Kisah ini bermula dari Sayyid Alawi, Sayyid Alawi dari Ayahandanya Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani. Ketika Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani menghadiri peringatan Maulid Nabi Muhammad saw di Baitul Muqaddas Palestin.
Beliau merasa hairan menyaksikan seorang lelaki tua yang tidak berganjak berdiri sejak awal pembacaan maulid sehingga majlis selesai. Sayyid Abbas pun pergi kepadanya dan bertanya, "Duhai tuan, apa yang Anda lakukan, mengapa Anda hanya berdiri sejak awwal Maulid sehingga majlis pembacaan Maulid selesai?”
Lalu ia menjawab, “Dulu saya pernah menghadiri sebuah Maulid Nabi Muhammad saw dan membuat keputusan untuk tidak berdiri hingga acara selesai, termasuk saat Mahallul-Qiyam, aku tidak berdiri ketika disaat para jamaah yang lain berdiri serentak sebagai tanda penghormatan kepada Baginda Rasulullah Muhammad saw, sebab menurutku hal itu adalah bid’ah (bid'ah yang dusta),” katanya.
Ketika malam hari itu saya bermimpi menghadiri dan duduk di majlis maulid Nabi Muhammad saw bersama jemaah yang bersiap-siap menunggu kehadiran Nabi saw, maka pada saat Rasulullah saw hadir, para Jemaah pun bangkit berdiri untuk menyambut kehadiran Nabi saw. Pada saat itu aku menyaksikan Rasulullah saw lalu di sebelah ku dan berkata, “Kamu tak perlu berdiri, kamu duduk saja di tempatmu.” dan Rasullullah memalingkan mukanya.
“Aku pun cuba ingin berdiri di dalam mimpi itu, namun terasa amat berat dan susah sekali."
"Sejak ketika itulah aku sering sakit dan bahkan organ-organku bermasalah. Sehingga aku bernazar, jikalau Allah SWTmenyembuhkan penyakitku maka aku berjanji setiap perayaan maulid aku akan berdiri dari awal maulid hingga akhir. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT aku diberikan kesembuhan.” Wallahua'lam.
Di zaman sekarang masih ramai yang mempertikaikan "Perayaan Maulid Nabi", ada sesetengah orang yang saya jumpa, bila sebut mengenai "Maulid Nabi” dia tak suka dan berkata ianya adalah bidaah merayakan "Maulid Nabi". Ketahuilah wahai para sahabat ku sekalian, sesungguhnya Iblis, tidak suka bila Rasulullah lahir. Zaman ini ada orang tak suka. Bila tiba kelahiran Rasulullah. Maka dia akan rasa gelisah, dia tak gembira.
Ini masalah di zaman ini, ahli ahli yang tak rasa cinta, atau yang tak belajar, dan yang menghalang majlis maulid. Kita menyambut perayaan Maulid Nabi untuk merayakan dan bergembira dengan hari kelahiran Rasulullah SAW.
Tidak perlu pedulikan dan terpengaruh dengan golongan yang menentang perayaan Maulid Nabi, biarkan mereka dan jangan buang masa berdebat dan bertikam lidah mengenainya, Sedangkan Imam Hasan Al-Basri pun berkata "Seandainya aku mempunyai emas sebesar gunung uhud nescaya akan aku gunakannya untuk membuat persediaan menyambut maulid Nabi.
Jika ingin dibentangkan dalil merayakan Maulid Nabi terlalu banyak. Kita bentangkan sat persatu pun golongan ini masih mempertikai, Jadi jangan buang masa. Seharusnya kita perbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi.
Hendaklah kita mengembirakan hati Rasulullah saw. Hendaklah kita berselawat dengan hati yang penuh rindu, penuh cinta kepada Rasulullah saw. Baginda tak berhajat kepada selawat daripada kita kerana Allah dan malaikat sudah pun berselawat ke atas Baginda, tetapi kitalah yang mengharapkan keberkatan daripada Baginda dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw.” Sollu Alan Nabiy. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment