Wednesday, January 14, 2015

JEMAAH MASJID OLEH HAFIZ IQBAL

(06/07/1999 - sri petaling). Tuan2 yg mulia, di syurga hanya dgn iradah sahaja semua akan berlaku, semua akan terbentuk dan terjadi tetapi di dunia ini hanya akan berlaku dgn iradah dan usaha. Utk wujudkan sesuatu hendaklah kita betul2 niat dan betul2 yakin dgn Allah s.w.t dan kita kena buat usaha yg sungguh2. Diberitakan bahawa Abdullah bin Zubair r.a, bila dia hendak buat sesuatu, dia akan buat usaha dengan bersungguh2 seolah2 dia yang melakukan segala2nya tetapi bila dia solat, lakukan perintah Allah s.w.t, dia lupa dia bukan segala2nya. 

Kita sebagai umat Baginda Nabi s.a.w, sebagai naib Baginda s.a.w, kita bertggjwb untuk buat usaha Baginda s.a.w. Nabi s.a.w sebagai rahabah untuk seluruh umat manusia dan Nabi s.a.w telah dilantik oleh Allah s.w.t untuk seluruh manusia. Usaha Nabi s.a.w dan usaha sebagai umat Nabi s.a.w, masanya adalah sampai hari qiamat. Masa tugas nabuwwat ialah sampai hari qiamat. Kita sebagai umat Nabi s.a.w adalah termasuk juga dalam kerja Baginda s.a.w. Niat kita adalah untuk seluruh alam. Kita kena niat macam mana hendak buat usaha atas seluruh manusia di seluruh dunia. Oleh itu, untuk seluruh alam ini, kita kena buat usaha di marhallah kita. Di marhallah, kita bentuk kerja supaya dari marhallah kita, kita dapat sempurnakan takazah untuk seluruh alam dan kita doa utk seluruh manusia supaya dpt hidayat.

Alhamdulillah, tuan2 semua telah niat utk 5 amal. Adakah tuan2 telah fikir bagaimana tuan2 hendak kumpul semua ahli marhallah tuan2 supaya dpt lakukan 5 amal ini? Jika tuan2 belum fikir lagi, skrg tuan2 fikir. Kita kena niat macamana hendak kumpulkan seluruh marhallah kita utk 5 amal. Adakah di antara masjid/surau tuan2 yg ada di sini, semua penduduknya telah ambil bahagian dlm 5 amal? atau adakah di antara masjid/surau tuan2 yg ada di sini, separuh dpd penduduknya telah ambil bahagian dlm 5 amal? Walaupun skrg belum ada lagi, jgn kita putus asa. Apb kita niat, kita doa dan kita usaha, insyaAllah, 50% akan dtg, 100% pun akan dtg. Kita kena niat di marhallah kita, 100%, tua-muda-kecil-besar, macamana kita hendak usahakan mrk supaya kita dpt kumpulkan mrk utk melakukan 5 amal ini. Semua sedia? 

Macamana kita hendak buat agar 100% ahli marhallah kita bersama dlm 5 amal ini dan 100% ahli marhallah kita dpt solat jemaah? Kita kena fikirkan. Adakah dari masjid tuan2 di sini bawa jemaah 3 hari sendiri? Berapa jemaah 3 hari keluar dari masjid tuan? Sudah berapa lama satu jemaah ini berjalan? Berapa jumlah org dlm satu jemaah? Ada berapa buah rumah di marhallah tuan? Jika ada 400 atau 500 buah rumah org Islam, maknanya ada lebih kurang 1000 org yg baligh dan jika satu jemaah ada 10 org maka jemaah 3 hari yg dpt dibentuk ialah 100 jemaah. Ini tidak mustahil. Mmg di masjid tuan ada kemampuan dan kebolehan utk keluarkan 100 jemaah 3 hari setiap bulan. Semua masjid2 berkemampuan utk buat perkara yg sama.

Selalunya bila kita balik dari 3 hari, apa yg kita risaukan ialah duit baki jemaah dan kita akan bahagi2kan duit tersebut, kita kata masalah akhirat terlalu berat, maka di dunia ini kita selesaikan masalah. Kita bermaaf2an antara satu sama lain sekiranya ada terkasar semasa keluar dan kita akan beritahu, insyaAllah, pada hari Sabtu nanti kita jumpa di masjid Sri Petaling, malam markaz. Jika Allah s.w.t bagi keizinan dan masa, kita akan keluar lagi 3 hari selepas ini. Lepas itu, kita bagi salam dan balik rumah masing2. Sbb itulah bilangan org tidak bertambah dlm masjid kita. Utk kita bawa 100% org2 di marhallah kita solat jemaah, kita kena bawa mereka 100% keluar 3 hari. Apbi kita pergi ke rumah seseorg dan ajak dia dtg solat, maka dia akan buat niat utk dtg ttpi syaitan akan usaha supaya dia tidak boleh dtg walaupun dia ada niat. 

Bila kita jumpa dia lagi, dia akan kata saya tidak dpt buat lagi hari ini, insyaAllah, esok saya akan dtg utk solat. Bila kita bawa org itu keluar 3 hari, adakah org itu akan solat atau tidak? Adakah kita perlu beritahu dia utk solat atau tidak perlu beritahu? Dlm 3 hari dia akan dapat solat 15 waktu dengan berjemaah dan dia juga akan solat tahiyatul masjid, isyrak, dhuha dll. Bila dia balik ke rumah nanti sudah tentu utk beberapa masa yg tertentu, satu bulan atau dua bulan, dia akan meneruskan perbuatan yg sama iaitu dpt jaga solatnya. Bila kita bawa dia keluar 3 hari bulan dpn, maka solat dia akan bertambah baik. Kita bawa dia keluar 3 hari dua-tiga kali berturut2, maka insyaAllah dia akan jadi satu org betul2 solat.

