Friday, July 8, 2016

IKHLAS, BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN DARI KEREDHAAN ALLAH

Nabi s.a.w. telah bersabda: “Yang sangat aku takuti atas kamu adalah Syirik Kecil". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik kecil itu." Jawab baginda: "Riya". Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka: "Pergi lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka”. 'Riya' adalah beramal untuk dilihat orang, dipuji. Abu Lais berkata: "Dikatakan kepada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika di dunia secara tipuan, maka dibalas demikian. Allah membalas tipuan mereka itu dgn membatalkan semua amal perbuatan mereka itu. Kerana mereka dahulu tidak beramal untuk Allah, tiap amal yang tidak dikerjakan ikhlas untuk Allah tidak sampai kepadaNya."

JANGAN PERNAH BERHENTI MERAYU DIRI UNTUK SEGERA BANGKIT

Tanyakanlah pada diri kita:

1. Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah Swt? Mengaku cinta kepada Allah Swt tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan Kalam-Nya. Bukankah ketika manusia cinta dengan manusia lain, ia menjadi senang membaca suratnya bahkan berulang-ulang? Mengapa kamu begitu berat dan enggan untuk hidup dengan wahyu Allah Swt? Adakah jaminan bahwa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal solih? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah Swt? Infak cuma sedikit, jihad belum siap, kalau tidak dengan Al-Qur’an, dengan apa lagi?

SAKIT ITU NIKMAT

Kadangkala dlm perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan. Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kpdNya titik perhentian utk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat. Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat. Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan. Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”. Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah swt berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

INGATLAH DOSA-DOSAMU KETIKA SUKAR

Syeikh Abdul Qadir Jailani mengatakan: “Jika kau merasa lelah dan suatu urusan maka ingatlah dosa2mu, bertaubatlah dan katakanlah kepada dirimu sendiri, 'Karena dosa2ku inilah, Al-Haqq ‘Azza wa Jalla menyempitkan kehidupanku”. “Jika kau sudah bertaubat dari semua dosa dan bertakwa kpdNya, maka Dia akan menjadikan bagimu kelapangan dari setiap kegelisahan, dan memberikan jalan keluar dari segala kesempitan”. Allah SWT berfirman,

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi nya rezeki dari arah yang tiada disangka2” (QS Ath-Thalaq [65] : 2-3).  

“Janganlah kau merasa gelisah! Janganlah engkau mengakui segala sesuatu yang tidak kau miliki dan tidak ada di dekatmu! Sebab, pada saat itu, nafsumu sedang menguasaimu; makhluk dan dunia berada di hatimu. Keduanya lebih besar di hatimu dpd Allah”. “Jika kau ingin mendapatkan sesuatu yang aku tunjukkan sebelumnya, maka sibukkanlah dirimu dengan menyucikan hati dari segala sesuatu. Jika kau benar-benar orang yang berakal, sadar dan menyadari bahwa kau selalu diawasi (Allah), maka kau akan bisu di hadapan Rabb-mu. Engkau akan melihat bahwa semua perbuatan-Nya merupakan kenikmatan bagimu”. “Ingatlah org2 lapar saat mereka sedang kelaparan, org2 telanjang saat mereka sedang telanjang tak memiliki pakaian, org2 sakit yg sedang meronta kesakitan dan org2 terpenjara yg sedang merana. Dgn mengingat semua itu, musibah yg menimpamu akan semakin ringan. Ingatlah keadaan para penghuni kubur pada Hari Kiamat kelak. Ingatlah ilmu Allah swt, pandangan-Nya, dan karunia-Nya kepada-Mu sehingga kau merasa malu”. (Sheikh Abdul Qadir Al Jilani  dalam kitab Jala Al-Khathir).

MENDENGAR DAN MELAKSANAKAN APA YANG BAIK ITU LEBIH UTAMA

Lazimnya, orang yang terlalu banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri-ciri orang cerdik menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain dan melaksanakan apa yang terbaik daripada perkataan itu (al-Zumar:18):

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

BAGAIMANA CARA BERSYUKUR

Syukur mencakup 3 sisi:

1. Syukur dengan hati, iaitu kepuasan batin atas anugerah.

2. Syukur dengan lidah, dengan mengakui anugerah dan memuji pemberinya.

3. Syukur dgn perbuatan, dgn memanfaatkan yg diperolehi sesuai dgn tujuan diberi.

Uraian Al-Quran ttg syukur mencakup sekian bnyk aspek yg di antaranya:

IKHLAS MENGHADAPI TAKDIR ALLAH

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasehat: “Barang siapa yg memperlakukan Allah dgn penuh keikhlasan dan ketulusan, berarti ia telah mencampakkan segala sesuatu selainNya di pagi dan sore. Wahai manusia, jangan engkau mengaku-aku apa yg tidak engkau miliki. Tauhidkanlah Allah dan jgn sekutukan Dia dgn sesuatu pun! Demi Allah, sesungguhnya panah takdirNya hanya membuatmu lecet saja dan tak akan sampai mematikanmu dan siapa pun yg mem-fana-kan diri demi Allah, maka ia akan memperoleh ganti dari-Nya. 

SIFAT-SIFAT TERCELA DI DALAM HATI

Perlu diketahui bahwa sifat sifat tercela yang ada di dalam hati jumlahnya banyak sekali, kerana manusia di dalamnya terkumpul 4 jenis sifat iaitu :

1. Sifat binatang buas (sabu'iyah).
2. Sifat binatang ternak (bahimiyah).
3. Sifat syetan (syaithoniyah).
4. Sifat ketuhanan (robbaniyah).

Kempat sifat tersebut berkumpul di dlm hati manusia, jadi, di dlm diri manusia terdapat babi yg mewakili sifat binatang ternak, anjing yg mewakili sifat binatang buas, syaitan yg mewakili sifat syaitaniyah dan hakim yg mewakili sifat ketuhanan. Yg dimaksud babi adalah syahwat, anjing adalah sifat amarah, sdgkan syaitan selalu membangkitkan syahwat ke-abian dan membangkitkan amarah keanjingan. 

Sdgkan hakim yg menjadi tamsil dari akal diperintahkan utk menolak tipu daya syaitan. Keta’atan terhadap syahwat kebabian memunculkan sifat tidak tahu malu, jahat, menghambur2, pamer, merusak, bermain2, loba, serakah, iri, dengki, caci maki dsb. Ketaatan kpd amarah keanjingan melahirkan di dlm hati sifat ingin terlihat, keji, bongkak, pembual, sombong, ujub, menghina, merendahkan makhluk, mengharapkan keburukan, ingin berbuat zalim dsb. Keta'atan kpd syaitan adalah dgn mengikuti syahwat dan kemarahan, ini bisa memunculkan sifat menipu, curang, muslihat, tipu daya, lancang, kepalsuan, hasud, khianat dsb.

Jika semua sifat2 tsb berada di bawah kendali sifat ketuhahan (rabbaniyah) maka di dlm hati akan terpatri sifat pengetahuan, hikmah, yakin dan menguasai hakikat segala sesuatu berdasarkan keadaan aslinya.


NASIHATILAH MANUSIA WALAUPUN ENGKAU SEORANG PENDOSA

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia. Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah s.a.w tercinta. Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apb seorg pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yg akan menasihati org2 yg berdosa stlh Nabi Muhammad kita”.

HIDUP TIDAK SELALU INDAH

Kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna2nya yg pelbagai. Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang. 

Depani Kenyataan Hidup. Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup.  Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa. Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi. Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.  Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan.  Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.