(mesyuarat malaysia nizamuddin - 08/09/98). Kerja agama adalah kerja yang sangat mulia. Oleh itu ia mempunyai musuhnya. Org yang membuat usaha ini sentiasa ditipu daya oleh syaitan supaya meninggalkan kerja yg suci murni ini. Oleh itu org tua2 kita di masjid Banglawali telah memanggil org tggjwb di seluruh dunia supaya mereka dapat membuat kerja dgn satu cara dan satu kaedah yg betul. Tujuan usaha ini dibuat supaya 6 prinsip dapat tertanam di setiap hati org2 yg melakukan kerja ini. Melalui usaha ini hakikat kalimah dapat tertanam di jiwa, solat kita dpt mencegah fahsa dan mungkar, kita juga dpt mengingati Allah s.w.t dlm setiap masa dan keadaan.
Disamping itu kita membuat usaha ini utk membawa akhlak mulia, mengikhlaskan amalan dan membuat pengorbanan atas agama. Org yang membuat usaha tetapi lupa untuk mengislahkan diri seperti org buta membawa pelita dalam malam hari di mana pelita itu dapat menyinari orang lain tetapi org yg buta tidak mendpt apa2, mengikut Almarhum Inamul Hassan. Maulana Yusuf pernah memberitahu kepada org tggjwb yg dtg ke masjid Banglawali ialah kamu perlu cakap seperti apa yang kami cakap tetapi jikalau kamu tidak datang ke mari kamu akan membuat usaha mengikut fikir sendiri. Banyak usaha, usaha atas nama usaha agama di seluruh dunia . Tetapi usaha agama mempunyai tertib tersendiri. Oleh itu mereka perlu datang ke masjid Banglawali. Semua yang membuat usaha agama perlu sentiasa niat untuk belajar. Maulana Yusuf pernah ditanya oleh orang bahawa kamu telah banyak mengetahui, tetapi Maulana Yusuf memberitahu usaha ini seperti kitab besar dan saya hanya mengetahui selembar dari kitab itu.
Syaitan hari ini telah menyembelih ramai org yg membuat usaha ini dgn menyatakan saya sudah tahu. Oleh itu ia tidak mahu dtg ke Nizamuddin. Usaha agama cantuman 2 usaha iaitu usaha keluar ke jln Allah s.w.t dan membuat usaha tempatan. Cantuman ini seperti 2 roda kenderaan. Kenderaan tidak boleh bergerak dgn satu roda. Usaha ini tidak dapat berjalan dengan baik tanpa membuat 2 perkara tadi. Jika kita asyik keluar sahaja tanpa membuat usaha tempatan kita tidak dapat maksud kerja ini, seperti juga jikalau membuat kerja tempatan sahaja kita juga tidak akan mencapai maksud kerja ini. Jika kita buat kedua-dua sekali barulah dikatakan kita telah membuat usaha cara tertib Nabi s.a.w. Bentuk usaha yg dibuat sekarang bukanlah maksud sebenar, ttpi bentuk usaha yg sebenarnya iaitu usaha utk membawa kesempurnaan agama seperti yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Bagaimana agama yg hidup di masjid Nabawi dpt dihidupkan di masjid kita, agama yg hidup di rumah2 sahabat dpt dihidup kan di rumah2 kita dan tahap agama di pasar2 di Madinah dapat dihidupkan di pasar2 kita. Oleh itu melalui usaha tempatan yang kita diminta melakukan ialah bertujuan sedikit demi sedikit amal masjid Nabawi dapat dibentuk di masjid kita. 5 amalan masjid ini jika dibuat akan menghapuskan penyakit2 rohani di kampung kita. Jika 5 amalan masjid ini kita tidak buat kita tidak dapat diislahkan seperti yg diharapkan. Suasana amalan akan hidup di marhalah kita hanya melalui 5 amalan masjid. Jikalau 5 amalan masjid lemah, org yg pernah keluar walaupun telah membuat amal yg paling tinggi ia pun akan menjadi lemah. Hari ini kita telah tahu 5 amalan dan dapat membayankannya tetapi sejauh mana kita telah membuat usaha bersungguh2.
Kebimbangan Maulana Ilyas rah. ialah mrk membuat usaha ttpi sebenarnya ia tidak membuat usaha. Kesempurnaan seseorg itu membuat usaha ialah apb membuat usaha jemaah masjidnya, di samping meningkatkan korbannya. Org lama pula perlu mengikatkan diri dgn kerja tempatan spt menjaga gasht pertama dan kedua. Kita yg sdg membuat usaha ini perlu mengganggap kita sentiasa dlm rawatan. Segala aspek2 kerja ini jikalau kita buat maka kita akan dpt diislahkan. Jika niat kita dlm membuat usaha ini utk islah diri maka kita akan sentiasa menjaga segala aspek kerja tempatan. Org2 tua (eldest) kita sentiasa meminta kita dtg ke masjid Banglawali supaya kita dpt memahami segala aspek kerja ini. Org yg membuat 5 amalan masjid ialah org yg mempunyai fikir utk membina akhiratnya.
