Friday, July 8, 2016

IKHLAS, BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN DARI KEREDHAAN ALLAH

Nabi s.a.w. telah bersabda: “Yang sangat aku takuti atas kamu adalah Syirik Kecil". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik kecil itu." Jawab baginda: "Riya". Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka: "Pergi lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka”. 'Riya' adalah beramal untuk dilihat orang, dipuji. Abu Lais berkata: "Dikatakan kepada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika di dunia secara tipuan, maka dibalas demikian. Allah membalas tipuan mereka itu dgn membatalkan semua amal perbuatan mereka itu. Kerana mereka dahulu tidak beramal untuk Allah, tiap amal yang tidak dikerjakan ikhlas untuk Allah tidak sampai kepadaNya."

Abu Lais meriwayatkan dgn sanadnya dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: Allah telah berfirman: "Aku Yang Terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat dari segala amal yang di persekutukan kepada lain dari Ku, maka Aku lepas bebas dari amal itu." Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah tidak menerima amal kecuali yang ikhlas melulu kepadaNya. Maka jika tidak ikhlas tidak diterima dan tidak ada pahalanya bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam. Tersebuat dalam Surah al-Isyrak: "Sesiapa yang ingin kan dunia dgn amalnya, kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia dan bagi sesiapa yang kami kehendaki kebinasaannya, kemudian kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir jauh dari Rahmat Allah. Dan sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha dengan sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yg terpuji." Dari ayat ini nyatalah bahawa yg beramal kerana Allah maka akan diterima sedangkan yg beramal tidak kerana Allah tidak akan diterima dan hanya mendapat lelah dan susah semata-mata.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Ada kalanya orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga, dan ada kalanya orang yang bangun malam tidak mendapat apa-apa dari ibadatnya kecuali mengantuk, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya. Org yg beramal dengan Riya' dan Sumaah itu bagaikan seorg yg keluar ke pasar dgn mengisi dompetnya dengan batu, semua org berasa kagum dan berkata: Alangkah penuhnya dompet wang org itu. Tetapi sama sekali tidak berguna bagi org itu kerana tidak dapat dibelanjakan wang itu, hanya semata-mata mendapat pujian org." 

Demikian jugalah org yg beramal dgn Riya' dan Sumaah tidak ada pahalanya di akhirat sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Furqan ayat 23: "Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka lalu kami jadikan debu yang berhamburan”.  Seorang datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah aku bersedekah dgn mengharap keredhaan dari Allah dan ingin juga disebut kebaikkan aku", maka turunlah ayat 111 Surah al-Kahfi: "Maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik dan janganlah mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya".  Sesiapa yang takut tetapi tidak berhati-hati maka tidak berguna takut itu. 

Seperti berkata: Aku takut siksa Allah tetapi tidak hati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu.Sesiapa yang berharap tetapi tidak beramal maka sia-sia harapnya itu. Sesiapa yang niat tapi tidak dilaksanakan, tidak berguna niatnya itu. Sesiapa yang berdoa tanpa usaha, maka sia-sia doanya itu. Sesiapa yg ishtigfar tanpa menyesal, maka tidak berguna istighfarnya itu. Sesiapa yang beramal tanpa ikhlas maka sia-sia amalnya itu. Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang mencari agama dengan menjual agama, memakai pakaian bulu, lidah mereka lebih manis dari madu, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. 

Abdullah al Mubarak meriwayatkan dari AbuBakar bin Maryam dari Dhomirah dari Abi Habib; Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada kalanya Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hazrat Allah", lalu Allah berfirman kepada mereka: "Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hamba Ku ini tidak ikhlas kepada Ku dalam amalnya maka campakkanlah ia ke dalam Sijjin." Dan ada kalanya membawa naik amal hamba yg meraka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada Malaikat: "Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, orang ini amat ikhlas dalam amal perbuatannya kepada Ku, catatlah amalnya dalam Illiyin. Amal yang sedikit tapi ikhlas lebih baik dari amal yang banyak tapi tidak ikhlas.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila hari Kiamat maka Allah akan menghukum diantara para makhluk dan semua umat bertekuk lutut.Yang pertama akan dipanggil ialah org yg pandai al Qur'an, org yg mati fisabilillah dan org kaya. Maka Allah bertanya kpd org yg pandai al Qur'an: "Tidak kah Aku telah mengajarkan kepada mu atas apa yang Aku turunkan kepada utusanKu." Jawab org itu: "Benar Tuhan ku". Firman Allah: "Lalu apakah yang telah kamu lakukan atas apa yang kamu ketahui itu." Jawab nya: "Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengamalkannya di waktu siang." Firman Allah: "Dusta kau." Malaikat juga berkata: "Dusta kau, sebenarnya engkau hanya ingin di gelar qari dan ahli dlm al Qur'an, dan sudah disebut sedemikian itu." 

Lalu dipanggil org kaya dan ditanya: "Apa yg engkau telah perbuatkan terhadap harta yang telah Aku kurniakan itu?" Jawabnya: "Aku telah mengunakannya untuk membantu sanak saudara dan bersedekah."Firman Allah: "Dusta kau." Para Malaikat juga berkata: "Dusta kau, kau berbuat begitu hanya ingin disebut sebagai dermawan, dan sudah terkenal demikina itu."Lalu dihadapkan org yg mati syahid berjihad fisabilillah, ditanya: "Kenapa kamu terbunuh?" Jawabnya: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama Mu sehingga aku terbunuh." Allah berfirman: "Dusta engkau." Malaikat juga berkata: "Dusta engkau, engkau hanya ingin disebut pahlawan yg gagah berani dan sudah disebut demikian itu." Kemudian Nabi s.a.w memukul paha ku sambil bersabda: "Hai Abu Hurairah, ketiga-tiga org itu lah yang pertama di bakar di dalam api neraka pada hari Kiamat.

Org yg ikhlas adalah orang yang menyembunyikan amal kebaikkannya sebagaimana menyembunyikan kejahatannya. Puncak ikhlas adalah tidak ingin kepada pujian orang. Zunnun al Mishri ketika ditanya: "Bilakah orang diketahui bahawa ia masuk dalam pilihan Allah?" Jawabnya: "Jika telah meninggalkan istirehat, dapat memberi apa yang ada, tidak inginkan kedudukkan dan tidak mengharapkan pujian dan cacian orang (yakni dipuji tidak merasa bangga dan dicela tidak merasa gundah).”

No comments:

Post a Comment