(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t berfirman, “Allah s.w.t telah beli harta dan nyawa org mukmin sbg ganti kpd syurga”. Mrk adalah org2 yg sanggup mati dan sanggup dibunuh di jln Allah. Satu ketika, isteri saya telah bebaiah dgn Maulana Yusuf rah., beliau beritahu bahawa ini bukan baiah, ttpi adalah pembaharuan baiah (renewal of bai’ah). Bila kita masuk Islam iaitu bila kita mengucap kalimah syahadah, maka pada hari itu juga nyawa kita dan harta benda kita telah dijual pada Allah. Sepatutnya nyawa kita dan harta benda kita harus digunakan berttgn dgn nafsu kita ttpi apa yg terjadi ialah kita gunakan harta kita dan nyawa kita mengikut keinginan2 nafsu kita. Skrg ini kita patut rasa malu dan kesal atas perbuatan kita selama ini dan kita kena bertaubat.
Mulai hari ini, nyawa kita dan harta benda kita akan digunakan mengikut kehendak dan hukum2 Allah s.w.t. Apa yg kita akan dpt bila kita buat demikian? Keputusan muktamad ialah kita akan memperolehi syurga yg mana dlm syurga terdpt benda2 yg disediakan oleh Allah s.w.t utk menyejukkan mata kita yg mana langsung kita tidak tahu. Rasulullah s.a.w bersabda, “Perkara2 yg disediakan oleh Allah s.w.t dlm syurga adalah perkara2 yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didgr oleh telinga dan tidak pernah terfikir oleh otak”. Bagaimana segala perkara tersebut boleh diperolehi? Kita akan memper olehinya sbg balasan kpd amalan2 baik yg kita buat. Bila kita buat keputusan bahawa tidak akan mentaati nafsu dan hanya akan mentaati Allah s.w.t, maka dgn itu Allah s.w.t akan bagi syurga utk kita. Allah s.w.t sediakan nikmat2 yg tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa pun.
Apa itu iman? Iman itu pertaruhan antara nyawa dan harta benda. Segalanya kita sudah taruhkan dan beri pada Allah s.w.t. Apa itu iman? Iman maksudnya harta dan nyawa kita bukan kita punya lagi. Apabila manusia ucap kalimah syahadah, maka daripada saat itu, hartanya dan nyawanya, semua bukan milik dia lagi. Dalam hadith ada diberitahu, “Ya Allah, hati saya, otak saya dan segala anggota saya adalah milik Engkau, bukan milik saya lagi”. Di mahsyar nanti, bila saksi2 bercakap bertentangan dengan kita, maka org2 akan mengatakan bahawa semua saksi2 itu salah, percakapan mereka tidak betul. Pada masa itu, Allah s.w.t akan kunci setiap mulut dan selepas itu setiap anggota manusia akan jadi saksi. Perkara iman yg sebenarnya ialah harta benda bukan kita punya, hatta nyawa pun bukan kita punya. Kita bukan pemilik kedua2nya. Kita hanya memegang amanah utk kedua2nya.
Maulana Yusuf rah., “Maksud prinsip yang keenam ialah kita dapat keluarkan diri kita dpd salah sangka iaitu harta benda kita punya”. Sangkaan kita atau anggapan kita, nyawa saya punya, harta benda saya punya, saya boleh guna di mana sahaja saya kehendaki ttpi tuntutan iman ialah nyawa bukan kita punya, harta benda pun bukan kita punya, kedua2nya kita telah jual pada Allah s.w.t. Usaha dakwah dan tabligh yg dibuat ini ialah supaya kita dpt keluarkan dpd salah sangka kita dan anggapan kita yg tidak betul yg ada pada kita iaitu harta benda kita dan nyawa kita, yg kita salah gunakan skrg, milik sendiri. Sebenarnya, kita perlu gunakannya di tempat yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Bila org tanya, “Berapa banyak kita perlu belanja utk agama Allah s.w.t?” Jawapannya ialah, “Segala2nya yg melebihi dpd keperluan kita”
Iman adalah seperti kita memegang amanah harta-benda anak-anak yatim. Org2 yg hendak memegang amanah harta-benda anak2 yatim mereka mestilah tidak ada masa langsung utk keperluan atau kehendak sendiri kerana segala masa mereka digunakan untuk menjaga harta-benda anak-anak yatim. Oleh itu, dia dibenarkan ambil dari harta-benda anak2 yatim tadi setakat keperluan dia dan keluarga dia shj. Masalah yang akan timbul ialah apa keperluan hidup dan berapa banyak keperluan hidup, ‘standard of living’? Untuk itu Allah s.w.t telah buat keputusan, contoh yang terbaik ialah daripada kehidupan Muhammad Rasulullah s.a.w. Daripada mulanya makhluk sampailah kesudahan makhluk, belum ada dan tidak akan ada lagi mana-mana contoh yang lebih baik daripada contoh Baginda s.a.w.
Allah s.w.t terangkan lagi, “Barangsiapa yang dapat mengikuti orang-orang muhajirin dan ansar yang mula2, dapat mengikuti mereka dgn cara yg baik dlm hijrah, nusrah, dsbnya, maka mereka ini akan diberi oleh Allah s.w.t kedudukan yang sama dalam syurga”. Tuan-tuan yang mulia, perwatakan manusia atau kebiasaan keinginan manusia ialah bagaimana dia dapat menguntungkan dirinya daripada harta benda dan nyawa orang lain tetapi cara nabuwah dan keinginan nabuwah ialah bagaimana pula harta saya dan diri saya dapat digunakan untuk memberi manafaat pada orang lain. Bila agama keluar daripada kehidupan manusia dan kehidupan tanpa agama menjadi agama untuk mereka, maka manusia akan jatuh ke satu lembah di mana dia diistiharkan oleh Allah s.w.t segabai lebih teruk daripada haiwan2. Selepas itu barulah Allah s.w.t akan utuskan ambiya a.s.
Dikalangan haiwan/binatang, ada jenis haiwan di mana keperluan perut mereka bergantung pada harta benda orang lain seperti semut, burung, ayam, kambing, lembu, sapi, gajah dll. Sebahagian besar daripada insan ini akan jadi macam haiwan di mana mereka punya maksud hidup iaitu perut mereka akan kenyang daripada hasil usaha ong lain. Golongan kedua ialah haiwan2 yg buas seperti harimau, singa dll, di mana mereka akan ambil nyawa dan harta tuan2. Golongan ketiga ialah haiwan2 yg memberi mudharat seperti ular dsbnya, di mana maksud mereka ialah memberi kesusahan kepada orang. Sebagai contoh, dalam satu keluarga, seorang lelaki sahaja yang jadi asbab untuk keperluan keluarga itu, dia dipatuk ular dan mati, ular tidak mendapat apa-apa pun tetapi keluarga itu telah hilang segala2nya.
Tuan-tuan yang mulia, ambiya a.s telah diutuskan pada 3 golongan haiwan ini untuk buat usaha agama atas mereka. Haiwan2 ini membelah dua Zakaria a.s dan kepala Yahya a.s telah dipancung dan dihadiah kan dalam satu perkahwinan satu orang wanita yang begitu teruk. Imam kepada semua ambiya a.s, saidul ambiya, telah dilontar dgn batu sehingga semua anggota badannya berlumuran darah. Ambiya a.s masuk dikalangan haiwan yang buas ini dan buat usaha ke atas manusia seperti ini. Segala harta benda mereka, segala kekuatan dan nyawa mereka, semuanya mereka telah gunakan atas haiwan2 tersebut supaya akhlak mereka dapat diperbaiki dan semua mereka diberitahu, “Kami (ambiya a.s) tidak mahu apa-apa balasan dari kamu semua”. Tuan-tuan yang mulia, hasil daripada khatam nabuwwah iaitu bila Allah s.w.t telah buat keputusan tamatnya kedatangan ambiya a.s dan umat digantikan untuk buat usaha ini, maka mula2 sekali umat ini diberitahu bahawa, “Nyawa kamu dan harta kamu adalah milik Kami”.
Tuan-tuan faham setakat ini? Kenapa Allah s.w.t buat keputusan iaitu umat ini akan buat usaha ketua kpd semua ambiya a.s? Kerana dia diberi usaha ketua ambiya a.s dan umat ini akan jadi ketua. Masalah kita yg terbesar sekali ialah masalah akhirat. Allah s.w.t berfirman, “Barangsiapa yang terselamat daripada api neraka dan masuk syurga, maka dialah yang berjaya di padang mahsyar nanti”. Allah s.w.t tidak lahirkan Baginda s.a.w hanya utk menyelamatkan dirinya shj dpd api neraka. Baginda s.a.w bukan diutuskan utk menyelamatkan keluarganya shj dpd api neraka.
