(mesyuarat malaysia 1994). Tempoh utk usaha atas akhirat di dunia sahaja. Satu cara yg mudah (persediaan) ditunjukkan oleh Nabi s.a.w atas tujuan itu. Peniaga yang menjalankan cara Nabi s.a.w akan dibangkitkan bersama2 syuhada di akhirat kelak. Si miskin yang redha dan ikut perintah Allah s.w.t dan cara Nabi s.a.w akan masuk syurga 500 tahun dahulu sebelum si kaya. Begitu juga petani dan berbagai cara hidup lagi, jika ikut cara Nabi s.a.w ada kelebihan masing2 dinyatakan dlm hadith. Maksud tabligh: “Segala corak kehidupan ikut cara Nabi s.a.w”. Kata Maulana Ilyas rah., “Setiap kita yang jalankan kerja ini sungguh2 jika tiba waktu ajal ttpi terdapat banyak kesilapan yg dilakukan dlm kerja ini, akan diampunkan oleh Allah s.w.t kerana niat mukmin adalah lebih baik dpd amalnya”.
Pada masa dahulu, umat amalkan sunnah 100% kerana umat ketika itu adalah 100% da’i. Pada masa itu sahabat tidak terfikir wujudnya org Islam yg tidak solat, tidak bayar zakat dan sebagainya. Usaha yg ditinggalkan begitu lama memerlukan masa yg beransur2 untuk diterapkan pada umat skrg. Bila umat telah jadikan Dakwah maksud hidup maka tertib skrg akan hapus kerana setiap org Islam akan sahut takazah pada bila2 masa shj. Cukup hanya dgn satu seruan mereka akan berkumpul di masjid Nabi. Segala keperluan ditinggalkan mereka. Masing2 bersedia di mana dan berapa lama kerana ini adalah “maksud hidup kami”. Bayan hidayat terus di jlnkan di masjid Nabi.
Setelah sahut takazah barulah mereka pulang dan dibenarkan menjalani kehidupan spt biasa dan menunggu sehingga takazah lain dtg. Keluarga yg tinggal akan disempurnakan keperluan nya oleh mereka yg tidak keluar. Maksud hidup yg betul pada setiap org Islam dimasa itu menyebabkan mrk boleh amalkan segala perintah Allah s.w.t. Kini kebesaran usaha agama telah keluar dari jiwa org Islam maka kita hendaklah membawa mereka pada suasana keluar di jalan Allah. Ummat ini di dlm suasana sibuk dgn kehidupan dunia maka kebesaran dunia tersebut telah masuk ke dlm hati mereka. Tiada masa utk fikir ttg agama, akhirat dan hal-hal yg menambah kekuatan iman. Maka bawalah mereka kpd suasana keluar selama mana yg mungkin dan sejauh mana mungkin. Fikir akan berubah bila melalui suasana ini. Kata Maulana Yusuf rah., “Kita keluar 4 bulan bukannya terjun terus dlm suasana tersebut ttpi utk ubah corak kehidupan kita”. Keluar jangan fikir balasan baik di dunia tapi tumpukan pada kebesaran Allah dan akhirat. Kesan di dlm hati akan timbul.
Solat amalan yg paling penting. Solat yg khusyuk akan mewujudkan dlm hati kita sifat taat pada Allah s.w.t. Tasbih pagi dan petang yg sempurna membawa kesan pada hati iaitu sentiasa berhubung dgn Allah s.w.t. Begitu juga dgn taalim yg sempurna iaitu tumpuan dan kebesaran (taazim) majlis diusahakan maka akan wujud dlm sanubari hati yg condong kpd kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Bila jemaah buat khususi, cakaplah dua perkara, kebesaran Allah s.w.t dan cara kehidupan Nabi s.a.w ada kejayaan. Utk ummumi pula bawa mereka pada suasana masjid. Spt dari kedai terus dibawa pada suasana masjid. Di masjid putuskan seorg utk ceritakan kejayaan hidup hanya dlm agama, penerangan pentingnya amal agama. Masa yg ada hanya sampai maut, skrg mesti buat. Kerana seorg pemaksiat yg telah mati ketika di alam lain, keyakinannya pada masa itu melebihi keyakinan seorg aulia di dlm alam dunia ini akan ttpi keyakinan itu tidak berguna lagi selepas mati. Org yg bercakap ini akan diberi kesan yakin dlm hatinya oleh Allah s.w.t. Iman bil-ghaib akan dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
Semakin banyak penerangan dilakukan semakin tinggi keyakinan dianugerahi Allah padanya. Korban yg tinggi ttp dianugerahi keyakinan oleh Allah s.w.t. Berkorbanlah bersungguh2 atas usaha ini, azam kita sampai hari qiamat. Kata Maulana Ilyas rah., “8 bulan cari rezeki, 4 bulan keluar ke jln Allah atau 4 bulan tiap2 tahun (mengikut bulan Islam)”. Pengorbanan yg tinggi akan dianugerahi Allah, yakin atas usaha ini dan kita akan buat keputusan , “Ini adalah maksud hidup saya”. Maka Allah akan hidupkan kerja ini di marhallah2, negeri2 dan seterusnya. Org lama hendaklah (mesti) targhib ttg maksud hidup ini dan usahakan utk mereka keluar. Juga banyak kanlah cerita akhirat. Libatkan semua org iaitu ahli masjid dan org kampung dlm kerja ini. Mesyuarat bila masa yg sesuai utk buat gasht pertama dan taalim masjid. Masa yg sesuai utk buat gasht pertama bila org kampung sedang berehat. Gasht kedua di kampung jiran.
