Tuesday, January 13, 2015

BAYAN MEIJI MEHRAB

(17/08/1992 - mesyuarat malaysia 1992). Al-Quran dan Hadith sudah cukup. Tiada lagi nasihat yg lain yg lebih baik dpd itu. Telah berkali2 saya dgr dpd org2 tua di Nizamuddin ini bahawa usaha tabligh bukan ada maksud yg lain dpd hendak membawa ke dlm diri kita serta sekalian umat manusia sebagaimana kehidupan yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita telah mendgr berbagai masalah di dlm kubur dan akhirat. Kita diberitahu bagaimana kita perlu berusaha mengelak diri kita dpd diazab Allah s.w.t. Dan utk maksud itu, tidak ada lagi cara lain dpd cara yg ditunjuk kan oleh Baginda Nabi s.a.w. Malah dgn niat dan tujuan inilah kita sedang meneruskan usaha kita skrg. Apb kita mendgr org memperkatakan ttg kebesaran Allah s.w.t dgn penuh perhatian, nescaya kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. Demikian juga apbi kita mengerjakan solat dgn betul, lebih2 lagi apb kita keluar 4 bulan dgn sentiasa berada di dlm program2 dakwah dan suasana iman, maka kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. 

Maksud hidup umat akhir zaman ialah menjlnkan tugas2 dakwah atau menyambung kerja2 Rasulullah s.a.w di atas muka bumi ini. Oleh itu kita perlu belajar usul2 dan tertib2nya. Org2 yg tidak dpt keluar 4 bulan tiap2 tahun, hendaklah istiqamah dgn 40 hari. Kita perlu menyediakan org lain dan diri kita utk keluar di dlm jemaah dpd kampung kita sendiri. Soal berapa lama kita boleh keluar adalah bergantung pada taufiq dan pilihan Allah. Utk jaulah (gasht) ke atas masyarakat, berjalan dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, carilah masa yg baik di mana semua org ada di rumah. 

Bawa mereka keluar dari kesibukan dunia dan dengar berita2 akhirat (supaya dunia mereka menjadi bersih dan mendtgkan kebaikan). Ajak org2 kampung kita keluar membuat kerja2 jemaah masjid di sekitar kampung kita. Pandai2lah mengajak org ramai supaya mereka tidak menolak kerja dakwah. Menolak kerja dakwah boleh membahayakan iman mereka. Semasa jaulah tiba2 kita dapati ada org yg tergesa2 tidak dpt tunggu utk dengar cakap kita, jgnlah dia dipegang, ttpi suruh dia beritahu supaya org2 lain di tengah jln dtg ke masjid utk mengikuti program2 yg sedang dijalankan. Sebaik2 jaulah umumi ialah 10 org satu jemaah. 

Kalau tiada rakan, 2 atau 3 org pun bolehlah. Org yg hendak dilantik menjadi Amer dlm jaulah umumi hendaklah org yg lebih tua yg faham perasaan org lain, dan jurucakap (mutakallim) mestilah org yg lebih tahu keadaan di tempat berkenaan. Mutakallim mestilah bercakap dgn baik dan lemah lembut. Kita mesti bawa manusia dpd suasana2 lain kpd suasana masjid. (Akhlak yg mulia akan terbina). Bila kebesaran kerja dakwah sudah masuk ke dlm diri seseorg barulah dia akan ambil kerja ini dgn penuh tggjwb. 

Oleh itu kita perlu targhib perlahan2. Kita perlu beritahu bahawa dgn agama sahaja kita akan selamat. Kalau kita bercakap mcm ini, org alim besar pun tidak akan menentang kita. Jln utk menuju ke syurga hanya jln agama (bukan jln2 yg lain). Masa yg Allah s.w.t beri utk kita hidup mengikut agama hanya sekejap sahaja iaitu di dunia ini sebelum maut dtg. Kalau seseorg itu ada masa lapang hanya pada waktu mlm untuk buat program harian 2½ jam, boleh juga dtg ke masjid utk membuat amalan2 sunnat. 

