Wednesday, January 14, 2015

LIMA AMAL MASJID: PROF HALIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/2000). Allah s.w.t jadikan usaha Baginda s.a.w sbg asbab utk sebarkan agama Allah s.w.t dan utk hidupkan agama Allah s.w.t dlm setiap golongan manusia dlm umat Baginda s.a.w. Agama begitu penting sehingga Allah s.w.t jadikan agama sbg asbab utk dptkan segala jenis kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t kaitkan kejayaan setiap manusia sampai hari kiamat dgn agama yg dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w. Usaha yg Baginda s.a.w buat utk agama ialah dgn mengambil semua lapisan umat bersama2 dgn Baginda. Kehidupan usaha nabuwah Baginda s.a.w adalah selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah mukarramah dan 10 tahun di Madinah munawwarah. 

Melalui usaha Baginda s.a.w, agama hidup dlm diri2 manusia dan juga melalui usaha Baginda s.a.w, usaha agama hidup dlm diri2 manusia. Agama dan usaha agama hidup dlm diri2 manusia. Kebanyakan masa Baginda s.a.w digunakan utk mengajar usaha agama. Baginda s.a.w buat usaha dgn sebegitu rupa sehingga bila sampai utk Baginda hendak tinggalkan dunia ini, setiap lapisan masyarakat, lelaki dan wanita, setiap ahli umat, amalkan agama yg sempurna. Setiap ahli umat ini juga, tidak kira lelaki atau wanita, mereka hidup di atas muka bumi ini dgn satu semangat iaitu utk meneruskan usaha Baginda s.a.w. Inilah maksud hidup kita, tujuan kita, dan utk itulah Allah s.w.t utuskan dan wujudkan kita di atas muka bumi ini.

Sehingga hari kiamat, utk setiap org yg mengucap kalimah syahadah, org2 beriman, mereka sudah pun dianugerahkan nikmat yg besar ini iaitu usaha agama dan kurniaan ini adalah dpd Allah s.w.t sendiri. Melalui usaha tabligh ini, satu perkara yg dikehendaki supaya umat ini dpt disedarkan iaitu Allah s.w.t utuskan saya, hantar saya ke muka bumi ini utk usaha Baginda s.a.w supaya bagaimana saya dpt amalkan agama dan bersama2 itu saya dpt buat usaha Baginda s.a.w. Usaha agama atau kerja agama atau buat usaha atas agama atau buat usaha utk sebarkan agama, utk inilah Allah s.w.t utuskan saya, inilah satu kerja dan saya akan bagi pengorbanan dgn diri dan harta saya, itulah fahaman yg kita kena usaha utk wujudkan dlm diri kita. 

Para sahabat Baginda s.a.w dan para sahabiah, lelaki dan wanita, kesemua dpd mereka mempunyai semangat dan keyakinan iaitu Allah s.w.t hantar saya ke muka bumi ini utk buat usaha agama Baginda s.a.w, utk itulah kita diutuskan dan itulah kerja kita, utk kerja itulah Allah s.w.t hantar saya ke muka bumi ini. Kesemua dpd mereka faham iaitu kita kena buat usaha supaya hidayah dtg kpd setiap manusia supaya setiap manusia terselamat dpd api neraka. Cara usaha yg hendak kita buat ialah cara yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Usaha dan kerja itulah kerja saya, kerja utama saya, kerja sebenar saya. Fahaman sahabat dan sahabiah iaitu setiap org di atas muka bumi ini dpt mengucap kalimah syahadah ertinya mereka semua menjadi org2 beriman dan yg sudi beriman, mereka harus faham iaitu meneruskan kerja Baginda s.a.w, usaha supaya setiap org dpt selamat dpd api neraka. Usaha inilah kerja sebenar kita. 

Oleh itu, perkara pertama sekali dlm usaha kita ini ialah kita kena tukarkan niat kita ataupun betulkan niat kita. Satu cara penglibatan kita dlm usaha ini ialah kita buat kerja ini ttpi kita anggap saya ini seorg guru, saya seorg pegawai, saya seorg petani, saya seorg peniaga, bersama2 dgn itu saya pun sedang buat kerja tabligh. Satu lagi cara ialah kita libatkan diri kita dgn fikiran iaitu saya ialah naib/pembantu kpa Baginda s.a.w, oleh kerana itu saya kena buat kerja ini di mana sahaja saya berada samada dlm marhallah saya, dlm negeri saya, dlm negara saya, di mana shj saya berada, kewujudan saya ialah memang utk buat kerja Baginda s.a.w sebagai naibnya. 

Bila kita ubahkan niat kita dengan cara ini iaitu saya dihantar ke muka bumi ini kerana saya kena buat kerja nabi s.a.w, saya diutuskan ke muka bumi ini kerana saya kena buat kerja nabi s.a.w, oleh itulah saya buat kerja nabi, saya akan buat kerja nabi dan saya akan terus buat kerja nabi di mana sahaja saya berada dan dalam apa juga keadaan. Bila kita buat niat seperti ini, maka selepas itu tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita akan berubah. Tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita sekarang akan bertukar dan tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita adalah seperti mana tindakbalas Allah s.w.t terhadap para ambiya a.s. Ambiya a.s diberi tunjuk ajar oleh Allah s.w.t dan mereka diberi keselamatan oleh Allah s.w.t. Mereka diberi kerja oleh Allah s.w.t, oleh itu mrk adalah pekerja Allah dan kerana itulah mrk diberi tunjuk ajar oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t selamatkan mrk. 

Oleh itu, bila kita buat usaha ini dgn anggapan dan keyakinan bahawa saya buat usaha ini kerana usaha ini waris dpd nabi saya, saya buat kerja ini kerana kerja ini adalah kerja nabi saya, saya diutuskan utk meneruskan kerja nabi saya, bila kita buat kerja ini dgn keyakinan ini, maka sesudah itu tingkahlaku Allah s.w.t terhadap kita akan berubah sptmana Allah s.w.t beri keselamatan kpd ambiya a.s, spt itu juga Allah s.w.t akan selamatkan kita , sptmana Allah s.w.t didik dan tunjuk ajar ambiya a.s, seperti itu juga Allah s.w.t akan didik dan tunjuk ajar kita, tarbiyah kita, dan selepas itu sepertimana Allah s.w.t penunjuk jalan kepada ambiya a.s jalan yang sebenar, maka Allah s.w.t akan jadi penunjuk jalan kita yang sebenar. 

Sekiranya pada saat ini kita buat keputusan atau kita buat niat iaitu usaha Baginda ialah usaha saya, kerja Baginda ialah kerja saya dan tggjwb yg Baginda serakan pada saya itulah tggjwb saya dan saya akan melaksanakan tggjwb itu, maka pada saat ini juga tindakbalas Allah s.w.t akan berubah. Oleh itu, skra kita buat niat, kita semua akan jadikan, kita akan hidup dgn membuat usaha Baginda Rasulullah s.a.w dan kita akan mati pun dlm proses buat usaha Baginda s.a.w, insyaAllah. Semua berazam dan niat? InsyaAllah. Semua kerja kita slps ini akan jadi mudah bila kita buat niat ini. Apa kerja kita? Itulah yg kita kena faham skrg. Usaha yg dibuat oleh Baginda s.a.w ada 2 bahagian. 

Pertama, sahabat2 digunakan secara ijtimai utk keluar di jln Allah s.w.t. Para sahabat dididik dan ditarbiyah oleh Baginda s.a.w dgn sebegitu rupa sehingga tidak ada mana2 kekuatan atau apa2 benda dlm dunia ini yg dpt menahan mereka dlm kemaraan utk usaha Baginda s.a.w. Ringkasnya, dlm semua keadaan hidup kita, Baginda s.a.w sudah sediakan contoh dan teladan untuk kita melalui kehidupan para sahabat. Melalui usaha tabligh, gerak-geri yg sedang dibuat, melalui 4 bulan, 40 hari, 3 hari, dsbnya, ini ialah proses latihan menuju kpd cara usaha para sahabat supaya kita boleh bergerak utk agama Allah s.w.t sepertimana para sahabat bergerak utk agama Allah s.w.t. Matlamat kita, maksud kita, target kita, ialah setiap dpd kita dlm melalui proses usaha yg kita sedang buat, latihan yg kita sedang buat, 4 bulan, 40 hari, 3 hari dsbnya, kita dapat menuju ke tahap usaha yg dibuat oleh para sahabat Baginda s.a.w. 

