Tuesday, January 13, 2015

MUZAKARAH KERJA BHAI FAROUK (JEMAAH MASJID)

(04/04/2015 – sri petaling - Jor Karkun 4B). Tuan2 yg mulia. Nabi s.a.w adalah nabi yg mempunyai kedudukan yg tertinggi dan paling mulia. Slps nabi s.a.w tidak akan ada nabi lagi akan dihantar. Nabi s.aw ada khatamunnabiyyin, penutup bagi segala nabi. Dgn keberkatan khatamunnabiyyin, Allah telah bagi kerja yg sama pd kita. Kita adalah naib nabi s.a.w, pembantu nabi s.a.w, kita bertggjwb atas usaha nabi s.a.w. Setiap individu umat ini samada lelaki atau wanita bertggjwb keatas seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari kiamat. Kita kena faham t/jawab kita. Ada 2 bahagian usaha. 

Pertama, keluar jauh2 di jln Allah s.w.t. Kedua, buat usaha tempatan. Kedua-dua bentuk usaha ini telah dibuat secara amali oleh nabi dan sahabat dan tunjukkan pd kita. Bila ada takazah, mereka semua keluar di jln Allah. keluar lagi dan lagi sehingga dikatakan dlm masa 10 thn di madinah nabi telah hantar 150 jemaah keluar dari madinah. Dan Nabi sendiri telah meyertai dlm 25 jemaah. Bila balik dari keluar di jln Allah, semua sahabat bagi masa utk buat usaha tempatan. Kedua-dua usaha sangat penting. Keluar di jln Allah penting. Buat usaha tempatan pun penting. Seperti seekor burung ada 2 sayap. Kalau ada 1 sayap tak boleh terbang. Khuruj dan usaha makami sgt penting.

Ehsan dari Allah terhadap kita semua, Allah telah hubungkan kita dgn usaha agama. Satu nikmat yg sgt besar. Akan ttpi ada sebahagian dari kita keluar di jln Allah tapi tak buat usaha agama. Ada yg buat usaha agama tapi tak keluar jln Allah. Ada yg keluar jln Allah tapi tak buat dgn sempurna. Ini menyebabkan kita tak dpt natijah/hasil yg sempurna dari usaha kita. Usaha di negara ini dah lebih 50 thn, alhamdulillah, tapi kita masih belum buat usaha dgn sempurna, semoga Allah maafkan kita semua. Kita masih buat usaha ikut adat resam. Tidak mengikut cara yg sebenar. Sbb itu tak dpt natijah yg sempurna. Sbg mana bunga kertas. Tak ada bau. 

Apakah sbb kita tak dpt faedah dari usaha yg kita buat? usaha ini sgt hebat. Ada nur nabi s.a.w dlm usaha ini. bila buat dgn betul akan dpt nur tersebut dan dpt gerakkan kita, dpt amalkan agama dlm kehidupan kita. Ada sebahagian dari kita yg buat usaha macam rutin. Tidak ada hakikat. Knp kita masih buat usaha macam ni? Sbg contoh, bentuk jemaah2 kecil utk pergi buat usaha ziarah rumah ke rumah. Jgn tinggalkan satu rumah pun. Jumpa setiap org islam. Satu amalan yg simple. Dah bertahun diminta kita buat amalan ini. tapi kita masih tak dpt buat lagi. Ini amalan yg sgt penting dan kesannya begitu hebat. Bnyk faedah. Bahagi2kan rumah. Jumpa setiap org islam dlm setiap rumah. 

Kita malu nak jumpa org. Seorg  peniaga boleh pergi rumah ke rumah tak malu nak jual barang tapi malu nak buat kerja nabi. Sifat malu kita ini menyebabkan kita jauh tertinggal di blkg. Seorg peniaga yakin dlm bisnes yg dia buat akan dpt faedah, masalah dpt diselesaikan, dpt makan, minum, pelajaran anak2, banyak keperluan dpt disempurnakan. Tapi hari ni kita tak ada yakin dgn kita buat kerja nabi Allah akan bagi kejayaan pd kita, Allah akan sempurnakan hajat kita. Perkara yg paling penting ialah kena ada keyakinan dlm hati. Allah akan bagi kejayaan dunia dan akhirat. Usaha atas pertanian, kedai, kilang boleh gagal dan tak dpt faedah. Tapi buat kerja nabi pasti akan dpt kejayaan, tak mungkin akan gagal. Faham semua?

