Orang-orang yang meminati tarekat tasauf sangat ingin mengetahui pengalaman kerohanian dan penyaksian yang terjadi kepada orang sufi. Penerangan mengenai perkara tersebut sukar diperolehi. Buku-buku tasauf hanya menceritakan tentang perjalanan kerohanian secara umum. Kadang-kadang diolah dengan cara yang sukar dimengerti, dicampur pula dengan istilah-istilah yang belum pernah didengar. Banyak perkara dibungkus dengan istilah Rahsia; Rahsia Tuhan, Rahsia Insan dan berbagai-bagai Rahsia lagi. Ada pula yang menceritakan pengalaman secara berteka-teki, digunakan huraian yang samar-samar. Semua itu dilakukan dengan alasan orang awam tidak akan mengerti perkara kerohanian yang mendalam. Perkara khusus hanya boleh diperkatakan dalam majlis yang menjadi ahli sahaja. Ada guru-guru yang tarekat melarang murid-muridnya bercakap mengenai perkara kerohanian dengan orang yang berlainan aliran tarekat.
Sunday, January 17, 2016
MARTABAT TUJUH
Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady.
Nota ini, insya' Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk ‘Martabat Tujuh" sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan dalam kalangan ahli persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya pula dengan unsur-unsur yang ada dalam setengah penulisan tasauf yang ada dalam kalangan Ahlis-Sunnah wa'l-Jama'ah, dengen menyebut ciri-ciri dan dasar-dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya dalam konteks fahaman ilmu atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai ‘tempat' yang memang sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu yang mempunyai persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu yang perlu dilupakan dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang berpegang kepada Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah semenjak dahulu sehingga sekarang, walaupun ada usaha untuk ‘menyemak'nya oleh setengah kalangan.
SUATU KISAH: 'AKIBAT TIDAK BACA BISMILLAH’
Benarlah sebagaimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiap-tiap pekerjaan atau amal yang tidak dimulai dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim, maka terputuslah (kurang berkat)”
DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN) YANG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KEPADA 'MAJALAH IKTIBAR.'
Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH S.W.T
Terbukanya mata hati memperlihatkan kepada kamu akan hampirnya Allah s.w.t. Penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kamu akan ketiadaan kamu di samping wujud Allah s.w.t. Penyaksian hakiki mata hati memperlihatkan kepada kamu hanya Allah yang wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan kamu dan wujud kamu.
PESAN CINTA SUFI
Perasaan takut kepada Allah Ta’ala harus diimbangi dengan cinta kepada-Nya. Cinta kepada Allah Ta’ala merupakan derajat yang paling tinggi. Ianya harus ditempatkan pada posisi teratas, di atas cinta kepada sesama manusia dan cinta kepada Rasulullah S.a.w. Cinta kepada Allah Ta’ala memiliki tiga lapisan. Yang pertama adalah rasa cinta kerana Allah Ta’ala telah berbuat baik dengan melimpahkan banyak nikmat kepada kita. Tidak ada yang mampu menandingi kebaikan-Nya.
JIKA SUDAH REDHA, APAKAH MASIH PERLU BERDOA
Menurut Rabiatul Adawiyah, orang yang telah mencapai maqam redha adalah, ketika kebahagiaannya saat ditimpa musibah sama dengan kebahagiaannya ketika dia diberi nikmat. Al-Fudhail mengatakan, "Jika diberi atau tidak diberi nikmat oleh Allah sama saja baginya, maka bererti dia telah redha kepada Allah SWT”. Pertanyaannya, apakah ketika kita telah redha dengan semua kehendak Allah, menerima segala ketentuan-Nya dan ikhlas kepada urut takdir-Nya, kita tak perlu berdoa? Tak perlu meminta dan bermunajat kepada-Nya? Apakah berdoa itu maqam orang yang awam dan hanya untuk yang maqamnya belum redha? Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa asy-Syawq, Ihya Ulumuddin, menjelaskan bahawa berdoa itu sama sekali tak menyalahi kita untuk redha kepada Allah. Orang yang berdoa, tak bererti telah keluar dari maqam ini.
HIJRAH MENUJU KEPADA ALLAH
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Seorang muslim adalah yang membuat orang-orang muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya. Adapun orang yang berhijrah adalah orang yang hijrah meninggalkan larangan-larangan Allah” (HR. Bukhari). Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, di dalam hadits yang agung ini, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahwa hakikat keislaman itu diwujudkan dengan kepasrahan/ istislam kepada Allah, menunaikan kewajiban kepada-Nya, serta menunaikan hak-hak sesama muslim. Selain itu, hadits ini menunjukkan bahwa terdapat hijrah yang hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap muslim, yaitu hijrah meninggalkan dosa-dosa dan kemaksiatan. Kewajiban hijrah semacam ini tidak pernah gugur darinya dalam keadaan bagaimana pun (lihat Bahjah al Qulub al Abrar, oleh Syaikh As Sa’di).
DUNIA
Dunia merupakan transit kita sebelum kita menuju destinasi yang sebenar yakni akhirat samada syurga atau neraka. Mungkin ramai yang terlupa dan lalai mengenai tujuan sebenar kita di dunia ini. Firman Allah s.w.t: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”. Ramai manusia zaman ini tidak mengambil berat sama ada rezeki yang diperolehinya dari jalan yang haram mahupun haram. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya harta benda itu indah dan manis, sesiapa memperolehinya dengan jalan yang benar diberkati Allah baginya dalam harta benda itu. Tetapi betapa ramai orang yang berkecimpung di dalam harta Allah dan RasulNya dengan mengikut hawa nafsunya, tidak lain baginya pada hari kiamat nanti kecuali neraka." (Riwayat al-Turmudhi, Bab Zuhud, daripada Khaulah binti Qais).
RASA (AL GHAZALI)
Seorang pemikir, bagaimanapun, tidak dapat dilepaskan dari konteks sosio-budaya. Hasil-hasil pemikiran, dalam kenyataaannya, tidaklah lahir dengan sendirinya, tetapi sentiasa mempunyai kaitan sejarah dengan pemikiran yang berkembang sebelumnya dan mempunyai hubungan dengan pemikiran yang ada pada zamannya. Tanggapan ini berlaku juga pada Al Ghazali. Kaitan sejarah pemikirannya dengan pemikiran cara pendahuluannya dinyatakan sendiri dalam Al Munqidz Min Al Dhalal dan diperoleh melalui isyaratnya di dalam Tahafut al Falasifat. Untuk mengetahui hubungan pemikiran Al Ghazali dengan pemikiran yang berkembang pada zamannya, perlu diketahui suasana pemikiran waktu itu dan sikapnya terhadap kenyataan tersebut.
AIR MATA KERINDUAN UWAIS AL-QARANI KEPADA RASULULLAH SAW
Di negeri Yaman, hiduplah seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarani yang berasal dari kabilah Qaran. Uwais Al-Qarani mempunyai jiwa yang bersih dan mulia. Dia seorang yang pintar dan selalu melakukan pencarian makna hidup. Meskipun saat itu dia masih belum mengenal ajaran Islam yang mulia, dia sangat menghormati nilai-nilai mulia kemanusiaan. Di antara sikap dan perilaku Uwais yang paling menonjol sekali ialah penghormatan yang besar terhadap ibunya. Dia bersikap amat lemah-lembut kepada ibunya yang sudah tua dan dia amat mengerti tanggung jawabnya sebagai anak. Dia dapat merasakan kesulitan seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan anaknya. Oleh kerana itu, dia melayani ibunya seperti seorang pelayan yang taat dan patuh. Uwais sama sekali tidak melupakan jerih payah ibunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)