkan agama. Inilah sebabnya satu org boleh menjadi atau mewakili satu umat yg sama dlm kesungguhan dan keteguhan dlm beramal. Sedangkan kita ini adalah Khairu Ummah (Umat Terbaik) kerana kita memikul amanah Allah dan NabiNya iaitu melanjutkan tugas kenabian. Apa itu tugas kenabian? iaitu Dakwah. Apa itu dakwah? iaitu Mengajak Manusia kpd Allah.

Segala sesuatu yg dtgnya dari Allah, inilah yg namanya kebaikan dan pasti baik. Sedangkan yg mungkar ini adalah segala sesuatu yg dtg selain dari Allah dan bertentangan dgn apa yg Allah perintahkan. Dulu yg namanya Nabi harus dilantik dulu, ttpi kita ini dipilih langsung oleh Allah melalui perantaraan Nabi s.a.w dan Al-Quran. Dlm Al-Quran Allah perintahkan pada Nabi utk menjelaskan jln hidupnya dan utk mem beritahu siapa itu pengikutnya, “Qul Hadzihi Sabilli Ad’U Illallah alaBashirotin ana wamanittabaani… (Katakanlah wahai Muhammad, Ini adalah jlnku, Aku dan org2 yg mengikutiku mengajak kamu kpd Allah dgn Hujjah yg nyata….” (12:108). 

Siapa itu pengikut Nabi s.a.w iaitu org2 yg mengajak manusia taat kepada Allah. Tugas Nabi adalah dakwah kepada Allah dan begitu pula pengikut2nya. Jadi kita perlu tanamkan bahawa kita berdakwah ini kerana perintah Allah dan kerana tanggung jawab kita sebagai Umat Nabi s.a.w. Betul haram hukumnya dakwah tanpa ilmu, tetapi modal dakwah adalah sampaikan walaupun hanya satu ayat. Jangan ketika berdakwah kita berbicara perkara yg kita tidak tahu ilmunya, tetapi sampaikan apa yg kita ketahui ilmunya. Ilmu seperti apa? iaitu apa-apa yg diajarkan dan disampaikan ulama kpd kita. Inilah yg kita sampaikan kpd org lain. Sedangkan kita keluar ini adalah untuk belajar menyampaikan dan dlm rangka memperbaiki diri. Jgn kita keluar atau berdakwah dgn niat utk memperbaiki org lain, kerana jika itu terjadi nanti ketika orang lain terperbaiki, kitanya malah terancam menjadi seperti org munafik. 

Mengapa kita menjadi seperti orang munafik, kerana kalau kita tidak amalkan apa yang kita ucapkan bererti hanya dimulut saja seperti orang munafik. Lalu jika orang lain tidak terperbaiki kita akan kecewa. Jadi niatkan ketika dakwah adalah untuk perbaikan diri sendiri maksudnya apa yang kita ucapkan itu untuk diri kita sendiri, kita nasihati diri kita sendiri di ulang-ulang, kita kesankan agar masuk ke hati dan dapat mengamalkannya secara istiqamah. Jangan kita sampai kecewa kalau orang tidak tertaskil oleh dakwah kita, kerana hidayah itu ditangan Allah bukan ditangan kita. Bahkan nabi sekalipun tidak boleh memberikan hidayah kpd org yg dia cintai. 

Jadi kita keluar ini tujuannya untuk diri kita sendiri bukan untuk orang lain, iaitu agar kita boleh dapat fikir dan risau Nabi s.a.w. Jangan kita lari dari masalah dan kesulitan, krn mujahaddah kita dlm menghadapi kesulitan atau masalah ini dapat menjadi cara tarbiyah, pelajaran, bagi kita untuk dapat membentuk sifat sahabat dalam diri kita dan agar kita boleh mendapatkan pengalaman Iman. Apa itu pengalaman Iman iaitu pengalaman dimana kita boleh merasakan kebesaran Allah dan pertolongan Allah atas diri kita dalam menghadapi masalah. Kita keluar di jalan Allah ini bukan kerana mendapatkan cuti atau dapat izin keluarga, atau kerja yang semakin kurang, kalau kerana ini bererti kita syirik kepada Allah. Dapat keluar kerana kemudahan dari makhluk, jika ditolak oleh makhluk kita tidak mau keluar di jalan Allah, ini syirik namanya, takut keluar kerana makhluk. 