Kita kena ada yakin dlm hati. Bila saya buat kerja nabi s.a.w, Allah akan selesaikan semua masalah saya dunia dan akhirat. Yg lebih penting ialah dlm usaha nabi s.a.w ada keredhaan Allah s.w.t. Para sahabat dpt redha Allah. Allah pencipta langit dan bumi, raja bagi segala raja, yg berkuasa atas segala-galanya, 7 petala langit dan 7 petala bumi dlm genggaman Allah, telah redha dgn mereka. Adakah yg lebih besar dari ini? sahabat dpt redha Allah sebab mrk amalkan agama dan buat usaha agama bukan sebab pertanian, perniagaan yg mereka buat. Satu org lelaki yg buat usaha agama, buat pengorbanan utk agama, Allah redha dgn dia dan kirimkan salam utk dia sdgkan dia masih atas dunia ini lagi sebgmn abu bakar siddiq r.hu. Begitu juga satu org wanita telah buat pengorbanan utk agama, Allah telah redha dgn dia dan Allah sampaikan salam utk dia sedangkan dia masih atas dunia ini lagi sebagaimana khatijah r.ha. 

Sahabat2 buat usaha dgn yakin, maka bantuan Allah telah dtg pd sahabat. Allah telah turunkan air dari langit utk mereka minum, Allah jadikan mereka boleh berjalan atas air, Allah selesaikan semua masalah mereka. Buat usaha semata2 utk dpt redha Allah utk kehidupan akhirat. Tapi dgn berkat usaha ini, di dunia lagi Allah akan bagi ketenangan, kesenangan, kebahagiaan. Kita tak perlu susah banyak2, satu org sahabat pergi kencing, Allah bagi dia duit emas. Abdul rahman b auf yg berhijrah dari mekah ke madinah sehelai sepinggang, sebyk mana Allah telah takdirkan rezeki utk dia, sebanyak itulah yg dia dapat, tanpa susah payah. Kita kena buat usaha nabi s.a.w dgn keyakinan. Allah bagi kejayaan dunia dan akhirat melalui usaha ini. Allah telah tundukkan dunia utk sahabat. Dgn pengorbanan utk agama, dlm masa beberapa tahun Allah tlh tundukkan kerajaan kisra, puteri mrk jd hamba, khazanah kisra di bwh kaki sahabat.

Hari ni, krn keperluan anak isteri dan keluarga kita kebelakangkan usaha agama. Yakinlah bila buat usaha agama, bantuan ghaib Allah pasti akan bersama kita. Satu org sahabi dan isteri, tak ada makanan di rumah, tapi mrk tak zahirkan masalah mrk pd siapa2, mrk hanya minta dgn Allah, dlm hayatus sahabah ada cerita ni, si suami pergi ke masjid utk solat dan minta dgn Allah, si isteri pula solat dirumah minta dgn allah. Allah gerakkan pengisar gandum, keluarkan gandum hingga semua bekas2 penuh dgn gandum. Bantuan ghaib yg sahabat telah dpt, kita semua pun boleh dpt dgn syarat kita buat usaha dgn penuh yakin. Dgn kita buat usaha ini Allah akan selesaikan semua masalah dunia dan akhirat kita. Kita adalah umat yg dtg lewat, slps 1436 thn drp hijrah nabi s.a.w, kita adalah umat yg akhir, kalau kita buat amal nabi dan usaha dgn penuh yakin, dgn ikhlas, dgn cara yg betul, kita akan dpt bantuan Allah 10X ganda lebih dan pahala 50X ganda lebih dari sahabat. Kita semua niat dan semoga Allah bagi faham. 

Mulai hari ni kita jadikan kerja ini maksud hidup kita. Yg tak keluar tunai dari jor ni, balik dgn niat nak buat kerja nabi s.a.w. Jemaah2 yg keluar kena buat 2 usaha. Pertama, keluarkan jemaah tunai. Kedua, hidupkan amal di setiap masjid. Bersama dgn niat kena ada usaha. Kalau niat sahaja, tak usaha tak akan ada hasil. Seorg petani ke pergi ke ladang dan usahakan atas tanah tersebut baru akan dtgkan hasil. Oleh itu, umat ini juga kena turun buat usaha di medannya, iaitu jumpa setiap manusia, buat usaha di kalangan umat. Abdullah rawaha .rhu pergi jumpa org, pujuk, dtg seketika, kita beriman buat seketika. Muaz b jabal, abu hurairah r.hu, umar khattab r.hu, mrk sahabat yg besar dan hebat, mrk juga buat usaha di kalangan manusia. Org beriman pergi jumpa org yg beriman. Bawa mereka duduk dlm majlis iman. Sgt pelik hari ni org beriman tak jumpa org beriman dan kalau jumpa org beriman pun tak cakap pasal iman. Satu org sahabat mengadu pada nabi pasal abdullah rawaha. 