Zaman Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., keluar 3 hari ditetapkan tarikhnya ttpi kehendak Hadzratji, Maulana Inamul Hasan, keluar 3 hari tetapkan minggu sahaja, ini memandang kan kelemahan kita skrg. Setengah jam sebelum gasht pertama, hendaklah hadir utk mesyuarat program harian. Boleh juga dilakukan selepas subuh, buatlah mengikut kemudahan tempat kita. Karkun yg mempunyai kedai tanpa pembantu hendaklah menutup kedainya pada hari gasht, maka ia akan maju. Setiap mrk yg korbankan kesibukan masing2 pasti Allah s.w.t akan hidayatkan pada keluarganya dan org tempatan. Usahakan supaya org kampung ambil bahagian dlm majlis bayan, oleh itu iklan perlu dibuat. Dlm bayan isinya mesti mudah, ringkasannya kejayaan dlm mentaati perintah Allah.
Jangan cerita perkara yg berbelit2. Pergi kesetiap rumah utk bawa mrk dari suasana rumah ke suasana masjid. Terangkan kejayaan hanya ada dlm agama. Sentiasa cerita fadhilat amalan yg kita benar2 tahu dan sediakan mereka utk gasht. Di penghujung bayan, pujuk setiap org utk beri masa walaupun apa alasan yg diberi. Selepas targhib kepentingan agama mesti tashkil utk gasht. Jgn lepas kan begitu sahaja tanpa ditashkil. Pujuk rayu mereka jika terpaksa, minta mereka janji utk dtg buat gasht. Bentuk jemaah gasht mengikut bilangan ahli jemaah. Amer sebaiknya org yg berumur. Rahabah pula org yg agak berpengaruh. Percakapan tidak semesti tetap.
Setiap org yg kita jumpa adalah sibuk dgn makhluk oleh itu kita hendaklah bawa mrk keluar dari kesibukan itu kpd kesibukan khaliq. Semua jemaah keluar atas maksud dakwah tapi yg bercakap hanyalah mutakallim. Apa yg perlu dicakapkan, bincangkan dengannya. Dulu, jemaah org2 Mewat minta setiap org ucap kalimah. Tapi skrg cakaplah lebih kurang begini, “Allah beri kita iman. Apa yg diberi yg lainnya tidak kekal hanya iman saja yg dibawa menghadap Allah”. Jika dpt cash, dua org hendaklah dilantik utk bawa dia ke masjid. Sebelum keluar, beritahu ttg adab gasht. Keluar dgn kasih sayang atas umat dan berzikir. Doa boleh di luar atau di dalam. Usaha agar semua ahli kampung iaitu lelaki akil baligh dijumpai. Utk bawa mrk dari mahul rumah kpd mahul masjid. Bahagikan atau lakukan dgn berperingkat2 ataupun buat apa2 kaedah yg sesuai utk berjumpa dgn semua ahli rumah lelaki yg akil baligh. Sebenarnya, setiap minggu kita buat gasht utk masukkan kebesaran Allah s.w.t dlm hati mereka dan alihkan suasana.
Tiga amalan dlm masjid:
1. Lantik seorg utk buat dakwah dlm masjid. Cakap ikut kemampuannya (Taqrir).
2. Istiqbal 2 org. Dakwah ahli jemaah dan tidak jemaah yg dtg dgn lemah lembut dan minta duduk di dlm majlis. Jika dia tidak solat lagi minta dia solat dahulu.