Siapa itu makhluk? selain Allah adalah makhluk. Jadi jangan sampai kita takut kepada selain Allah. Jika kita tidak takut kepada Allah maka Allah akan buat hidup kita takut pada segala sesuatu seperti takut miskin, takut dimarah, takut dimusuhi, takut dipecat, takut sama isteri dan lain-lain. Penting kita luruskan niat lagi untuk apa kita keluar di jalan Allah. Kerana amal ini tergantung dari apa yang diniatkan. Di zaman Sahabat ada seorang pemuda berperang dengan gagah berani lalu mati di medan pertempuran, tetapi apa kata Nabi bhw pemuda itu penghuni neraka. Ini disebab kan pemuda itu berperang bukan kerana Allah ttp kerana dia ingin mengangkat nama kaumnya. Begitu juga ketika Nabi s.a.w hijrah ke Madinah, ada seorang pemuda ikut hijrah tetapi Nabi s.a.w menolak hijrahnya pemuda itu. Ini disebabkan pemuda itu hijrah kerana wanita yang dicintai bukan kerana Allah. 

Sehingga ketika dia mendapatkan apa yang dia inginkan, Allah tidak beri dia pahala hijrah kerana agama. Kita keluar di jalan Allah boleh bila2 saja dikeranakan rasa takut kita pada Allah bukan kerana yg lain-lain. Cara mengikis sifat syirik ini iaitu dgn pergi di jalan Allah, semata2 krn Allah, dgn meninggalkan perkara yang kita cintai: dari anak, isteri, rumah, harta, perdagangan dan lain-lain. Nabi s.a.w bersabda mahfum, “Tidak sempurna Iman kamu sebelum kamu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cinta kamu terhadap apa-apa yg kamu cintai seperti: anak, isteri, harta, rumah, perdagangan, bahkan diri kamu sendiri.” 

Jadi sebenarnya ketika kita keluar di jalan Allah yang paling banyak berkorban ini adalah keluarga kita sendiri. Bagaimana keadaan mereka ketika kita tinggalkan itulah tanggung jawab kita. Jika kita keluar ini tidak tertib maka kita zalim terhadap keluarga kita. Kita zalim kepada keluarga kita kerana kita telah menyia-nyiakan pengorbanan mereka dan waktu mereka. Tetapi jika kita keluar dengan tertib dan Allah telah jadikan kita asbab hidayah maka ini manfaatnya adalah untuk keluarga kita. Disini yakin kita dan yakin keluarga kitapun akan terperbaiki. Segala pahala yang kita dapat dari Keluar di jalan Allah akan mengalir juga kepada keluarga kita. Tetapi jika kita tidak dapat mengambil manfaat ketika kita keluar di jalan Allah dan tidak tertib, maka keluarga kita pun tidak akan mendapatkan manfaat apa-apa. 

Sedangkan jika kita tidak keluar maka yakin keluarga kita masih bergantung pada makhluk iaitu kita sebagai kepala keluarga. Jika keluarga kita meninggal dalam keyakinan seperti ini bererti risikonya kita telah membiarkan keluarga kita mati dalam keadaan syirik kepada Allah. Atas perkara ini penting kita dakwahkan perkara iman kepada keluarga kita dan libatkan mereka dalam kerja agama sehingga mereka dapat terperbaiki imannya seperti kita dan boleh merasakan pentingnya berkorban untuk agama. Dengan ini maka iman keluarga kita akan terperbaiki dan terjaga. Hari ini mengapa umat lemah iman dan tidak faham agama, ini dikeranakan umat saat ini tidak dilibatkan dalam pengorbanan atas agama. Dahulu sahabat untuk dapat kuat imannya dan faham atas agama yang Nabi s.a.w bawa, ini dikeranakan nabi s.a.w mengikut sertakan para sahabat dlm perjuangan agama. Nabi s.a.w sudah memberikan kita amaran dan peringatan kepada kita dalam mahfum hadith dikatakan nanti di akhir zaman jika kita tidak buat dakwah maka akan terjadi:

1). Tidak tertinggal dari Islam melainkan hanya sekedar nama saja. Hari di org Malaysia banyak yg menyatakan agamanya Islam ttpi kelakuan dan kehidupannya jauh dari yg dicontohkan Nabi s.a.w.

2). Tidak tertinggal dari Al-Quran hanya sekadar tulisannya saja. Hari ini berapa banyak masjid yg ramai dari ukiran2 kaligrafi Al-Quran ttpi kosong dari amal agama.

3). Tidak tertinggal dari masjid melainkan hanya bangunan2 megah saja. Hari ini org berlomba2 membangun masjid ttpi tidak memikirkan bagaimana memakmurkannya, sehingga masjidnya kosong dari jemaah.

Hari ini masjid banyak dimana2 ttpi kosong dari amal agama. Di Cordova, Sepanyol, Masjid Cordova pernah menjadi pusat perkembangan Islam di dunia, namun kini telah menjadi pusat perlancongan, bahkan didlmnya terdapat gereja. Ini asbab ditinggalkan dakwah sehinggah fungsi masjid telah hilang dan org tidak ada lagi yang peduli dgn masjid. Di Indonesia saja ada lebih kurang 300 ribu masjid, dan di Jakarta berapa banyak masjid mewah dan megah. Namun berapa banyak masjid yg 5 waktu org ramai solat berjamaah. Dan berapa banyak yg sudah makmur hidup dgn amalan masjid Nabawi? Hari ini org ke masjid bukan bertambah keimanannya, tetapi malah makin rosak sptidipakai utk berniaga, membicarakan aib org lain, dipakai sebagai tempat utk berpolitik, debat berdebat dgn org lain. Hari ini di Masjid bukan terlihat suasana akhirat tetapi malah suasana maksiat kpd Allah spt wanita yg memakai pakaian yang terlihat auratnya. 

Padahal di zaman Nabi, ketika orang kafir masuk ke masjid Nabi, setelah keluar telah boleh menjadi orang beriman. Di zaman Nabi s.a.w setiap ada masalah boleh langsung ke masjid, lalu pulang saja masalah sudah terselesaikan dan hati jadi tenang. Beza kita hari ini, org kafir ke masjid malah dipakai bergambar untuk pelancongan dan ketika org Islam ke masjid bukannya hilang masalah malah bertambah masalah seperti ditagih sumbanganlah, mesti berpihak pada siapalah dan lain2. Mengapa hari ini kita lihat org ke masjid buat melaksanakan ibadah ttpi ketika keluar dari masjid masih terus bermaksiat dan tidak berhenti dari berbuat dosa. Padahal masjid ini Allah perintahkan dibangun atas dasar taqwa, takut kpd Allah. Ttpi mengapa ketaqwaan kita tidak bertambah ketika kita masuk ke masjid. Ini krn masjid tersebut tidak mempunyai roh. Apa itu roh dari masjid iaitu amal2 agama dan inilah yg dibentuk oleh Nabi s.a.w di Masjid Nabawi iaitu membuat amal Masjid. Apa itu amal Masjid Nabawi iaitu Dakwah, Taklim, Ibadah dan Khidmat. Sehingga org yg tadinya kafir masuk ke Masjid Nabawi keluar2 sudah masuk Islam.