Bagi org2 yg ada kelapangan pada siang hari, bolehlah buat ta’alim sekejap, berbincang dan bermesyuarat mengenai kedudukan kampung dan keluar jumpa manusia, ulamak dan org2 soleh. Selain dpd itu, boleh juga kita mengajar org lain, ziarah keluarga karkun yg keluar di jln Allah, nusrah jemaah yg dtg ke kampung kita. Kita perlu bentuk jemaah masjid di masjid kita (utk menjlnkan kerja2 dakwah) dan wujudkan jemaah masjid di masjid2 lain. Hendaklah fikir dan berusaha supaya setiap mukallaf di dlm kampung kita dpt ditanamkan dgn fikir agama dan kerja dakwah, kemudian mereka dididik supaya dpt berusaha utk menanam fikir agama dan kerja dakwah ke atas org lain pula.

Kalau tuan2 buat usaha (dakwah) ini dgn istiqamah, lama-kelamaan org akan faham tujuan kita. Hari ini kebanyakan manusia berusaha untuk kehidupan dunia mereka sahaja. Apabila manusia faham, mereka akan berusaha ke atas dunia mereka untuk kepentingan akhirat (dan usaha itu menjadi baik dan bersih). Apabila tuan2 meningkat maju, tuan2 dpt laksanakan kerja dakwah ini utk seluruh dunia. 

Org2 Malaysia berbakat untuk tujuan ini. Satu dpdatujuan jemaah 3 hari dikeluarkan di kawasan kita ialah supaya jemaah 3 hari dpd tempat2 lain juga dapat dikeluarkan, dan supaya setiap mukallaf lelaki dan perempuan ada fikir akhirat. Sesiapa yg dikurniakan harta kekayaan, kuasa pemerintahan dan pangkat perlulah disedari bahawa itu bukanlah satu pemberian yang besar. Itu adalah perkara umum yang Allah berikan kepada sesiapa sahaja sama ada kpd org yg beriman mahupun org kafir. 

Kurniaan Allah s.w.t yg paling berharga ialah taufiq ma’unah. Perkara ini dikurniakan kpd org beriman atau org yg Allah s.w.t kasihi sahaja. Apb manusia mati, segala harta, pangkat dan negara semuanya ditinggalkan, hanya iman dan amal sahaja yg ikut bersama. Iman akan membantu manusia di dlm kubur, di mahsyar, di titian sirat dan menjamin manusia ke syurga. Sedangkan yg lain2 semuanya tidak boleh. 

Di kalangan org2 beriman pula ada yg dikurniakan pemberian yg khusus dan istimewa, iaitu kerja nabuwwah yg dilaksanakan dengan ikhlas tanpa mencari apa2 kepentingan duniawi bagi diri sendiri, ttpi semata2 bertujuan supaya manusia beroleh keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Setiap org yg buat kerja nabi2 yg sebenar tentu bertujuan untuk menjaga diri dan mendapat rahmat Allah s.w.t serta mengelak dpd azab kemurkaanNya.

Maulana Ilyas rah. tidak pernah keluar ke seluruh dunia atau keluar negeri. Beliau hanya sampai di Lucknow dan Mewat sahaja, tetapi beliau menanam semangat supaya meneruskan usaha ini sama ada org mahu ikut atau tidak, dan suatu masa kelak org dpd seluruh dunia akan dtg ke negeri kita utk belajar usaha kenabian ini. Walaupun kerja yg kamu laksanakan sedikit ttpi (jika ikhlas dan mengikut peraturan) faedahnya sgt besar. 