Nabi kata, semoga Allah merahmati Abdullah Rawaha, dia nak wujudkan di atas mukabumi ini majlis yg Allah bangga di hadapan para malaikat. Sahabat buat usaha utk bawa org ke masjid dan ambil bahagian dlm amal di masjid. Abu hurairah r.hu sendiri pergi ke pasar dan jumpa org ramai, ajak ke masjid sbb di masjid ada harta pusaka nabi sdg di bahagi2kan. Org ramai ingat ada harta dunia yg dibahagi2kan tapi sebenarnya di masjid ada amal, solat, tilawah quran, zikir, halaqah ilmu, halaqah iman, bayan hidayat, jemaah dtg, jemaah keluar, karguzari. Abu hurairah kata itulah harta pusaka nabi s.a.w. Hari ni, amal bawa org ke masjid dah mati. Umat hanya dtg solat fardu di masjid dan kemudian balik. Di masjid nabi zaman nabi sentiasa hidup dgn amal. Oleh itu, agama pun hidup di kalangan org islam. Hari ni sbb masjid mati, maka agama pun mati di kalangan org islam.

Rahsia kejayaan para sahabat ialah kerana mereka ada hubungan yg rapat dgn masjid. Mereka adalah org2 masjid. Mereka sentiasa ada hubungan dgn masjid. Mereka bagi masa hari2 di masjid. Umat hari ni telah putus hubungan dgn masjid. Ahli suffah bagi masa sepenuh hari di masjid, ada sahabat bagi separuh hari di masjid, ada yg bagi separuh malam di masjid. Setiap sahabat ada tertib. Oleh itu, agama mereka kuat, iman mereka kuat, Allah bagi kemuliaan pd mereka. Satu org yg dtg ke masjid, Allah bagi kerehatan, bagi rahmat, bagi keampunan, mudah lalu titian sirat, Allah bagi surga. 5 janji Allah utk org yg sentiasa dtg ke masjid. Org yg dtg ke masjid adalah tetamu Allah. Allah ambil t/jawab atas tetamu Nya. Jgn kita anggap 5 amal masjid ni satu amal yg kecil. Jgn pandang remeh. Ini adalah amal masjid nabawi. Dlm amal ini ada keselamatan, ada kejayaan, hidayat, maghfirah dan pendekatan pd Allah. Amal pertama ialah mesyuarat. Mesyuarat bukan hanya kita duduk sebagai routine, adat resam. Mesyuarat adalah amal yg penting. Apa itu mesyuarat? Kita guna kekuatan fikir yg Allah bagi utk agama. 

Nabi sentiasa fikir risau terhadap agama. Kena buat pengorbanan utk setiap amal. Jgn buat taklim dan mesyuarat pd waktu yg sama. Ramai yg tak dpt duduk. Mesyuarat dan taklim adalah 2 amal yg besar. Dua2 kena buat dgn sempurna. Bila nak buat mesyuarat? Kena buat pd masa seramai yg mungkin ahli jemaah masjid boleh ambil bahagian. Jgn pandang ringan. Sifat org beriman adalah mereka bermesyuarat antara satu sama lain. Tak menyesal org yg bermesyuarat. Walaupun nabi dpt wahyu tapi masih lagi nabi diperintah oleh Allah utk bermesyuarat dgn para sahabat. Azan adalah satu amal yg sangat besar dlm agama dan azan ini kita dpt dgn berkat mesyuarat. Mesyuarat ialah satu amal yg penting dan kita kena buat dgn sempurna. Dlm mesyuarat ambil karguzari/laporan kerja semalam. Tanpa laporan kerja kita tak dpt tingkatkan kerja ke tahap yg lebih tinggi. Kemudian bahagi takazah kerja yg nak kena buat hari ni. Mesyuarat ialah kita guna kekuatan fikir kita. 