Kedua, usaha Baginda s.a.w ialah usaha tempatan/makami iaitu usaha ditempat sendiri. Suasana yg wujud di Madinah melalui usaha Baginda s.a.w, di masjid nabi, hasil dpd usaha itu, satu suasana wujud di Madinah dimana setiap org dpt amalkan agama dgn sempurna. Melalui usaha 5 amal masjid, matlamat kita pun adalah utk wujudkan suasana itu di tempat kita. Ringkasnya, melalui usaha 5 amal masjid, kita dpt usahakan satu suasana yg Baginda s.a.w usahakan di Madinah. Semasa Baginda tinggalkan Madinah (wafat), satu suasana agama telah wujud. Kita kena usaha untuk dapatkan suasana itu. Matlamat kita ialah untuk wujudkan suasana itu melalui 5 amal masjid. Kita kena jadikan 5 amal ini sbg satu usaha utk bangunkan usaha masjid. 

Siapa yang akan dpt buat usaha 5 amal di masjidnya? Org yg sedar bahawa diri dia sbg seorg dpd umat Baginda s.a.w. Dia kena sedar, saya ini ialah umat Baginda s.a.w, saya diletakkan dlm marhallah saya atau kampung saya utk buat usaha Baginda s.a.w. Jemaah masjid yg akan dpt buat usaha bila semua ahli jemaah masjid itu ada fikir yg sama iaitu kami adalah umat Baginda s.a.w, kami diletakkan dalam marhallah ini untuk hidupkan usaha Baginda s.a.w dlm setiap rumah di kalangan setiap manusia di tempat kami. Org macam inilah yg dapat buat usaha masjid dgn baik dan sempurna.

Prof Halim beritahu dulu dia ada beritahu satu perkara dan dia hendak ulang semula perkara itu, tuan2 dengar dgn penuh perhatian, jangan tidur. Kita duduk dalam marhallah kita dengan kesedaran sbg saya seorang petani, saya seorg ustaz, saya seorg peniaga, dsbnya, kedudukan saya di marhallah sebagai sekian2, dan bersama2 itu saya sedang buat kerja tabligh. Sekiranya kita buat usaha dgn perasaan dan kesedaran macam itu, maka usaha tempatan kita tidak akan ada roh, tidak akan hidup. Sbb apa? Sbb tggjwb yang diberi kepada kita oleh Allah s.w.t sendiri, skrg kita telah letak tggjwb itu pada kategori nombor dua. 

Sebaliknya kalau kita boleh ubahkan fikiran dan fahaman kita iaitu saya ialah umat Baginda s.a.w, saya ditggjwbkan untuk kerja Baginda s.a.w dan saya di hantar, saya diletakkan dikawasan ini utk buat kerja Baginda s.a.w, bila kita ubah niat spt ini, maka selepas itu tindakbalas dan tingkah laku Allah s.w.t terhadap kita terus akan berubah. Apabila mana2 jemaah masjid buat kerja di marhallahnya dgn fikiran dan fahaman yg kedua ini, melalui jemaah masjid ini, Allah s.w.t akan bangunkan usaha masjid di sana mengikut niat dia. Allah s.w.t akan mengembangkan usaha ke seluruh alam melalui jemaah masjid dia. Kerana apa? Kerana daripada sekarang bantuan Allah s.w.t akan ada bersama2 dengan dia. Oleh itu, kita kena buat niat yang sebenar iaitu dimana sahaja kita berada, dalam marhallah mana pun kita berada, kita akan buat usaha ini sebagai kerja kita yang diberi kepada kita melalui Baginda s.a.w. Kerja nabi diberi kpd kita sbg tggjwb dan kita akan buat kerja nabi sebagai kerja pertama kita. Bila kita buat niat cara ini, Allah s.w.t akan buat niat utk terima kita mengikut niat kita dan gunakan kita utk kerja Baginda s.a.w. 

Apabila Allah s.w.t sudah terima kita utk usaha baginda s.a.w, maka selepas itu mmg Allah s.w.t akan ambil kerja dpd kita, Allah s.w.t akan gunakan kita, ambil kerja dpd kita dan Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah2 dan urusan2 kita. Allah s.w.t akan bereskan dgn bantuan ghaibNya. Dlm urusan2 kita, Allah s.w.t akan hantar malaikat utk bantu kita. Semua ada azam dan niat? InsyaAllah. Semua tuan2 faham apa yg dicakapkan? InsyaAllah. Bila kita sudah buat niat macam ini, maka selepas itu hendak buat kelima2 amal akan jadi mudah dan hendak cari masa utk hendak buat kelima2 amal pun akan Allah s.w.t mudahkan.

1) Mesyuarat/Fikir Harian: 

Sebenarnya yg menguatkan atau melemahkan usaha tempatan kita ialah niat kita. Dlm 5 amal masjid kita ini, satu dpd amalannya ialah setiap hari pada mana2 waktu yg kita anggap sesuai, kita berhimpun utk buat fikir, yg kita panggil fikir harian atau mesyuarat harian. Oleh krn kita sudah pun dijadikan sbg naib Baginda s.a.w, oleh itu Allah s.w.t jadikan kita asbab utk beri hidayah kpd org2 yg paling jauh di atas muka bumi ini yg mungkin tinggal di hujung2 dunia, dia punya hidayah pun melalui usaha kita. Bantuan Allah s.w.t bergantung kpd niat kita. Bila kita duduk dlm mesyuarat harian, kita mesti duduk dengan niat bagaimana setiap manusia di atas muka bumi ini dpt dikeluarkan dpd keyakinan palsu mereka, keyakinan yg tidak betul dapat diubah kpd keyakinan yang baik, keyakinan yang betul terhadap Allah dan Rasul supaya mereka dapat terselamat dpd api neraka dan kesemua mereka dapat layak masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. 

Kita kena mesyuaratkan bagaimana kita harus buat usaha supaya setiap orang Islam di atas muka bumi ini sanggup mengorbankan masa dan harta mereka untuk buat usaha agama, usaha Baginda s.a.w, kita kena fikir semua itu. Bersama dgan itu, kita kena fikir bagaimana setiap orang lelaki yang sudah baligh dalam marhallah kita dapat dijadikan sebagai da’i iaitu menyeru manusia kpd agama Allah s.w.t. Menyeru dan dakwah org kpd iman adalah satu tggjwb dan kerja setiap org Islam. Bila satu org Islam dakwah org lain kpd iman, maka Allah s.w.t akan turunkan iman ke dlm dadanya/hatinya. Kalau kita tinggalkan usaha dakwah kpd iman, maka hanya sebutan kalimah sahaja akan tinggal di lidah kita, amalan iman tidak wujud dpd anggota kita. Kita kena fikir bagaimana kita harus buat usaha supaya setiap org beriman yg baligh dlm marhallah kita dijadikan sbg da’i supaya dia boleh dakwah org kpd iman dan bersama2 itu dia sanggup keluar ke jln Allah s.w.t ke tempat2 yg lain.

Kesemua para sahabat keluar di jalan Allah s.w.t, Baginda s.a.w. sendiri pun keluar ke jalan Allah s.w.t, oleh itu kerja setiap umat ialah keluar di jalan Allah s.w.t. Kita kena usaha supaya org2 di tempat kita pun dpt keluar di jalan Allah s.w.t. Oleh itu, satu perkara yg utama sekali dlm fikir harian kita ialah bagaimana setiap penduduk dalam marhallah kita dijadikan sebagai da’i, dakwah org kpd iman, dakwah orang kepada kebesaran Allah s.w.t dan bersama-sama itu dia sanggup keluar dijalan Allah s.w.t, dia boleh lapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t. 

Kita kena fikir dan mesyuarat bersama bagaimana setiap orang beriman dalam marhallah kita dapat menyertai dalam majlis ta'alim di masjid kita supaya mereka dapat keghairahan untuk mempelajari ilmu yg dibawa oleh baginda s.a.w. Kita juga kena mesyuarat bagaimana kita harus usaha supaya setiap orang dalam marhallah kita dapat solat 100%, dapat jadi org2 yg sanggup berzikir, zikir pagi dan petang, dsbnya. Kita kena mesyuarat bagaimana kita harus buat usaha di tempat kita supaya setiap org2 beriman ini jadi org2 yang berakhlak, mereka dapat wujudkan sifat kasih sayang antara satu sama lain dan mereka dapat wujudkan sifat bantu-membantu antara satu sama lain.

Kita kena mesyuarat bagaimana kita harus buat usaha di tempat kita supaya dalam setiap rumah di marhallah kita dijadikan rumah2 yang akan hidup dengan amalan2 masjid nabi s.a.w. Apa maksudnya amal dapat hidup dalam setiap rumah? Iaitu semua ahli keluarga mereka dapat wujudkan suasana yang mana mereka sanggup dakwah orang lain kepada agama Allah s.w.t, mereka akan ajar-mengajar tentang agama Allah s.w.t, mereka wujudkan sifat tarbiyah anak2 dgn agama Allah s.w.t, mereka akan lapangkan masa supaya dapat ingat dan sebut nama Allah s.w.t, mereka dapat melapangkan masa untuk baca kitab suci Allah s.w.t, dsbnya. 