Maulana Ilyas rah. sentiasa menanam ke dlm diri kami supaya istiqamah dan beliau banyak menyampaikan berita gembira mengenai masa depan kerja ini. Beliau mahu supaya setiap org sekurang2nya keluar 4 bulan sekali utk seumur hidup, 40 hari setiap tahun, 3 hari setiap bulan dan 2 jaulah setiap minggu. Disamping itu setiap wanita perlu solat pada awal waktu di rumah masing2 dan dpt jaga zikir pagi petang. Kaum lelaki pula dpt jaga solat fardhu berjemaah, zikir pagi petang, tilawah Quran dan taalim harian masing2. 

Perkara yg paling penting disedari ialah agama sudah sempurna sebagaimana yg Allah s.w.t isytiharkan : “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kpd kamu nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam sbg agama bagi kamu”. (Surah Al-Maidah : ayat 3). Allah s.w.t telah ikatkan (syaratkan) keredhaanNya hanya dgn agama yg betul, asli dan sempurna sebagaimana yg dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w. Sebanyak mana manusia dpt amalkan agama yg sempurna maka sebanyak itulah rahmat Allah s.w.t akan dtg ke atas dirinya. 

Sebaliknya sebanyak mana manusia meninggal atau menyeleweng dpd agama yg sempurna itu, maka sebanyak itulah pula laknat dan azab Allah s.w.t akan menimpa dirinya. Segala tertib yang diajar adalah untuk membolehkan kita membawa agama yang sempurna ini ke dalam diri dan kehidupan kita dan inilah tujuan enam sifat yg sebenarnya. Maulana Ilyas rah. telah menerangkan supaya keyakinan pd kalimah mesti diusaha bila sesiapa meningkat baligh (mukallaf), dan beliau sendiri meninggal dunia ketika sedang mengusahakan perkara ini utk dirinya sendiri.

Iman sentiasa bergerak sama ada semakin turun atau semakin naik. Sesiapa yg berusaha (mujahadah) utk mempertingkatkan imannya, maka imannya akan meningkat. Tetapi bila kita berhenti dpd berusaha, mahu tidak mahu iman kita akan turun dan terus turun. Hari ini rata2 manusia sentiasa bercakap tentang kelebihan dan juga kebesaran makhluk, tetapi usaha kita bertentangan dengan itu , iaitu kita bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t. 

Sesiapa yang mendengar mendapat menafaat dan sesiapa yang bercakap mengenainya (kebesaran Allah s.w.t) juga mendapat menafaat. Apabila kita mendengar perkara2 yg benar hendaklah kita tasdiqkan di dalam hati kita. Org2 yg beriman sepatutnya berasa perlu kepada iman dan ingin tingkatkan keimanan. 

Pohonlah supaya Allah s.w.t tambahkan keimanan dan berikan kekuatan di dlm diri supaya dpt tunaikan perintah Allah dan tinggalkan laranganNya. Untuk mengetahui kedudukan iman kita, tanyalah hati2 kita sendiri. Hati kita akan beritahu kita sama ada kebesaran Allah di dlm hati kita telah bertambah , cinta kepada syurga dan takut pada neraka juga bertambah, fikir akhirat bertambah, fikir dunia kian berkurangan dan sbgnya. Apa yang penting yg mesti wujud dan sentiasa bertambah ialah cinta akhirat di dlm diri kita. 

Satu perkara penting ialah, hal-hal lain Allah s.w.t sampaikan melalui Jibrail a.s ttpi utk solat, Baginda s.a.w di mikrajkan sendiri oleh Allah s.w.t. Malah Jibrail a.s pun tidak dibenarkan berada di situ. Allah s.w.t hadiahkan solat kpd Baginda Nabi s.a.w dan sekalian ummat akhir zaman. Ada tiga cara utk tingkatkan solat kita yg akan menghentikan kita daripada segala kejahatan dan kemungkaran:

1). Jgn anggap sesiapa yg meninggalkan solat sbg satu perkara ringan, ttpi hendaklah fikir serta kasihan ke atasnya dan usahakan supaya org itu dpt menjaga solatnya. (Sesiapa yg dpt mulakan solat mrk melalui usaha kita Allah akan tanamkan roh ke dlm solat kita dan memberi saham yg banyak kpd kita di akhirat)

2). Kita yang sedang mengerjakan solat hendaklah:

i.  Perbetulkan zahir solat kita (toharah, bacaan & toma’ninah)
ii. Perbetulkan batin solat kita (muraqabah, tawajjuh & tadabbur). 

