Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Kedatangan Rasulullah saw untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia. Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu. Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.
Friday, July 1, 2016
ZUHUD
“ZUHUD adalah engkau mencintai sesuatu yg dicintai oleh Khaaliq-mu dan engkau membenci sesuatu yg dibenci oleh Khaaliq-mu. Engkau meninggalkan yg halal dari dunia sebagaimana engkau meninggalkan yg haramnya, sebab yg halalnya pasti akan dihisab dan yg haramnya pasti akan mengundang azab. Engkau menyayangi kaum muslimin, sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri. Engkau memelihara diri dari perkataan2 yg tiada membawa manfaat bagimu, sbgmn engkau memelihara diri dari perkataan2 yg haram. Engkau memelihara diri dari banyak makan, sebagaimana engkau memelihara diri dari memakan bangkai yg amat busuk. Engkau memelihara diri dari aneka macam kesenangan dunia dan perhiasannya, sebagaimana engkau memelihara diri dari panasnya api. Dan engkau tidak panjang angan2 di dunia, inilah arti zuhud yg sebenarnya”. (Hadits Nabi saw riwayat Ad-Dailami).
AHLI SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW
Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yg dpd mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasawuf. Mereka dikenali sbi golongan miskin yg menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh org ramai. Mereka terdiri dpd golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dlm urusan kehidupan harian. Walau pun keadaan ahli suffah yg demikian kaum Muslimin tidak menganggap mrk sbg beban. Kaum Muslimin yg berkemampuan dgn ikhlas hati memberi bantuan kpd golongan yg lemah itu.
BERMULA IA ITU MENGENAL
Oleh Ustaz Mazlan Al Fakir
Bermula awal beragama itu wajib mengenal Allah. Dan dengan apa Allah dikenal? Dengan tiga perkara dan apa yang tiga perkara itu? Tahu akan “TUBUH". Tahu akan “HATI". Tahu akan "NYAWA".
Ada berapa pembagian tubuh dan mana bahagiannya itu? Tubuh yg kasar. Tubuh yg halus. Tubuh yg batin. Maksud tubuh itu kepada hati. Maksud hati itu kepada nyawa. Maksud nyawa itu kepada Allah.
NASIHAT SYEIKH IBN ATHA’ILLAH TENTANG REZEKI
“Alangkah banyaknya sesuatu ya tersembunyi dlm dirimu! Jika engkau mau mengamati dgn saksama maka pasti akan nampak. Dan, hal yg paling berbahaya adalah dosa keraguan kpd Allah s.w.t. Sebab, ragu terhadap rezeki berarti ragu terhadap Zat Sang Pemberi Rezeki. Dan sesungguhnya, dunia ini terlalu hina untuk kau risaukan! Jika engkau mempunyai perhatian tinggi pastilah engkau akan merisaukan sesuatu yg lebih besar, iaitu masalah akhirat.
PERJALANAN MENUJU YANG HAQ
Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya: ”Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu” Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yg sangat popular dikalangan sufi, meditator, filosofi, teologi). Pada jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik alam ini, mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam merupakan jejak-jejak penciptanya.
KULIAH ZIKIR DARI IMAM IBNU ATHA’ILLAH
Menurut Ibnu Atha’illah, zikir lisan adalah zikir dengan kata-kata semata, tanpa kehadiran kalbu (hudhur). Zikir ini adalah zikir lahiriah yang memiliki keutamaan besar seperti yang ditunjukkan oleh beberapa ayat Al-Quran, hadis, dan atsar. Zikir lisan terbahagi dalam beberapa bahagian. Ada yang terikat dengan waktu dan tempat, serta ada pula yang bebas (tidak ditentukan tempat dan waktunya). Zikir yang terikat, misalnya bacaan ketika solat dan setelah solat, bacaan ketika haji, sebelum tidur, setelah bangun, sebelum makan, ketika menaiki kenderaan, zikir di waktu pagi dan petang, dan seterusnya.
PELAJARILAH ILMU MAKRIFAT TETAPI JANGANLAH BERGURU KEPADA YANG MENYESATKAN
Iblis itu terlebih dahulu mencapai makrifatullah seblm Adam a.s. diciptakan. Pada ketika itu namanya Azazil dan martabatnya lebih tinggi dari semua malaikat. Sbg ketua malaikat ia menguasai semua cabang ilmu dlm syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Lantaran itulah para malaikat akan dtg kpdnya utk mengaju kan apa-apa pun persoalan yang mereka tidak ketahui. Ia boleh dikatakan sbg guru makrifat kpd para malaikat, tanya apa sahaja ia mudah menjawabnya dan kerana itulah ia merasa megah dan merasakan dirinya paling alim dan warak di antara makhluk2 Allah yg lain. Kelebihannya boleh berbicara langsung dgn Allah dan mendengar firman Allah, meskipun ia tidak pernah melihat Allah dan tidak tahu di mana keberadaan Allah.
SALAH FAHAM TERHADAP DUNIA SUFI
Sementara kaum yg anti Tarekat Sufi merasa telah bercermin dgn benar, padahal mrk tidak mengetahui jika cermin yang digunakan itu adalah cermin yang buram, retak, dan cara bercermin yg keliru. Ketika mereka menuding orang lain, sesusungguhnya mereka sedang menuding diri sendiri. Kata2 yg muncul dari para Sufi sesungguhnya harus difahami menurut kesimpulan Bathiniyah dari kandung Al-Qur’an dan Sunnah.
ADAB PENEMPUH JALAN SUFI MENURUT SYEIKH JUNAID AL BAGHDADI
Abul Qasim al-Junaid rah. ditanya tentang etika penempuh jalan Allah Azza wa jalla, maka al-Junaid menjawab, "Hendaknya engkau ridha terhadap Allah s.w.t dlm seluruh tingkah laku ruhani, dan hendaknya engkau tidak meminta kepada siapa pun kecuali kpd Allah Ta'ala." Beliau juga ditanya tentang intuisi kebaikan, apakah intuisi itu hanya satu atau banyak? Al-Junaid menjawab, "Kadang2 bisikan (intuisi) yang mengajak pada kepatuhan itu terdiri dari tiga arah:
Subscribe to:
Posts (Atom)