Friday, July 1, 2016

PELAJARILAH ILMU MAKRIFAT TETAPI JANGANLAH BERGURU KEPADA YANG MENYESATKAN

Iblis itu terlebih dahulu mencapai makrifatullah seblm Adam a.s. diciptakan. Pada ketika itu namanya Azazil dan martabatnya lebih tinggi dari semua malaikat. Sbg ketua malaikat ia menguasai semua cabang ilmu dlm syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Lantaran itulah para malaikat akan dtg kpdnya utk mengaju kan apa-apa pun persoalan yang mereka tidak ketahui. Ia boleh dikatakan sbg guru makrifat kpd para malaikat, tanya apa sahaja ia mudah menjawabnya dan kerana itulah ia merasa megah dan merasakan dirinya paling alim dan warak di antara makhluk2 Allah yg lain. Kelebihannya boleh berbicara langsung dgn Allah dan mendengar firman Allah, meskipun ia tidak pernah melihat Allah dan tidak tahu di mana keberadaan Allah. 


Ia tak perlu menanyakan Allah di mana kerana ia tahu Allah sebagai Maha Pencipta alam ini sememangnya tidak bertempat. Ketaatannya kpd Allah sungguh luarbiasa dan tiada para malaikat pun yg boleh menandinginya. Kenaikan darjatnya itu krn ia tidak pernah meninggalkan atau membantah satu pun perintah Allah sehingga beribu-ribu tahun ia beribadah kpd Allah dan tetap berpegang teguh kpd syariat, hakikat, tarekat dan makrifat. Pendek kata, pada zamannya ia bergelar Azazil, belum pernah terciptanya titik dosa atau kejahatan yg dilakukan oleh makhluk utk menderhaka kpd Allah s.w.t.

Pada suatu ketika, apb para malaikat mendapat khabar akan adanya salah satu penduduk langit yg akan menerima kemurkaan Allah lalu dilaknati serta diusir keluar dari langit, semua malaikat merasa cemas dan ketakutan. Mrk bimbang siapakah di antara mrk itu yg akan menderhaka kpd Allah dan bakal menerima kemurkaan Allah? Mrk semua dtg mengadu kpd Azazil dlm hal keadaan yg serba cemas, ketakutan serta benar2 ingin tahu. Ketika perkara itu disampaikan dlm satu persidangan, Azazil sedikit pun tidak merasa bimbang dan panik. 

Malah ia tenang2 sahaja berdepan dgn para malaikat, krn ia berfikir tak mungkin penduduk langit yg dimaksudkan itu adalah dirinya. Sdgkan selama ini ia menganggap dirinya sbg makhluk termulia dan yg paling dekat di sisi Allah. Ia pun menasihati para malaikat, “usahlah kalian semua merasa bimbang. Aku akan berdoa kpd Allah agar kalian semuanya terselamat dari kutukan itu!” Sayang nya, ketika ia mendoakan utk semua malaikat, ia terlupa mendoakan utk dirinya sendiri, krn dia sentiasa memandang dirinya adalah makhluk yg paling termulia di sisi Allah dan tidak perlu lagi berharap pada doa.

Ketika Adam a.s. sudah diciptakan dan Allah memerintahkan semua malaikat segera sujud kepada Adam a.s., terbongkarlah rahsia siapakah sebenarnya penduduk langit yg menderhaka kpd Allah itu. Hanya Azazil yang membantah tidak mahu sujud kepada Adam a.s. kerana ia menganggap kejadian dirinya lebih mulia dari Adam a.s. Kata Azazil, “Adam dari tanah yang kotor, sedangkan aku dari api yg suci! Masakan aku akan sujud kpd Adam?” Azazil menuduh Allah s.w.t tidak berlaku adil kepada dirinya. Oleh kerana ia sebenarnya makhluk pertama yang telah menderhaka kepada perintah Allah, namanya sebagai Azazil segera dilucutkan oleh Allah dan digantikan pula sebagai Iblis laknatulLah.