Ini disebabkan di masjid hidup amal2agama. Nabi s.a.w itu sendiri adalah Ketua Masjid pertama, Takmir Masjid Awallun yang kerjanya memikirkan bagaimana Masjid Nabawi ini dan masjid2 kecil disekitarnya menjadi makmur. Caranya adalah dgn mengirimkan rombongan dakwah dan menerima rombongan org2 yg mau belajar agama. Inilah fikir Nabi s.a.w, bahkan ketika hijrah ke Madinah yang Nabi s.a.w fikirkan pertama kali bukannya tempat tinggal untuk dirinya, dimana keluarga dia tinggal, tetapi bagaimana masjid dapat berdiri. Di sekitar Madinah ini ada masjid2 kecil dimana Nabi s.a.w mengirim rombongan dakwah ke masjid2 itu dan menerima rombongan atau perorangan dari masjid2 itu buat belajar agama kpd baginda s.a.w. Madinah sebelum Islam masuk merupakan kota yang tidak kalah jahilnya dari Mekah. 

Di Madinah ketika Islam belum masuk terdapat byk sekali rumah2 perjudian dan pelacuran bahkan org2nya boleh dikatakan jahil dan liar. Namun asbab dihidupkannya dakwah dari Masjid Madinah oleh Nabi s.a.w, ini seperti cahaya yg menerangi kegelapan. Jadi bagaimana kita boleh menghilangkan kegelapan, maka perlu kita hadirkan amalan nuraniat atau amalan yg dpt menghadirkan nur cahaya dari Allah. Jika cahaya masuk kegelapan pasti hilang. Sehingga lambat laun rumah2 yg mempunyai bendera putih atau lambang kemaksiatan ketika itu perlahan2 lenyap dari Kota Madinah asbab dakwahnya Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a. Lalu penduduknya menjadi org2 yang Allah muliakan dan kotanya diberi gelar Al-Munawarah iaitu tempat terpancarnya Cahaya atau Hidayah. Begitu juga kalau kita sering ke mesjid, maka sepulang nya kita dari mesjid, kita akan menjadi sarana untuk menghantarkan nur rahmat dan hidayah Allah kepada rumah2 kita. Mesjid ini adalah pusat turunnya rahmat dan nur hidayah Allah. 

Jadi Mesjid ini adalah generatornya Nur Hidayah dan kita adalah kendaraannya untuk menyebar Nur Hidayah tersebut. Jika generatornya mati, maka matilah sarana penyebar rahmat dan hidayah. Jadi mesjid ini adalah jantung dari suatu kota atau desa atau daerah. Jika mesjidnya baik dlm artian hidup amal2 agama spt amal mesjid Nabawi, maka baiklah daerah itu. Ttp jika mesjidnya mati berarti matilah daerah itu, maksudnya daerahnya gersang amal dan banyak permusuhan atau masalah. Mesjid yg hidup dgn amal agama dan ramai jemaah nya, maka daerahnya akan makmur, seperti hidup sillaturhami, ukhwah yang baik, rukun, tentram, dan damai. 

Setiap ada masalah maka dapat diselesaikan oleh jemaah mesjid itu. Ttpi daerah yg mesjidnya mati dari amal agama dan sepi dari jemaah, maka daerahnya akan timbul banyak masalah spt permusuhan antar tetangga, ketidak pedulian sosial, kejahatan akan berkembang, perjudian, permabukan, dan perzinaan akan tersebar di daerah itu. Dan ini adalah suatu kenyataan yg terjadi dibanyak daerah. Jika yg haq tidak ditegakkan dan disebar, maka yg bathil akan masuk dan tersebar. Jika tidak ada dakwah atas yg haq maka dakwah atas yg bathil akan masuk. Penting saat ini kita fikirkan bagaimana mesjid2 yang ada ini dapat makmur dengan amal agama. Allah perintahkan pada kita di dlm Al Qur’an utk memakmurkan mesjid2 Allah bukan hanya satu ttpi setiap org memakmurkan banyak mesjid. “Innama ya’muru masajidallahu man amanna billahi wal yaumil akhir…” (9:17). 