Kita juga kena fikir bagaimana kita harus usaha supaya kita dapat sediakan org2 dalam marhallah kita untuk sambut takazah seluruh alam. Fikir satu orang pekedai macam mana barang2 dalam kedainya laku. Fikir satu org pekilang pula ialah bagaimana dia dapat usaha dan keluarkan barang2 yang begitu banyak sehingga barang2 tersebut dapat sampai ke seluruh negara di seluruh dunia. Dalam 2 fikir ini ada perbezaan yang besar. Oleh itu, jemaah masjid kena buat mesyuarat dgn memikirkan setiap orang di atas muka bumi ini bagaimana setiap daripada mereka dapat digunakan untuk agama Allah s.w.t. Satu dunia perlu diletakkan dihadapan kita dan kita mesyuaratkan bagaimana hendak buat usaha agama. Bila kita duduk dalam mesyuarat dengan fikir ini, maka Allah s.w.t akan tunjukkan kepada kita cara2 yang kita patut buat usaha. Bagaimana kita harus buat usaha akan difahamkan kepada kita oleh Allah s.w.t. 

Kerana apa? Kerana semua ahli masjid sedang duduk dengan satu fikir yang begitu disukai oleh Allah s.w.t. Sekiranya satu daripada mesyuarat kita disukai oleh Allah s.w.t, maka kita akan dapat dua perkara. Pertama, Allah s.w.t akan terima kita dan akan terima keturunan kita utk buat usaha dakwah. Kedua, Allah s.w.t akan jadikan kita perantaraan utk sebarkan agama ke seluruh alam.

2) Usaha 2½ jam Harian: 

Kalau hari2 kita duduk dan fikir sahaja, ia tidak akan wujudkan apa2 hasil. Kita hanya mesyuarat sahaja tetapi tidak buat apa2 maka apa pun tidak akan berhasil. Utk dapatkan hasil, setiap hari kita kena melapangkan masa utk buat kerja. Setiap hari kita buat mesyuarat dan fikir selama satu jam dgn cara yg diceritakan tadi, selepas itu kita baca doa penutup dan balik rumah, maka dgn cara itu agama yg ada dlm kawasan kita tidak akan berubah, org2 yg tidak amalkan agama dlm marhallah kita, tidak akan mula mengamalkan agama. Utk melaksanakan fikir tadi, setiap ahli jemaah masjid kena lapang kan masa paling kurang setiap hari 2½ jam. 

Hadzratji rah. kata, dlm fikir harian, apa kerja yg sudah kita buat semalam kita beri karguzari/laporan dan apa kerja yg kita hendak buat hari ini kita dpt bahagi2 kan kerja tersebut. Itulah kerja utama kita yg kita kena fikir utk dilaksanakan. Siapa yg akan beri 2½ jam tiap2 hari? Org yg benar2 sudah buat niat iaitu saya ialah umat Baginda s.a.w dan saya diutuskan di tempat saya utk buat kerja Baginda s.a.w. Bila dia buat kerja dgn niat ini, maka Allah s.w.t akan mudahkan dia buat 2½ jam usaha tempatan. Sekiranya mana2 ahli jemaah masjid kita belum dtg kpd niat ini, maka mmg sukar dan susah utk dia hendak bagi 2½ jam tiap2 hari. 

Mesyuarat harian harus diadakan pada satu waktu di mana kesemua dpd jemaah masjid kita dapat duduk dlm keadaan yang mudah, mudah untuk mereka dapat kumpul dan duduk buat fikir selepas mana2 waktu solat ttpi walaubagaimana pun untuk bagi 2½ jam tiap-tiap hari, masa mereka akan berbeza-beza. Kerja asal kita ialah untuk bangunkan atau menyediakan setiap orang dalam marhallah kita untuk buat usaha agama dimana dia boleh bawa orang kepada kebesaran Allah s.w.t dan dia sanggup buat usaha Baginda s.a.w. Inilah kerja asas kita. Sasaran kita ialah setiap rumah dalam marhallah kita dan setiap lelaki yang baligh dalam marhallah kita dapat dibangunkan atas usaha agama. 

Dalam usaha rumah ke rumah, kita tidak harus tinggalkan satu rumah orang Islam pun dan kita tidak harus tinggalkan mana satu golongan pun. Tiap-tiap rumah ada golongan manusia yang berbeza-beza. Satu golongan manusia pun kita tidak harus abaikan atau tinggalkan. Uaha ini akan dibuat dengan satu fokus/tertib yang tertentu dimana kita akan buat usaha dari rumah ke rumah mengikut jalan, lorong dsbnya. Hari ini, ziarah rumah ini di lorong ini dan seterusnya sehingga semua rumah orang Islam diziarahi. Kita akan buat usaha dengan satu fokus/tertib. Untuk usaha ini kita kena bentukkan jemaah2. Jemaah2 yang hendak keluar harus mohon doa daripada Allah s.w.t dahulu. Dalam usaha nabi s.a.w, hubungan kita dengan Allah s.w.t begitu penting. 

Kita kena doa kpd Allah s.w.t dgn satu kesedaran dan perasaan. “Ya Allah, hati aku dlm genggaman Engkau, hati org yg aku hendak pergi jumpa pun dlm genggaman Engkau, perkara yg aku hendak cakap, yakin ttg perkara itu Engkau masukkanlah dlm hatiku dan perkara yg saya hendak cakap pada org itu masukkanlah yakin ke dlm hati dia juga, Engkaulah yg buat segalanya, Engkaulah yg berkuasa atas hatiku dan hati dia, Engkau shj yg dpt buat perkara ini”. 

Bila kita buat usaha dakwah, kita mesti masukkan diri kita dlm dakwah itu, setiap masa, setiap waktu, kena ada istiszar (hadir hati), kehadiran hati dan kesedaran kita iaitu perkara yg saya cakap pada kawan saya ini, saya pun perlukan perkara itu kerana saya pun belum dpt perkara itu lagi, tahap iman yg saya dakwah org itu, tahap itu pun saya belum ada, saya pun memerlukan, oleh itu, “Ya Allah, Engkau kurniakanlah perkara itu pada saya juga”.

Bila kita buat usaha dakwah, kita kena buat niat untuk diri kita sendiri. Bila kita buat demikian, maka Allah s.w.t akan menambahkan dan menguatkan keyakinan kita. Perkara ini sangat penting. Niat untuk diri sendiri sgt penting bila buat usaha dakwah sbb kalau kita tidak buat niat utk diri kita sendiri, org yg kita dakwahkan terpulang pada Allah s.w.t hendak beri hidayah pada dia atau tidak, itu kita tidak pasti, itu adalah urusan Allah s.w.t, tetapi untuk kita yang tidak buat niat untuk diri sendiri maka kita tidak akan dpt menafaat daripada dakwah kita iaitu iman kita tidak akan meningkat. 

Sekiranya kita buat untuk diri kita sendiri, samada org itu dapat hidayah atau tidak, samada iman dia meningkat atau tidak, itu urusan Allah s.w.t ttpi insyaAllah iman kita pasti meningkat kerana kita sudah niat utk diri kita sendiri. Tuan-tuan faham setakat ini? insyaAllah. Apa itu dakwah ttg keyakinan? Apa yg kita hendak cakap iaitu ghairullah, selain daripada Allah, tidak ada apa2 kekuatan utk buat apa-apa pun ttpi Allah s.w.t mempunyai segala kuasaan kekuatan utk buat apa sahaja yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Inilah perkara utama yg kita hendak cakap. 

Perkara kedua yg kita hendak cakap ialah melalui cara hidup Baginda s.a.w kita akan dpt kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Inilah dakwah yg kita akan beri pada setiap org dan utk mempelajari iman dan yakin ini, kita kena sediakan dia utk lapangkan masa. Kita kena terangkan kpd dia tggjwb org yg mengucap kalimah syahadah, kita akan letakkan dihadapan dia kepentingan utk keluar dijalan Allah s.w.t selama 4 bulan, 40 hari, 3 hari dsbnya. Usaha tempatan yg kita sedang buat iaitu 5 amal masjid, tertib itu pun kita akan sampaikan pada kawan yg kita jumpa. Kita akan tashkil dia utk keluar 3 hari bersama2 dgn kita pada minggu yg telah ditetapkan utk keluar 3 hari. 

Selepas itu, kita akan cuba sediakan dia mengikut kemampuan dia (istiqdat) untuk amalan mana yg dia boleh buat. Sekiranya org yg kita jumpa ialah org yg tidak solat, dgn penuh kasih sayang, targhib, tunjuk menafaat solat kpd dia, kita kena sediakan dia supaya dia dpt mulakan solat di rumah Allah s.w.t. Setiap hari kita dpt melapangkan masa dan kita buat kerja ini dari rumah ke rumah dgn satu susunan/tertib. Inilah kerja asasi setiap jemaah masjid. Sekiranya rakan2 seusaha dlm jemaah masjid kita lemah dlm usaha harian ini, maka selepas itu mereka akan jadi lemah dlm semua amalan yg lain. Setiap hari kita dakwah org kpd kepentingan iman atau kita dgr org cakap ttg kepentingan iman, ini ialah makanan rohani setiap org yg buat usaha agama. 