Baginda s.a.w bukan hanya diutuskan utk menyelamat kan org2 Islam tetapi Baginda s.a.w diutuskan utk menyelamatkan semua mahkluk insan dpd waktu Baginda s.a.w sampailah ke hari qiamat. Baginda s.a.w diutuskan utk menyelamatkan kesemua dpd mereka dpd api neraka. Itulah tujuan Rasulullah s.a.w diutuskan. Allah s.w.t beritahu pada Baginda s.a.w, “Wahai nabi, beritahu kepada mereka, inilah jalan aku, mengajak manusia kpd Allah s.w.t dengan penuh basirah, dgn penuh kebijaksanaan, dan kerja ini bukan aku punya sahaja, tetapi juga utk semua pengikut2 aku iaitu aku dan org2 yg mengikut aku”. Oleh itu, apa kerja Baginda sa.w, itulah kerja umat dia. Sahabat2 Baginda sa.w pun mempunyai kalimah yang sama yang kita baca hari ini. Sahabat2 faham bahawa ada perbezaan di antara maksud dan keperluan. Ahli2 fuqaha menerangkan 5 keperluan hidup iaitu :-
1. Makanan
2. Pakaian
3. Perkahwinan
4. Kenderaan
5. Rumah
Manusia boleh hidup tanpa rumah, manusia boleh hidup tanpa kenderaan, manusia boleh hidup tanpa kahwin, manusia boleh hidup tanpa pakaian tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa makanan tetapi pada pandangan sahabat2 Baginda s.a.w, makanan pun dianggap sbg keperluan mrk. Dlm ekspedisi Ambar, amernya Abu Ubaidah r.a, bila makanan semua telah habis, tidak ada apa-apa makanan lagi yg tinggal, maka mereka telah mencari daun2 kayu dan rendam dan dijadikan makanan. Dlm peperangan khandak, bila daun2 kering pun tidak ada, maka mereka telah ikat batu pada perut mereka supaya mereka dpt berdiri. Sahabat2 telah ikat perut mereka dgn seketul batu, ttpi ketua mereka dan ketua kita iaitu Nabi s.a.w telah ikat 2 ketul batu pada perutnya. Bagi para sahabat, keperluan dan masalah perut bukanlah satu masalah sebenarnya. Ahli keluarga Baginda sendiri, selama 3 bulan dapur tidak dinyalakan. Hadrat Khadijah r.ha seorg yg begitu kaya-raya ttpi segala kekayaannya telah digunakan utk agama Allah s.w.t. Hadrat Abu Bakar Siddiq r.a, semasa masuk Islam ada harta sebanyak 50,000 dinar. Beliau beritahu, ada 3 perkara yg saya suka iaitu :-
1. Melihat wajah Baginda Nabi s.a.w
2. Dapat menggunakan harta atas Baginda Nabi s.a.w
3. Anak saya dikahwinkan dengan Baginda Nabi s.a.w
Baginda s.a.w beritahu bahawa saya sentiasa dapat meggunakan harta Abu Bakar r.a seolah2 ianya harta saya sendiri. Kata Baginda s.a.w, “Semua harta org2 lain saya sudah balas kecuali harta Abu Bakar Siddiq r.a”. Semasa Abu Bakar r.a berhijrah bersama Nabi s.a.w, hanya tinggal 5 atau 6 ribu dirham sahaja. Dlm peperangan Tabuk, segala harta-benda dan segala keperluan di dlm rumah, semuanya telah diberi untuk agama Allah s.w.t. Mengikut keputusan org2 cerdik pandai dalam agama bahawa selepas ambiya a.s, tidak ada manusia yang lebih baik dpd Abu Bakar r.a yg dilahirkan di atas muka bumi ini. Adakah beliau tidak faham di mana wajibnya keperluan itu atas diri saya? Beliau faham. Beliau dgn firman Allah s.w.t iaitu, “Hak seorg nabi melebihi segala2 hak termasuk hak diri sendiri”.
Seorg isteri yg cantik macam mana pun, tetapi jikalau kita punya perasaan tidak ngam lagi, walaupun tidak bercerai, kita sanggup berpisah dgn dia. Apabila anak pertama dinikahkan/dikahwinkan, maka hubungan mesra dahulu akan hilang, tidak ada tempat lain lagi hendak bermesra. Bila hasil anak pertama sudah melebihi hasil ayahnya, maka dia pun akan tinggalkan ibubapanya dan duduk dalam rumah asing. Sekiranya nyawa mana2 manusia terancam, maka dia akan belanjakan apa juga yg ada padanya, berapa ratus pun, berapa ribu pun, berapa juta pun, semata-mata utk selamatkan nyawanya. Oleh itu, mengikut dalil, bukti2 nyata, boleh dikatakan bahawa nyawa adalah paling penting utk manusia. Allah s.w.t beritahu, “Hak nabi melebihi hak nyawa saya”.
Bila segala kekuatan telah dihimpun dan dikumpulkan utk musnahkan Baginda s.a.w melalui jalan Tabuk, maka Abu Bakar Siddiq r.a tahu pada masa itu bahawa hak Baginda s.a.w melebihi daripada segala-gala hak. Walaupun ahli keluarga punya makan-minum adalah wajib atas beliau, tetapi hak Baginda s.a.w melebihi hak nyawa sendiri. Segala harta-benda yg ada diserahkan kpd Baginda s.a.w dan semua ahli keluarga diserahkan utk memberi khdimat kepada Baginda s.a.w. Baginda s.a.w tanya, “Apa yang kamu tinggalkan di rumah? Beliau kata, “Saya telah tinggalkan keredhaan Allah dan Rasul”.
Hadrat Umar r.a juga di tanya, “Apa yg kamu tinggalkan di rumah?” Beliau kata, “Separuh utk keperluan anak-isteri dan separuh utk Allah s.w.t”. Baginda s.a.w beritahu bahawa sepertimana bezanya jawapan kamu berdua, maka begitulah bezanya darjat di antara kamu berdua. Kita kena tentukan dan kita kena buat keputusan iaitu nyawa dan segala harta-benda kita, kita mmg kena lapangkan untuk agama Allah s.w.t. Tuan2 faham? 4 bulan keluar di jln Allah s.w.t hanyalah sptmana dpt sijil atau ijazah MBBS, kedoktoran. Seorg doktor, dia tidak ambil ijazah krn hanya utk pegang ijazah tersebut. Sebenarnya dia akan jadi doktor selama 24 jam. Walaupun pesakit dtg pada pukul 1 malam, dia kena lihat pesakit itu dan dia tidak boleh halau pesakit itu.
Walaupun pada pukul 2 malam, ada org dlm keadaan yg tenat panggil dia, maka dia kena pergi krn dia seorg doktor. 4 bulan hanyalah utk mewujudkan istiqdat iaitu kemampuan dan kebolehan manakala 40 hari utk kekalkan kemampuan dan kebolehan. Kita sebenarnya harus sediakan diri kita pada setiap waktu dan pada setiap masa utk takazah2 dan keperluan usaha dakwah. Maulana Syed Ahmad Khan beritahu, “Sahabat2 Baginda s.a.w telah lapangkan masa mereka dpd keperluan2 agama utk keperluan2 dunia ttpi kita hari ini, telah keluarkan sedikit masa dari kesibukan dunia kita utk keperluan agama”. Oleh itu, kita kena bawa diri kpd tertib sahabat2, barulah akan mula usaha dakwah.
Segala harta-benda dan setiap saat daripada nyawa kita sebenarnya perlu dikosongkan untuk agama Allah s.w.t dan daripada itu kita boleh ambil sedikit sekadar keperluan kita. Sahabat2 telah menggunakan segala harta-benda mereka dan nyawa mereka untuk agama Allah s.w.t dan mereka menggunakan harta-benda itu dalam dakwah dan juga sedekah. Mereka dipuji oleh Allah s.w.t. Merekalah org2 yang akan menyempurnakan keperluan2 orang lain walaupun mereka dalam keadaan lapar pada masa itu. Mereka akan tidurkan anak2 mereka yang keci, yang begitu disayangi dalam keadaan yang lapar kerana memberi makan pada org2 beriman yang lain. Kepala seekor kambing telah berpusing sebanyak 7 buah rumah dan kembali ke rumah asal. Setiap daripada mereka menganggap bahawa jiran saya perlukan lebih daripada saya.