Dari mesjid ini kebaikan akan tersebar. Hidupkan dakwah dari mesjid maka nanti Allah akan perbaiki keadaan umat. Jika setiap dari kita ini sungguh2 dalam dakwah maka nanti Allah akan perbaiki amal2kita. “Wahai org2 yg beriman takutlah kamu kpd Allah dan katakanlah perkataan yg benar (qoulan sadida), niscaya Allah akan memperbaiki bagimu amal2mu dan mengampuni bagimu dosa2mu…”(33 : 70-71). Apa itu perkataan yg benar atau Qoulan Sadida yaitu mengajak org kpd Allah. “Siapakah yg lebih baik perkataannya dpd org yg mengajak utk taat kpd Allah (dakwah waman ahsanu qoulan mimman da’a Illallah)” (41 : 33).

Jadi kita ajak org kpd Allah bukan kpd figur, kpd organisasi, kpd partai, kepada harta benda, tetapi hanya kepada Allah. Sedangkan segala sesuatu selain Allah ini adalah dunia atau mahluk. Hari ini orang saling ajak mengajak kepada golongannya, ini malah akan memecah belah islam. Seperti firqoh2 atau aliran2 yang ada, mereka mengajak orang kepada golongannya masing2. Apa yang mereka lakukan adalah membenarkan firqoh mereka dan menyalahkan yang lain sehingga terpecah belah semuanya. Jika ummat sudah terpecah belah maka pertolongan Allah tidak akan turun, dan jika umat sudah saling menghujat maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah. Pada hakekatnya, yang benar itu hanya Rasullullah SAW dan sahabatnya saja, itulah yang seharusnya jadi acuan kita, bukan alirannya. Kalau ditanya siapa yang paling benar, jawab saja yang paling benar itu adalah Nabi SAW dan sahabat RA, cukup itu saja. 

Kita ikuti saja Nabi SAW dan para Sahabat RA, yaitu mereka yang sudah jelas2 ada jaminannya dari Allah. Bukan aliran kita, atau aliran saya, atau guru saya, atau pendapat saya yang bener, tetapi yg bener itu hanya Nabi SAW dan para sahabatnya. Pernah dalam suatu riwayat ttg 2 pimpinan Islam terbesar di Indonesia yaitu Buya Hamka dari Muhammadiyah dan KH. Idham Khalid dari Nahdlatul Ulama pergi Haji bersama. Ketika solat subuh hari pertama maka KH Idham Khalid memimpin solat subuh berjamaah sbg Imam. Ketika itu KH Idham Khalid menyadari dibelakangnya ada Buya Hamka dari Muhammadiyah yg menganut faham sholat subuh tanpa Qunut. Walaupun KH Idham Khalid adalah dari NU yg menganut Qunut ketika subuh, ttpi ketika itu malah melakukan solat subuh tanpa Qunut seperti Muhammadiyah. 

Hari esoknya, ketika Buya Hamka menjadi Imam Subuh, beliau menyadari dibelakangnya ada KH Idham Khalid dari NU yang memakai Qunut ketika subuh, maka ketika itu beliau memilih melakukan Subuh tidak seperti biasanya ala muhammadiyah tetapi ala NU yaitu dengan menggunakan Qunut. Inilah toleransi dan akhlaq yang baik yang dicontohkan oleh 2 ulama besar dalam menghadapi perbedaan. Bukannya kita malah saling menyalahkan atau saling menghujat dengan keyakinan, “saya yg paling benar”. Kebenaran itu pada hakekatnya hanya Allah yg tau, dan siapa yg paling benar yaitu Nabi SAW dan para sahabatnya RA. Selama dia mengakui Allah dan Rasulnya maka mereka saudara kita. Jangan kita pernah merasa menjadi yang paling baik dan paling benar karena ini sifatnya setan. 