Jemaah 3 hari yg  dibentuk, selalunya ada lebih kurang 10 org dan 5 atau 6 org dlm jemaah itu adalah org bulan lepas dan 5 atau 6 org lagi adalah org baru. Adakah tuan2 buat macam ini setiap kali keluar 3 hari? Adakah tuan2 bawa org yg sama tiap2 bulan keluar 3 hari? ataupun bertukar? Hadzratji rah. pesan utk org2 lama dlm usaha ini, setiap 2 org lama, mesti bawa 8 atau 9 org baru. Kita bawa org baru dan usaha atas org itu supaya dia sibuk dgn amal dan supaya dia dpt bersama dgn kerja ini. Bila kita bawa semua org lama dlm jemaah 3 hari, maka kita tidak akan rasa tggjwb. 3 hari kita jadi macam picnic shj. Ia jadi sbg satu rutin. 

Macamana kita hendak usaha supaya 100% penduduk kampung kita dpt keluar 3 hari? Org2 lama di marhallah kita, 8 atau 10 org, kita bentuk jemaah 2 atau 3 org dan kita bagi lorong2. 2 atau 3 org itu kena sediakan dari setiap lorong 7 atau 8 org baru utk bersama kita keluar 3 hari. Kalau kita buat mcm ini, kita akan dapati dlm satu jemaah akan ada 5 atau 6 org baru setiap bulan dan dari satu jemaah akan menghasilkan 5 atau 6 jemaah yg lain. Kalau di marhallah kita ada 1000 org, maka dlm fikiran kita, kita kena fikirkan macamana hendak keluarkan 100 jemaah. Ini mesti ada dlm fikiran kita semua. Kita buat muzakarah dgn ahli masjid kita, bentuk zihin, supaya semua org ada fikir yg sama. Bila 2 org lama bawa 8 org baru, maka barulah akan ada rasa tggjwb. Tggjwb itu akan rasa berat. Bila dia rasa berat, maka barulah hakikat usaha ini akan dirasai. Dan org baru yg dibawa bersama, dia akan balik dan buat kerja bersama. Jangan kita lari dari tggjwb. 

Org macam ini adalah pengecut. Jangan kita kata saya tidak boleh jadi amer. Tanda2 dekatnya hari qiamat ialah orang tidak sedia jadi imam. Semua akan kata saya tidak layak jadi imam dan ini bukan satu kebaikan. Walaupun ramai orang yang datang ke masjid, tetapi tidak ada satu orang pun yang layak jadi imam dan tidak ada orang yang sanggup. Semua akan tunggu sehinggalah waktu solat hendak habis dan semua orang solat sendiri2. Kita anggap ini satu kebaikan yg  besar bahawa saya tidak boleh jadi amer. Ini adalah keburukan dari nafsu kita yg mana ia akan larikan kita dari tggjwb. Kita buat keputusan skrg ini bahawa semua kita akan bawa jemaah dgn penuh tggjwb. 

Tuan2 akan bentuk jemaah sendiri dan bawa jemaah tersebut. Dgn penuh tggjwb kita jlnkan tugas ini. Org2 yg bersama kita 3 hari, kita bawa mereka bersama dlm taalim, kita jaga dia betul2, kita bawa dia dlm khususi gasht, umumi gasht dan 24 jam amal. Org2 yg kita tashkil, kita gunakan mrk utk usuli. Bila kita buat muzakarah jemaah masjid di tempat kita keluar 3 hari, kita bawa semua ahli jemaah turut serta dlm muzakarah itu. Supaya semua org (org di tempat kita keluar dan ahli jemaah kita) dpt menafaat dari muzakarah tersebut dan dengar berulang2 kali ttg perkara itu. Pada hari ketiga, kita kumpulkan semua ahli jemaah kita dan kita perdengarkan kisah2 pengorbanan sahabat, macamana sahabat korbankan nyawa mereka utk agama, supaya semangat mrk bertambah. Kita cuma minta mereka lapangkan masa 4 bulan. Sekurang2nya setiap dpd kita kena ada niat utk keluar 4 bulan. Supaya org baru yg bersama kita, mrk kembali dgn niat utk keluar 4 bln. Apb org2 baru tadi telah niat 4 bln, kita tanya dia bila dia hendak keluar. 

Bila dia telah sanggup utk buat perkara itu, kita tulis namanya dan bulan bila dia hendak pergi. Mrk mungkin akan kata, 2 bln lagi, 4 bln lagi, 6 bln lagi, kita tulis mengikut apa yg dia telah niat. Bila dia sudah niat, maka kita cuma memperingatkan dia, insyaAllah, satu masa dia akan keluar. Kita sediakan dia utk buat kerja 5 amal masjid. Utk kerja ini, kita tidak perlu ambil cuti, kita tidak perlu belanjakan wang, kita tidak perlu safar. Org2 baru yg keluar 3 hari, kita tanya mrk, “Macamana tuan rasa 3 hari ini?” Dia akan jawab, “MasyaAllah, bagus” Kita akan kata, “Kalau bagus, tuan sedia tak utk keluar dgn kita 3 hari setiap bulan?” Maka dia akan jawab, “InsyaAllah saya akan cuba”. Apb dia telah sedia, kita mesyuarat dan tetapkan tarikh utk kita keluar 3 hari bln depan. Minta syor dari semua org bila tarikh hendak keluar. Tulis semua nama yg hendak keluar 3 hari bln dpn. Kita akan cakap pada mrk yg sedia, “Mungkin tuan ada kawan2 yg lain . Kita ada masa sebulan lamanya sebelum kita keluar 3 hari. Satu masa yg lama utk sediakan kawan2 tuan yg lain”. 