Petanda Allah menciptakan Adam a.s., membuktikan makrifat iblis itu baru di peringkat unsur api sahaja, belum lagi dikatakan sudah mengenal Allah dengan sebenar2nya kenal, sedangkan maktifat Adam a.s. meliputi seluruh alam semesta. Ketika semua malaikat sujud kpd Adam a.s., Allah telah membukakan semua hijab Adam a.s., lalu terpandanglah para malaikat itu akan Keagungan Allah dalam diri Adam a.s. yang dihiasi dengan seluruh persalinan Ketuhanan. Sujud para malaikat kepada Adam a.s. itu adalah sujud kepada Allah dan bukan pula sujud kepada makhluk tetapi hanya iblis yang tidak melihat bagaimana kah hal keadaan sebenar itu berlaku. 

Adam a.s. itu adalah tajalli Allah yang paling sempurna, dimana kehendak Allah yang rindu hendak memperkenalkan DiriNya kepada makhluk telahpun terlaksana – DIA dari AHADIYAT turun hingga ke peringkat INSAN, lantaran itulah Adam a.s. dilantik sbg Khalifah-NYA di muka bumi ini kerana sesungguhnya DIA adalah Ghuyub al-Ghuyub (MAHA GHAIB) dan Adam a.s. itulah Kenyataan-NYA tetapi bagaimanapun tidak menyamai Wajah-NYA Yang Mutlak. Melalui Adam a.s.lah, maka para malaikat di langit dan bumi serta makhluk2 lainnya dapat mengenali Allah s.w.t sebagaimana Allah itu patut dikenal. Firman-NYA “RahsiaKU Rahsia Insan, Rahsia Insan RahsiaKU.

Iblis yang telah menerima kemurkaan dan laknat dpd Allah, tempatnya bukan lagi di persada2 langit melainkan di bumi yang terendah ini. Justeru itu ia bersumpah atas dendamnya kepada Bani Adam a.s. akan menyesatkan sesiapa sahaja di kalangan pengikutnya dan membawa mereka bersama-samanya ke neraka yang paling jahanam. Tetapi Allah membantahnya, bahwa iblis tidak akan dapat menyesatkan di kalangan org2 yang beriman. Cara iblis menyesatkan golongan manusia dengan jalan yang paling halus dan berilmu iaitu dengan mengajarkan kpd manusia ilmu makrifat yg meninggal ilmu syariat. Kata iblis, “aku lebih dahulu mencapai makrifat sebelum manusia. Dahulu aku memang tidak pernah meninggalkan syariat. 

Beribu-ribu tahun lamanya aku beribadah kepada Allah dengan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Tetapi akhirnya apa yang aku dapat? Ibadat syariatku tidak dipandang dan dinilai oleh Allah. Cinta makrifatku kepada Allah ditolak sebulat-bulatnya kerana gara-gara aku tidak mahu sujud kepada Adam. Malah laknat dari Allah pula yang aku terima. Allah tidak berlaku adil kepadaku. Mengapakah aku harus sujud kepada Adam, padahal selama ini aku hanya sujud kepada Allah sahaja? Apalah gunanya bersyariat bila kesudahan syariat itu tidak dapat menjadi penolongku. Sia-sia saja aku bersyariat, beribadah penat-lelah dengan jasadku, akhirnya jasad itu akan binasa dan seperti jasadku akan bersemadi nanti selama-lamanya di dalam neraka yang paling jahanam!”

Justeru itu, berhati-hatilah jangan sampai mengikuti godaan dan tipu-daya jejak iblis yg bermakrifat tetapi tidak bersyariat. Meskipun roh yg sebenarnya beribadah kpd Allah, kembali dan mikraj kepada Allah dan yg mengenal Allah, tetapi Allah tidak menjadikan pula jasad manusia itu untuk dipersia-siakan walaupun jasad itu akhirnya akan hancur di bumi. Jasad itu seumpama pakaian yg perlu dijaga dan dibersihkan dari semua kekotoran dunia ini. Jasad itu menjadi amanah kepada roh utk mempertanggungjawabnya di hadapan Allah di yaumil akhirat nanti. Lantaran itu ikutilah jejak makrifat para Nabi dan Rasul, yang tidak pernah meninggalkan syariat dan apa pun perintah Allah utk dilaksanakan. Inilah jalan yg lebih selamat dunia dan akhirat. Nabi Muhammad s.a.w. walaupun sebagai penghulu sekalian Nabi dan Rasul, dan sudah melihat Allah di Sidratul Muntaha, Baginda s.a.w. tidak pernah meninggalkan sholat dan perintah2 Allah yang lainnya. Inikan pula umatnya boleh semudah itu terlepas dari kewajiban hukum syariat?