Posisikan diri kita sebagai orang yang ingin menambah ilmunya, dengan demikian kita akan siap menerima perbedaan. Inilah maksud dari hadits Nabi SAW bahwa perbedaan diantara umatku ini adalah Rahmat. Sedangkan yang bukan rahmat dan mendatangkan Laknat adalah jika perbedaan menjadi perpecahan dan permusuhan. Jangan mau kita diadu domba dan di iming-imingi kekuasaan apalagi membawa umat kepada partai politik yang saling berebut kekuasaan. Dalam mahfum hadits dikatakan “Apabila umatku sudah mengagungkan dunia maka hancurlah kehebatan islam, jika umatku sudah meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar maka hilanglah darinya keberkahan wahyu, dan apabila umatku saling menghujat (bermusuhan) maka jatuhlah dia dari pandangan Allah.” Inilah yang akan terjadi jika kita umat islam sudah mengagungkan dunia, meninggalkan dakwah, dan saling menjatuhkan. 

Kita hari ini setiap org pingin duduk di kekuasaan, saling menjatuhkan, dan saling memperebutkan kedudukan. Padahal dahulu antara Abu Bakar RA dan Umar RA saling sodor menyodorkan kekuasaan dan saling memuji kelebihan masing2 ketika di tawari kekuasaan. Ali RA ketika hendak diangkat menjadi khalifah harus dipaksa-paksa dulu, baru dengan terpaksa menerima Amanah tersebut. Itupun dengan rasa khawatir dan takut kepada Allah yang sangat tinggi, takut dia salah dalam menjalankan amanah Allah sebagai khalifah. Inilah yang dilakukan sahabat dalam perkara kekuasaan bukan spt kita malah diperebutkan dan saling menjatuhkan. Hari ini org sukanya menyalahkan pemimpin yg buruk padahal menurut mahfum hadits pemimpin yg buruk dtg asbab bangsa atau umat yg buruk juga. 

Mengapa umat atau bangsa menjadi buruk keadaan dan moralnya, ini tolak ukurnya adalah kondisi agamanya. Seperti kalau sekumpulan pemabuk berkumpul utk memilih pemimpin, maka yg akan terpilih pasti modelnya dari kalangan pemabuk2 juga. Jika suatu umat durhaka kpd Allah atau buruk agamanya maka Allah akan angkat dari mereka pemimpin yang buruk juga. Beda dengan musyawarah di mesjid yang diadakan oleh org2 yg taat dan soleh. Maka yang terpilih sesuai dgn keadaan umatnya di mesjid itu yaitu mereka akan terpilih dari org2 yg taat dan sholeh juga. Hari ini kalau kita mau mendapat pemimpin yg baik maka kita mulai dari menggarap umat terlebih dahulu. Dari umat yg baik maka akan keluar pemimpin yang baik. Caranya bagaimana yaitu dgn hidupkan dakwah, sebarkan yg haq. Jika yang haq sudah masuk berarti yg bathil pasti lenyap. Jgn kita menjadi org2 yg merusak, karena Nabi SAW tidak pernah mencontohkan kpd kita utk merusak walaupun itu dlm keadaan berperang. Tidak pernah nabi saw dlm keadaan berperang merusak tempat2 peribadatan atau gereja, rumah penduduk, atau mengganggu wanita, orang tua, dan anak kecil. 

Di Madinah pun ketika hijrah tidak pernah nabi saw memerintahkan sahabat utk menghancurkan tempat2 maksiat spt rumah pelacuran, rumah perjudian, ttpi hidupkan dakwah dan libatkan umat dlm pergerakan Agama. Nanti Allah perbaiki keadaan yg rusak menjadi keadaan ng baldatun, thoyibatun, warrabbun ghaffur (damai, aman, dan sejahtera). Asbab hidupnya dakwah di madinah tempat maksiatpun hilang dan madinah menjadi tempat terpancarnya agama dan kebaikan. Dari segi ekonomi, hubungan sosial, kesejahteraan, semuanya mengalami peningkatan asbab wujudnya agama melalui dakwahnya para sahabat RA. Hanya dgn agama semua masalah yang ada dapat terselesaikan dan terpecahkan. Begitu juga dgn bangsa ini yg ditimpa banyak masalah, jika kita masih juga tidak mau menggunakan agama sbg solusi maka masalah kita tidak akan pernah selesai. Hari ini org2 bisanya hanya menyalahkan org2 yang terlibat dlm Usaha Dakwah wa Tabligh. 