Ada org akan sediakan 5 org, ada org akan sediakan 4 org, ada org akan sediakan 2 org dsbnya. Tulis nama2 org yg hendak disediakan itu. Kita buat satu senarai. Satu org lama bawa beberapa org baru. Utk mereka yg hendak sediakan org, kita jgn tanya dia, “Tuan hendak keluar ke atau tidak mahu keluar?” kerana dgn ini kita telah bagi dia peluang utk keluar atau tidak keluar. Kita beritahu dia ttg tggjwb, “Tuan akan bawa bersama tuan 4 org”. Oleh itu dgn sendirinya dia akan keluar. Selepas jangkamasa tertentu, kita akan tanya dia, “Adakah tuan telah sediakan 4 org tersebut yg akan keluar bersama tuan?”. Kita suruh dia bawa kita pergi berjumpa dengan keempat2 org itu supaya mereka mempunyai niat yg kuat utk keluar, insyaAllah mereka pun akan keluar. Kita gunakan dia sbg rahabah utk jumpa/khususi 4 org tersebut. Jika dia kata dia lupa ttg 4 org itu, kita beritahu dia kita masih ada masa seminggu lagi. 

Kita beritahu dia, “Jika tuan tidak boleh cakap dgn mrk, tuan gunakan kami, kami akan sediakan 4 org tersebut”. Bila kita pergi jumpa dgn kawan dia tadi, kita cakap ttg iman. Kita beritahu mrk betapa pentingnya utk keluar di jln Allah s.w.t. Kita akan kata, “Bln lepas, saya dan dia telah keluar 3 hari dan kami rasa sgt bagus sekali”. Kita beritahu tarikh hendak keluar 3 hari. Kita beritahu dia, “Tuan sbg sahabat dia, tuan juga boleh bersama keluar dgn kami dan begitu bnyk sekali menafaat yg kita semua akan perolehi dlm jemaah ini”. Jika kita kata begini, maka rahabah yg kita bawa tadi tidak boleh ingkar lagi, dia mesti kena keluar juga.  Jika kita ada 10 org dan setiap satu org lama sediakan 2 org baru, maka kita akan ada sekurang2nya 30 org dan bln dpn kita akan ada sekurang2nya 3 jemaah. Jika satu org lama sediakan satu org shj, maka kita akan ada sekurang2nya 20 org dan dpt bentuk sekurang2nya 2 jemaah.

Oleh itu, utk kita sediakan org utk keluar bulan depan maka kita gunakan org2 yg keluar 3 hari bersama kita bulan lepas. Kita sediakan dia utk buat gasht setiap minggu. Begitu juga dgn 2½ jam, kita pergi rumah ke rumah, yg mana dgn cara ini kita akan dapat org yang bersedia untuk keluar 3 hari, maka bilangan orang akan bertambah. Sepatutnya, bulan ini kita keluar 2 jemaah, bulan depan bilangan jemaah akan bertambah. Bila kita dapati jemaah tidak bertambah, ingatlah bahawa 3 hari kita tidak betul lagi. Bila kita keluar jemaah 3 hari dengan betul, maka bulan depan, natijahnya kita akan dapat beranak jemaah baru. Org yg bersama dgn kita 3 hari, kita gunakan mrk utk ambil bahagian dlm amalan2 lain. Sekali org dtg pada kita, jgn kita lepaskan dia spti seorg nelayan, dia akan tebarkan jalanya dan bila ikan masuk dlm jala, dia akan tarik dan dpt ikan dan tebarkan jalanya lagi utk dptkan ikan yg seterusnya. 

Jika semua ikan yg ditangkap itu dilepaskan kembali, maka bila jala ditebarkan utk kali kedua, ada ikan yg masuk, ada ikan tidak masuk, cuma sebahagian shj yg masuk jala. Jemaah masjid kita, ada 10 org dan 10 org itulah sampai bila2 pun. Ini tidak betul. Kita kena fikirkan sebanyak mana yg baligh, mrk juga berada dlm jemaah masjid kita. Ada setengah2 masjid, tiap2 hari lebih kurang 200 org duduk dlm mesyuarat. Semasa safar di South Africa bersama Maulana Yunus, kata Maulana Yunus, di Bombay ada masjid yg keluarkan 30 jemaah 3 hari setiap bulan, ada setengah masjid 50 jemaah setiap bulan. 