Dakwah ialah makanan rohani sepertimana roti/nasi makanan jasmani kita. Dakwah ialah makanan org2 beriman. Dakwah dpt meningkatkan iman. Bila kita cakap ttg iman, maka iman kita akan meningkat. Kita kena letakkan diri kita dlm percakapan itu iaitu saya perlukan perkara ini, barulah iman akan meningkat. Bila kita dengar percakapan ttg iman dgn iat saya memerlukan perkara itu, pun iman kita akan meningkat. Supaya iman setiap ahli jemaah masjid meningkat, maka oleh itu setiap hari kita kena buat usaha atas iman.

Kita mesyuarat dan bentuk jemaah2 dan tertibkan masa2 mereka mengikut kelapangan mereka dan jemaah2 itu boleh keluar utk buat kerja. Bila kita mulakan mesyuarat, ambil karguzari usaha semalam, kita tulis hasil usaha itu, mungkin ada orang yang dapat menyediakan beberapa orang untuk keluar 3 hari atau ada orang yang sudah sedia untuk datang solat berjemaah atau ada orang yang sudah sedia untuk mulakan ta’alim dalam rumah, atau ada orang yang sudah sedia untuk duduk dalam ta’alim harian di masjid, atau mungkin ada orang yang sudah sedia untuk menyertai dalam gasht dsbnya. Mengikut kesediaan yang terhasil, kita tulis dalam buku. Ini takazah asasi untuk usaha harian kita. Ini adalah tiap2 hari punya usaha. Ada takazah2 semasa pada hari-hari yg tertentu. Utk takazah semasa pun kita kena bentuk jemaah dan usaha pun dibuat dlm 2½ jam ini. Takazah2 itu pun kita kena dengar dan faham. 

Satu perkara yang penting, iaitu kita kena fikir supaya 5 amal ahli jemaah masjid kita tidak menjadi lemah. Itu pun kita kena fikir bersama supaya 5 amal ahli jemaah masjid kita tidak menjadi lemah. Dalam karguzari yang kita beri (hari pertama mesyuarat Malaysia), ada masjid hidup 5 amal, ada masjid yang ada 3 amal, ada masjid yang ada 2 amal, kita kena usahakan supaya setiap masjid dapat hidup 5 amal. Kita kena usaha supaya ahli jemaah masjid kita tidak menjadi lemah dalam 5 amal. Sekiranya kita lihat sudah 2 hari satu orang dalam jemaah masjid kita tidak duduk dalam taalim harian, skrg kita kena mesyuarat dan fikir kenapa jadi mcm itu, kita kena bentuk jemaah yg sesuai, org yg sesuai, utk pergi jumpa dia dan cakap dgn dia dgn kasih sayang, dan targhibkan dia supaya dia dpt duduk dlm ta’alim harian.

Untuk takazah semasa, sekali-sekala/kadang2, kita kena fikir dan hantar jemaah kpd org yg sudah keluar 4 bulan, 40 hari, dan skrg kerana mereka sudah terjerat dlm tipu helah syaitan, mereka tidak libatkan diri dlm usaha lagi. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita semua. Kita kena hantar jemaah jumpa mrk. Ini kadang2 punya kerja, bukan hari2 punya kerja. Hari2 punya kerja ialah sptmana yg telah diterangkan tadi. Jangan pula tuan2 kejar mereka, hari2 jumpa mereka, kerana dia akan bertambah jauh lagi dari usaha. Bila kita ziarah dan jumpa mereka, mesti dibuat dgn penuh ikram dan muliakan mereka, hormat mrk. 

Kita kena pergi dgn satu semangat dgn doa kpd Allah s.w.t, “Ya Allah, org yg kami hendak jumpa ialah kawan kami, dia sudah keluar 4 bulan, 40 hari, dia sudah buat usaha agama ttpi atas asbab2 yg tidak diketahui, dia telah terjauh dari usaha agama, jadi kami hendak pergi jumpa dan ziarah dia supaya dia dpt kembali kpd usaha agama. Engkaulah pemilik hati dia, ubahkanlah hati dia, alihkanlah dia kembali kpd usaha Baginda s.a.w”. 

Dgn perasaan dan doa itu, kita pergi dan ziarah dia. Antara takazah2 semasa iaitu ada org yg telah beri nama dan perlu ditashkilkan utk keluar 4 bulan, 40 hari dsbnya, maka usuli ini pun termasuk di dlm usaha 2½ jam dan ini cuma sekali-sekala atau kadang2. Sekiranya dalam usuli ada org yg beri azam ttpi susah hendak keluar, lemah sedikit, maka kita targhibkankan dia, kita tashkil dia dengan targhib supaya iman dia meningkat dan dia ditunjukkan menafaat2/faedah2 yang dia akan dpt sekiranya dia dpt keluar di jalan Allah s.w.t. Kita sediakan dia berdasarkan targhib. 

Kadang2 ada jemaah yg perlu dibentuk utk buat tashkil sahaja. Ada org yg suka kerja ini, mereka biasa membantu, mereka faham sedikit sebanyak ttg kerja ini tetapi mereka tidak pernah keluar. Jemaah dibentuk dan pergi kpd mereka dan tashkil mereka berapa hari mereka boleh sedia, 3 hari dsbnya. Jemaah yg hendak keluar buat kerja 2½ jam ini pun perlu di beri keterangan spt bayan hidayah supaya mrk dpt buat usaha sebaik2nya. Bila jemaah ini balik, kita dengar karguzari macamana mrk buat usaha. Sekali-sekala, melalui usaha 2½ jam, kita kena hantar jemaah ke tempat di mana kita sdg buat gasht kedua. Hanya dgn gasht kedua mmg sukar hendak hasilkan apa2. 

Oleh itu, kita hantar jemaah 2½ jam ke sana supaya mrk dpt bangun buat usaha sendiri. Kita jumpa org yg kita rasa munasib dan sediakan mereka supaya mereka dpt bersama dgn kita utk bangunkan usaha tempatan di sana. Khususnya pada hari kita hendak buat gasht kedua, pada ptg itu atau pada waktu paginya, atau satu hari sebelum, mengikut keadaan tempat itu, kita kena bentuk jemaah 2½ jam utk dpt ziarah dan jumpa org2 yg kita anggap munasib dan sesuai yg akan jadi pembantu kita utk bangunkan usaha di tempat itu. Dlm 2½ jam ini pun, kadang2, kita kena hantar org ke tempat gasht kedua.

Bila ada jemaah dtg ke masjid kita, tidak kira berapa hari punya jemaah pun, kita nusrah mereka dan nusrah ini pun kita boleh mesyuaratkan melalui 2½ jam kita. Kita akan mesyuaratkan mengikut satu susunan supaya sentiasa ada rakan2 seusaha bersama2 dgn jemaah itu. Kita kena susunkan masa org2 kita. Bila ada org tempatan bersama dgn jemaah, maka jemaah itu dpt digunakan sepjg hari dgn baik samada dlm taalim, gasht khususi dsbnya. Kita juga kena fikir bagaimana jemaah tunai dpt dikeluarkan dgn usaha jemaah yg dtg ke masjid kita dan kita gunakan jemaah itu sebaik2nya utk hasilkan org2 tunai yg boleh keluar ke jln Allah s.w.t. 

Nusrah jemaah yg dtg adalah satu amalan yg begitu tinggi dan utk itu, kita mmg kena menambahkan sedikit pengorbanan, barulah kita dpt buat nusrah dgn baik. Mungkin kita kena ubah suai kita punya susunan 2½ jam. Antara fikir2 kita dlm 2½ jam ialah keluarga org yg sedang keluar di jln Allah s.w.t. Kita kena ambil berat ttg keperluan, kesihatan, keadaan ahli2 rumah yg mrk tinggalkan. Sekiranya dlm rumah itu ada lelaki yg baligh, kita boleh mesyuaratkan 2 org pergi ziarah dia, tanya hal ehwal rumah dia, keadaan rumah dsbnya. Sekiranya tidak ada lelaki baligh dlm rumah itu, kita mesyuaratkan 2 org yg boleh pergi ziarah rumah itu bersama dgn ahlia mereka utk beri semangat kpd keluarganya, tanya hal ehwal mereka, apa2 perkara yg perlu dibantu dsbnya. Yg penting, mereka diberi semangat iaitu betapa untungnya mrk, berapa banyak pahala mrk akan dpt, kerana org lelaki mereka keluar di jln Allah s.w.t. 