Utk mencapai maksud ini kenalah pelajari ilmu Al-Quran serta masa’il dan segala gerak-geri melalui org2 yg tahu atau alim ulamak. Rasulullah s.a.w menerangkan iaitu solat yg baik adalah seolah2 kita nampak Allah atau merasakan yg Allah s.w.t sdg melihat kita zahir dan batin. Ini dinamakan Ihsan. “(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kpd Allah seolah2 engkau melihatNya (memerhatikan keadaan mu). Kiranya engkau tidak dapat melakukan yg demikian, (maka ingatlah bahawa) Allah tetap melihat kamu (memerhatikan keadaan mu)” (Hadith riwayat Muslim).

iii. Apabila selesai solat, hendaklah bersyukur terhadap kurniaan Allah s.w.t kepada kita walau apa kekurangan - dengan syukur, Allah s.w.t akan tambah nikmatnya. Di samping itu kita perlu beristighfar kerana banyak lagi keperluan dan hak-hak solat yang tidak tertunai. Doakan supaya Allah s.w.t tambahkan pimpinan (taufiq) dan perelokkan solat kita. Apabila solat kita betul, kita akan dapat buat amalan2 lain dengan betul. Kita dapat jaga haram-halal dan dpt mengelak dpd dosa. Malah apabila solat kita baik, maka lima rukun Islam pun menjadi baik (elok)

Di samping ilmu2 masa’il (masalah) utk menentukan sah-batal, halal-haram kita mesti menambahkan ilmu fadhail (fadhilat) supaya menambahkan keseronokan utk beramal dgn amalan2 yang baik dan menyedari betapa ruginya meninggalkan mana2 amal. Untuk maksud ini juga kita mesti targhibkan org lain supaya kita dapat tahu dan rasa betapa bermenafaat satu-satu amalan yang diperintahkan dan betapa ruginya melakukan satu-satu kemungkaran. Dengan tarbiyah ini manusia akan cinta kepada amal dan benci kepada perkara2 yg dilarang. 

Hadzratji Maulana Inamul Hasan telah memberitahu bahawa ilmu2 fadhail  ada kaitan secara langsung dgn iman kita, iaitu suka kepada amalan yang baik dan benci kepada amalan2 yang buruk. Kesan amalan2 dunia boleh membawa kepada kelalaian walaupun halal. Utk mengelakkan kelalaian ialah melapangkan masa utk berzikir dan itulah amalan seluruh para ahlullah, ambiya dan auliya.

Ada tiga jalan untuk membetulkan zikir kita kepada Allah s.w.t iaitu:

1. Hendaklah selalu dakwah dan targhib orang lain tentang zikrullah.
2. Hendaklah jaga dan istiqamah dengan amalan-amalan zikir kita.
3. Doa kepada Allah s.w.t supaya kita sentiasa ingat kepadaNya dengan sebenar (tadharru’ dan khusyu’).

Melaui ikram, kita dapat betulkan akhlak kita. Untuk melengkapi kehendak ikram, kita mesti menambahkan fikir untuk menunai dan mempertingkatkan perlaksanaan tugas terhadap hak orang lain ke atas diri kita. Melalui pembetulan akhlak kita ke arah yang lebih baik, ummat yang berpecah akan dapat bersatu kembali dan orang-orang kafir yang liar akan datang kepada Islam. Pergaulan yang sempit dan sikap sombong adalah berlawanan dengan maksud ini. Kita dapat berakhlak dan menunaikan hak orang lain melalui kesedaran di dalam diri kita tentang sifat-sifat orang beriman. Org2 yg mempunyai iman yang paling kecil atau paling sedikit, Allah s.w.t akan beri syurga 10 kali ganda lebih besar daripada dunia ini.