Jika tuan2 sedia utk buat kerja, besar kemungkinan dari masjid tuan2 akan dpt keluarkan 50 hingga 100 jemaah setiap bulan. Sbb itulah kita berterusan dgn usaha kita dan kita sentiasa berdoa. Kita kumpulkan semua ahli2 jemaah masjid kita dgn kasih dan sayang. Kita tambahkan kerja kita. Bila kerja kita tidak bertambah, kita mesyuarat dgn org tggjwb bagaimana hendak tambahkan kerja. Pada permulaan zaman, Nabi s.a.w mulakan usaha agama. Usaha yang Baginda s.a.w buat berterusan dan begitu juga dgn usaha org2 di Mekah yg menentang Baginda s.a.w. Satu ketika, 

Baginda s.a.w nampak satu perempuan tua yg sedang membawa satu benda yg berat. Baginda s.a.w pun tolong angkat barang tersebut. Baginda s.a.w letak barang itu di atas bahu dan tanya ke mana dia hendak pergi. Dia kata, “Ke hujung pekan ini”.  Kota Mekah ialah satu bandar yg dikelilingi oleh bukit-bukau. Hendak pergi ke mana2 pun kena naik bukit turun bukit, barulah akan sampai ke tempat yg dituju. Maka Baginda s.a.w pun bawa barang itu melepasi bukit dan sampai ke rumah perempuan tua tersebut. Perempuan tua itu sangat suka dan gembira. Dia kata, “Wahai anak, engkau cukup baik/bagus, aku seorg tua dan tidak ada apa2 cara utk balas jasa baik engkau. Aku tidak ada apa2 yg hendak diberi pada engkau, ttpi aku boleh beri satu nasihat yg akan membantu engkau”. 

Nabi s.a.w tanya, “Apa nasihat itu?”. Dia kata, “Saya dengar dibandar kita ini ada seorg pemuda yg bernama Muhammad, dia pandai sihir. Kamu jagalah diri kamu dpd org itu”. Baginda s.a.w beritahu, “Sebenarnya sayalah Muhammad itu”. Bila dia dgr jawapan Baginda s.a.w yg mana jawapan itu dtg slps satu amalan yg merupakan amalan khidmat, yg dirasai dan dilihat oleh perempuan tua itu, maka segala apa juga yg pernah dia dengar ttg Rasulullah s.a.w, segala kesan2 buruk itu, semuanya telah dilupakan dan amalan Baginda itu telah menjadi asbab utk perempuan tua itu diberi hidayat oleh Allah s.w.t. 

Setiap hari Baginda s.a.w akan melalui satu jalan dan ada seorang perempuan yang akan menyapu rumah dia setiap hari dan segala kekotoran tersebut akan dibuang ke atas Baginda s.a.w. Perkara ini berlaku setiap hari. Pada satu hari, seperti biasa Nabi s.a.w lalu di situ tetapi tidak ada kekotoran dibuang ke atas beliau. Baginda s.a.w pun pergi ke rumah perempuan itu dan bertanya pada ahli rumahnya, “Kenapa hari ini kekotoran tidak dibuang ke atas saya?”. Sebabnya ialah perempuan itu sakit dan tidak terdaya utk menyapu rumah. Bila Baginda s.a.w dpt tahu hal itu, beliau pun pergi menziarahi perempuan itu dan bertanya khabar. 

Amalan Baginda s.a.w ini iaitu amalan ziarah, dalam keadaan dia sakit maka permusuhan yg bertahun2 dan perasaan buruk perempuan itu terhadap Baginda s.a.w, semuanya telah hilang. Pada malam Baginda s.a.w hendak berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah, maka 50 kabilah telah buat keputusan yang mana setiap kabilah akan menghantar seorang wakil yg akan menunggu pada malam itu dan mrk serentak akan serbu dan serang Baginda s.a.w dan menghabiskan riwayat Baginda s.a.w. Baginda s.a.w telah pun diberitahu oleh Allah s.w.t utk berhijrah, maka beliau telah panggil Ali r.a dan beritahu pada dia, “Wahai Ali, malam ini saya telah diperintahkan oleh Allah s.w.t utk berhijrah dari Mekah ke Madinah, kamu gantilah tempat saya, tidurlah atas katil saya dan ada beberapa org punya amanat, barang2 yg disimpan pada saya sbg amanah, kamu pulangkanlah barang2 itu kpd mereka nanti. 

Soalannya ialah amanat, barang2 yang disimpan pada Baginda s.a.w, siapa punya barang? Barang2 ini ialah kepunyaan org2 mushrikin Mekah. Org2 seperti Abu Jahal, musuh yg paling ketat dgn Rasulullah s.a.w, bila mereka hendak bermusafir, maka barang2 yg berharga akan disimpan dgn Baginda s.a.w. Mereka tidak ada kepercayaan terhadap sesiapapun walaupun saudara mereka yg paling rapat. Mereka hanya percaya pada Rasulullah s.a.w untuk menyimpan barangan mereka. 

Alhamdulillah, kita sedang buat usaha masjid di marhallah kita tetapi ada beberapa tggjwb atas diri kita ttg usaha agama. Di atas bahu Baginda s.a.w pun ada satu tggjwb yg sangat besar yang diletakkan oleh Allah s.w.t. Adakah kita memikul tggjwb yang sama dengan Baginda s.a.w? Sebenarnya 1/100 pun tidak ada pada kita, 1/1000 pun tidak ada pada kita, 1/100,000 pun tidak ada pada kita. Tggjwb yg dipikul oleh Baginda s.a.w amatlah berat sehingga Allah s.w.t sendiri beritahu pada Baginda s.a.w, “Tggjwb yang Kami beri pada tuan sedang membongkokkan/membengkokkan tulang belakang tuan”. 

Begitu punya tggjwb atas Nabi s.a.w dan begitu punya kesibukan yg beliau hadapi ttpi masih beliau ada masa utk menolong org tua dan ziarah org sakit. Baginda s.a.w ada masa utk bawa beban seorg tua, naik bukit atau gunung tetapi kita tidak ada masa untuk sedikitpun beri bantuan pada ahli mahallah kita? Baginda s.a.w dapat cari masa untuk ziarah seorg perempuan yg masih mushrik yg buang sampah tiap2 hari atas Baginda s.a.w. Tidak ada masa pada kitakah untuk ziarah saudara Islam kita? Muasyarat Baginda s.a.w, hubungan beliau dgn org2 lain begitu bersih, begitu beramanah sehingga org2 mushrik, org2 yg tuduh Baginda s.a.w seorg sihir dsbnya, masih mrk menyimpan barangan mrk dgn Baginda s.a.w utk keselamatan.