Siapa yang dapat naikkan semangat dan bentukkan fikir ahlia2 org yg keluar di jln Allah s.w.t? Wanita yg telah terbentuk fikir mereka, sudah tahu cakap tentang iman dan amal, mereka sudah keluar di jalan Allah s.w.t. Mereka inilah yang dapat bentuk fikir dan naikkan semangat ahlia2 org yg keluar di jln Allah s.w.t.  Sekiranya fikir ahlia2 kita belum terbentuk, maka bila dia pergi ziarah, org itu menangis kerana ditinggal kan suami, isteri kita pun menangis bersama dgn dia. Oleh itu, sgt penting, setiap ahli jemaah masjid buat usaha atas isteri2 mereka supaya isteri2 ini akan jadi rakan2 seusaha kita dalam usaha agama Allah s.w.t. Orang yang keluar di jalan Allah s.w.t adalah satu amalan yang begitu tinggi dan penting. Sebenarnya kita ini tidak tahu pun hak2 org yg keluar di jalan Allah s.w.t Kita tashkil mrk utk keluar 4 bulan, 40 hari, dan selepas itu kita langsung lupa pada mrk. 

Sepatutnya bila kita beli belah utk keperluan rumah kita, masa itu kita harus fikir keperluan org2 yang keluar di jalan Allah s.w.t. Kalau kita beli buah2an, 12 biji buah pisang utk keperluan rumah kita, maka kita juga harus beli 5 atau 6 biji utk keluarga org yg keluar di jalan Allah s.w.t. Maksudnya, bila kita beli buah untuk anak2 kita, kita juga harus fikir ttg anak2 org yang keluar di jln Allah s.w.t, beli sedikit hadiah dan hantar ke rumah mrk. Bila kita masak apa2 makanan utk keluarga kita, kita harus masak lebih sedikit dan satu pinggan kita hantar ke rumah org yg keluar di jln Allah s.w.t.

Org2 tua kita di sini nasihatkan pada kita, kalau kita tidak mampu beli apa2 makanan untuk keluarga org yg keluar di jalan Allah s.w.t, kita hanya mampu beli untuk keluarga kita sahaja, dalam keadaan begitu pun, kita kena latihkan ahli keluarga kita supaya anak2 kita makan buah2an itu di dlm rumah dan jangan biarkan mereka keluar dari rumah. Sekiranya anak2 orang yang keluar di jalan Allah s.w.t ternampak dan mungkin mrk ingin hendak makan, mereka minta pada ibu, ibu tidak ada kemampuan atau kesempatan untuk beli, dan anak2 mereka akan tidur tanpa makan makanan itu, maka itu akan membawa kemurkaan Allah s.w.t terhadap kita. 

Sekiranya kita layan keluarga org yg keluar di jalan Allah s.w.t, dgn menghantar makan/minum, hadiah, ambil tahu ehwal mereka, beri makanan untuk anak2 mereka, maka bila ada surat datang dari suami mereka dan mereka berkesempatan untuk membalas surat itu, mereka akan memberi jawapan iaitu jangan kamu bimbang, cukupkanlah 4 bulan atau 40 hari dengan sempurna, saya tidak ada apa2 kesusahan krn rakan2 seusaha ambil berat ttg keluarga dan diri saya. Inilah perkara yg jemaah masjid kena ambil berat dan fikirkan. Semua ini kita kena buat dgn mesyuarat. Apa yg sudah dimesyuarat kan kita kena buat. Kita kena jaga2 supaya apa yg kita buat, org yg kita hendak hantar, semua itu dlm mesyuarat kita. Jangan kita buat ikut suka hati kita sendiri tetapi hendak hantar makan/minum tidak perlulah mesyuarat. Hendak hantar pisang tidak perlu mesyuarat. Makan/minum boleh dihantar tanpa mesyuarat. 

Dalam 2½ jam juga, sekali-sekala,  kita perlu ziarah alim ulamak yang ada dalam marhallah kita. Kita ziarah dia dgn niat dia ialah pembesar agama dan dpt duduk dlm majlis dia akan beri menafaat pada saya. Kita ziarah dia dgn  niat untuk muliakan dia. Org2 ahli ilmu ini, para ulamak, kita muliakan mrk dgn hati kita, kita anggap mrk pembesar kita dgn hati kita, dan sekiranya dlm kehidupan infradi mereka ada apa2 kelemahan, kita tidak akan buka mulut kita, kita tidak akan ceritakan perkara2 buruk mereka. Mungkin ada juga takazah2 semasa yg lain yg boleh dilaksanakan melalui 2½ jam. Skrg telah diceritakan 2 amal iaitu mesyuarat harian dan 2½ jam harian. Kedua2 perkara ini, tuan2 faham? InsyaAllah.

3) Taklim Rumah dan Taklim Masjid: 

Amalan harian yg ketiga ialah ta’alim di rumah kita dan di masjid kita. Ini ialah ta’alim fadhail amal/kelebihan amal. Utk ta’alim masjid, kita harus mesyuaratkan masa yg paling sesuai dimana kebanyakan dpd ahli jemaah masjid kita, kesemua dpd mereka dpt dihimpunkan pada mana2 waktu selepas solat. Ta’alim ini dibuat hari2. Apa juga masa yang kita sedang gunakan skrg, kita kena menambahkan sedikit demi sedikit dgn targhib dan kelebihan ta’alim, kita kena menambahkan masa kita sedikit demi sedikit sehingga satu tahap dimana selama ½ jam. 

Setiap dpd rakan2 seusaha kita dpt duduk dan dengar taalim itu dgn penuh keseronokan diri, bukan paksaan diri, ditarghibkan duduk dgn kegemaran dia. Taalim ada kaitan dgn keyakinan kita, iman kita. Taalim dibuat bukan dgn tujuan hadith2 baru dpt dihafal atau dpt tahu ilmu2 baru, itu bukan tujuan taalim harian kita. Tujuannya ialah supaya kita dpt dengar Quran dan hadith, dan hati kita terkesan dgn Quran dan hadith. Kita kena duduk dlm majlis taalim dgn penuh peradaban, penuh kesopanan, dgn memuliakan majlis itu dgn niat utk beramal. Kita kena duduk dlm majlis ini supaya apa yg kita dengar melalui telinga kita akan membawa kesan pada hati kita. Bila nur Quran dan hadith masuk dlm hati kita, barulah hati kita akan terkesan dpdnya. 

Bila hati kita terkesan melalui nur Quran dan hadith, maka selepas itu dlm hati kita akan ada keinginan utk kita amalkan amalan2 yg membawa keredhaan Allah s.w.t. Hati kita akan mendorong kita utk buat amal2 tadi dan hati kita juga akan melarang dan menahan kita dpd amalan2 yg membawa kemurkaan Allah s.w.t. Oleh itu, setiap hari ½ jam kita kena usaha supaya nur yg Allah s.w.t letakkan dlm firmanNya dan dalam hadith RasulNya, dpt masuk dlm hati kita. Asal sebenarnya taalim masjid kita ialah utk jemaah masjid kita. Org yg sudah buat niat iaitu kerja nabi s.a.w ialah kerja saya, kerja nabi s.a.w ialah maksud hidup saya, maka utk itu hendak bagi setiap hari ½ jam untuk ta’alim tidak ada apa2 susah. 

Dlm usaha harian 2½ jam kita, kita juga akan targhibkan org2 yg kita ziarah, org2 yg kita jumpa, supaya mrk dpt solat dgn berjemaah dan selepas solat, mereka dpt duduk dlm taalim harian kita. Akan ada org2 baru yg akan duduk dlm taalim harian kita. Taalim harian adalah makanan rohani kita, oleh itu kita kena usahakan sehingga ½ jam ttpi utk org2 baru ini, mrk mungkin tidak akan ada kemampuan dan kesabaran utk duduk selama ½ jam, jadi kita kena tengok org2 itu, macamana kesibukan org yg duduk dlm taalim, mungkin dlm 10 minit atau sbgnya kita buat taalim dan kita beritahu, insya Allah, taalim akan berterusan sehingga 20 minit lagi atau sampai ½ jam lagi, tuan2 yg ada kesempatan dan masa utk duduk, bolehlah tuan2 duduk bersama kita. 

Jadi, dgn ini mereka yg mungkin hendak balik, mungkin akan dpt rasa, dimana kalau dia balik pun tidak mengapa kerana dia ada kesibukan. Jgn kita suruh mereka balik pulak. Yg ada masa bersama mungkin mereka dpt duduk sehingga ½ jam. Jadi kebiasaannya org2 baru ini tidak adalah kemampuan untuk duduk selama ½ jam, selepas 10 atau 15 minit mrk balik, tidak mengapa. Selepas kita buat taalim 10 minit, kita tidak akan cakap, siapa yg ada masa boleh duduk dan siapa yg hendak balik, boleh balik, tidak! Kita tidak akan ceritakan utk org yg hendak balik. Kita akan hanya cerita utk org yg duduk. Kita akan teruskan taalim, siapa yg ada kesempatan utk duduk, dia boleh terus duduk bersama dgn kita selama ½ jam. 