Org bilang banyak org yg ikut dakwah wa tabligh ini bisa jatuh miskin dan ada yg bangkrut. Disini mrk malah menyalahkan kegiatan dakwah wa Tabligh ini sbg asbab kesulitan dan masalah. Padahal jika diambil statistik org2 yg bangkrut, berapa bnyk org bangkrut di data statistik itu, lalu ada tidak mrk terlibat dlm dakwah. Kenyataan nya kebanyakan org bangkrut bukan karena dakwah ttpi karena kebodohannya sendiri. Ada istri jadi sakit gara2 suaminya menjadi da’i, padahal skrg berapa banyak istri2 org dirumah sakit yg tergeletak disana, apakah suami mereka karkun atau da’i. Jadi tidak ada hubungan antara kerja agama dgn masalah kita. Kita dapat masalah karena meninggalkan kerja agama bukannya karena ada dalam kerja agama.

Ciri-ciri org yg mengamalkan agama dgn benar adalah mereka yg Taqwanya kpd Allah meningkat dan Akhlaqnya menjadi baik. Apa ciri-ciri org yg rasa takutnya, Taqwanya, kpd Allah meningkat yaitu mereka yg Amalnya bertambah atau meningkat. Jadi org yg belajar agama ttpi akhlaqnya makin buruk dan amalnya tidak ada peningkatan maka apa yg dipelajarinya ini perlu dipertanyakan. Nabi itu dibenci bukan krn akhlaqnya ttpi apa yg didakwahkan oleh Nabi saw. Hari ini kita dibenci bukan karena apa yg kita dakwah kan ttpi krn akhlaq kita. Begitu juga sahabat mengaji, belajar, dgn Nabi SAW, setiap pulang pengajian pasti ada peningkatan dlm amal. Ini dikarenakan setiap mereka belajar satu ilmu, langsung diamalkan dan disampaikan kpd yg lain. Ciri2 org bertaqwa yg lainnya adalah ketika dlm belajar selalu menanyakan apa amal yg terbaik atau amal yg dicintai Allah. 

Sahabat itu kalau bertanya kpd Nabi SAW selalu minta yg terbaik atau yg terhebat, atau yg tertinggi nilainya disisi Allah. Sahabat selalu ingin menjadi yg terbaik, the best one. Beda dgn kita, malah suka nanya mana amal yg termudah, mana amal yg paling ringan, mana amal yg paling gampang, selalu ingin yg mudah dan yg rendah nilainya. Ini dikarenakan kita ingin nafsu kita terpenuhi sehingga kita melalaikan amal yg terbaik dan memilih amal yg rendah, sekedar menggugur kan kewajiban saja. Hari ini banyak kegiatan yg ingin memberikan contoh yg baik ttpi masalahnya perkara yg baik ini belum tentu bener. Spt di TV ada seorg ustadz yg dgn bangga menganjur kan pemirsanya utk sholat berjamaah dgn istri dan anaknya dirumah. 

Masalahnya cara spt ini ikut nabi yg mana? Rasullullah SAW tidak pernah mencontohkan kpd kita utk sholat wajib berjamaah bersama anak dan istri dirumah. Nabi SAW bahkan dlm keadaan sakitpun minta dipapah utk menghadiri sholat berjamaah ke mesjid menjelang beliau wafat. Buya Hamka pernah berkata jika kalian ingin melihat org islam maka lihatlah ketika hari Raya Idul Fitri, itulah org Islam. Ttpi jika mau melihat org beriman maka dtglah ke mesjid ketika sholat subuh, itulah yg namanya org beriman. Utk perkara ini penting kita buat usaha atas Iman.

No comments:

Post a Comment