Kalau kita hendak berjaya dlm usaha tempatan kita, kita kena bersihkan diri kita dan hubungan kita dgn org2 tempatan supaya setiap org boleh percaya dgn kita. Kita kena jadikan diri kita org yg berakhlak, org yg ada sifat simpati supaya setiap org dpt merasai bahawa kitalah org yg sentiasa dpt membantu mereka. Baginda s.a.w tidak pernah beritahu pada org2 mushrikin, “Kamu tidak ikut cakap saya, apa yg saya bentangkan dihadapan kamu, kamu sentiasa menolak, skrg saya enggan utk menyimpan barang2 kamu”. Oleh itu, sesiapa shj samada org bantu kita atau org yg sentiasa memusuhi kita, bila ada apa2 hajat, apa2 kerja, kita akan bantu kedua2 golongan itu. 

Setiap orang dalam marhallah kita, semuanya adalah org2 kita. Dalam marhallah kita, setiap orang harus suka dengan kita. Setiap orang dapat kesenangan melalui kita, setiap org dpt kemuliaan dpd kita, setiap org dpt merasa kitalah org yg bersimpati dan sentiasa bantu mereka. Sekiranya org2 dimarhallah kita perlu bantuan, kita akan bantu mereka dan sekiranya masjid kita perlu bantuan, kita juga akan bantu org2 tggjwb dlm masjid utk bersihkan masjid kita. Jika masjid dibina dikawasan kita, ikut kemampuan kita, kita pun ambil bahagian dlm pembinaannya.

Org2 yg mengendalikan urusan masjid, madrasah dsbnya, tidak harus mereka rasa, org2 tabligh adalah asing dan mereka adalah asing (dua kumpulan). Org2 yg mengendalikan masjid sebenarnya mrk sedang membuat kerja kita. Tggjwb kita dan kerja kita adalah utk memakmurkan masjid dan utk itu kita kena ada masjid. Kita sepatutnya bina masjid ttpi, alhamdulillah, telah ada org lain bina masjid utk kita, jadi mereka sedang buat kerja kita. Usaha atas kitab suci Allah s.w.t, Al-Quran, adalah kerja yg berterusan yg Allah s.w.t beri pada kita. Ilmu adalah sebahagian dpd 6 prinsip kita, jadi org2 yg sdg mengendalikan madrasah, mrk pun sedang buat kerja kita. 

Oleh itu, siapa sahaja, dimana sahaja dan dengan apa rupa pun, yg buat apa2 bantuan/khidmat kepada deen/agama Allah s.w.t, kita sentiasa akan membantu mereka dan kita akan menghargai dan memuji mrk. Dlm doa kita, kita mohon perkara yg baik utk mrk. Kita sentiasa harus bersama dgn mrk dgn diri dan harta kita. Dlm marhallah kita, kita kena sentiasa wujudkan suasana dakwah dan kita juga kena sentiasa wujudkan suasana kasih sayang. Setiap org Islam di sesuatu tempat mestilah bersatu padu dlm usaha agama dan ini adalah satu perkara yg amat penting sekali. 

Melalui bersatu padu, ijtima’iyat, kita akan dpt kekuatan. Melalui ijtima’iyat inilah kita dpt mengalahkan sifat kesyaitanan dan dpt mengalahkan musuh2 kita. Sifat ijtima’iyat ini akan wujud bila kita sanggup korbankan perasaan nafsu kita. Simen digunakan utk mencantumkan batu-bata dan bila ia ditekan di antara dua batu bata, maka ia akan jadi bahan utk lekatkan dua batu bata menjadi satu. Utk wujudkan sifat persatuan atau satu padu dlm umat, kita kena beri pengorbanan diri kita. Kita juga kena ada sifat rendah diri dgn org2 lain.

Hadzrat Umar r.a sentiasa akan memperingatkan dan sebut hadith ini dgn gerak-geri tangan beliau, “Barangsiapa yg merendahkan diri dia utk agama Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan muliakan dia”. Utk wujudkan perkara ini, kita kena sentiasa ada hubungan dgn akhlak yg baik dgn org2 di marhallah kita. Satu ketika, ada satu jemaah dpd Aligarh Muslim Universiti pergi ke Saudi. Maulana Syed Ahmad Khan rah. dtg menziarahi jemaah tersebut dan tanya mereka, “Wahai kawan2, beritahulah apa patut kita buat supaya musuh kita akan jadi kawan kita?” Jemaah kata, “Tuan, eloklah tuan yg beritahu pada kami”. 

Beliau kata, “Pertama, dlm memberi salam kpd org hendaklah dipercepatkan iaitu bila jumpa musuh, sebelum dia beri salam, kita beri salam dahulu. Kedua, bila dia tidak ada, kita doa utk dia. Ketiga, bila kita bersama2 dgn kawan2 kita, jgn cerita keburukan dia ttpi hendaklah cerita kebaikan dia. Keempat, kalau mampu, berilah hadiah pada org itu. Kalau kamu amalkan keempat2 perkara ini, musuh pun akan jadi kawan”. Bila kita pergi dari rumah ke rumah, jgn kita tashkil shj. Kita juga kena pergi dan tanya khabar mereka, bagaimana keadaan mrk. Jgnlah kita anggap bila org sudah sedia utk 40 hari atau 4 bulan, barulah kita hendak buat kerja. Jika ada org yg sanggup dgr pada kita dgn baik, itupun kita anggap ada kerja sedang dibuat.