Semua jemaah masjid, semua yg sedang buat usaha harian, mrk semua kena menyertai taalim selama ½ jam. Satu taalim lagi yg ahli jemaah masjid kena buat ialah bersama2 dgn ahli keluarganya, dgn ibunya, isterinya, anak2nya, dsbnya. Suasana rumah akan hanya dpt diubah oleh isteri kita. Pemikiran isteri kita akan berubah melalui taalim harian dlm rumah kita ttpi halaqah taalim dlm rumah tidak harus dijlnkan dgn cara pemerintahan. Halaqah taalim di rumah kita ini kena diwujudkan dgn sifat muhabbat, dgn cara kasih-sayang. Utk ini, ahli jemaah masjid kena beri pengorbanan utk wujudkan halaqah taalim dlm rumah. Tggjwb ahli jemaah masjid (suami) utk wujudkan halaqah taalim di setiap rumah. Tggjwb kita bersama.

Jemaah masjid kita kena buat usaha di tempat kita supaya setiap rumah dlm marhalah kita dpt wujudkan taalim dlm rumah mereka, itulah satu dpd matlamat kita iaitu dpt usahakan taalim dlm setiap rumah. Oleh itu, sgt penting dlm rumah kita sendiri kena wujudkan taalim itu. Suasana ahli keluarga kita akan berubah melalui taalim rumah. Hadratji Maulana Inamul Hasan rah. kata, sgt penting dan mustahak utk wujudkan taalim di rumah. InsyaAllah, esok pada waktu yg sama, akan ada penjelasan ttg usaha masturat dan Prof. Halim akan sentuh dgn lebih penting lagi ttg taalim di rumah. Ringkasnya, satu taalim di masjid kita yg kita kena menyertai dgn diri kita sendiri dan satu lagi taalim dlm rumah kita yg kita kena buat dgn penuh tggjwb. 

Semua ada niat dan azam utk wujudkan kedua2 taalim ini? InsyaAllah. Sekiranya di mana2 tempat, mana2 masjid, mana2 rumah, belum ada taalim lagi, oleh itu kita kena buat fikir bagaimana hendak wujudkannya. Oleh itu, kadang2 sekali2 dlm mesyuarat harian kita, perlu kita cakapkan ttg taalim dlm rumah kita dgn cara ringkas. Kita semua kena ambil berat supaya taalim dlm rumah dpt dibuat dgn sempurna. Ada tinggal 2 amal lagi, kalau tuan2n izinkan, beliau boleh ceritakan 2 amal itu. Boleh tak? Semua sanggup? InsyaAllah. Saya sudah cerita 3 amal harian dan satu amal ialah amal mingguan iaitu 2 gasht, satu gasht tempatan di marhalah kita dan satu gasht di masjid atau surau di kampung jiran kita. Kedua2 gasht ini dianggap sbg tulang belakang usaha kita. Tuan2 kena ingat, 2 gasht ini ialah sebenarnya tulang belakang usaha tabligh kita.

4) Gasht Pertama dan Gasht Kedua: 

Secara mana ambiya a.s buat usaha agama, 2 gasht ini adalah amalan yg paling mirip dgn usaha para ambiya a.s. Ini ialah amalan yg dpt memenuhkan dada kita dgn iman dan yakin. Sekiranya gasht kita diterima oleh Allah s.w.t, maka dakwah kita akan diterima oleh Allah s.w.t, dan bila dakwah kita diterima oleh Allah s.w.t, hidayah akan dtg dpd Allah s.w.t. Oleh itu, jgnlah kita anggap gasht kita ini sebagai amalan yg ringan. Sekiranya kita tidak memberi kepentingan kpd gasht kita, maka ia akan jadi satu adat biasa sahaja. Sekiranya amalan sebesar ini yg dianggap sebagai tulang belakang dijadikan sbg adat biasa sahaja, maka apa akan terjadi? Roh dpd usaha tempatan kita akan terkeluar. 

Oleh itu, kita kena buat usaha dgn penuh fikir. Ada gasht yg dibuat dgn penuh fikir dan ada gasht yg dibuat dgn kelalaian. Apa itu gasht yg dibuat dgn penuh fikir? Tuan2 tolong dengar. Bila kita dengar dgn sendiri kita akan tahu gasht kita ialah gasht yg penuh dgn fikir atau gasht kita penuh dgn kelalaian. Apa itu gasht yg penuh dgn fikir? Pada hari yg kita hendak buat gasht, pada malam itu kita bangun solat tahajjud dan sekiranya tidak dapat, kita doa waktu solat fajar kpd Allah s.w.t dan minta pada Allah s.w.t: 

“Ya Allah, hari ini ialah hari gasht saya, Engkau berilah pada saya taufik dan pada kawan2 saya, utk buat gahst dgn satu cara supaya Engkau akan redha, Engkau akan suka, dan Engkau akan terima gasht itu, dan Engkau akan turunkan hidayah di seluruh alam kerana gasht yg akan kami buat, dan melalui gasht ini, Engkau sukakanlah semua ahli marhalah kami, dan bangunkan semua mereka supaya mereka dpt buat usaha agama”. 

Inilah doa yg kita hendak buat pada Allah s.w.t. Usaha baginda s.a.w atau amalan baginda s.a.w ialah usaha seluruh alam, setiap amalan yg baginda buat, kesannya seluruh alam. Oleh itu, bila kita buat gasht, walaupun gasht tempatan, kesannya Allah s.w.t akan sebarkan ke seluruh alam. Dlm mesyuarat harian kita, kita kena fikirkan, sekiranya ada mana2 kawan kita dlm jemaah masjid kita yg tidak ada dlm fikir harian, kita mesyuaratkan org yg dpt ziarah dia dan ingatkan dia ttg gasht, takut2 dia lupa bahawa hari itu adalah hari gasht. Ini bertujuan supaya setiap ahli jemaah masjid kita dpt hadir dlm gasht yg kita akan buat pada petang itu. Dlm tahajjud, selepas fajar dan selepas zohor doa secara infradi. Setiap dpd kita kena mohon doa kpd Allah s.w.t:

“Ya Allah, kami akan buat gasht petang ini dan org2 yg kami hendak ziarah, bangunkan mereka semua, sediakan mereka semua supaya mereka dapat buat usaha agama dengan sempurna”. 

Sekiranya gasht dibuat selepas asar, dgn penuh adab dan usul, kita bentuk jemaah2, jemaah dlm masjid dan jemaah yg akan keluar, beri hidayat yg sempurna, adab2 yg sempurna, muzakarah di hadapan semua org supaya org yg keluar dan org yg duduk di dlm dpt buat gasht dgn penuh fikir dan dgn penuh tertib. 

Selepas itu, fikir kedua yg patut kita ada iaitu melalui gasht ini kita dpt usaha utk keluarkan jemaah tunai. Semua ahli jemaah masjid kita kena ada fikir yang sama untuk keluarkan jemaah tunai. Ini satu perkara yang penting. Fikir yang ada secara ijtimai dalam semua hati org2 Islam yang buat satu kerja, maka Allah s.w.t akan beri kenyataan pada fikir itu, Allah s.w.t akan dapat wujudkan dan buahkan fikir itu. Sekiranya pada setiap hari sebelum gasht, iaitu selama 6 hari usaha dibuat tiap2 hari, tashkil dibuat tiap2 hari, org2 diusahakan tiap2 hari supaya mereka dapat melapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t, sekiranya usaha ini ada, maka pada hari yang ke-7, insyaAllah, Allah s.w.t akan bantu dan jemaah tunai akan dpt dikeluarkan. 

Skrg kita boleh bayangkan dan fikir bersama iaitu gasht yg kita buat selama ini adakah kita buat dengan fikir dgn cara yg diberitahu tadi atau fikiran kita kosong dpd fikir tersebut. Oleh itu, semua kita harus niat iaitu kita akan buat gasht dgn penuh fikir, penuh tumpuan dan tawajjuh, dgn fikir yg diceritakan tadi. Amalan ini adalah satu amalan yg begitu penting, begitu mustahak dan begitu berkesan sehingga setiap org ahli jemaah masjid, kalau buat amalan ini dgn fikir yg diceritakan tadi, berkat dpd amalan yg kita buat ini, Allah s.w.t akan penuhkan dada2 kita dgn nur iman. Setiap hari gasht, dpd malam itu, kita kena merayu kpd Allah s.w.t, menangis kpd Allah s.w.t sptmana seorg bayi yg lapar, menangis utk dptkan susu. 