Hatta dalam peperangan pun, seorang sahabat telah korbankan nyawanya, tidak rela minum air sebelum kawan2nya minum. Tuan2 telah disusahkan oleh kami. Tuan2 dtg ke sini ialah utk mengingatkan kpd tuan2, menyedarkan tuan-tuan bahawa nyawa kita dan harta-benda kita, bukan kita punya. Sebagai contoh, pada hari Jumaat, kita akan pakai pakaian yang bersih tetapi dlm masa seminggu, semua itu akan jadi kotor dan minggu depan tukar lagi. Oleh kerana itulah kita panggil tuan2 tiap2 tahun supaya iradat/niat yg tuan2 buat, iaitu harta dan nyawa untuk agama Allah s.w.t diperbaharui. Niat yang tuan2 buat, lama-kelamaan akan pudar. Tuan2 diminta dtg semula supaya tuan2 dpt memperbaharui niat tuan2.
Usaha dakwah ini bukanlah satu perantaraan untuk menghasilkan/memajukan/menambahkan dunia kita tetapi ianya ialah satu tempat untuk membelanjakan harta-benda kita. Beberapa pemuda dari satu kabilah telah dtg kpd Baginda s.a.w dan seorg dpd mereka ditentukan utk menjaga unta2. Bila sampai masa utk bahagi2kan harta rampasan, org yg jaga unta tadi pun dpt bahagiannya. Bila beliau balik dari hutan maka bahagiannya pun diserahkan pada dia. Dia beritahu, “Saya terima Islam bukan utu mendapatkan harta-benda tetapi saya terima Islam supaya saya dapat khidmat untuk agama Allah s.w.t dan sampai ke satu tahap datang satu anak panah ke leher saya dan saya syahid di jalan Allah s.wt”. Baginda s.a.w beritahu, “Sekiranya dia benar dlm percakapannya, maka percakapannya akan dibenarkan oleh Allah s.w.t”. Satu ketika, mmg dia kena anak panah di lehernya dan selepas itu dia jatuh dlm pangkuan Baginda s.a.w dan syahid.
Baginda s.a.w beritahu, “Dia memang benar dlm percakapannya dan Allah s.w.t membenarkan dia”. Oleh itu, kita semua kena niat, iaitu usaha agama tidak akan menjadi perantaraan untuk melebihkan atau untuk menguntungkan duniawi kita. Melalui usaha agama ini, bukan niat kita untuk menambahkan harta-benda atau untuk menambahkan kedudukan dan darjat kita. Dalam usaha ini, ada kesederhanaan dan sifat ummumiyat. Org2 yg datang daripada luar Madinah tidak kenal Baginda s.a.w. Tidak ada tempat kedudukan yang khas atau singgahsana atau mahkota atau bantal2 untuk sandar-menyandar atau ada satu pakaian yg khas untuk menonjolkan kewibawaan Baginda s.a.w. Tidak wujud apa-apa perkara spt itu. Org dtg dan tanya, “Siapa dia keturunan dpd Abu Mutalib?” Baginda s.a.w kata, “Sayalah orgnya”. Orang itu beritahu, “Saya akan cakap dgn tuan dgn keras sedikit, tuan tidak akan merajukkan?” Baginda s.a.w kata, “Cakaplah dgn apa cara sekalipun, saya tidak akan merajuk dan tidak akan marah”.
Oleh itu tuan-tuan yg mulia, dalam kita membuat usaha agama ini jangan pula kita sediakan diri kita dgn pakaian2 khusus supaya dari jauh org akan nampak seorg buzruq sedang datang. Bila kita bawa jemaah dan kita sebagai amer, kita kena tonjolkan sifat khidmat sehingga org2 nampak tidak ada sesiapa dalam jemaah itu yang sanggup berkhidmat lebih daripada amernya. Semasa kita buat usaha, setiap dpd kita harus berfikir dengan begitu risau dan fikir dengan begitu banyak sehingga org2 luar nampak semua mereka ini adalah amer. Tuan2 yg mulia, Baginda s.a.w telah wujudkan 2 sifat dikalangan sahabat2 :-
1. Hidup sederhana
2. Sanggup bermujahadah.
Kesederhanaan yang begitu ketara dalam kehidupan Umar r.a. Pakaiannya ada 17 tampalan dan pada kain sarungnya ada satu tampalan dpd kulit. Tahap mujahadah yang diwujudkan dalam expedisi Ambar iaitu amernya Hadrat Ubaidah Jarrah r.a, org yg paling beramanah dlm umat Baginda s.a.w, bersama2 dgn 300 org di mana mereka telah rendamkan daun2 sbg makanan. Semasa Hadrat Umar r.a menjadi amer, tidak ada org2 yg dibenarkan menunggang kuda dgn meletakkan kaki atas tempat pijak sebelum naik kuda. Hadrat Umar r.a tidak benarkan berbuat demikian. Oleh itu, org2 yg hendak naik kuda perlu lompat dari bawah. Beliau juga tidak benarkan org selalu mandi. Beliau kata, “Mandi kamu adalah dalam panas, semasa kamu berpeluh, biasakan diri kamu dlm panas”. Musuh Baginda s.a.w dan musuh para sahabat telah tukarkan kesederhanaan itu dengan fesyen dan mereka telah ubahkan mujahadah org2 Islam kpd kehidupan mewah.
Sehinggakan org2 Arab dalam rumah mereka ada hawa dingin, dalam kedai ada hawa dingin, dalam kereta ada hawa dingin, dalam masjid ada hawa dingin, di mana sahaja mereka pergi ada hawa dingin, supaya langsung sifat mujahadah tidak wujud dalam kehidupan mereka. Melalui usaha ini, satu hasil yang dikehendaki iaitu kehidupan berfesyen ini dapat ditukarkan kembali kepada kehidupan sederhana dan supaya kehidupan mewah dpt ditukarkan dgn kehidupan mujahadah. Oleh itu, manusia dipanggil dari seluruh dunia utk dtg ke sini supaya mereka dapat mempelajari sedikit mujahadah dan kehidupan sederhana. Selagi kita tidak sanggup menerima kehidupan sederhana dan kehidupan bemujahadah, maka kita tidak akan dpt kekalkan diri kita utk masa yg panjang dlm usaha agama.
Tuan-tuan yg mulia, kejayaan setiap manusia yang sebenarnya ialah bila dia menuju ke hadapan. Ttpi keuntungan kita atau keistimewaan kita ialah bila kita undur ke belakang, seberapa belakang yang boleh. Kita undur dan undur dan undur sehingga kita berdiri di saf sahabat2 dimana tidak ada beza antara sahabat dan kita. Ertinya langsung serupa macam kehidupan sahabat2. Selepas kita balik daripada sini, setiap masa dan setiap detik, kita kena fikir bagaimana harta benda kita dan nyawa kita dapat digunakan utk agama Allah s.w.t. Bila kita menyempurnakan takazah2 dan keperluan2 agama, maka sudah tentu perbelanjaan untuk rumahtangga akan mulai kurang.
Skrg, wang ringgit kita itu digunakan di tempat2 yg dilarang oleh Allah s.w.t. Bila kita memenuhkan takazah agama, maka perbelanjaan kita di tempat2 yg dilarang akan terhenti. Di tempat2 di mana Allah s.w.t membenarkan kita gunakan wang ringgit, kita gunakan wang ringgit lebih dpd keperluan. Allah s.w.t beri kebenaran utk makan dan minum, ttpi jangan kamu boros dlm perkara itu. Bila kita memenuhkan takazah agama, maka sifat boros ini akan hilang dpd kehidupan kita. Allah s.w.t akan tambahkan berkat dlm kehidupan kita. Dan corak kehidupan kita skrg ini, org2 akan sentiasa menyangka bahawa org2 tabligh ini mesti dpt wang ringgit dari mana2 sumber yg lain. Mrk kata, keperluan mereka pun macam kita, hasil mereka sama spt kita, mrk keluar ke jln Allah s.w.t, mrk nusrah jemaah, mereka makan, minum mcm kita juga, sudah tentu ada sumber2 lain di mana wang ringgit dtg kpd mereka. Mereka tidak tahu, bila berkat dtg, satu mangkuk susu sudah cukup utk 72 orang.
Janji Allah s.w.t ialah apa juga yg kita belanjakan utk agama, pasti Allah s.w.t akan gantikannya. Bila keperluan utk gunakan wang tidak ada, maka buat apa kita perlukan wang. Kalau kita tidak sakit, buat apa kita perlu beli ubat. Usaha akan dibuat utk bantu kita cara ghaib dan apa yg Allah s.w.t beri pada kita, maka Allah s.w.t akan masukkan berkat pada itu. Kita mungkin sakit selama 2 bulan ttp bila makan ubat, 2 hari boleh baik. Bila shj kita menambahkan pengorbanan utk agama Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan menunjukkan keberkatan dan bantuanNya dlm kehidupan kita. Sahabat2 Baginda s.a.w, kesemua mrk org miskin, ttpi mereka belanja dan belanja utk agama Allah s.w.t sehingga mrk semua jadi kaya. Sekiranya kita dapat belanja untuk agama Allah s.w.t dengan keyakinan atas pemberian janji Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan menunjukkan pada tuan-tuan, iaitu yang miskin dijadikan kaya oleh Allah s.w.t.