Bila kita ziarah rumah ke rumah dlm 2½ jam kita, jgnlah mereka rasa kita buat sptmana pegawai2 dpd mana2 jabatan dtg dan buat perangkaan. Jgnlah nampak macam org dtg spt org TNB atau org Telekom, yg dtg utk hasil mrk atau dtg sbg jurujual. Apa ya dikehendaki ialah bila kita ziarah sesiapa pun, maka dia akan rasa, “Kawan saya atau saudara saya sudah sampai”. Kita cakap dgn mrk dgn keadaan tidak rasmi. Kita cakap dgn mrk utk wujudkan perasaan kasih sayang, utk wujudkan persaudaraan dgn mrk. Dlm percakapan atau perbualan kita, Allah s.w.t akan beri kita peluang utk sampaikan ttg agama dan usaha agama kpd mrk. Satu ketika, satu jemaah pergi ke Hong Kong dan tinggal di satu tempat di satu bangunan yg tinggi, 8 atau 9 tingkat. 

Amer jemaah beritahu, “Hari ini kita akan ziarah org2 yg tinggal dlm bangunan ini termasuk imam yg tinggal di sini”. Bila mrk ziarah imam, mrk beritahu dia, “Kami dtg dari Hindustan dgn niat utk belajar agama. Biasanya jemaah2 kami keluar utk 40 hari, 4 bulan dsbnya dan antara perkara2 yg kami buat utk pelajaran kami ialah kami ziarah alim ulamak krn hati2 mrk ada nur iman dan agama. Jadi, tuan pun seorg ulamak, kami dtg kpd tuan supaya tuan dpt doakan utk kami supaya kami dpt sebahagian dpd kebaikan nur iman tuan dan dpt masuk ke dlm hati kami”. Amer jemaah pun beritahu, “Sekiranya tuan dpt beri sedikit nasihat kpd jemaah saya, itu merupakan satu ehsan yg besar terhadap kami”.

Imam kata, “Tidak, tidak, sebenarnya kamu semua org alim”. Setelah amer jemaah pujuk imam tersebut, maka dia pun setuju utk duduk dgn jemaah selepas solat Asar. Selepas solat Asar, ahli jemaah buat halaqah dan duduk dgn imam. Beliau beri beberapa nasihat yg baik ttg macamana hendak bawa kebaikan kpd org2 Islam. Selepas itu, beliau berjabat tangan dgn semua ahli jemaah dan beliau cukup gembira. Beliau kata “Sampai skrg ini, setiap yg dtg dari golongan kamu, mereka dtg hanya utk memperdengarkan cakap mrk shj. Kamulah org pertama yg dtg utk dengar saya bercakap”. 

Bila beliau hendak keluar, satu jemaah bawa beliau ke pintu masjid, seblm sampai ke pintu masjid, beliau duduk lagi sekali bersama dgn jemaah dan beri beberapa nasihat yg baik. Slps itu, utk beberapa hari jemaah kami berada di sana, setiap kali slps solat, beliau akan dtg dan berjabat tangan dgn setiap ahli jemaah kami. Bila tuan2 menghargai org, mrk akan menghargai tuan. Bila mrk menghargai tuan, dgn itu mrk juga akan menghargai usaha2 tuan. Di Filipina, di satu bandar bernama Kota Batu, jemaah kami sampai di sana seblm solat Jumaat, masjid penuh dgn org. Kami juga solat Asar di situ. Slps solat Asar, masjid itu mulai kosong dan tinggal 5 org shj. 

Slps solat Asar, kami buat gasht dan pujuk rayu. Kami dpt bawa bersama kami lebih kurang 20 - 25 org ke masjid. Slps solat maghrib, kami buat iklan. Selepas itu, imam bawa satu kerusi dan letak di depan, duduk dan buka satu kitab dan mula mengajar. Seorg kawan Filipina yg nusrah kami begitu josh/semangat, dia marah kerana mrk yg penat2 kumpul org. Saya pun terus tekan tangan dia dan dia diam.

Knp perasaan dia begitu? Kami yg susah payah bawa org ke masjid dan dia pula skrg hendak mengajar kitab. Saya beritahu pada dia, “Beliau seorg alim dan menghormati seorg alim adalah perkara yg sgt penting”. Beliau membaca hadith2 ttg solat sehinggalah waktu Isyak. Slps Isyak, kami duduk dlm satu halaqah dan muzakarah bagaimana kita hendak ikram/muliakan alim ulamak. Bila Imam dtg pada waktu subuh keesokan harinya, org yg geram tadi terus pergi jumpa Imam itu dan salam dgnnya dan berkata, “Kalau pagi ini tuan dpt luangkan sedikit masa utk memberi nasihat pada kami, kami sgt suka”. Imam pun dtg bawa kerusi dan duduk. Dia pun mula mengajar. Imam membaca ayat2 Al-Quran yg dpt membantu Tabligh. Beliau baca dan terangkan. 