3. Segalanya adalah asbab belaka, oleh itu lantik dua org utk doa hidayat.
Jika buat gasht lepas asar, usahakan agar balik sempat ambil wuduk, buang air dan takbiratul-ula. Jika gasht lepas maghrib dibolehkan bila kedengaran azan baru balik. Berkenaan dengan iklan, seelok2nya lantik orang yang berpengaruh ataupun mesyuarat siapa yg layak. Isinya mudah dan suruh duduk rapat2. Dalam bayan cakap ikut kemampuan. Lebih kurang seperti ini: Kejayaan dalam agama. Kelebihan amal agama selepas mati. Cerita juga ttg alam kubur, mahsyar dan segala perkara akhirat. Usahakan supaya wujud dlm hati mereka perasaan utk amal agama dan beritahu masa utk amal agama hanya setakat maut sahaja. Ceritakan kerosakan dlm suasana skrg maka satu suasana lain mesti dicari utk bentuk iman kita. Agar rasa keghairahan pentingnya amal agama dlm hati itu wujud dan sentiasa berterusan. Tashkil 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan 2½ jam. Ada mereka yg masih belum bersedia. Usahakan lagi dan ceritakan ttg gasht pertama dan kedua, minta mereka libatkan diri masing2. Ceritakan kepentingan keluar 3 hari di kampung jiran. Targhib sungguh2 ambil nama utk keluar 3 hari.
Usaha 2½ jam amat penting. Kesibukan harian kita menyebabkan kita lali maka kita mesti sibukkan diri dgn usaha ini. Iaitu makmurkan masjid dgn dakwah, jumpa setiap ahli rumah lelaki yg akil baligh, usaha kan utk mereka keluar 4 bln, 40 hari dan 3 hari. Ceritakan betapa pentingnya keluar. Nyatakan walaupun kepentingan keperluan itu dipenuhi (tanggungan) tapi keperluan akhirat adalah lebih2 penting lagi. Tilawah Al-Quran, zikir dan doa juga diceritakan supaya amal ini dpt dihidupkan dirumah. Setiap org yg dijumpai, sediakan mereka utk buat dakwah. Jika ada yg tak solat, pergi jumpa dan ceritakan kepentingan solat dan bawa ke masjid usahakan supaya keluar 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Sediakan dia buat usaha makami. Org sakit amat patut diziarahi. Jika jemaah yg dtg, nusrah mereka, sediakan utk mereka buat dakwah. Utk org tempatan, beritahu ttg kepentingan ta’alim di masjid, banyakkan cerita kelebihan.
Targhib pada lelaki untuk fikir masturat iaitu amalan:
1. Solat di awal waktu
2. Tilawah Al-Quran dan belajar dari suami.
3. Tasbih pagi dan petang.
4. Doa-doa masnun.
5. Ta’alim rumah yang istiqamah dan beradab.
Utamakan cerita tentang pentingnya usaha ini dan tashkil 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan amalan makami juga amalan harian tadi mesti dibawa dari rumah ke rumah.
Ringkasnya jemaah masjid memikir beberapa perkara:
1. Setiap lelaki dan wanita menjadikan dakwah maksud hidup. Usahakan utk keluar 4 bln, 40h & 3 h.
2. 100% lelaki solat berjemaah dan wanita solat di awal waktu di rumah.
3. Tilawah Al-Quran.
4. Taalim rumah dan masjid. Taalim masail hendaklah belajar terus dari ulamak, bagi wanita belajar dari
suami yang belajar dari ulamak.
Setiap minggu jemaah masjid akan buat gasht kedua. Sediakan orang tempatan di situ untuk hidupkan jemaah masjid. Terangkan apa yang dilakukan dimarhallah kita. Tashkil utk mereka hidupkan di tempat mereka. Usahakan agar mereka dapat berdikari atas usaha ini. Letak t/jwb atas mereka untuk hidupkan kerja ini sendiri. Setiap jemaah 3 hari mestilah ditarghib jemaah masjid untuk dihidupkan disitu. Setiap kerja hendaklah disertakan dengan doa dan penafian kerja kita agar kita sentiasa dimajukan Allah s.w.t.