Bagaimanapun berpegang semata-mata kepada syariat sahaja pun tidak boleh kerana Nabi s.a.w. membawakan ajaran kepada umatnya dengan tiga pokok perkara yang wajib dituntut dan dilaksanakan yakni IMAN, ISLAM dan IHSAN. Beramal tanpa jalan tarekat, hakikat dan makrifat tidak akan menghasil kan ahwal kecuali penat-lelah semata-mata dan masih belum terlepas dari perkara2 halangan syirik. Beribadahlah kepada Allah sehingga kita mengenal Allah dengan sebenar-benarnya kenal dan jangan sekadar mengharapkan ganjaran pahala sahaja. Ibadah yang tidak berteraskan tauhid adalah ibadah yang tidak dipandang oleh Allah. Justeru itu, menjaga suasana batin yang berteraskan tauhid itulah yang sebenarnya dinilai oleh Allah. 

Orang yang masih belum dapat menghilangkan lagi akan ada perasaan wujudnya di dalam dirinya sendiri, seperti iblis yang pernah memandang tinggi kepada amal ibadahnya dan menganggap amal ibadah itu datang dari usahanya sendiri dan tidak memandangnya sebagai perbuatan Allah dan bahwa Allah itu sahaja yang wujud dan tidak ada wujud lain berserta-NYA, tidak akan terhakis perasaan ujub, sombong, takabur dan riaknya di dalam dirinya sendiri. Selagi ada perasaan wujudnya di dalam dirinya sendiri, selagi itulah seseorang itu akan bermegah-megah dengan kedudukan dan amalannya bahwa ia lupa atau cuba menafikan bahwa amal ibadah yang dilakukannya itu adalah sebenarnya kurnia dari Allah dan milik Allah yang disandarkan kepadanya sebagai sarana untuk bertauhid kepada Allah dan mengenal Allah. Kuasa dan tenaga seperti melihat, mendengar, berkata-kata, bergerak dan diam dan sebagainya lagi yang aktif pada jasadnya itu adalah perbendaharaan Allah yg diamanahkan kepadanya, bukan pula untuk seseorang itu merasakan atau mengakui itu adalah haknya dan miliknya.

Ketika tulisan ini dicoretkan, saya sebenarnya masih teringatkan seorang sahabat lama yang telah berpuluh tahun tidak saya temui lagi sehingga kini. Sahabat saya itu merupakan di antara sahabat di zaman muda saya dahulu yang pernah paling akrab dan mesra dengan saya. Sahabat saya itu seorang warga Malaysia dan dahulu pernah menetap di Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru. Saya sering menziarahi dan bermalam di rumahnya di Johor Bahru itu kerana maklumlah ketika itu saya masih bujang. Sehingga sahabat saya itu mendirikan rumahtangga, saya yang menjadi saksi nikah-kahwinnya.

Sahabat saya itu seorang yang berbudi luhur dan bersopan-santun. Pandai berbual dan bercerita hingga membuatkan sesiapa sahaja cepat mesra kepadanya. Sahabat saya itu adalah bekas penuntut institut MARA dan bercita-cita tinggi utk menjadi usahawan. Sesekali beliau turun ke Singapura untuk membantu perniagaan ayahnya di Geylang Serai kerana ayahnya juga sudah menjadi penduduk tetap Singapura. Hubungan ayahnya dengan saya juga dah jadi macam keluarga sendiri. Tetapi satu masalah besar telah mempengaruhi dan merubah seluruh perangai sahabat saya itu setelah beliau mendirikan alam rumah tangga. Semuanya ini adalah gara2 beliau telah menuntut ilmu makrifat dgn seorang guru di Singapura yg dikenali ramai sbg Pak Tua. Sebenarnya org yg memperkenalkan sahabat saya dgn Pak Tua itu adalah ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan orang kanan Pak Tua dan murid lama yang paling setia.

