Kadangkala dlm perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan. Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kpdNya titik perhentian utk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat. Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat. Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan. Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”. Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah swt berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Allah SWT berfirman: “Demi Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah:155). “Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” (At-Taubah:126). Tiadalah sakit2 ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yg lemah. Sebagai yg lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sbg peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yg lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yg bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kpd anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya? Bagaimana hati kita berinteraksi dengan Allah yang Dialah hakikatnya memberi sakit itu? Samada sebagai balasan kepada perbuatan kamu atau ada hikmah lain yang rahsianya hanya diketahui Allah. Allah SWT berfirman: “Dan apa jua bencana, kesakitan yg menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yg sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa2 kamu” (Asy-Syura:30).
Firman Allah swt yg bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kpd kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kepada org yang sabar iaitu org yg apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat dpd Tuhannya dan mereka itulah org yg mendapat petunjuk” (Al-Baqarah: 155-157). Justeru, sehebat mana ujian yg dihadapi hendaklah ditempuhi dgn sabar, redha dan bertawakal kpdNya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yg dihadapi akan lebih baik dpd sebelum ini. (Ust Iqbal).
No comments:
Post a Comment