Thursday, April 21, 2016

KEBERKATAN ILMU DATANG DARI LIMA PERKARA

Bismillahirahimanirahim. Semasa mukadimah Kitab Adab bersama Ustaz Salahudin Harun Hafizahullahtaala. Ustaz ada berkongsi panduan tentang keberkatan ilmu. Semoga bermanfaat untuk para tholibun ilm. Berikut adalah serba sedikit yang sebab dicatat oleh al faqirah .

1. Guru - Jaga adab dengan guru. Walau islam tidak islam. Walau mengajar satu perkataan /kalimah.

2. Diri/Pelajar - Kadang berkat datang dari kita  atau kawan2. Maka jangan pernah pandang buruk pada kawan dalam majlis pengajian.Mungkin kita diterima kerana ada kehadiran orang lain yang Allah redha. Maka  kebersamaan orang Allah redha maka kita pun dapat redha.

3. Masa - Jaga waktu belajar. Jangan belajar sesuka hati. Ada waktu sesuai dan tak sesuai. Ada masa sesuai utk murajaah. Ada yang tak sesuai.Itu yang disebut di dalam kitab2 adab mereka ketika mengkhususkan adab seperti  Taalim Mutaalim dan beberapa lagi kitab yang al faqirah tidak sempat dhobit.

4. Tempat - pemilihan tempat penting. Contoh di Al Azhar, kita ulang kaji di Masjid kerana tempat itu banyaknya rahmat Allah turun, apatah lagi jika ada pemakaman orang soleh. Masjid tempat ramai orang sujud pada Allah Taala. Kedua boleh niat iktikaf. Moga Allah bagi kefahaman yang baik kerana keberkatan tempat. 

5. Kitab - Tuan-tuan guru  baca buku kulit ke kulit sebab tak tahu dalam tulisan yang panjang. Yang mana Allah swt redha kepada apa yang ditulis. Maka mereka takut ketika mereka membaca ada mungkin huruf *wau* (dan) pada ketika itu penulis sangat ikhlas menulisnya maka jika tertinggal satu huruf tersebut. Maka kita sudah hilang keberkatan dari buku tersebut. 

No comments:

Post a Comment