Pada hari yg sama di waktu ptg, kami buat gasht di masjid yg lain. Esoknya slps solat subuh, kawan tadi minta pada Imam, “Berilah nasihat pada kami”. Imam itu beritahu, “Saya ada hal dan kena pergi”. Beliau pegang tangan kawan tadi dan dudukkan dia atas kerusi dan beritahu pada semua org, “Tuan2 semua dengar apa yg dia hendak cakap skrg”. Pada keesokkan harinya kami hendak pindah ke masjid yg lain dan kami pun beritahu Imam, “Kami hendak pindah ke masjid lain”. Dia kata, “Tidak boleh, selagi kamu semua tidak makan di rumah saya, kamu tidak boleh pindah dari sini”. Seblm Zohor dtglah makanan, satu jemaah bawa makanan dgn junjung di atas kepala mrk, dulang demi dulang yg berisi makanan. Slps Zohor imam iklan, “Satu jemaah telah dtg ke masjid kita dan utk memulia kan jemaah ini, saya jemput mrk makan. 

Makanan yg disediakan ini cukup utk semua org, kamu semua makanlah bersama dgn jemaah ini. Slps itu barulah jemaah boleh pindah ke masjid lain”. Slps satu atau dua tahun, dtg karguzari dari Filipina ke Nizamuddin iaitu akan diadakan satu Jord di Filipina dan dlm aturcara Jor itu ada satu bayan yg akan diberikan oleh Ustaz Bajunid. Dialah imam yg diceritakan tadi. Saya tanya org2 Filipina, “Knp dlm ijtimak kamu suruh dia bagi bayan”. Mrk kata, “Boleh, dia sudah keluar 4 bln dlm negeri, mmglah dia boleh bagi bayan dan dia seorg alim”.  Beliau sudah meninggal dunia dan di masjid beliau, usaha agama begitu maju dan dari keluarga beliau begitu ramai yg sdg buat usaha agama. 

Kita kena sentiasa usaha untuk mengawal nafsu kita, mengawal dan menekan nafsu kita dalam apa juga keadaan. Kita kena muliakan alim ulamak walaupun pada masa itu tidak nampak manafaat pada dia tetapi satu masa akan datang, atas amalan kita ini, manafaat akan datang daripada Allah s.w.t. Intipati dpd apa yang dicakapkan tadi ialah utk wujudkan usaha di marhallah kita dan utk meningkatkan serta memajukan usaha agama. Kita kena usaha untuk wujudkan kasih sayang antara kita. Bersama2 dengan kita buat usaha dakwah, kita kena usaha supaya kita dpt membantu dan menolong org2 lain di marhallah kita supaya setiap orang dalam marhallah kita akan anggap kita ini orang dia dan kita pun kena anggap setiap daripada ahli marhallah adalah orang kita. 

Bersama2 dengan itu, rakan2 seusaha yang sedia ada, dengan kasih sayang, dengan ikram dan muliakan mereka, kita kena satu padukan, kita kena wujudkan sifat kasih sayang, barulah kita boleh buat usaha. Bila tuan2 balik ke tempat tuan2, tuan2 kena duduk bersama2 dengan jemaah masjid tuan2 dan tuan2 kena fikir dan renung dan aturkan sepertimana yang telah diceritakan dan tuan2 buat azam berapa banyak jemaah akan keluar dpd masjid tuan2. 

Sekiranya ada 1000 org baligh dlm marhallah kita, maka 100 jemaah mampu dikeluarkan. Setiap dpd kita harus ada keazaman, insyaAllah, 100 jemaah akan keluar ttpi perkara ini tidak akan wujud serta merta. Peningkatan dan kemajuan akan dtg perlahan2, mungkin akan dapat dicapai dalam masa 6 bulan atau mungkin dlm masa satu tahun atau mungkin akan ambil masa lebih dpd itu. Kita mesyuarat dgn jemaah masjid kita dan selepas itu kita buat azam untuk sediakan beberapa jemaah untuk bulan ini. Sbg contoh, sekiranya ada 2 jemaah, dan kita azam utk keluarkan 3 jemaah atau 4 jemaah, maka kita bahagikan karkun2 kepada 3 atau 4 kumpulan. Sekiranya ada 12 org karkun dlm marhallah kita dan kita hendak keluarkan 3 jemaah, maka kita akan dpt 4 org dlm satu kumpulan iaitu sebanyak 3 kumpulan. 

Setiap kumpulan akan usahakan untuk bentuk jemaah masing2. Sekiranya kita azam untuk keluarkan 4 jemaah, maka kita boleh bentuk 4 kumpulan dan dlm setiap kumpulan akan ada 3 org yg akan usahakan jemaah masing2. Seimbangkan org lama dgn org baru. 4 kumpulan ini akan usaha dan mesyuarat utk tetapkan minggu mana yg mereka hendak keluar. Mrk akan usaha utk keluarkan jemaah yg sempurna sepertimana yg telah diterangkan sebelum ini. Satu perkara lagi iaitu tidak semestinya keempat2 jemaah keluar pada minggu2 yang berlainan. Bergantung kpd keadaan dan situasi jemaah yg telah dibentuk, iaitu berkemungkinan pada minggu yg sama mungkin ada lebih dpd satu jemaah dikeluarkan. 