Kita fikir bermula dari diri kita hingga seluruh manusia hingga hari kiamat, bagaimana keseluruhan agama yg sempurna yg dibawa oleh nabi s.a.w dpt dtg dlm diri saya dan seluruh manusia seluruh dunia hingga hari kiamat. Ini fikir yg kita kena ada. Fikir kita kena besar dan luas dan ia bermula dari mahallah kita. Mula-mula kita kenal pasti siapa antara rakan seusaha yg bagi masa 8 jam, siapa yg sedia bagi masa 6 jam, 5 jam, 4 jam, 2½ jam. Bila mereka sedia utk bagi masa dan banyak mana nak bagi masa. Berdasarkan maklumat tersebut bentuk jemaah kecil. Satu jemaah kecil waktu pagi, beberapa org yg boleh bagi masa pd pukul 7 pagi. satu jemah kecil waktu tgh, beberapa org yg boleh bagi masa pd pukul 12 tgh. Satu jemaah kecil waktu ptg. Satu jemah kecil waktu malam. Maka akan ada 24 jam jemaah kecil bergerak. Kalau ada 8 org yg boleh bagi masa serentak, atau 3-4 org boleh bagi masa serentak dan boleh sediakan org2 islam yg lain sempurnakan jadi 8 org, maka boleh buat usaha masjid ki abadi, usaha memakmurkan masjid dgn menghidupkan amalan dakwah, taklim, istiqbal (DTI).

Satu amalan yg sangat penting yg kita kena buat dan kita putuskan dlm mesyuarat ialah bagaimana kita dpt buat usaha rumah ke rumah. Jumpa semua org islam. Bentuk jemaah kecil dan pergi rumah ke rumah setiap hari. Bahagi2kan bilangan rumah yg ada. Sbg contoh kalau ada 5 jemaah kecil dan kalau ada 200 rumah org islam, maka setiap jemaah kecil akan dipertggjwb atas 40 rumah. Pergi ziarah setiap rumah dan jumpa setiap org islam dlm rumah tersebut. buat senarai nama termasuk nama rakan seusaha lama yg pernah keluar 4bulan, 40 hari. Org yg boleh buat perkara ini ialah mereka yg ada keinginan, azam sungguh2, ada kemahuan, ada jasbah yg betul dlm hati, maka Allah akan bagi taufik utk dia buat. yakin bahawa usaha yg dibuat ini akan dpt redho Allah, dpt penghampiran kpd Allah, dpt rahmat Allah, dpt hidayat Allah. 

Pergi ziarah bermula dari rumah yg pertama. Jumpa semua lelaki akil baligh dlm rumah tersebut, ayah, datuk, anak, cucu. kena buat usaha atas setiap individu umat. Sediakan mereka dan bawa tunai ke masjid utk ambil bahagian dlm amal di masjid. Kalau cukup 8 org lantik satu org baca taklilm, satu org utk dakwah, satu org utk istiqbal. Yg tak cukup 8 org pun buat perkara yg sama iaitu ajak dtg ke masjid tunai, walaupun di masjid tak ada amal. Org yg dtg tunai ke masjid adalah satu perkara yg besar. Dia dah dpt rahmat Allah, maghfirah, dpt keampunan Allah. jgn anggap ini satu benda yg kecil. Langkah ke masjid dpt keampunan Allah, masuk masjid dpt keampunan Allah. kita tanya dia berapa lama dia sedia bagi masa. Kalau dia sedia 30 minit, kita dudukkan dia dlm halaqah taklim 20 minit dan 10 minit lagi kita dudukkan dia dlm halaqah dakwah. Jgn anggap halaqah taklim satu benda yg kecil. 

Kesannya sangat2 besar kerana apa yg sedang dibacakan ialah sabdaan2 nabi s.a.w. duduk dlm majlis taklim dgn penuh kebesaran seolah2 nabi s.a.w sedang bercakap dgn kita. Dlm halaqah dakwah cakap kebesaran, kehebatan Allah dan minta org tadi cakap perkara yg sama. Ini perkara yg biasa dibuat oleh sahabat. Mereka cakap pasal iman dan suruh org lain cakap pasal iman. Lepas tu kita sediakan dia utk jumpa org2 lain pula. Tak mustahil dia akan sedia jumpa kawan2 dia yg lain. Kita jg sediakan dia utk keluar di jln Allah utk 3hari, 40hari, 4 bln. Kita ckp dgn penuh hikmah ikut keadaan dan kedudukan dia. Cakap dgn percakapan yg sesuai. Sediakan dia utk buat kerja agama. 