Sifat2 yg asas utk usaha ini ialah kita dpt lapangkan harta kita, nyawa kita dan tenaga kita untuk agama Allah s.w.t. Sifat yang kedua ialah, Allah s.w.t ingatkan Baginda s.a.w, “Allah s.w.t merahmati tuan dan jadikan tuan org yg lemah-lembut, sekiranya tuan berhati keras, walaupun tuan ketua kpdaambiya a.s., maka sahabat2 tuan akan tinggalkan tuan”, dan Allah s.w.t ingatkan, “Kami tidak utuskan tuan sbg polis inspektor tetapi kami utuskan tuan sebagai rahmat untuk seluruh alam”. Jika kita bersifat keras dalam usaha ini, maka kita telah bawa racun dlm usaha ini. Maksud 4 bulan dan 40 hari ialah supaya dtg kelembutan dalam hati2 kita dan Allah s.w.t beritahu, “Allah s.w.t terangkan hati2 manusia, ada hati manusia yg lebih keras dpd batu, sbb ada batu2 yg masih boleh mengalirkan air mata krn takutkan azab neraka”. Batu, bila dimasukkan ke dlm api, lama2 akan cair. Besi yg paling keras pun, bila dipanaskan akan cair juga. Jadi tuan2 yg mulia, antara sifat2 asas untuk usaha dakwah ialah mesti ada sifat lemah-lembut.
Tuan-tuan yang mulia, tidak ada dosa yang paling besar iaitu bila berkata, “Akulah tuhan kamu” dan kepada orang seperti itu, Allah s.w.t hantar Musa a.s. Satu ketika, ada 2 orang Mesir sedang bergaduh. Seorang mengadu bahawa orang ini menyusahkan saya, maka Musa a.s telah menolak org yg jahat dengan tangannya dan bila terkena tangannya sahaja maka org itu pun mati. Musa a.s bukan bermaksud untuk bunuh dia. Nabi spt ini yang begitu kuat pun, bila diutuskan kepada Firaun, diberitahu kepadanya, “Cakap dengan dia dengan lemah-lembut”, supaya bila bercakap dengan lemah-lembut maka orang itu tidak akan menggelabah dan dia ada masa untuk berfikir. Sekarang ini, kita gunakan nyawa dan tenaga untuk harta-benda dan harta-benda digunakan untuk anak-isteri supaya yang disayangi ini tidak dapat apa-apa kesusahan.
Bila anak kita sakit sedikit pun, sepanjang malam kita tidak dapat tidur, kita akan berjaga. Untuk datangkan Islam di seluruh dunia bukannya satu masalah yang besar. Untuk datangkan Islam dalam negara kita pun bukan satu masalah. Untuk datangkan Islam di bandar kita pun bukan satu masalah. Masalah yang paling besar ialah macam mana Islam dapat datang dalam rumah kita. Perintah Allah s.w.t, “Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan diri kamu dan keluarga kamu dpd api neraka”. Mula2 ialah nyawa kita yg kita kena selamatkan, selepas itu anak-isteri perlu diselamatkan, yg ketiga ialah Allah s.w.t beritahu, “Org2 beriman ialah saudara2 kamu, jadi mereka perlu diselamatkan dari api neraka” dan yg keempat ialah seluruh insan diseluruh muka bumi ini perlu diselamatkan dari api neraka. Jika kita berkeras dgn isteri dan anak2 kita, walaupun kita duduk dirumah tetapi sebenarnya kita tiada rumah.
Org2 tua beritahu, bila isteri kita dapat anak pertama, maka dia bukan sahaja isteri kita lagi tetapi dia sudah jadi ibu kepada seorang anak. Bila anak lelaki sudah dewasa, maka dia bukan sahaja sekadar anak tetapi dia sudah jadi ahli keluarga yang ada hak untuk beri pandangan. Sekiranya kita menentang pandangan anak lelaki, maka isteri kita akan menyebelahi dia. Bila ibu sudah menyebelahi mana-mana ahli keluarga, maka semua ahli keluarga akan menyebelahi ibu yang menyebelahi ahli keluarga tadi. Oleh itu, kita duduk di rumah sendiri tetapi tanpa rumah. A house not a home. Tuan-tuan yang mulia, seorang wanita yg beri pengorbanan untuk jadikan dirinya sbg seorang isteri, sesungguhnya untuk dia dapatkan syurga tidak perlu beri pengorbanan walaupun 1/1000.
Kerana apa? Kerana untuk jadi seorang isteri, dia kena tinggalkan ibubapanya, dia kena tinggalkan adik-beradiknya, dia kena tinggalkan kampung halaman nya, dia kena tinggalkan segalanya yang dia sayang, barulah dia akan jadi isteri kepada seorang suami. Dia telah korbankan segala2nya untuk jadi isteri kita. Dalam hadith diberitahu, “Wanita2 adalah seperti kaca, jagalah mereka baik-baik kerana jatuh sedikit sahaja pun akan pecah”. Seorang wanita yang sudah korbankan segala-galanya untuk kita, kalau kita sakitkan hatinya, seolah-olah kita menghempas kaca yang mana akan berkecailah hatinya. Hak seorang isteri ialah supaya hatinya dapat terima dan dapat percaya bahawa dalam dunia ini tidak ada mana2 manusia yang sayang dia lebih daripada suaminya. Baginda s.a.w ditanya, “Siapa yang tuan paling sayang sekali?” Jawab Baginda s.a.w, “Aishah”, kerana hak dia dan supaya hak dia dpt dirasai iaitu dialah yg paling dicintai oleh Baginda s.a.w.
Selagi hati suami-isteri tidak dpt disatukan, maka anak2 tidak akan dapat ditarbiyah dgn betul. Wang ringgit dtg melalui bapa dan segala keperluan2 bergantung pada bapa tetapi hati anak2 disambungkan dengan hati ibu. Oleh itu, bila bapa dan ibu tidak ngam, maka anak2 hendak sokong siapa? Kerana siasah dan politik suami-isteri, maka rosaklah kehidupan anak2. Anak2 jadi munafik. Kerana apa? Kerana hati mereka di tempat lain ttpi terpaksa berbaik2 dgn kedua2 ibu-bapa. Hidupkan ta’alim dan tarbiyah anak2 kita pentingnya penyatuan hati. Kasih sayang antara suami-isteri harus dikekalkan. Fikir mereka harus satu. Hati mereka harus satu.
Mahfum hadith, “Wanita dijadikan dpd tulung rusuk”, tulang rusuk yg paling dekat dgn leher yg mana ia adalah tulang rusuk yg paling bengkok. Kalau hendak diluruskan, pasti akan patah. Secara fitrahnya, wanita memang ada sifat bengkok dan kita kena jaga mereka dan bersama2 dgn kebengkokkan mereka. Misalnya, bila kita tergelincir semasa berjalan dalam hujan dan menyebabkan kaki kita tempang. Semua doktor telah berusaha untuk mengubati tempang tersebut tetapi tidak berjaya. Macam mana kita hendak hidup baki hayat kita? Kita akan kata, “Tidak mengapa, uzur sedikit, tempang sedikit sahaja”. Oleh itu, setiap isteri ada kebengkokkannya dan memang kita kena hidup bersama dgn bengkok tersebut tetapi kita kena jaga dia, bersama2 dgn dia dan simpan dia. Allah s.w.t beritahu, “Bila kamu membuat perjanjian, mestilah ada 2 orang saksi lelaki, dan sekiranya tidak ada 2 lelaki, ambillah seorang lelaki dan 2 wanita. Sekiranya satu wanita lupa maka seorang lagi akan ingatkan dia. Hari hisab sudah dekat tetapi orang-orang lelaki masih lalai dan lupa. 3 tahun hafal Quran, selepas itu untuk satu tahun lagi kita buat tadarus utk ingatkannya. Dalam bulan Ramadhan, dari pagi sampai petang kita baca Quran tetapi bila jadi imam, lupa apa yg sudah dihafal.
