Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan pd hari Ahad slps solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965. Pesanannya yg pjg ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah spt berikut:
Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dpt tidur sepjg malam. Walaubagaimanapun saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yg diberi faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yg menyebabkan kemusnahan diri sendiri. Ummah ini telah dibentuk dgn susah payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yg amat sgt utk membina ummah ini. Musuh2 Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah belahkan umat ini. Skrg, org2 Islam telah hilang nilai2 kesatuan. Pada 9 hijrah, semua org Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sbnrnya di Madinah, masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan di dlmnya. Org pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a.
Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dlm masa yg singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu. Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yg berbeza bersatu sbg satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm Masjid Nabawi dinyalakan. Sblm itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Slps ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mrk, dimana shj mereka pergi.
Umat ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga, kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Kepentingan setiap individu yg ada pada ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dlm usaha utk memenuhi perintah Allah dan RasulNya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja di dunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh umah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, ttpi tiada satu jari pun diangkat. Satu negara atau penduduk2nya bukanlah membentuk satu umah. Satu umah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solat dan berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina umah dan menurunkan bantuan Allah.
Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqamah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata: “Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jgn potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah” Walaupun begini, Nabi pernah bersabda “org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg paling celaka dikalangan umat aku.” Ingatlah! Kata2 spt "Kaumku", "Negeriku", “Masyarakat ku", hanya memecah belahkan ummah. Allah tak suka dgn kata2 itu. Bila seseorg merasai kehadiran Allah sepjg masa, dia akan takut kpd hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dapat menyesatkannya.
Umah ini akan terselamat dari pecah belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharus nya ada satu kumpulan di kalangan anda yg berusaha utk menggalakkan yg maaruf (dgn keluar di jln Allah, buat usaha atas iman, solat, zikir, ilmu dan kerja kenabian) dan mencegah yg mungkar. Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha sedunia sdg dilakukan utk memecahkan kesatuan umah. Satu2nya penyelesaian kpd masalah ini ada didlm usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid.
Bercakap ttg iman dan amalan taklim dan zikir harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh Masjid Nabawi. Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke 4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat sama ada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jgn memburukkan, merancang atau mereka cerita ttg yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Skrg ini atas asbab2 yang kecil kita telah berpecah.
Ingatlah! Hukuman memecah belahkan ummah adalah lebih dahsyat dpd hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mrk tidak akan dimalukan. Org Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap org Islam mengamalkan ayat, "Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap org islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjlnkan usaha tabligh. Bila qualiti "Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “Aizzatin 'alal kafirin”, didlm dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai org kafir, samada dia Eropah atau Asia.
(* Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 ini: Wahai org yg beriman! Sesiapa yg berpaling kpd agamanya, maka Allah akan mendtgkan satu kaum yg Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah lembut terhadap org yg beriman dan berlaku tegas dan gagah atas org kafir, mereka berjuang bersungguh2 di jln Allah dan tidak takut kpd celaan org yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kpd mereka yg dikehendakiNya kerana Allah maha luas limpah kurniaNya lagi meliputi pengetahuanNya. *)
Sahabat dan saudara! Allah Taala dan RasulNya s.a.w melarang kita dgn kerasnya dari membuat ucapan yg memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dlm hati bila 2 atau 4 org mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah diisytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati org beriman, ttpi dia tidak dpt langsung memudaratkanya tanpa izin Allah. Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yg lain. Allah s.w.t perintah, "Jgn kamu mentertawakan antara satu-sama lain, mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yg mengetawakan."
Kita juga dilarang dari mencari2 kesalahan yg tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorg yg kita tahu dihadapan yg lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorg. Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain krn ini akan menyebab kan kesatuan. Pada masa yg sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari org lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, "Saya tak berharga utk dimuliakan dan dari itu saya jgn mencari kemuliaan dari org lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan org lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka umah ini akan terbentuk.
Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dlm kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang2 tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescaya Allah akan memulia kan mereka. Sesiapa yg melakukan sesuatu yg menghinakan, maka Allah akan hina mereka. Org Yahudi adalah berasal dari anak nabi2. Ttpi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak2 penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dgn sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kpd prinsip dan undang2 tertentu.
Sahabatku! Korbankan diri anda dlm usaha ini supaya Ummah Syaidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti spt iman, yakin, zikir, ilmu, dan penyerahan khidmat kpd Allah, tolak ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan spt ingkar, mesyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan org lain. Jika mana2 kawasan, menjalankan usaha ini dgn betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar di jln Allah. Pastikan supaya prinsip2 kerja dibuat dgn betul. InsyaAllah usaha ini akan menyatukan ummah dan insyaAllah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.
(Beliau mengakhiri bayannya dgn doa. 3 hari slps menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dlm perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahir kan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala, India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.)
No comments:
Post a Comment