Sediakan setiap org yg kita jumpa utk buat kerja tmptn dan keluar di jln Allah. minta dia lapangkan masa setiap hari di masjid utk ambil bahagian dlm mesyuarat, dlm taklim, dlm usaha memakmurkan masjid. Sediakan dia juga utk buat amal2 lain spt jaga solat berjemaah, baca quran, zikir setiap hari. Ada ant org yg kita ziarah tak dpt hadir ke masjid tunai. Ada keuzuran. Ada keperluan. Ada masalah. Kita dakwah sempurna di rumah dia. Bentangkan takazah 4bulan, 40hari, 3 hari. Sediakan dia utk bagi masa hari2 di masjid. Sediakan dia utk ambil bahagian dlm amal2 di masjid. Kita tanya pd dia bila dia sedia bagi masa? Kalau dia sedia bagi masa lepas isyak ½ jam, jemaah masjid kena pergi usuli dia. Jgn tinggalkan walau satu rumah. karkun yg tak aktif kita bagi karguzari dan bagitahu dia asbab usaha dia yg dulu maka usaha di masjid kita dah hidup. Pahala2 usaha yg dibuat sekarang dia pun dia dapat. Harap tuan dpt tunjuk ajar kami macam mana nak buat usaha. Jgn kita guna perkataan2 keras, jgn kita pancung dia, jgn guna perkataan yg memecahkan hati dia, perkataan yg pedas, perkataan yg kasar. 

Kadang2 percakapan kita merendahkan org, menikam org, menyebab kan dia lagi jauh dari usaha agama. Kita jumpa setiap org dgn penuh kasih sayang, lemah lembut, akhlak, hikmah supaya yg tak suka pun akan suka pd usaha. Kalau ada org sakit, kita ziarah. Kalau ada org meninggal, pergi ziarah, ucap takziah pd keluarga dia. Hubungkan setiap umat dgn masjid. Hari ni umat telah terputus dari masjid dan terputus dari rahmat allah. kerja kita ialah hubungkan setiap org dgn masjid. Jadikan mereka semua org yg memakmurkan masjid. Dlm hadith, kalau ada 3 golongan dlm satu kpg, kalau Allah nak hantar azab, Allah akan tangguhkan atau ubah azab tersebut,  

1). org memakmurkan masjid,  
2). org yg  bangun malam tahajjud, taubat & istighafar,  
3). org yg berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. 

Dlm mesyuarat juga kita bahagi kerja bila ada takazah nak usuli jemaah nak keluar 4bulan, 40hari. Jemaah kecil yg sama yg pergi pintu ke pintu kena buat usuli org2 yg bagi azam nak keluar dari lorong2 yg kita  dipertggjwbkan. Libatkan mereka dgn amal masjid. Bila tarikh dia nak keluar, mcmana persiapan, mcmana keperluan, usahakan supaya mrk dpt keluar di jln Allah. bila kita buat usaha dgn mesyuarat dan dgn cara yg diberitahu oleh elders, maka insyaAllah, dlm masa yg singkat kita akan dpt wujudkan kembali segala keberkatan yg pernah wujud di zaman nabi s.a.w. Dlm mesyuarat kita ambil karguzari dari setiap jemaah kecil. Dlm 40 buah rumah, dah berapa rumah jumpa, dlm rumah pertama ada 5 org lelaki akil baligh, berapa org dah jumpa. Semua 40 rumah kena diziarahi dan semua lelaki akil baligh dlm setiap rumah kena diziarahi. Semua kena dihubungkan dgn amal masjid. 

Semua kita kena bagi masa 8 jam setiap hari. Hidupkan beberapa shift DTI. Juga boleh guna sebahagian dari masa tersebut utk bantu masjid2 yg lemah, yg tak hidup lagi usaha rumah ke rumah. Taklim adalah salah satu drp 5 amal masjid. Baca kitab ikut apa yg elders kita suruh. Satu hari baca fadilat amal berserta dgn fadilat sedekah. Hari kedua baca muntakhab hadith. Kita gilir2kan. Kita putus dlm mesyuarat siapa nak baca taklim. Putus org yg boleh baca taklim dgn baik. Bukan semata2 boleh baca. Cara baca yg boleh memahamkan org. Ulang hadith 3 kali. Kita bukan nak khatamkan kitab. Jgn baca cepat2. Baca dgn maksud bagaimana setiap hadith yg kita dengar dpt dtg dlm amalan hidup kita. Kita kena doa pd Allah supaya Allah bagi taufik pd kita utk buat taklim dgn cara yg betul. Setiap hadith kita baca dgn penuh fikir dan penuh jasbah. Dlm setiap amal kita bayangkan janji2 Allah yg kita dah dengar dlm taklim. Baca dgn semangat sehingga org yg dengar pun tak jemu nak dengar. Dgn perantaraan taklim kita akan dpt nur nabi s.a.w. Nur inilah yg akan mendorong kita kpd amal.

Taklim juga kena dibuat di setiap rumah org islam. Setiap rumah org islam kena ada 5 amal:

1). Halaqah quran – setiap org islam kena dibetulkan bacaan quran mereka. Bila quran betul, solat jadi betul, barulah doa diterima oleh Allah. setiap ahli rumah kita kena betulkan bacaan quran. Sangat pelik hari ni karkun yg dah buat usaha selama 30-40 thn tapi bacaan quran masih tak betul, ahli kleuarga kita masih tak boleh baca fatihah dgn betul.

2). Halaqah taklim kitabi – satu hari baca fadilat amal beserta fadilat sedekah dan hari berikutnya baca muntakhab hadith.

3). Muzakarah 6 sifat – setiap ahli rumah kita kena bagi dakwah 6 sifat. Lelaki, wanita, tua, muda, kanak2.

4). Tashkil – bagaimana setiap lelaki dan wanita dlm rumah kita dpt keluar di jln Allah.

5). Mesyuarat – setiap hari kena ada mesyuarat. Siapa nak baca taklim, siapa nak buat muzakarah dan lain2 amal juga dimesyuaratkan.

Kita kena buat usaha atas 3 bahagian umat – lelaki, wanita dan kanak2. setiap lelaki dihubungkan dgn amal masjid. Setiap wanita dihubungkan dgn taklim harian di rumah dan taklim mingguan. Setiap kanak2 dihubungkan dgn maktab/kelas pengajian al-quran. Jgn tinggalkan mana2 bahagian. Setiap masjid kena ada taklim mingguan. Bukan satu halaqah satu taklim mingguan. Kalau dlm halaqah ada 100 masjid, maka kena ada 100 taklim mingguan. Ini paling kurang. Kalau syarat tak sempurna, usaha utk sempurna kan syarat. Syarat bukan utk menyusahkan tapi syarat utk disempurnakan. Setiap wanita dlm mahallah ambil bahagian dlm taklim mingguan. Bila ambil bahagian dlm taklim mingguan maka mudah utk buat taklim di rumah. Amalan taklim mingguan diputuskan dlm mesyuarat jemaah masjid. Gasht/jaulah adalah satu amalan yg sgt penting. Gasht adalah amalan yg kita kena buat sepjg hidup kita. Bila kita habis shj buat gasht pd minggu ini maka bermulalah gasht utk minggu hadapan. 

Pd akhir gasht, kita doa, ‘ya Allah sbg mana Engkau telah bagi taufik pd saya utk buat gasht pd hari ini, bagilah juga taufik utk buat gasht pd minggu hadapan. Fikir utk minggu depan dah wujud. Kita kena sediakan setiap org utk buat gasht. Bagitahu kelebihan dan kepentingan gasht pd setiap org. Sehari seblm gasht kita maklumkan pd semua org bahawa esok hari gasht. Buat usaha utk jayakan gasht. Maulana yusuf kata, bila gasht kita mantap, ada roh, maka gasht akan diterima oleh Allah, doa diterima oleh Allah, pasti kita akan dpt bantuan Allah. gasht seumpama tulang belakang pd badan. Kalau tak ada tulang belakang kita tak boleh berdiri. Buat gasht dgn penuh ihtimam. Dtg gasht ½ jam awal. Gasht adalah satu amalan umumi yg sgt hebat kesan nya. Ada bnyk penyakit2 rohani yg mana kita tak akan dpt rawat di tmpt lain, tapi hanya melalui gasht shj.