Saya sering bermuzakarah dengan sahabat saya itu berkenaan ilmu makrifat. Tetapi oleh kerana saya mendapat bimbingan ilmu makrifat melalui seorang Syekh Sufi, maka saya dan sahabat saya itu selalunya bertentangan pendapat kerana masing2 di antara kami memang berada di jalan yang begitu jauh berbeda dan tidak sehaluan dari segi cara kefahaman makrifat. Sebagai diterima menjadi murid Pak Tua, sahabat saya dikenakan pembayaran maskawin sebanyak $500.00. Kononnya menurut kata si Pak Tua, itu untuk menebus lima waktu solat. Bayangkan seorang murid membayar sebanyak jumlah wang tersebut, jika dah sampai berpuluh murid, tidakkah itu menjadi keuntungan besar bagi si Pak Tua yang tak perlu lagi bekerja. 

Maka setelah sahabat saya itu menembus maskawinnya dengan $500.00, batallah semua syariatnya sebagaimana termaktub dlm ajaran Pak Tua itu. Sahabat saya itu tak perlu lagi mengerjakan solat fardu lima waktu sehari semalam, tidak perlu puasa, zakat dan haji. Dia telah keluar dari syariat Islam dan menjadi manusia yg sebebas2nya, hanya tinggal pada dirinya nama Islamnya sahaja. Ajaran songsang Pak Tua yang tentunya menghairankan, jika seseorang muridnya ingin mencapai syuhud kepada Allah atau fana fillah, diwajibkan minum arak sampai mabuk. Dan dalam kemabukan arak itulah bagi mereka sudah mencapai syuhud dan fana hingga mereka larut bersembang tentang hal-hal ketuhanan. 

Mereka suka mengejek dan mentertawakan org2 yg mendirikan solat. Mereka makan terang2an di hadapan orang yang berpuasa di bulan Ramadan. Bagi mereka org ya mengerjakan haji dan umrah di Tanah Suci itu adalah org2 jahil dan bodoh. Ada satu seperkara yg lebih aneh lagi dlm ajaran Pak Tua ini dan seringkali menjadi tanda tanya di kalangan murid2nya, bila setiap kali ada murid atau ahlinya yg kematian, si Pak Tua itu tidak akan menghadirkan dirinya pada hari pengkebumian itu. Malah dikatakan ketika pada hari isterinya sendiri yang meninggal dunia, si Pak Tua itu terus menghilangkan dirinya entah ke mana dan tak pulang ke rumah sehingga selepas beberapa hari kematian isterinya itu. 

Pada pandangan sahabat saya yang sudah menjadi murid Pak Tua itu, baginya bersetubuh dgn isteri di rumah sama sahaja dga berzina dgn pelacur2 di luar atau dgn perempuan2 yg bukan dinikahi. Bagi sahabat saya itu antara hukum haram dan halal sudah tidak menjadi halangan lagi. Dan inilah yg menjadi penyebab runtuh alam rumahtangganya kerana isterinya tidak tertahan lagi dgn sikap dan perangai sahabat saya itu yang sudah berubah dari manusia berakhlak kpd manusia yang bernafsukan haiwan. Akhirnya bercerai talak tiga. Berpisah dgn bekas isteri dan dua org anak perempuannya yg pada ketika itu masih kecil. Semenjak berpisah dgn bekas isterinya, perangai sahabat saya itu semakin tidak berubah dan menjadi-jadi. 

Tidak cukup dgn tuangan botol arak, kini dia menjadi seorang penagih dadah untuk mencapai puncak syuhud dan fanafillah yg lebih tinggi lagi kesan makrifatnya. Sudah bermacam2 jenis dadah yg telah dirasakan oleh sahabat saya itu, semata-mata kerana ingin mempertahankan ajaran ilmu makrifat Pak Tuanya. Oleh kerana dia tidak bekerja, akhirnya sahabat saya itu berniaga menjadi Bapak Ayam, mempelacurkan perempuan2 dari kepulauan Indonesia. Dan tidak berakhir kehidupannya di situ, dia terjebak pula sebagai pengedar dadah sehingga tertangkap dan meringkuk dalam jel. Semenjak terdengar khabar bahwa sahabat saya itu telah meringkuk dalam jel, sehingga kini perhubungan persahabatan kami itu telah terputus dan saya tidak mendapat apa pun khabar dari sahabat saya itu lagi.