Oleh itu, sudah tentu kena ada seorg hafiz lagi dibelakang utk mengingatkan kita. Maksudnya, orang lelaki pun ada sifat lupa dan lalai. Isteri kita, wanita, mereka lalai dan lupa 2 kali ganda daripada lelaki. Sebagai contoh, bila isteri sedang masak dan sudah bubuh garam dalam masakan tersebut, tiba-tiba anak menangis. Dia pun pergi tengok anak. Bila balik semula ke dapur, dia lupa samada sudah bubuh garam atau belum lagi, maka dia pun bubuh lagi sekali garam dlm masakan tersebut. Bila kita mula makan, terasa masin sangat kerana terlebih garam. Eloknya, kita makan diam2 dan beredar dari situ. Bila isteri makan, barulah dia tahu bahawa lauk tersebut masin kerana terlebih garam. Maka dia akan ingat, dahulu sebelum buat dakwah, bila terlebih garam sedikit pun suami saya tidak akan makan tetapi sekarang ini suami saya sudah banyak berubah, dia sanggup makan. Melalui sikap tuan-tuan ini, cinta dia akan bertambah atau berkurang? Sudah tentu bertambah. Oleh itu, setiap kali bila kita balik dari keluar ke jln Allah s.w.t, maka ahli keluarga kita dapat merasai yg kita lebih lemah lembut dpd kita keluar dahulu.
Rasulullah s.a.w dapat tawan hati-hati para sahabat melalui cinta dan kasih sayang. Satu kabilah diserang oleh musuh dan hadzrat Zaid r.a telah jadi tawanan. Beliau telah dijual dan dijadikan hamba dan akhirnya sampai ke Baginda s.a.w. Beliau adalah anak tunggal ayahnya. Ayahnya sentiasa menangis kerana cinta dan rindukan anaknya itu. Bertahun2 dia mencari anaknya dan akhirnya dia dapat tahu bahawa anaknya ada di Mekah. Bapanya dan bapa saudaranya pun berangkat ke Mekah dengan membawa wang tebusan. Mereka berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan berkata, “Tuan ialah keturunan bani Hashim, tuan sentiasa muliakan tetamu, tuan sentiasa jaga org2 miskin dan tuan sendiri tebus orang yang ditawan”. Baginda s.a.w tanya, “Tuan datang atas hajat apa?”
Mereka kata, “Anak kami jadi tawanan tuan. Tuan ambillah wang tebusan seberapa banyak yg tuan mahu”. Baginda tanya, “Kamu dtg atas maksud ini sahaja?” “Panggil Zaid”. “Sekiranya Zaid sanggup pergi dengan tuan dengan kerelaan hatinya, maka ambillah dia dan saya tidak mahu apapun dari wang tebusan itu ttpi sekiranya Zaid tidak mahu ikut tuan, saya tidak boleh paksa dia ikut tuan balik”. Bapa Zaid beritahu, “Tuan sebenarnya telah beri kpd kami dan sudah cakap kpd kami lebih dpd hak kami”. Hadzrat Zaid r.a pun dtg dan dia ditanya, “Kamu kenal kedua2 org ini? Zaid r.a kata, “Ini bapa saya dan ini bapa saudara saya”. Rasulullah s.a.w kata, “Saya pun kamu tahu dan kenal”. “Sekiranya kamu hendak balik bersama bapa dan bapa saudara kamu maka tidak akan dikenakan sebarang wang tebusan”. Zaid r.a kata, “Saya tidak boleh tinggalkan tuan”.
Ayahnya kata, “Kamu seorg manusia yg takjub kerana kamu pilih jadi hamba dpd dibebaskan”. Zaid r.a kata, “Saya dpt sifat2 dlm diri beliau yg menyebabkan saya tidak sanggup tinggalkan beliau”. Baginda s.a.w begitu suka/gembira dan dudukkan Zaid di atas pangkuannya dan berkata, “Mulai hari ini, kamu jadi anak saya”. Beliau pergi ke Baitullah dan iklankan pada semua org bahawa mulai hari ini Zaid adalah anak beliau. Hadzrat Anas r.a beritahu, “Saya jadi pembantu kepada Baginda s.a.w, selama 10 tahun. Saya masih muda dan kecil. Saya selalu buat salah dan silap tetapi sekali pun Rasulullah s.a.w tidak tegur saya, “Kenapa kamu buat kesilapan ini?” Sekiranya ada kerja yg kena buat tetapi saya tidak buat, Baginda s.a.w tidak tanya kenapa saya tidak buat kerja itu. Ertinya, Baginda s.a.w hidup dgn kasih sayang dan palingkan pandangannya dpd kesilapan2 sahabat2nya. Seorg sahabat Ansar dtg dlm keadaan sedih dan muram. Baginda s.a.w tanya, “Mengapa?” Dia kata, “Apa yg merungsingkan dan merisaukan saya skrg ini ialah, jika saya dpt masuk syurga pun, sudah tentu syurga saya kecil dan jauh dpd tuan. Oleh itu, macam mana saya dpt hidup dalam syuga?
Baginda s.a.w dapat menawan hati2 para sahabat dengan kasih sayang. Biasanya manusia lebih takut pada orang yang dia sayang daripada musuh dia. Kita hanya akan dapat menawan hati-hati ahli keluarga melalui kasih sayang dan cinta. Selepas setiap safar, bila kita kembali ke rumah, mereka dapat rasa yang kita ini lebih sayang dan lebih lemah lembut dgn mereka. Mereka dapat rasa bahawa kita ini lebih maafkan mereka dan kita tidak pandang salah2 mereka dan kalau ada salah-silap pun, tanpa mereka minta maaf, kita sanggup maafkan. Oleh itu, utk bawa agama dalam rumah kita, untuk bawa agama dlm kampung kita, untuk bawa agama dalam bandar kita, untuk bawa agama dalam negeri dan negara kita, maka pentingnya ada sifat lemah-lembut dlm diri kita. Baginda s.a.w beritahu, sekiranya mereka ada membuat salah dan silap, ampunkan mereka/maafkan mereka. Maafkan segala kekurangan dan kelemahan mereka dan selepas itu, kamu menangis dan merayu pada Kami supaya Kami dapat ampunkan mereka. Ambillah pandangan/syor mereka untuk buat apa juga kerja. Bukan sahabat2 sahaja disuruh tanya Nabi s.a.w sebelum buat sesuatu kerja ttpi Nabi s.a.w sendiri pun akan tanya sahabat2 sebelum dia buat sesuatu kerja. Di rumah kita pun ada jemaah masjid.
Kita adalah amer dlm jemaah masjid dirumah kita. Kita kena ada fikir harian/mesyuarat dlm rumah kita. Siapa akan baca kitab fadhail, siapa akan keluar dijalan Allah s.w.t, siapa akan bantu ibu di dapur, dsbnya. Mengikut syariat, bukanlah satu kewajipan bagi isteri utk menyediakan makanan. Tggjwb menyediakan makanan ialah pada suami samada dia sediakan org gaji atau beli makanan dari kedai. Bagaimana pula makanan ayah saya, makanan saudara-mara saya, adakah ia diwajibkan ke atas isteri? Khidmat pada ibu saya bukan tggjwb isteri, bukan diwajibkan atas isteri. Saya sendiri kena khidmat pada ibu saya atau melalui orang gaji. Ini kehendak syariat.
Berapa banyak agama masuk ke dlm rumah kita, maka sebanyak itulah kasih sayang akan bertambah dlm rumah kita. Selagi kita tidak dpt melembutkan hati kita, selagi itulah kita tidak dpt buat usaha agama. Oleh itu, sgt penting utk wujudkan sifat sabar dlm diri. Kehendak manusia ialah bila dia mula buat usaha agama, dia mahu hasil dgn serta-merta. Baginda s.a.w diberitahu, “Tuan kena sabar sptmana nabi2 sebelum tuan, jgnlah tuan buat kerja dgn tergopoh-gapah” Usaha yg dibuat bukan dtg spt angin spt usaha batil, yg mana ia akan lalu begitu sahaja. Ini adalah usaha hidayat dan perjalanan usaha hidayat adalah spt semut. Kalau sekali sahaja air bah dtg tidak akan memberi kesan pada batu ttpi jika tiap2 hari setitik air jatuh pada batu tersebut, maka batu tersebut akan lekuk, kesan akan wujud pada batu itu.
Bila kita mula buat usaha, maka akan ada org menetang. Baginda s.a.w diingatkan, “Jgnlah tuan susah hati terhadap org2 yg menentang tuan dan jgnlah tuan gementar bila mereka buat bermacam2 tipu helah pada tuan, tuan sabar sahaja” . Allah s.w.t sudah cukup utk mereka yg memperolok2kan dan yg mempersenda2kan tuan, jgn tuan gementar. Diingatkan oleh Allah s.w.t, “Sekiranya kamu bertaqwa dan bersabar, maka apa sahaja tipu helah tidak akan membawa apa2 kerugian pada kamu”. Sekiranya kamu dilontar ke dlm api, maka api pun tidak akan dapat berbuat apa2 pada kamu. Sekiranya pisau digunakan utk potong leher kamu, maka pisau pun tidak akan dpt menjejaskan leher kamu.