Cara-cara untuk memenuhi dan membetulkan diri kita terhadap tuntutan ini ialah:

1. Targhib & tarbiyah org lain ttg sifat2 org beriman (walau dia jahil,dia ada harga)-dakwah kpd perpaduan.

2. Kerana sedar setiap orang yang ada kalimah di dalam dirinya adalah berharga, maka kita muliakan dia.

3. Berdoa supaya Allah s.w.t letakkan rasa cinta di dalam hati kita terhadap org2 Islam.

Ikhlas adalah perkara yg amat penting, ianya cabang iman. Perkara2 lain yg diperintahkan dan dilarang sudah diberitahu oleh Baginda s.a.w dpd Allah s.w.t ttpi ikhlas adalah rahsia yg tidak diberitahu kpd sesiapa walau Nabi s.a.w dan Jibrail a.s sendiri. Niat yg betul dan bersih diperintahkan Allah s.w.t  Allah s.w.t akan beritahu kita semua di akhirat kelak. Masa itu baru kita akan mengerti. Satu amal yg kecil, jika dibuat dgn ikhlas dan diterima oleh Allah s.w.t boleh menghapuskan semua dosa dan kita akan dimasuk kan ke dlm syurga. Ingatlah! Rahmat Allah s.w.t itu luas. Contohnya, seorg pelacur yg memberi minum kpd anjing yg dahaga dgn ikhlas telah menyebabkan dosanya diampun dan dia dijamin syurga. Sebaliknya, amal sebesar dan sebanyak mana sekalipun jika tanpa ikhlas boleh menyebabkan seseorg itu dihumban ke dlm neraka.

Untuk berusaha ke atas ikhlas, supaya kita mencapai hakikat ikhlas ialah:

1. Dakwah orang lain tentang ikhlas, dan tarbiyah orang lain supaya bersikap ikhlas.
2. Laksanakan segala amal dengan ikhlas.
3. Doa kepada Allah supaya dia kurniakan keikhlasan kepada kita.

Sebelum kita laksanakan sesuatu perkara hendaklah semak hati dan perbetulkan niat kita. Maulana Yusuf rah. menerangkan bahawa semua manusia perlu dikeluarkan (diselamatkan) dpd salah faham terhadap diri dan harta benda mereka. Salah faham yg paling ketara ialah manusia berasa diri dan harta mereka itu adalah kepunyaan mereka, sedangkan Allah s.w.t memberitahu bahawa Dia telah membeli seluruh harta dan diri org2 beriman utk dibayar dgn syurga supaya dipergunakan bagi mendakwah dan memperjuang kan agamaNya di dunia, walau sampai peringkat berperang dan mati kerana itu. 

Harta dan diri kita adalah amanah Allah s.w.t kpd kita. FirmanNya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dpd org2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga utk mrk. Mereka berperang di jln Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. (Itu telah menjadi) janji yg benar dpd Allah di dlm Taurat, Injil dan Al-Quran”.  (Surah At Taubah:111). 

Harta dan diri kita sudah dijual kpd Allah dan diamanah utk digunakan di dlm urusan agamaNya. Allah Maha kaya. Dia tidak perlukan harta dan diri kita. Dia menjadikan kita dan mengurniakan harta kpd kita, kemudian Dia membelinya (diri dan harta kita) dan dijanjikan bayarannya dgn syurga, ttpi diri dan harta itu diamanahkan supaya kita mempergunakannya mengikut kehendak2Nya. Ini kemurahan Nya.

Tujuan penggunaan harta dan diri ialah:

1). Mendakwah manusia supaya faham dan berpegang dgn kalimah ‘Lailahaillallah-Muhammadur Rasulullah’

2). Digunakan utk berkhidmat dan membantu anak2 yatim, org2 miskin, org2 melarat, masjid2 dan madrasah2.

3). Digunakan ke atas diri dan keluarga secara halal.