Apa yg diterangkan selepas Maghrib tadi iaitu bagaimana kita buat usaha utk keluarkan jemaah, bagai mana kita buat usaha selama 3 hari dan bila kita balik apa yg kita hendak mesyuarat dan muzakarahkan. Bila tuan2 balik nanti tuan2 kena muzakarahkan perkara yg telah diceritakan tadi dgn jemaah masjid tuan2. Jangan tuan2 balik dan diam/bisu sahaja. Apa yg tuan2 dengar, jgn tuan2 simpan, tuan2 kena ceritakan pada jemaah. Muzakarah dan amalkan perkara itu, dalam 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan, insyaAllah  bukan sahaja jemaah 3 hari akan meningkat, mungkin juga dat mengeluarkan jemaah2 sempurna utk 40 hari, 4 bulan. Setiap bulan bila kita keluar, dan sebelum kita tangguh, kita buat target utk bulan yg akan dtg, sentiasa kita buat target yg lebih tinggi. Kalau bulan ini keluar 3 jemaah, maka kalau ada kemampuan bulan depan azam 6 jemaah dan sebagainya. Untuk setiap bulan kita tambahkan target kita dan usaha mengikut apa yang telah diceritakan tadi, insyaAllah akan berterusan ada peningkatan dalam jemaah.

Bila kita keluar 3 hari dan usaha atas setiap org utk keluar 3 hari, seperti yang diceritakan selepas Maghrib tadi, insyaAllah, di marhallah kita akan berterusan ada org2 yg buat kerja. Karkun2 akan bertambah dan boleh buat kerja dan seberapa banyak orang yang buat kerja bertambah, sebanyak itulah usaha mereka akan bertambah. Peratusan usaha akan bertambah. Melalui usaha, bilangan akan meningkat 100 org, 150 orang, 200 org akan keluar 3 hari tiap2 minggu. Maka dalam 2½ jam begitu banyak rumah2 dpt diziarahi, melalui mereka juga kita dpt hidupkan amalan2 dlm masjid. Dan dgn cara itulah masjid dpt dimakmurkan sepanjang hari. Inilah cara ya paling ‘natural’ sekali utk memakmurkan masjid. Sptmana satu pokok yg kita tanam, pada mulanya kecil sahaja, kita akan siram, kita akan baja, kita akan jaga, lama-kelamaan ia akan membesar, dahan besar, cabang besar. 

Bayang2 pun akan besar dan dpt teduhkan kawasan yg lebih besar. Inilah cara utk memakmurkan masjid. Sekiranya kita tidak dpt amalkan cara yang ‘natural’ ini, dan kita buat peraturan2 dgn org yg sedia ada, putus 2 org utk buat ta’alim dari pukul 8.00 hingga 10.00 dan kemudian putus lagi 2 org utk masa yg seterusnya, kita aturkan masa utk sepanjang hari dan kita rasa dpt makmurkan masjid ttpi cara ini seolah2 kita telah potong dahan yg besar pada pokok ke tanah yg mana nampak hijau dan subur ttpi utk beberapa hari sahaja, selepas itu akan layu dan kering.

Satu tamsilan, kalaulah kita hendak daki satu gunung dan kita beritahu pada org ramai, “Kamu dakilah gunung ini”. Nescaya tidak ada sesiapa pun yg hendak daki kerana tinggi sangat atau kita satu org daki gunung tersebut dan beritahu semua org, “Saya sudah daki gunung ini, skrg kamu semua dakilah”, mungkin ada beberapa org yg cuba hendak daki ttpi sebilangan besar tidak akan daki. Kalau kita daki bersama2, bilangan yg besar akan cuba daki bersama2 dgn kita.  Maksudnya ialah bila kita tidak buat kerja dan kita suruh org buat kerja, maka sudah tentu org tidak akan buat kerja. Kalau kita buat kerja dgn pengorbanan yg besar spt serta-merta kita daki bukit sehingga ke puncak dan kemudian suruh org ikut mcm kita, akan ada beberapa org sahaja yg larat. 

Oleh itu, caranya ialah kita kena sentiasa bersama2 dgn kawan2 kita, dgn pujuk rayu dan kasih sayang, bersama2 kita meningkat sedikit demi sedikit menjadi bilangan yg besar. Seblm kita balik kita niat, kita hendak buat usaha dlm marhallah kita, kita hendak buat usaha utk 3 hari di kawasan sekitar bandar kita dgn satu tertib dan cara yg akan menyebabkan usaha akan meningkat supaya KL akan menjadi contoh dan tauladan utk seluruh dunia. Org2 yg berani, mrk sentiasa buat azam dgn penuh keberanian dan bila buat azam dgn penuh keberanian barulah mrk dpt maju dan dpt sempurnakan azam2 mereka. Tuan2 adalah org2 lama dlm usaha ini, tuan2 buatlah azam dengan penuh keberanian iaitu, “Kami tidak akan duduk bersenang-lenang dan tenteram selagi kami tidak dapat jadikan Kuala Lumpur ini sebagai contoh dan tauladan dalam usaha agama untuk seluruh alam”.

Tuan2 semua sanggup untuk buat perkara ini? Bila tuan2 hendak mula buat usaha? Malam ini tuan2 balik rumah dan mulakan usaha esok hari. Malam ini mula dengan doa, minta pada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t kabulkan kita semua. Semoga Allah s.w.t beri nusrah dan segala bantuanNya kpda kita. Semoga Allah s.w.t jauhkan segala halangan dan rintangan dpd kita dgn kudratNya. Semoga Allah s.w.t beri pada kita taufiq utk dpt buat usaha ini dengan cara dan tarekat yg betul. Semoga Allah s.w.t masukkan ke dalam setiap hati manusia tentang kepentingan dan kebesaran usaha ini. Semoga Allah s.w.t, melalui usaha ini, dapat hidupkan kembali agama dan usaha agama di seluruh alam. Semoga Allah s.w.t, melalui usaha ini, cantumkan dan satu padukan hati2 umat Baginda s.a.w. Semoga Allah s.w.t terima kita semua. Amin…

No comments:

Post a Comment