Sekiranya mereka hantar kamu ke dalam perut ikan, maka kamu akan selamat dalam perut ikan tersebut. Tuan2 yg mulia, inilah senjata yang paling hebat, yang diberikan kepada umat ini oleh Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. beritahu, “Hidayat yang asal akan datang bila jemaah jalan kaki dapat dikeluarkan”. Oleh itu, bila keluar dijalan Allah s.w.t, gunakanlah kenderaan yang paling perlahan, yang tidak begitu laju supaya dapat diwujudkan sifat sabar dan tahamul yang begitu penting dalam diri. Allah s.w.t beritahu, apa sahaja keburukan yang dibuat pada kamu, maka kamu balaslah segala keburukan itu dengan kebaikan. Dengan itu, musuh yang mahu nyawa kamu pun akan dipaksa oleh Allah s.w.t menjadi kawan kamu. Bolehkah tuan-tuan bayangkan kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan satu orang yang tidak ada satu musuh pun di dunia ini?
Tuan2 yg mulia, sabar dan dakwah adalah satu ikatan sepertimana ikatan adik beradik yg dilahirkan sekali yg kita panggil kembar siam. Watawa saubil haq watawa saubis sabr. Wahai anakku, kamu dirikanlah solat, menyuruh org kpd kebaikan, cegah mrk dpd kemungkaran dan sekiranya segala susah payah yg dtg krn amalan ini, maka hendaklah kamu bersabar. Inilah empat kerja yg perlu keberanian. Allah s.w.t beritahu, “Sesiapa yang dapat ampunkan dan sabar, maka dia telah buat satu kerja yang berani”. Keluar 4 bulan, 40 hari adalah supaya sifat sabar dpt dtg dalam diri kita. Dlm gasht ummumi, kita buat latihan atas 2 perkara.
Latihan pertama, supaya kita dpt jumpa setiap org beriman dgn sifat rendah diri. Latihan kedua, supaya kita bersabar dlm apa juga keadaan samada mrk marah, maki-hamun atau cakap kasar dgn kita, kerana org beriman adalah saudara kita. Utk org ini, kita kena bangun waktu malam dan doa dan keluarkan air mata merayu pada Allah s.w.t. Allah s.w.t beritahu, “Memang org2 itu akan bercakap perkara2 yg akan membawa kemarahan pada diri kamu, tetapi kerana tuan adalah hak Kami, maka maafkan mereka”. Org yg buat kesilapan dan kesalahan itu, langsung dia tidak ada sifat malu. Dia tidak sedar apa yg dia buat dan tidak minta maaf atas kesalahan itu ttpi hendaklah kita maafkan dia. Sekiranya kamu nampak dia perlukan sesuatu, walaupun dia musuh kamu, hendaklah kamu sendiri pergi dan bantu dia. Kalau kamu buat demikian, maka Allah s.w.t akan jadikan kamu kekasihNya. Oleh itu, sesiapa yg hendak jadi kekasih Allah s.w.t, maka dia kena beri menafaat pada org yg beri kesusahan pada dia.
Perkara ini diamalkan oleh Baginda s.a.w sehingga beliau diingatkan oleh Allah s.w.t, “Adakah tuan hendak habiskan nyawa tuan untuk org2 kerana mereka tidak dapat hidayat?” Apa yang menyedihkan Baginda s.a.w? Org yg sentiasa ludah atas wajah Baginda s.a.w, org yg sanggup pukul Baginda s.a.w dengan kasut, orang yang sanggup buang perut unta atas Baginda s.a.w, orang yang panggil Baginda s.a.w gila/majnun, orang yang mahu nyawa Baginda s.a.w, orang yang mahu hisap darah Baginda s.a.w, untuk mereka ini Baginda s.a.w menangis dan minta hidayat. Kerana sikap dan sifat Baginda s.a.w yang mulia ini, maka orang-orang seperti Umar r.a yang datang dengan pedang pun, masuk Islam. Tuan-tuan yang mulia, kita yang buat usaha agama ini, kita kena usaha untuk wujudkan akhlak-akhlak seperti ini iaitu orang-orang yang sentiasa menyusahkan kita, memburukkan kita, cakap macam-macam tentang kita, untuk mereka, kita doakan dan fikir macam mana hendak bagi menafaat pada mereka.
Siapa dia orang tabligh? Orang tabligh ialah orang yang boleh pergi dan jumpa sesiapa tanpa segan-silu dan sesiapa pun sanggup datang berjumpa dengannya tanpa rasa malu. Maulana Syed Ahmad Khan rah. beritahu satu kisah, bila mereka sampai di Madinah, ada seorang sheikh tariqat sedang mengajar. Dia duduk dlm majlis tersebut. Sheikh itu mengeluarkan kitab-kitab orang besar dan bacakan tulisan2 org besar dlm agama dan kemudian tanya anak muridnya, “Apa pandangan kamu?” Anak muridnya beritahu, “Ini menunjukkan penulis ini kafir”. Semasa dalam majlis itu, semua org2 besar dalam agama telah dikafirkan oleh beliau. Maulana diam dan tidak cakap sepatah apa pun.
Bila Maulana minta izin hendak tinggalkan majlis itu, sheikh itu kata, “Maulana Syed, datanglah ke majlis saya sekali-sekala”. Pada kali kedua Maulana datang, segala perasaan buruknya terhadap org2 besar sepertimana yang berlaku dalam majlis yang pertama dahulu telah hilang. Semangat marahnya pun telah berkurangan. Maulana pun terus pergi berjumpa dengan sheikh itu. Maulana minta pandangan dan apa yang perlu dibuat tentang beberapa kemusykilan dan masalah. Selepas beberapa ketika, Maulana balik dari safar, Maulana bawa satu botol minyak attar dan satu botol air zam-zam segabai hadiah. Sheikh itu tanya, “Maulana Syed, kamu pergi mana?” Maulan pun memberi karguzari tentang perjalanan beliau. Selepas 10 bulan seperti ini, mereka berdua pun jadi kawan. Sheikh itu beritahu, “Wahai Maulana Syed, kerja kamulah kerja yg betul dan benar”.
Maulana beritahu, beliau menaiki kapal dari Bombay ke Hijaz. Beliau pergi ke dek atas dan nampak satu org pakai suit dan tie sedang duduk di atas kerusi. Maulana beri salam padanya. Maulana beritahu, dibawah ada solat jemaah. “Tuan tidak turun ke?” Dia beri satu risalah pada Maulana. Rupa2nya, dia org Qadiani. Maulana kata, “Lahaulawala quwataillahbillah, kamu ini iblis, syaitan, qabis”. Maulana pun tinggal kan dia. Pada hari yg kedua, bila Maulana naik ke atas, dia pelawa Maulana minum satu cawan teh. Maulana kata, “Saya tidak hendak minum dgn org macam kamu?” Setiap kali Maulana jumpa org itu, dia pelawa dan merayu Maulana minum teh dgnnya. Bila Maulana sampai di Hijaz, perkara pertama yg Maulana lakukan ialah buat laporan pada polis iaitu satu org Qadiani telah dtg utk sebarkan risalah dan kitabnya. Polis telah ambil semua kitab2nya. Satu hari, Maulana hendak pergi ke Madinah ttpi kekurangan duit. Maulana pun fikir, jika dapat jumpa mana2 org yg dikenali, mungkin boleh pinjam sedikit wang. Maulana nampak org Qadiani tadi sedang duduk di atas kerusi di hadapan sebuah rumah.
Dia kata pada Maulana, “Maulana, ada satu kerja utk tuan”. Maulana kata, “Lahaulawala quwataillahbillah”. Dia merayu lagi, “Ada satu tugas utk tuan”. Dia hendak hantar wang ke Madinah. Dia sangat berbesar hati jika sekiranya Maulana dpt guna wang itu. Dia pujuk rayu dan beri wang itu pada Maulana. Selepas itu, dia kata, “Sifat2 ini, kalau ada, itulah golongan tabligh, sifat org tabligh”. Tuan2 yg mulia, diingatkan jgn buka mulut dahulu walaupun perkara yg hendak dicakapkan itu perkara baik, tetapi hendaklah belajar hikmah dahulu. Barangsiapa yg dikurniakan hikmah, maka dia diberi khair/kebaikan yg paling banyak sekali. Apa itu hikmah? Hikmah ialah dapat kenal org dan dapat kenal masa. Kita kena tahu macam mana perwatakan org itu. Adakah org itu terlampau sensitif, penyabar atau panas baran. Kita juga kena ada masa yg sesuai untuk cakap dgn org itu.
Saya punya amer sab rah., dia mendapat penyakit kanser di akhir hayat beliau. Dia ada seorang anak yg berumur 14 atau 15 tahun. Ada beberapa org kawan dtg menziarahi beliau dan pada masa itu beliau telah menceritakan ttg anaknya. “Budak ini anjing betul, saya tersandar disini, dia tidak fikir pun hendak beri air pada saya”. Anak itu tidak cakap apa-apa. Bila org semua sudah balik, dia pergi jumpa ayahnya dan menangis. Dia merayu pada ayahnya, “Kalau kita berdua sahaja, ayah pukul saya dgn kasut pun tidak mengapa tetapi tolonglah jgn cerita keburkan saya di hadapan kawan2. Bayang kan budak yg berumur 14 atau 15 tahun yg mempunyai perwatakan yg begitu sensitif yg sanggup dipukul oleh bapanya tetapi tidak sanggup sedikit pun keburukannya di ceritakan di hadapan org ramai.
Oleh itu, kita pun kena kenal mijaz atau perwatakan setiap org dlm rumah kita. Macam mana perwatakan isteri, macam mana perwatakan anak lelaki yang tua, macam mana perwatakan anak perempuan, macam mana perwatakan menantu dsbnya. Sekiranya kita marah isteri kita dihadapan anak2 kita, maka dalam hati anak2 kita akan ada perasaan benci pada kita. Jika marah kita itu betul, maka anak-anak akan hilang rasa hormat mereka pada ibu. Oleh itu, anak-anak tidak harus tahu apa-apa persengketaan di antara kita dengan isteri kita. Sekiranya kita merendahkan/memalukan anak tua dihadapan adiknya, maka adiknya tidak akan ada rasa hormat lagi pada abangnya.
Oleh itu, tuan-tuan yg mulia, kita kena tahu perwatakan, perasaan dan sensitiviti setiap org daripada ahli keluarga kita. Kita kena bertingkahlaku yg begitu baik dengan mereka supaya suasana rumah tidak rosak. Tuan-tuan yang mulia, macam mana betul pun kita buat usaha tempatan tetapi selagi kita punya gerak-geri dlm rumah tidak betul, maka agama tidak masuk ke dalam rumah kita. Ada 2 urusan yang kita kena buat untuk bawa agama ke tempat kita/qariah kita. Pertama, usaha tempatan iaitu 5 amal masjid. Kedua, ubah tingkahlaku diri supaya sesuai dgn keluarga kita. Kita bagi dakwah ke seluruh dunia tetapi agama tidak ada dalam rumah kita. Kenapa ini terjadi? Kerana kita punya tingkahlaku keras dan tidak sesuai untuk ahli keluarga. Kita sentiasa kritik mereka.
Oleh itu, kalau kita mahu orang rapat dengan kita, ada 4 perkara kita kena jaga:
1. Jangan kita kecilkan dia, cari kelemahan dan keburukan dia.
2. Jangan kritik dan memburukkan dia.
3. Jangan merendahkan kedudukan dan memalukan dia.
4. Jangan kita kata setiap kerja yang dia buat tidak betul/tidak guna.
Baginda s.a.w telah membuat perjanjian/baiah dengan sahabat-sahabat atas 3 perkara:
1. Kami akan taat pada tuan samada hati kami setuju ataupun tidak setuju
2. Kami akan ikut kehendak tuan walaupun orang lain cemeti kami
Satu ketika, Abu Hurairah r.a dalam keadaan lapar. Beliau tanya masalah agama pada Abu Bakar r.a dengan harapan dia akan jawab masalah itu dan apabila sampai di rumahnya, dia akan jemput makan tetapi Abu Bakar r.a jawab dengan cepat dan terus beredar. Begitu juga dengan Umar r.a, beri jawapan yang ringkas dan terus beredar. Bila Baginda s.a.w sampai dan lihat Abu Hurairah r.a, Baginda s.a.w senyum. Baginda s.a.w suruh Abu Hurairah ikut beliau. Bila sampai dirumah, Baginda s.a.w tanya, “Ada apa-apa makanan atau minuman?” “Ada, semangkuk susu yang diberi sebagai hadiah”. Abu Hurairah r.a begitu gembira. Selepas itu, Baginda s.a.w suruh Abu Hurairah r.a panggil ahli suffah. Abu Hurairah r.a jadi tidak gembira, tetapi Abu Hurairah kata, “Kami telah berjanji dgn tuan bahawa kami akan taat pada tuan samada kami setuju atau tidak setuju, mahu atau tidak mahu”.
Abu Hurairah r.a pun pergi panggil org 2suffah. Semuanya ada 70 org. Abu Hurairah r.a sudah tahu, bahawa dia yg panggil, maka dia akan jadi org terakhir utk minum. Memang itu yg terjadi. Mangkuk susu itu berpusing sebanyak 70 org, dan akhirnya sampai kpd Abu Hurairah r.a. Dia tengok mangkuk itu masih berisi spt mula2 tadi. Baginda s.a.w beritahu nya, “Minum”. Kali kedua, “Minumlagi”. Kali ketiga, “Minum lagi”. Abu Hurairah r.a kata, “Saya sudah minum sampai ke leher”. Selepas itu baru Baginda s.a.w minum. Allah s.w.t buktikan dpd kisah ini dan tunjukkan kpd kita bahawa, “Bila kamu taat kepada Nabi, maka begitulah Kami memberkati hidup kamu”.
Dlm peperangan Khandak, bila Huzaifah r.a dihantar sbg perisik, beliau beritahu pada Baginda s.a.w bahawa beliau tidak ada senjata utk selamatkan diri dan tidak ada pakaian utk selamatkan tubuh badan dari cuaca sejuk. Dia pinjam satu cadar dpd isterinya yg hanya dpt menutup sebahagian dpd tubuh badannya. Dia dlm keadaan mencangkung semasa Baginda s.a.w dtg. Baginda s.a.w tanya, “Siapa?” “Huzaifah”, katanya. Kata Nabi s.a.w, “Bangun dan pergi kpd pihak musuh dan lihat apa keadaan mereka skrg”. Huzaifah r.a pun terus jalan dan berkata, “Kami sudah berjanji akan taat pada tuan samada keadaan menyebelahi kami ataupun tidak, dlm apa juga keadaan”. Bila saya mula berjalan, Baginda s.a.w mula berdoa utk saya, “Ya Allah, selamatkanlah dia dpd kiri, kanan, depan, belakang atas dan bawah”, maka pd masa itu juga perasaan takut dan sejuk terus hilang. Allah s.w.t tunjukkan dpd kisah ini iaitu apb taat pada Nabi, maka tanpa asbab pun masalah kamu akan selesai. Baginda s.a.w pesan padanya, “Lihat sahaja dan jangan buat apa-apa”.
Apabila sampai di sana, Huzaifah r.a lihat Abu Sufyan dalam keadaan sedang memanaskan badannya di tepi unggun api. Pada masa itu juga datang pada fikiran Abu Huzaifah r.a, “Inilah ketua fitnah, kalau saya habiskan riwayatnya maka akan habislah segala fitnah”. Bolehkah kita bayangkan satu khidmat yg lebih besar dpd membunuh ketua fitnah. Beliau pun keluarkan anak panah dan aim pada Abu Sufyan. Pada masa itu juga beliau ingat pada pesanan Rasulullah s.a.w, “Lihat dan balik, jgn buat apa-apa”. Bila beliau ingat sahaja utk buat sesuatu ya bertentangan dgn kehendak Baginda s.a.w, maka pada masa itu juga, dlm hati para musuh, mrk rasa ada musuh dikalangan mrk. Mrk pun kata, “Tangkap tangan org disebelah” ttp Huzaifah r.a. lebih cepat bertindak. Huzaifah r.a tangkap tangan org disebelahnya dan tanya, “Siapa kamu?” Walaupun mula2 beliau hendak buat perkara yg bertentangan dgn perintah Rasulullah s.a.w, tetapi teringat semula pesanan Baginda, maka bantuan Allah s.w.t pun dtg dgn cepat. Bila kembali ke khemah, beliau rasa sejuk semula.