Bila buat gasht sifat takabbur, sifat angkuh, sifat degil, sifat tak dengar kata, sifat nak suruh org dengar kata kita saje, sifat tak nak taat org, semua sifat ini akan hilang. Banyak tarbiyah dan sifat2 yg baik kita kan dpt. Banyak sifat2 buruk dlm diri akan hilang melalui perantaraan gasht. Buat gasht diantara 2 waktu solat. Lapangkan sepenuhnya masa kita antara 2 waktu solat utk buat gasht. Dlm mujahadah dpt Allah. buat usaha dgn susah payah dpt Allah. semua nabi2 dan rasul2 buat usaha dgn mujahadah. Allah boleh bagi hidayat pd semua org sekelip mata. Tapi Allah tak buat macam tu. Nabi s.a.w telah bersusah payah, mujahadah, bawa manusia kpd Allah. mujahadah adalah cara nabi s.a.w. kita sebagai umat nabi s.a.w juga kena sedia menanggung kesusahan dlm menjalankan kerja dakwah. 

Setiap org yg diputuskan dlm setiap amal dlm gasht, kena bagi sepenuh jiwa raga pd amal tersebut. buat dgn penuh fikir dan risau. Walaupun dia diputuskan sebagai istiqbal. Sempurnakan amal tersebut sepenuh jiwa raga. Jangan anggap mana2 amal kecil. Semua amal adalah penting. Tak semestinya 1 jemaah sahaja yg keluar. Kalau ramai, boleh buat 5-6 jemaah gasht. Bila gasht kita diterima, Allah buat keputusan hidayat. Bila dah habis gasht, kita istighfar, tapi jgn kita hilang sebelum masuk masjid. Kita bagitahu org supaya dtg ke masjid tapi kita sendiri lari dari masjid. Bila gasht tak sempurna, kita tak dpt anugerah dari allah. Gasht sempurna bermula dari adab gasht hingga tashkil lepas bayan dan doa ringkas. Tashkil khuruj dan usaha tempatan. Bila gasht sempurna barulah dpt penghampiran kpd Allah. Macam mana nak usaha atas masjid tak ada amal? Cara yg paling mudah ialah dgn perantaraan gasht kedua. 

Masjid yg kuat buat gasht di masjid yg tak ada usaha. Kalau buat gasht di masjid yg dah ada 2-3 org karkun maka kita akan melemahkan lagi usaha. Suruh mereka buat sendiri. Pergi ke masjid yg langsung tak ada karkun. Jgn hanya pergi pd waktu gasht sahaja. Sepanjang minggu kita hantar jemaah 2½ jam buat usaha disana. Buat hubungan dgn org kampung. Pd hari gasht, pergi 1 jam  awal, buat usaha dulu, jumpa org2 yg potensi utk buat gasht bersama kita. Pd permulaan, semua amal kita buat, lama-kelamaan sikit2 kita bagi amal pd org tempatan, kita suruh mereka buat. sehingga sampai satu ketika, semua amal mereka buat, kita pantau sahaja. Jgn tinggalkan mereka sehingga amalan gasht benar2 hidup di situ. Tashkil mereka utk keluar 3hari atau 40 hari bersama jemaah masjid kita. Bila dah keluar, mereka dpt belajar kerja.

Satu org lama, bawa jemaah sempurna org baru bersama mereka atau 2 org lama, bawa 7-8 org baru. Kita kena majukan usaha. Kalau keluar semua karkun sahaja, ini kemunduran. Bila setiap bulan bawa org baru, mereka akan jadi amla/pembantu dlm kerj agama. Maka rakan seusaha akan bertambah setiap masa. Kalau tidak, buat usaha 20 thn masih 4 org tu je la karkun. Seorg meninggal, tinggal 3 org. Berpuluh tahun buat usaha tiada peningkatan. Sediakan org baru utk keluar 3hari. Kita ajar mereka buat kerja, latih mereka buat setiap amal. Kita nak bentuk individu2 yg boleh buat kerja. Setiap individu umat adalah pekerja agama dan bertggjwb atas kerja nabi s.a.w. selepas 4 kali keluar 3hari dgn kita, bagi t/jawab pd mereka utk bentuk jemaah sendiri. Sepatutnya dah boleh bawa jemaah 3 hari sendiri. Jemaah 3hari dihantar ke masjid yg tak ada usaha. Jgn hantar ke masjid yg dah ada usaha. 