“Ya Allah, hari ini hari gasht kami, kami hendak buat gasht, terimalah gasht ini, berkat dpdnya alihkanlah setiap org dlm marhallah ini supaya semua mereka dpt buat usaha agama Allah s.w.t”.

Sebenarnya Allah s.w.t hendak melihat keinginan dan kehendak setiap hati2 org yg akan buat gasht pada hari itu. Allah s.w.t mempunyai kudrat yang mutlak untuk ubah mana2 hati manusia, tidak ada apa-apa susah untuk Allah s.w.t. Allah s.w.t ingin lihat keinginan dan kehendak hati kita yang sebenar. Ahli jemaah masjid kita sendiri perlu hidayah atau tidak? Perlu. Melalui amalan gasht ini akan terzahir, insya’Allah. Kalau kita sanggup menangis di waktu malam, waktu tahajjud kita menangis, waktu fajar kita menangis, waktu zohor kita menangis dan waktu asar kita buat fikir, menangis maksudnya kita menangis pada Allah s.w.t dengan penuh rayuan, jika kita buat demikian, maka kita akan dapat hasil dan kita akan dapat buat kerja sepertimana harus kita buat dengan penuh fikir. 

Tuan2 ada niat utk buat dgn cara itu? Insya’Allah. Begitu juga dengan gasht yang kedua, pun kita akan buat dengan fikir yang sama, dengan niat dan tujuan, matlamat, di situ kita akan bangunkan usaha tempatan. Kita akan buat gasht kedua selama beberapa minggu. Tidak memadai dengan satu atau dua minggu. Kita kena buat selama beberapa minggu dengan tujuan untuk bangunkan orang tempatan untuk buat kerja tempatan. Kita akan hantar jemaah 2½ jam untuk dapat bergaul, dapat mendekati org2 tempatan di sana. Untuk bentuk jemaah masjid di sana, kita kena sediakan mereka, targhibkan mereka supaya mereka sanggup buat 5 amal masjid. 

Untuk hendak hasilkan itu kita kena buat gasht kedua dan juga usaha melalui 2½ jam di sana, barulah usaha akan dapat dibangunkan di masjid jiran tersebut. Sekiranya kita buat usaha di masjid kedua ini dengan semangat yang betul, fikir yg betul, insyaAllah, dalam sebulan mungkin usaha akan dapat dibangunkan di situ. Bila usaha sudah dibangunkan disana, selepas itu, kita boleh mesyuaratkan masjid yg seterusnya untuk buat gasht kedua. Sekiranya semua masjid yg kita  buat usaha melalui gasht kedua dpt dibangunkan dan buat usaha agama, lama-kelamaan tidak akan tinggal satu masjid pun di mana tidak ada usaha tempatan.

5) Keluar 3 hari Setiap Bulan: 

Amalan yg kelima ialah keluar 3 hari setiap bulan dgn menetapkan minggu mana yg kita akan keluar dan kita kena usahakan supaya jemaah sempurna dpd masjid kita dpt keluar 3 hari ke kampung berdekatan. Setiap ahli jemaah masjid kena fikir dan menentukan minggu mana dia hendak keluar selama 3 hari. Pada minggu yg telah ditetapkan, maka dia kena usaha sedaya upaya supaya kekal pada minggu itu. Sekiranya dia telah menentukan minggu dan terus keluar pada minggu itu, maka keluar dia ini akan jadi asbab utk peningkatan iman dia. 

Urusan2 duniawi tidak akan menghalang dia utk keluar pada minggu yg dia telah tetapkan. Sekiranya kita ubah2 minggu yg kita telah tetapkan kerana takazah atau keperluan duniawi, maka sampai bila pun iman tidak akan bertambah dlm dada kita. Nur iman akan bertambah dan masuk ke dlm hati sanubari kita bila kita keluar 3 hari pada minggu yg kita sudah tetapkan dgn penuh pengorbanan dan kita dpt awalkan atau lewatkan keperluan duniawi kita. Sekiranya kita buat usaha setiap hari dan buat tashkil tiap2 hari utk keluarkan org di jln Allah s.w.t selama 3 hari, bila semua org buat kerja tiap2 hari, insyaAllah, pada tiap2 minggu yg kita sudah tetapkan, maka jemaah2 tunai akan dpt dikeluarkan di jln Allah s.w.t.

Sepertimana yg diberitahu tadi, ada gasht yg penuh dgn fikir dan ada gasht yg dibuat dgn kelalaian. Begitu juga dgn 3 hari kita, ada 3 hari yg penuh dgn fikir dan ada 3 hari yg dibuat dgn kelalaian. Apa itu 3 hari lalai? Iaitu beberapa org dpd ahli jemaah masjid yg dapat kita sediakan dan selepas itu kita keluar di jalan Allah s.w.t selama 3 hari. Sekiranya ada orang tidak sedia, maka kita pun ‘joint’ dengan jemaah jiran atau masjid jiran dan kita keluar 3 hari. 3 hari yg lalai ialah kita bergantung pada ahli jemaah masjid kita, kita cuma usaha atas jemaah masjid yg sudah terbentuk, sekiranya korum cukup, kita keluar 3 hari dan sekira nya korum tidak cukup, kita ‘joint’ dgn jemaah jiran utk sempurnakan jemaah. 3 hari dengan penuh fikir pula ialah setiap ahli jemaah masjid kita ada fikir bagaimana setiap lelaki baligh dlm marhallah kita dpt keluar ke jln Allah s.w.t. Fikir ini ada pada semua org. 

Jemaah masjid yg boleh dianggap sbg jemaah yg buat kerja dgn fikir utk keluarkan jemaah 3 hari ialah bila jemaah2 tiga hari keluar, maka dlm jemaah itu sentiasa ada org baru dari marhallah itu keluar 3 hari. Dikatakan tahap tertinggi mana2 jemaah masjid ialah setiap kali keluar 3 hari maka akan ada org2 baru bersama dgn jemaah itu. Setiap ahli jemaah masjid kena fikir supaya org2 baru sentiasa dpt keluar 3 hari. Sekiranya tidak ada org2 baru yg keluar selama 3 hari, maksudnya jemaah masjid ini sedang buat usaha di tempat dia tanpa risau dan fikir. Usaha 2½ jam mereka mesti lemah. Sekiranya jemaah masjid buat usaha dgn penuh kerisauan dan kesedihan dlm hati utk setiap org di tempat itu, insyaAllah, setiap kali jemaah keluar 3 hari, org2 baru dari kawasan itu akan ikut serta. Bila org2 baru sentiasa keluar 3 hari, org2 baru sentiasa ada dalam jemaah 3 hari, maka akan ada penambahan org2 yang sanggup buat kerja agama. Org2 baru inilah yang akan libatkan diri mereka dalam 5 amal. 

Mereka akan jadi orang beramal, mereka akan solat, mereka akan menyertai gasht kita, mereka akan duduk bersama dalam mesyuarat harian, mereka akan buat zikir pagi dan petang, mereka akan baca Quran hari2 dan mereka akan duduk dlm halaqah ta’alim. Dengan cara ini maka dalam marhallah kita akan wujud suasana amal agama. Begitu juga dalam masjid kita akan wujud suasana amal. Org2 yg duduk dalam taalim harian akan bertambah, org2 yang datang solat jemaah akan bertambah, bilangan rumah2 baru yang akan buat ta’alim akan bertambah. Bila org2 baru keluar di jalan Allah s.w.t, maka dlm marhallah kita akan bertambah suasana keagamaan, dlm masjid kita akan bertambah suasana amal agama dan dlm tiap2 rumah org baru yg keluar di jln Allah akan bertambah suasana keagamaan. Jemaah masjid yg buat usaha dgn penuh fikir di tempat2 mereka, maka hasil dpd usaha itu, hari ini ada ratusan masjid di sini skrg di mana marhallah2 mereka 100% org dtg solat.

Bila kita buat usaha dgn penuh fikir utk keluarkan org2 baru dlm jemaah 3 hari ini, maka insya’Allah, akan bertambah lah org2 yang akan buat usaha agama di tempat kita. Dalam keadaan karguzari kita sekarang ini, apa keadaan kita tuan2 yg mulia? Berapa ahli jemaah masjid, 15 orang? Berapa orang lelaki baligh di kampung tuan2, 300 orang? Kita kena fikir 300 orang yang tidak dapat buat usaha agama, sebenarnya mereka pun diutuskan oleh Allah s.w.t untuk buat usaha agama. 300 orang itu pun kena duduk dalam ta’alim, 300 orang itu pun kena buat usaha agama, 300 orang itu pun kena buat usaha jemaah masjid, untuk itulah Allah s.w.t hantar mereka ke dunia ini. 

