Friday, July 1, 2016

AHLI SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yg dpd mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasawuf. Mereka dikenali sbi golongan miskin yg menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh org ramai. Mereka terdiri dpd golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dlm urusan kehidupan harian. Walau pun keadaan ahli suffah yg demikian kaum Muslimin tidak menganggap mrk sbg beban. Kaum Muslimin yg berkemampuan dgn ikhlas hati memberi bantuan kpd golongan yg lemah itu. 


Apb perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sgt penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid baginda s.a.w utk satu puak yg menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yg sgt berhikmah. Ahli suffah yg juga ahli masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yg paling hampir dgn baginda s.a.w.  Mereka yang mula2 mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dlm majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung dpd Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yg menyimpan segala mcm pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dlm kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. 

Dari kalangan mereka terdapat org2 yg sangat mendalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu agama’ itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yg menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli ilmu itu. 

Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya. Untuk org2 faqir yang telah terikat pada jalan Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha pada bumi, disangka oleh org2 yang tidak tahu bahawa mereka adalah puak yang berada, dari sangat mereka menahan diri. “Engkau dapat mengenal mereka daripada tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada manusia dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta yang kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat Tahu". (Ayat 273 : Surah al-Baqarah).

“Dan tidaklah (patut) org2 yang beriman itu turut (ke medan perang) semuanya. Ttpi alangkah baiknya keluar dari tiap2 golongan itu, di antara mrk satu kelompok; supaya mrk memberi peringatan ancaman kpd kaum mereka apb mereka kembali kpd kaum mereka, supaya mrk berhati2.” (Ayat 122:Surah at-Taubah)

Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama. 

Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama.  Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan org2 yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dlm memperkaitkan ahli suffah dgn ahli sufi yg datang kemudian. Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri. 

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yg mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yg menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yg berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri2’ baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yg bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan dpd masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yg Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kpd kaum Muslimin. 

Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dgn teratur sbg persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata2 perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiap kan unta dan kuda mereka supaya apb diperlukan semuanya berada dlm keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yg memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dlm masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. 

Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka redha dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredhaan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.


No comments:

Post a Comment