Lima amalan masjid ini bukan satu amalan yg ringan, ttpi amalan yg dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan sahabat sehingga iman, akhlak, korban mrk dpt dibina. Sahabat membuat usaha ini sehingga akhir hayat mrk, ttpi masih belum berpuas hati dgn iman mrk. Oleh itu kita perlu mengambil berat dan memikirkannya dan juga memikirkan sebanyak mungkin jemaah dpt dikeluarkan dari masjid kita. Dlm membuat usaha jemaah masjid perlu diusahakan bagaimana utk menambah org yg dtg bersolat, duduk dlm taalim dan duduk dlm bayan kita. Perlu difikirkan juga bagaimana rakan2 yg pernah keluar dpt bersama membuat usaha tempatan, supaya masa, wang ringgit yg telah banyak digunakan utk keluar dpt dimanafaatkan. Jikalau beliau balik ke masjid mrk tidak meneruskan kerja yg telah dipelajari itu, ia adalah satu kerugian besar. Jikalau kita tidak mengimbangi kedua2 kerja maka kita akan rugi, masjid kita rugi dan org tempatan kita juga akan rugi.
Perkara ini penting utk org lama atau org baru. Sebenarnya syaitan telah banyak menipu karkun seluruh dunia supaya hanya mementingkan keluar ke jln Allah shj tanpa menitikberatkan membuat kerja tempatan. Dlm kepulangan sahabat dari satu perang jihad, Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa skrg kita telah kembali dari jihad kecil kpd jihad besar. Dlm mesyuarat Malaysia yg akan dtg laporan penambahan jemaah masjid perlu dimaklumkan, jumlah org yg membuat gasht, penambahan yg duduk taalim dan penambahan yg duduk pada hari gasht. Perlu kita wujudkan dlm diri kita tujuan kita membuat usaha ini ialah utk mengislahkan diri dan apb kita tidak titikberatkan utk membuat usaha tempatan maka kita telah diselewengkan oleh syaitan. Oleh itu kita perlu bangun utk membuat kerja tempatan.
Kerja Pertama:
Asas kerja iaitu mesyuarat harian slps mana2 waktu solat harian. Semua ahli jemaah perlu duduk dlm mesyuarat ini. Mesyuarat perlu dibuat dgn penuh fikir bagaimana kita dpt sempurnakan takazah agama, ramai jemaah dpt dibentuk dan org Islam yg akil baligh dpt solat berjemaah di masjid. Bagaimana suasana agama dpt diwujudkan di rumah2, di khariah kita. Utk mencapai maksud mesyuarat ini ialah dgn membentuk jemaah 2½ jam bergerak dari rumah ke rumah.
Kerja Kedua:
Kerja yang dibuat dalam 2½ jam adalah seperti berikut:
1). Fikir rakan2 seusaha yg telah lemah, satu jemaah dibentuk utk menziarahi mrk supaya mereka membuat semula usaha.
2). Satu jemaah usuli org2 yang telah berazam dan niat untuk keluar ke jalan Allah.
3). Usaha yg berterusan ziarah dari rumah ke rumah utk membentang nilai kalimah, keuntungan amal agama, kerugian meninggalkan amal agama dan beri kelebihan amal dan bentangkan kepentingan keluar ke jln Allah 4 bln, 40 hari dan 3 hari.
Seterusnya bawa ke tahap kesempurnaan agama yg mampu diaksanakan spt dtg solat berjemaah. Seterusnya sediakan mrk bersama memberi masa 2½ jam utk memakmurkan rumah Allah s.w.t sbg satu sumbangannya sbg org muslim. Apb kita membuat bersungguh2 secara berterusan dan beristiqamah, org tempatan akan dtg perlahan2 memakmurkan masjid. Dgn ini bayangan keadaan masjid Nabawi akan dpt diwujudkan di masjid kita. Target usaha 2½ jam ialah suatu masa org tempatan akan bersama2 membuat amal masjid.
Masjid yg telah menghidupkan 5 amal masjid, penambahan ahli khariah yg membuat kerja perlu dibuat. Usaha harian adalah makanan rohani kpd org yg membuat usaha agama bagi membina sifat2 mulia. Jika kita membuat kerja dakwah tanpa membuat kerja harian, kita akan kehilangan makanan rohani. Org lama dan baru yg membuat kerja harian 2½ jam imannya akan sentiasa meningkat. Seterus nya kita perlu nusrah jemaah yg dtg ke tempat kita di mana diaturkan adanya org tempatan bersama jemaah itu. Kerja2 yg dibuat dlm masa 2½ jam ialah ziarah org sakit, ziarah keluarga yg sedang keluar ke jln Allah dan ziarah alim ulamak.
Kerja Ketiga:
Seterusnya kita kena wujudkan halaqah taalim di rumah dan halaqah taalim di masjid. Taalim di rumah bertujuan utk menghidupkan suasana agama di rumah kita. Kerja wanita ialah bagai mana utk menghidupkan halaqah taalim di rumah, solat awal waktu, berzikir dan mengaji Al-Quran, bertasbih pagi dan petang, didik anak2 dlm agama dan galakkan suami keluar ke jln Allah. Utk menambah kan ahli khariah dpt menghidupkan halaqah taalim di rumah targhib perlu dibuat semasa ziarah 2½ jam. Tunjukkan mnafaat dan keuntungan membaca taalim di rumah, targhib perlu dibuat secara berterusan.
Kerja Keempat:
Ialah gasht pertama di masjid sendiri dan gasht kedua di masjid jiran. Dlm gasht kita usaha keluarkan jemaah tunai. Sekiranya usaha berterusan setiap minggu jemaah 3 hari dapat dibentuk.
Kerja Kelima:
Setiap ahli jemaah perlu keluar 3 hari setiap bulan dan keluar 72 jam, usahakan 1 org lama membawa bersamanya 10 org baru.
No comments:
Post a Comment