Kita kena usaha supaya setiap orang lelaki yang baligh di tempat kita dan bawa mereka supaya semua mereka dapat buat 5 amal. Sekiranya kita buat dengan fikir macam ini, maka bilangan ahli jemaah masjid kita akan bertambah tiap2 hari atau tiap2 minggu. Contoh, satu jemaah masjid keluar pada minggu pertama, dalam jemaah 3 hari, ada 5 orang baru, bila mereka keluar 3 hari dalam suasana amal agama, jasbah mereka bertambah, semangat untuk agama bertambah. Kita org2 lama, bila bawa org2 baru, kita kena doa untuk mereka: 

“Ya Allah, mereka sudah keluar 3 hari bersama kami, tarbiyahlah mereka, didiklah mereka, jadikanlah mereka supaya mereka ini akan buat usaha agama bersama2 dgn kami”. 

Apa maksudnya mereka akan jadi org2 harian bersama dengan kita? Iaitu hari2 mereka dapat buat usaha tempatan bersama dengan kita. Dengan fikir dan doa inilah, kita kena gunakan mereka dan libatkan mereka dalam amalan2 selama 3 hari. Sebelum jemaah itu balik, sebelum wafsi, kita tanya mereka supaya mereka buat azam dan niat, apa niat dan azam? Supaya mereka ada azam dan niat untuk keluar 4 bulan, 40 hari. Oleh kerana mereka berada dalam suasana dakwah selama 3 hari, suasana amal ibadah selama 3 hari, semangat mereka terbina, apa juga niat yang kita mahu mereka buat untuk agama Allah s.w.t, mereka akan cakap, “Ya, saya niat dan azam insyaAllah”. Sekiranya kita suruh mereka azam dan niat untuk 4 bulan, 40 hari, mereka akan sanggup buat azam tersebut dan pada bulan yang akan datang, pada minggu yang sudah ditetapkan, kita suruh mereka buat azam supaya bulan depan mereka dapat keluar 3 hari, mereka akan sedia, mereka akan cakap, insyaAllah saya akan keluar bulan depan juga.

Kita cerita pada mereka usaha tempatan yang kita buat, targhib mereka dan tanya mereka kalau mereka boleh bagi sedikit masa tiap-tiap hari dalam usaha agama, untuk itu pun mereka akan cakap, “insya’Allah, saya sanggup”. Tidak cukup dengan itu, kita kena bawa dan kembalikan mereka selepas 3 hari sebagai seorang da’i. Macamana mereka hendak jadi da’i? Beri kepada mereka target dan matlamat, iaitu kita hendak keluar bulan depan, ada sebulan lagi, dalam masa sebulan ini, tuan boleh sediakan berapa orang bersama dengan kita untuk keluar 3 hari? Kesemua mereka akan buat azam dan niat. Sekarang, bila mereka balik selepas 3 hari dan azam untuk buat semua kerja bersama dengan kita, sekarang mereka sudah jadi ahli jemaah masjid atau tidak? Sudah. 

Azam yg mereka buat dlm suasana nurani, memang mudah hendak buat niat untuk buat kerja yang baik tetapi bila balik ke tempat mereka, mereka balik kepada kegelapan biasa, maka hendak amalkan apa yang mereka niat, sudah jadi susah. Oleh itu, kita tidak boleh tinggalkan mereka, terus kita kena ziarah mereka, targhib mereka, pujuk-rayu mereka supaya mereka dapat bersama2 dengan kita. Skrg mereka sudah buat azam dan niat tetapi utk kekalkan mereka atas niat mereka, ini ialah tggjwb jemaah masjid. Usaha kena dibuat supaya mereka dpt menyertai ta’alim, gasht dsbnya, usaha kena dibuat oleh jemaah masjid, barulah mereka akan bersama2 dgn kita. 

Sekiranya kita buat kerja dengan fikir ini, dan keluarkan org2 baru dengan fikir ini, dapat didik dan tarbiyah mereka dengan fikir yang diceritakan tadi, mereka balik dengan semangat, dengan cara ini bila kita buat usaha, jemaah masjid kita akan bertambah atau tidak? Setiap bulan orang keluar 3 hari akan bertambah atau tidak? Org2 yang menyertai dalam majlis ta’alim akan bertambah atau tidak? Oleh itu, usaha utk keluarkan org2 baru dikawasan kita untuk 3 hari ialah satu fikir yang harus meliputi kita selama 24 jam dan tidak cukup dengan fikir sahaja, kita juga kena doa utk mereka supaya mereka dpt keluar bersama dgn kita.

Tempat yang kita keluar selama 3 hari, di situ pun kita ada target iaitu jemaah tunai dapat dikeluarkan di sana, jemaah masjid dapat dibentuk dan orang2 yg jemaah masjid sudah terbentuk, kita kena usaha supaya mereka dapat dikekalkan atas usaha mereka, dikekalkan atas azam yang mereka buat, itu pun tggjwb kita yang keluar 3 hari ke sana. Semua diharap dapat buat dengan cara ini, insya’Allah. Semua niat, insya’Allah. Bersama-sama dengan itu, kita tidak harus lupa pada diri kita dimana amal2 infradi harus dijaga iaitu zikir, Quran, solat2 sunat, semua ini kita kena jaga. Kita tidak harus lalai terhadap amal2 infradi kita. Kadang-kala syaitan lupakan kita daripada amal infradi dan dia sibukkan kita dengan usaha dakwah sahaja, kita fikir kita ini banyak buat usaha dakwah. 

Bila kita dapat sempurnakan tasbih pagi-petang, barulah dalam dakwah akan ada roh. Kalau tasbihat tidak dapat disempurnakan, maka roh dakwah tidak ada. Dakwah tidak boleh dibuat dengan sifat kelalaian. Dakwah kena dibuat dengan sifat ada kehadiran hati terhadap Allah s.w.t dan melalui tasbihat kita pagi dan petang, dpt wujudkan tumpuan hati kita pada Allah s.w.t. Bersama2 dgn itu, kita kena duduk dlm marhallah kita sbg seorg yg begitu prihatin terhadap setiap org dlm marhalah kita. Begitu juga dgn muamalat, muasyarat dan akhlak kita, kena baik bersama2 dgn org yg kita duduk. Kita kena jaga supaya mana2 org tidak menuding jari terhadap kita. Sekiranya kita buat usaha dgn cara ini, kita tidak tahu, Allah s.w.t akan jadikan asbab dan perantaraan hidayah utk beribu2 manusia. Org yg berusaha utk hafal Quran, dikatakan dia akan dikumpulkan di mahsyar nanti bersama dgn org2 yg sudah hafal Quran. 

Org2 yg buat usaha sahabat2, usaha ambiya a.s sbg usaha mereka sendiri, tidakkah mereka ini akan dibangkitkan bersama2 dgn sahabat2 di mahsyar nanti? InsyaAllah, org2 yg diterima oleh Allah s.w.t sbg org2 yg buat usaha sahabat2 ini, dipadang Mahsyar nanti, di hari qiamat, mereka akan dibangkitkan bersama2 dgn para sahabat r.a. Sesiapa yg diterima oleh Allah s.w.t dlm usaha agama ini, dia sendiri akan dpt lihat khair dan berkat, kebaikan dan keberkatan alm hidupnya dgn mata dia sendiri. Sesiapa yg jadikan usaha agama sbg fikir dia, maka Allah s.w.t akan bereskan urusan2 dia dgn bantuan ghaibNya. Sptmana Allah s.w.t bereskan urusan2 ambiya a.s, begitulah Allah s.w.t akan bereskan urusan2 org2 yg jadikan usaha ambiya a.s sbg usahanya sendiri.

Oleh itu, tuan2 yang mulia, sepertimana saya cakap awal2 tadi, saya ulang semula, kita kena buat niat iaitu kita akan jadikan usaha baginda s.a.w sebagai usaha kita, kita pegang amanah ini sebagai maksud hidup kita, kita akan hidup atas muka bumi dengan kerja ini dan kita akan mati bersama-sama dgn kerja ini. Bila kita bawa diri kita atas niat tadi, maka semua amal2 kita, usaha tempatan dan usaha luar, semua kerja2 itu akan jadi mudah untuk kita.  Sekiranya kita tidak bawa niat tadi ke dalam diri kita, maka semua kerja kita, kerja tempatan dan khususi kita, semua akan jadi susah untuk kita. 

Agama seorang Islam ada kaitan yg rapat dengan usaha agama yg dia buat. Orang Islam, bila dia tidak buat usaha agama, maka susah utk dia hendak amalkan agama dan agama akan keluar dpd kehidupan dia, agama akan keluar dpd rumah dia, agama akan keluar dpd anak-isteri dia. Oleh itu, setiap org beriman, setiap org Islam, kena dibangunkan atas kerja ini. Kita tidak tahu berapa ramai dpd tuan-tuan, Allah s.w.t akan jadikan sbg asbab hidayah utk manusia2 yg lain. Semua niat dan azam, insya’Allah, semoga Allah terima tuan2. 

No comments:

Post a Comment