Pada suatu hari, kira-kira dlm sekitar era tahunan 1990an, menjelang zohor dan saya sedang melangkahi anaktangga menuju ruang musolah yakni di Masjid Khalid yg terletak di Joo Chiat Road Singapura, saya terkejut bila terpandang sosok seorg lelaki tua sedang bersandar di suatu sudut dinding musolah itu seraya sedang membaca kitab suci Al-Quran, kedengaran suaranya membaca Surah Yassin. Saya menunggu sehingga lelaki tua itu menyudahkan bacaannya. Dan sebaik saja ia menutup kitab suci Al-Quran itu, saya segera menghampirinya lalu memberi salam. “Walaikummussalam” jawab lelaki tua itu. Dan sebaik saja ia terpandang wajah saya, “Eh, Johar!” tercetus perlahan dari bibirnya seolah2 terkejut melihat saya. 

Tetapi airmuka lelaki itu segera berubah kpd senyuman yg begitu indah dlm raut ketenangan nya. Lelaki tua itu adalah ayah sahabat saya yg pernah meringkuk dlm penjara gara2 ilmu makrifat Pak Tuanya. Saya juga berasa hairan mengapakah ayah sahabat saya itu boleh berada di dalam masjid pada ketika itu dgn berkupiah putih di atas kepalanya, berkemeja dan berkain pelikat. Padahal dahulunya, saya mengenali beliau sebagai org kanan Pak Tua yg cukup hebat dan handal bila berbicara persoalan ilmu makrifat dan bukan calang2 org boleh menundukkannya dalam perdebatan. Ayah sahabat saya itu pernah memegang botol arak di hadapan saya ketika saya mengunjungi rumah pangsanya di Kallang Bahru. Saya masih ingat lagi akan hujahnya sambil menogok gelas yang penuh berisi arak dan berbau hamis.

“Johar, kalau kau nak tahu rahsia syuhud, inilah syuhud!!!” ketawa ayah sahabat saya itu dengan suara ketawanya berdekah2 kemudian menogok air arak itu macam mudahnya menogok air gas Pepsi-Cola. Pada ketika kejadian itu saya tidak dapat berkata apa-apa. Sekadar diam membisu dan tidak berani membantah. Hanya beristighfar di dalam hati dan bermunajat terus kpd Allah semoga pada suatu hari nanti Allah akan menunjukkan jalan yang benar dan membukakan pintu taubat kpd ayah sahabat saya itu. Alhamdulillah, doa saya itu dimakbulkan Allah. Tak saya duga Allah boleh merubah seseorg itu. Semenjak itu saya selalu melihat ayah sahabat saya itu sering berjemaah di Masjid Khalid. 

Malah sebelum masuk awal waktu solat, beliau sudahpun hadir di masjid. Pada suatu masa yg berkesempatan, saya sempat berbual-bual mesra dgn ayah sahabat saya itu. Saya bertanyakan khabar anaknya yg pernah menjadi sahabat akrab saya itu. Tiba-tiba beliau mengeleng2kan kepalanya dan beberapa ketika itu menitis air jernih dari kelopak matanya. Saya terharu bila melihat keadaan beliau mulai tersebak2 dgn nada suaranya tersekat2 perlahan. Saya tahu beliau dlm sudut kesedihan dan saya tidak berani pula utk bertanya apa2, meskipun saya amat ingin tahu apa yg menyebabkan beliau telah berubah dan kembali kpd pangkal jalan.

Akhirnya beliau sendiri yang membuka pintu mulutnya bercerita kepada saya tentang segala-galanya tanpa saya yang pinta. Tentang anak lelakinya yang pernah menjadi sahabat saya itu, beliau tidak berkata langsung. Tetapi di wajah seorang ayah itu terbayang sebesar penyesalannya. Apa yg mendorong beliau terus berubah dan bertaubat, berpunca dari anak menantu lelakinya yang lama mengidap penyakit buah pinggang di taraf yg sangat kritikal. Menantu lelakinya itu merupakan murid Pak Tua, dan beliaulah orang nya yang merekemenkan menantunya itu berjumpa dan berguru dengan Pak Tua. Menanti lelakinya itu bertahun2 terlantar di hospital, tetapi para doktor gagal merawat penyakit buah pinggangnya itu. 