Pada hari ini ramai org yg mencari harta dan berbelanja dgn cara yang salah. Kita mesti mencari dan menggunakan harta mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Seterusnya hendaklah kita buat kerja dakwah dgn kasih sayang di antara satu sama lain dan hormat-menghormati. Tingkatkan kasih-sayang di antara kita. Mintalah nasihat dpd org2 lama kita, kemudia barulah kita laksanakan kerja ini. 

Dgn cara itu barulah tidak timbul pecah belah. Kesatuan hati dan kasih-sayang di antara kita adalah penting. Buatlah kerja ini dgn mesyuarat dan rujuklah kpd org2 lama kita. Jgn kita buat silap sampai berpecah dgn kawan2. Pada zaman Hadzratji Maulana Yusuf  rah. ada jemaah2 yang dibentuk untuk buat jaulah umumi, ttpi mereka tidak dpt keluar kerana hujan lebat. 

Apabila Maulana Yusuf rah. bertanya mengapa mereka tidak dpt keluar, lalu mrk menjawab - kerana hujan. Maka Maulana Yusuf rah. telah menunjuk ke arah org2 yg sedang berbasikal ke pejabat, ke kedai dan lain2 lagi di dalam hujan itu. Ini bererti bahawa kerja dakwah mesti dijlnkan walau di dlm apa keadaan sekalipun. Seorg pekedai sanggup tinggalkan hidangan bila pelanggannya dtg. Kita juga mesti menjaga kerja dakwah dan solat bila sampai masanya. Jgn lagi mengutamakan kerja2 lain. Apb dtg qiamat semua makhluk akan binasa, ttpi iman dan amal tidak binasa.

Semua kerja dpt diselesaikan dgn (pertolongan) kuasa Allah s.w.t, bukannya dgn wang atau kepandaian kita. Oleh itu kita mesti letakkan kebesaran Allah di dlm hati kita dan buangkan kebesaran makhluk. Patung berhala yg diperbuat dpd emas tidak dpt berbuat apa2 ttpi bila dipecahkan menjadi wang ia boleh buat apa shj. Maka manusia yg yakin kpd wang (kertas dan logam) sama spt manusia yg yakin kpd berhala. 

Manusia tidak nampak kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t yg menyelesaikan masalah kita, bukannya dgn yg lain dan bukan juga wang. Rezeki bukan dpd kedai, pejabat atau kebun kita (pada hakikatnya) Segala apa yg berlaku semuanya dtg dpd Allah s.w.t. Satu dpd keyakinan yg rosak ialah walau kita tidak yakin kpd wang di dlm saku org lain, kita yakin kpd wang di dlm saku sendiri. 

Bila waham dtg, iman pun kabur, iaitu hati senang bila ada wang, dan hati susah bila wang tiada, sama dgn keyakinan sebahagian tentera2 Islam di dlm peperangan Hunain, yg berasa senang melihat tentera2 kafir sedikit dan tentera Islam ramai, lalu Allah kalahkan pihak tentera Islam - Allah tidak tolong. Kita mesti yakin bahawa segala sesuatu dtg dpd Allah s.w.t. Pohonlah sesuatu dpd khazanahNya. Bila keyakinan kpd makhluk keluar dpd hati kita barulah iman (keyakinan kpd khaliq) akan masuk ke dlm hati kita. 

Para sahabat r.a tidak balik ke rumah selagi tugas2 belum diselesaikan dgn sempurna. Allah s.w.t telah beri pertolongan yg luar biasa kpd para sahabat r.a, ttpi lihatlah pengorbanan mrk. Kadang2 mereka terpaksa berlapar kerana agama. Seorg yg terpaksa berlapar krn agama Allah, Allah s.w.t memandangnya dgn pandangan rahmat. Manusia tidak mati kerana lapar ttpi manusia mati kerana habis umur (sampai ajal) dan kita tidak akan mati sebelum rezeki kita habis.  

No comments:

Post a Comment