Nasihat Meiji Mehrab untuk majukan usaha - Tiga perkara penting kena wujud iaitu:
1. Ijtimai qulub (penyatuan hati)
2. Ijtihadi fikir (satu fikir)
3. Cara yang sahih.
Utk wujudkan ijtimai qulub, pengorbanan mestilah dilakukan. Setiap kita ada kelemahan dan kebaikan. Maka lihat kebaikan saudara kita. Fikirkan kebaikan utk org yg ada keburukan. Fikir dgn tidak memandang rendah padanya. Ijtihadi fikir iaitu bila ada masalah dlm usaha kita dan kita ada satu fikir, janganlah terus diamalkan. Bawalah mesyuarat iaitu rujuklah pada ahli2 fikir tempatan. Jika tidak dpt selesaikan juga, rujuklah kpd syura di negara kita dan barulah diajukan pada Hadzratji. Cara yg sohih akan wujud bila kita letakkan diri kita dlm mesyuarat dlm setiap usaha kita. Iaitu cara yg betul itu hendaklah taat pada amir waqt iaitu Hadzratji. Agama disempurnakan dgn kedtgan Nabi s.a.w. Sehingga qiamat Allah s.w.t hanya redha dgn Islam shj. Enam sifat ini akan mewujudkan dlm hati setiap lelaki dan wanita utk amalkan agama yg telah disempurnakan Nabi s.a.w tadi. Kata Maulana Ilyas rah., “Jika seorg itu belajar Iman sampai mati pun ia tidak akan sampai ke tahap yg tertinggi. Iman setiap org juga tidak boleh kekal pada satu tahap sahaja. Ia akan naik turun bergantung pada usaha kita. Tahap yg tinggi akan dianugerahi oleh Allah s.w.t kekuatan amal agama”.
Untuk tingkatkan iman:
1. Dakwah orang lain pada iman.
2. Dengar percakapan tentang iman.
3. Anggaplah kita fakir di antara orang yang fakir iman.
Jika diamalkan, Allah akan anugerahkan tahap iman yg membolehkan kita amalkan agama. Solat adalah perintah yg paling penting. Cara penganugerahan solat pun begitu istemewa dari perintahNya yg lain.
Untuk mendatangkan roh dalam solat:
1. Sedih dalam hati dan usahakan agar orang yang tidak solat supaya mengerjakanya.
2. Kesempurnaan dalam zahir solat dan batin solat. Zahir solat adalah segala syarat dan rukun solat dan juga batinnya iaitu penumpuan kepada Allah s.w.t. Dua tahap solat yg tinggi iaitu seolah2 kita lihat Allah dan Allah tetap melihat kita.
3. Setelah selesai solat, kita hendaklah syukur dan istighfar. Pada hakikatnya, solat yg bermutu dpt cegah fashak dan mungkar dan wujudnya kekuatan utk taat Allah s.w.t.
Taalim fadhail memberi kekuatan utk beramal. Dakwah perkara itu dan tetapkan masa utk buat taalim rumah dan masjid. Zikir ini dpt menjauhkan kelalaian. Sekurang2nya zikir pagi dan petang. Dakwahlah org lain pada perkara mendtgkan kekuatan zikir. Setiap org mesti merasakan utk menunaikan hak org lain. Ini akhlak umat ini. Dakwah org lain pada perkara ini. Setiap umat Islam walau sehina mana pun tetap dihormati walau iman sebesar zarah yg wujud padanya, maka ikramlah ia dan akhlak akan wujud lalu org kafir akan terkesan dgn sifat ini. Ikhlas adalah rahsia Allah s.w.t. Ia hanya dtg dgn pengorbanan yg menghasilkan iman. Periksa niat dlm hati kita masing2 dlm mengamalkan agama. Walau sekecil mana pun amal dilakukan. Dakwah dan doa atas perkara ini.
Dakwah dan tabligh adalah utk membetulkan salah faham umat atas hidup ini. Maksud hidup mrk bukanlah keperluan dan kesibukan di dunia ini ttpi maksud hidup yg sebenarnya: “Utk mendakwah kan setiap manusia taat Allah s.w.t dan diri kita juga ke arah itu”. Kefahaman yg sebenar akan dtg apabila kita mengorbankan segalanya untuk memajukan agama atas muka alam ini. Selepas itu barulah kita fikirkan ttg kesusahan kebendaan umat dan keperluan diri sendiri. Kesusahan kebendaan umat spt menolong keluarga miskin, janda yg memerlukan bantuan, org2 yg lapar dan sbgnya. Pada hakikatnya keperluan agama lebih penting dari keperluan kebendaan. Utk wujudkan ini semua, kita hendaklah buat usaha agama barulah Allah swt beri kekuatan untuk amal agama.
No comments:
Post a Comment