Akhirnya, pihak hospital yang menyarankan supaya jasad menantu lelakinya itu dibawa saja pulang ke rumah, kerana semua usaha para doktor telah menemui jalan buntu dan tinggal hanya sedikit harapan untuk menantu lelakinya itu menyambung hidup. Sepanjang berada di rumah dan terlantar di atas katil, menantu lelakinya itu sering meraung2 kesakitan, lebih2 lagi bila menjelang waktu malam. Kata menantunya itu ingin cepat mati sahaja dari menanggung beban penderitaan. Pada suatu masa, ayah sahabat saya itu dipinta oleh menantu lelakinya supaya bercakap lebih dekat lagi di antara bibir dan cuping telinga. Dan dengan nada suara yang berbisik2, menantu lelaki itu berkata kepada ayah sahabat saya itu, “Pak tolonglah pak. Saya lebih rela mati. Tapi tolonglah lepaskan saya dari ajaran Pak Tua ini. Setiap hari, setiap malam saya tak tahan dipukul oleh malaikat! Tolonglah pak. Saya nak bertaubat!” Rintihan anak menantu lelakinya itu benar2 memberikan kejutan besar kepada ayah sahabat saya itu. Hingga beliau panik dan tak tahu hendak berbuat apa lagi. 

Tiba-tiba beliau teringatkan gurunya si Pak Tua. Dengan segera beliau keluar dari rumahnya untuk mencari si Pak Tua dengan harapan beliau akan mendapat pertolongan dari gurunya itu. Tetapi setelah bertemu dengan gurunya itu, diminta pertolongan dengan bermacam alasan dan pujuk rayu, si Pak Tua tetap berdegil dan enggan menemui muridnya yang sedang terlantar sakit itu. Ayah sahabat saya itu benar2 merasa kecewa terhadap sikap gurunya itu. Justeru barulah beliau mulai sedar dan persoalan misteri yang selama ini menjadi misteri, sudahpun terjawab dengan bukti yang cukup jelas; mengapa si guru Pak Tua itu tidak mahu menjenguk jika adanya muridnya yang sedang mengalami nazak akan meninggal dunia. Rupa-rupanya si Pak Tua itu memang tahu, bila ajal sudah tiba, muridnya akan mati dalam kesesatan dan dia tidak sanggup untuk melihat bagaimana muridnya akan mati sesat dalam keadaan yang sangat terseksa!

Ayah sahabat saya itu segera pulang ke rumah dengan perasaannya yang penuh kesal dan kecewa. Barulah beliau sedar bahwa ajaran makrifat Pak Tua itu songsang dan sesat. Sesampai di rumah, ayah sahabat saya itu segera mencari kitab Surah Yassin, tetapi beliau sedar bahwa beliau perlu berwuduk jika hendak menyentuh kitab suci itu. Beliau pun segera pergi ke tandas dan berwuduk. Tetapi setelah berwuduk, datang pula keinsafan di dalam dirinya yang paling dalam, untuk apa berwuduk jika tidak sholat? Akhirnya beliau mencari sehelai sajadah untuk mendirikan sholat yang sudah bertahun-tahun lama beliau meninggalkannya. “Allahu akbar...” bergetar suaranya dan berlinangan airmatanya ketika beliau mengangkat takbirratul ihram. Seusai sholat, memohon ampun dan bertaubat, beliau segera mendekati anak menantu lelakinya yang sedang terlantar dan mengerang kesakitan itu. Beliau segera membacakan Surah Yassin, dalam serta-merta sahaja anak menantu lelakinya itu diam dan tenang. 

Sehingga tanpa disedari ketika beliau sedang membaca Surah Yassin itu, anak menantu lelakinya itu telahpun pergi menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seminggu kemudian setelah pertemuan saya dengan ayah sahabat saya itu di Masjid Khalid, tiba-tiba saya mendapat khabar yang amat mengejutkan bahwa ayah sahabat saya itu telahpun kembali ke rahmatullah. Saya tak sempat menziarahi jenazahnya, kerana berita kematiannya baru saya ketahui ketika terbaca iklan yang tersiar di suratkhabar Berita Harian. Saya menitiskan airmata sambil berdoa supaya Allah redha dengan kepulangannya, menerima taubatnya dan menempatkan beliau di kalangan hamba2NYA yg sholeh, kerana beliau sudah saya anggap seperti ayah saya sendiri. AL-FATEHA untuk Almarhum ayahanda Muhammad Zambri bin Alang Ahmad. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya... Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

No comments:

Post a Comment