Kita akan melemah kan lagi usaha mereka. Hantar jemaah 3 hari ke masjid yg langsung tak ada usaha. Buat hubungan dgn org kpg. Pergi ke masjid yg sama selama 4-5 bulan berturut2. Dgn perantaraan jemaah 3 hari, maka banyak masjid2 dpt dihidupkan dgn amal. Masjid2 yg ada sedikit usaha/beberapa amal, pun kena diberi t/jwb utk hidupkan usaha atas masjid yg tak ada amal. Bila diberi tggjwb maka usaha ditmpt sendiri akan jadi kuat dan usaha di masjid lain pun jadi kuat. Org baru yg kita dpt tashkil keluar 3hari, jgn kita tinggalkan mereka. Kena pastikan mereka dilibatkan dlm setiap amal masjid. Usahakan mereka dpt hadir jor bulanan halaqah. Jor bulanan adalah amal yg sgt2 penting dan sangat hebat kesannya utk meningkatkan usaha di halaqah kita. Setiap jemaah masjid kena hadir dlm jor bulanan halaqah. 

Pertama, ambil kehadiran. Berapa masjid yg dtg. Berapa masjid yg tak dtg. Berapa org dari jemaah masjid setiap masjid yg dtg. Maksud ambil kehadiran ialah supaya timbull fikir bagaimana setiap ahli jemah masjid dpt hadir dlm jor bulanan. Masjid yg tak dtg perlu diusuli. Bagi t/jawab pd masjid yg dtg supaya mereka dpt dtg utk jor bulan depan. Usahakan supaya 100% ahli jemaah masjid dpt dtg jor bulanan halaqah. Kedua, ambil karguzari tentang takazah yg telah diberi pd bulan lepas. Takazah khuruj, berapa banyak jemaah dah keluar 4B, 40hari, lelaki, masturat, negara jauh, dlm negeri, jln kaki, dll. peningkatan usaha tempatan setiap masjid. Setiap masjid bagi karguzari. Apa usaha yg telah dibuat. Jemaah dari luar yg sedang keluar di halaqah kita, pun bawa ke jor halaqah. minta mereka bagi karguzari apa usaha yg mereka dah buat supaya semua dpt fikir apa usaha yg telah dibuat. Ketiga, pembentangan takazah utk 1 bulan. Setiap masjid ambil takazah. Bahagi2kan takazah. 

Buat usaha selama 1 bulan sehingga jor bulan yg akan dtg bagi laporan. Keempat, kalau ada ulamak yg dah keluar 1 thn, boleh baca hayatus sahabah. Jor bulanan halaqah adalah satu anugerah drp Allah yg sangat besar yg diberi pd kita. Banyak peningkatan yg dpt kita buat dlm halaqah kita. Usaha yg besar tapi telah dikecilkan menjadi halaqah. spt dlm peperangan khandak, nak gali parit yg besar. Satu kerja yg susah dan berat. Nabi bentuk jemaah2 kecil 10 org sahabat. Bagi kawasan pd mereka dimana nak gali. Dlm masa yg singkat, khandak yg besar dan panjang telah siap digali. Begitu juga dlm setiap markaz ada 2 ribu – 3 ribu masjid. Nak kumpul semua sekali jadi susah. Nak mudahkan, elders suruh kita buat jor bulanan halaqah. semua takazah dpt diselesaikan di halaqah. buat jor halaqah selama 2-3 jam tanpa ada intizam makan. Semoga Allah bagi kita taufik utk menghargai nikmat ini. 

Dgn jor bulanan akan ada peningkatan dlm kedua2 takazah khuruj dan usaha tempatan. insyaAllah usaha di seluruh negara akan meningkat. Kita juga kena sediakan setiap ahli jemaah masjid utk dtg mlm sabguzari dari asar hingga isyrak. Malam sabguzari adalah malam utk mengutip hasil usaha selama seminggu. Setiap masjid ambil takazah dari markaz dan buat usaha selama seminggu. lepas tashkil duduk dlm halaqah dan fikir apa takazah yg perlu disempurnakan. Lepas isyak ada hayatus sahabah. Mereka yg dtg dari asar hingga isyrak dan ambil bahagian dlm setiap amal, maka akan dpt peningkatan yg amat baik dari segi iman dan amal.

No comments:

Post a Comment