Friday, July 8, 2016

NASIHATILAH MANUSIA WALAUPUN ENGKAU SEORANG PENDOSA

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia. Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah s.a.w tercinta. Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apb seorg pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yg akan menasihati org2 yg berdosa stlh Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata:  “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yg memerintahkan kpd kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang mungkar”. Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata:“Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”. Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah:  “Berilah nasihat kepada sahabat2mu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”. Al-Hasan berkata lagi:  “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”. Berkata Ibnu Hazm: “Apabila org yg mencegah dari perbuatan keji mesti org yg tidak memiliki kesalahan, dan ong yg memerintah kpd kebaikan mesti org yg selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorang pun yg mencegah dari yg mungkar dan tidak ada seorg pun yg mengajak kpd kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w.” (Dari kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata: “Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada org yg memerintah kepada kebaikan atau org yg mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yg ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yg ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak org lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yg mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”. Semoga kita termasuk org2 yg selalu saling menasihati dalam kebaikan. (Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi). 

No comments:

Post a Comment