Tuan2 yg mulia, Usamah bin Zaid r.a telah dilantik menjadi amer pada satu jemaah yg terdiri dpd sahabat2 yg ulung. Umar r.a ada dlm jemaah itu. Abu Bakar r.a beritahu pada Usamah r.a, “Wahai Usamah, sekira nya kamu tidak rasa susah di atas permintaan saya ini, saya ingin mengambil Umar dpd jemaah kamu utk saya gunakan dia utk mesyuarat”. Usamah r.a kata, “Tuan ambillah dia”. Abu Bakar r.a tidak menahan Umar r.a utk pergi bersama dgn Usamah r.a. Merupakankan satu ujian yg besar utk org2 lama melantik amer yg baru/org baru dikalangan mrk. Sahabat2 telah berjanji akan taat pada sesiapapun tidak kira samada dia org lama atau org baru. “Siapa yg jadi amer, kami akan taat pada dia”. Hadzrat Khalid r.a adalah ketua tentera semasa peperangan sedang berjalan. Hadzrat Umar r.a telah menulis satu surat pada beliau dan menyuruh dia serahkan imarahnya pada Ubaidah r.a. Beliau baca surat itu dan berkata, “Saya bukan berperang utk jadi amer. Saya berperang kerana Allah s.w.t. Dulu, saya lawan sbg amer dan skrg, saya lawan sbg makmum”.
Tuan2 yg mulia, segala perjanjian yg sahabat2 buat dengan Rasulullah s.a.w, maka kita pun baiah dgn Baginda s.a.w atas perjanjian itu. Kita pun kena taat pada kehendak Allah dan Rasul samada hati kita suka atau tidak suka. Kita kena taat pada Allah dan Rasul samada keadaan itu bertentangan dgn kita atau membantu kita. Sekiranya org lain dilebihkan dpd kita, masih kita kata untuk Allah dan Rasul. Kita hendak buat usaha agama. Ambillah kerja dpa saya samada sbg amer atau sbg makmum. Kita tidak mahu kerusi dan kita tidak mahu wang ringgit. Usaha dakwah ada 6 amalan. 3 amalan khususi dan 3 amalan ummumi.
3 amalan khususi iaitu:
1. Kita duduk atas mimbar dan bagi bayan, adalah amalan khususi
2. Kita mesyuarat, adalah amalan khususi
3. Kita jumpa orang-orang khawas, adalah amalan khususi
Bila setiap org dai bercakap, maka kita dgr sbg kita berhajat akan apa yg dia cakap walaupun org yg bercakap itu buta huruf, lebih buta dpd org2 kampung Mewat. 2 gasht ummumi perlu dibuat dgn niat utk islahkan diri. Kalau ada pembayan yg bagus, kita akan dengar dan kalau tidak ada kita akan beredar dari situ. Kalau ada perjumpaan khususi, jumpa org khawas, kita akan pergi ttpi bila hendak buat ummumi gasht, kita tidak sanggup. Kita akan menunggu dan pilih jemaah khawas utk keluar 3 hari ttpi kalau jemaah biasa, org2 kampung, kita tidak sedia. Bila jemaah khawas dtg, kita sembelih ayam utk mereka tetapi kalau org2 miskin dtg kita tidak sanggup hendak jadi rahabah untuk bawa mereka buat gasht. Kalau kita duduk dlm mesyuarat pun, kita mahu pandangan kita diambil berat. Bila org tidak ambil pandangan kita, maka kita tidak dtg mesyuarat.
Kita kata, “Buat apa dtg mesyuarat, sebab tidak ada org dengar cakap saya”. Org2 macam ini memang tidak akan kekal lama dlm tabligh. Mereka akan diasingkan. Allah s.w.t beritahu, “Sekiranya kamu tidak buat kerja Kami dgn cara yg baik, maka Kami akan jauhkan kamu dpd kerja Kami”. Bukan seseorg itu tidak keluar 40 hari ttpi Allah s.w.t tidak benarkan dia keluar 40 hari. Bukan seseorg itu tidak keluar 3 hari ttpi Allah s.w.t tidak benarkan dia keluar 3 hari. Bukan seseorg itu tidak dapat buat 2 gasht ttpi Allah s.w.t tidak benarkan dia buat 2 gasht. Bukan seseorg itu tidak dapat datang malam markaz tetapi Allah s.w.t tidak benarkan dia dtg malam markaz. Kerana apa? Allah s.w.t beritahu, “Kamu tidak perlu kepada kerja Aku lagi”. Walaupun semua orang anggap dia org tabligh tetapi Allah s.w.t kata, “Tidak! Dia bukan org tabligh lagi”. Walaupun semua org tabligh usaha atas dia, ttpi masih tidak akan dapat bawa dia kpd kerja tabligh. Org tersebut yg dijauhkan dpd usaha tablilgh, dia sendiri kena bangun malam, menangis dan merayu pada Allah s.w.t. Ada kemungkinan Allah s.w.t akan terima dia semula.
Kerja ini begitu halus. Akhir sekali Allah s.w.t telah ingatkan Baginda s.a.w, “Kamu ucapkanlah kesyukuran dan kepujian kpd Allah s.w.t krn Allah s.w.t telah sanggup beri kpd kamu usaha dakwah dan beristighfarlah kpd Allah s.w.t kerana kamu tidak dapat membuat kerja ini sepertimana yg dikehendaki oleh Allah s.w.t”. Pertama, bila kita langgar perintah Allah s.w.t, maka kita minta keampunan dari Allah s.w.t dan istighfar. Kedua, bila kita dapat menyempurnakan perintah Allah s.w.t, selepas itu kita istighfar. Doa kita selepas solat, walaupun kita sudah solat, selepas itu kita minta keampunan Allah s.w.t. Knp? Kerana solat yg dilakukan tidak sepertimana yg bena2 dikehendaki oleh Allah s.w.t. Istighfar yg paling tinggi ialah meminta keampunan Allah s.w.t selepas membuat usaha agama.
Selepas hidupkan agama dan selepas amal agama tersebar, masih kita minta pengampunan Allah s.w.t. Fikir Baginda s.a.w, “Selagi saya masih ada bersama dengan umat saya, janganlah umat saya diazabkan sepertimana azab2 yang dtg kepada umat nabi2 dahulu”. Azab datang dengan 2 cara. Pertama, nikmat ditarik dari tangan kita. Kedua, musibah dtg atas kepala kita. Allah s.w.t jawab fikir Baginda s.a.w, “Selagi tuan ada bersama dgn mereka dan selagi mereka sanggup beristighfar, maka Kami tidak akan azab mereka”. Maksudnya ialah nikmat tidak akan ditarik dan kesusahan/musibah tidak akan dtg. Tuan2 yg mulia, kita kena buat kerja ini dgn taat kepada amer, dgn jaga usul dan dgn penuh keikhlasan. Selepas itu pun, masih kita kena solat hajat dan minta keampunan dari Allah s.w.t supaya jgnlah kerja ini dicabut/ditarik dpd kita. Walaupun org itu berkebolehan dan hebat dlm usaha dakwah ttai mereka masih boleh dicampak keluar oleh Allah s.w.t dari usaha ini.
Agama ada 4 bahagian :
1. Dakwah dan tabligh
2. Ajar dan mengajar
3. Membersihkan hati/jiwa
4. Penulisan/percetakan
Keempat2 perkara ini memerlukan antara satu sama lain. Tanpa usaha dakwah, maka ketiga2 bahagian lain tidak dpt hidup. Sekiranya ketiga2 bahagian ini tidak dpt bantu usaha dakwah, maka usaha dakwah akan jadi fitnah. Bila usaha dakwah dimulakan, maka apa yg jadi skrg ini, untuk belajar di madrasah pun perlu ada syarat2 kemasukan. Perlu tunjukkan kebolehan masing2, kemudian barulah boleh masuk sekolah agama. Bila usaha dakwah dimulakan, maka utk satu2 sheikh tarikat, ada beribu2 pengikut untuk islahkan diri mereka. Bila usaha dakwah dimulakan, maka dihadapan kita, ada bermacam2 kitab2 agama sehingga penjual tersebut menjadi jutawan. Disebabkan usaha dakwah telah bermula, maka ketiga-tiga bahagian ini sedang maju. Usaha dakwah ini sentiasa memerlukan ilmu2 agama, perlu kepada sheikh2 tarikat dan perlu kpd org2 yg menulis kitab.
Keempat2 bahagian ini perlu antara satu sama lain. Infradi dan ijtimai - Ummumi dan khususi, keempat2 bahagian ini jgn memburukkan antara satu sama lain. Jangan kita mengkritik ketiga2 bahagian ini. Jangan kita menafikan kemampuan dan kebolehan mereka. Jgn kita berlumba2 dgn ketiga2 bahagian ini. Takabbur akan wujud bila kita hendak melebihkan bahagian kita dan bila kita anggap diri kita lebih baik dpd mereka. Bila kita kata hanya tabligh shj betul, maka akan jadi masalah pada ketiga2 bahagian ini. Jangan kita jadi pembangkang pada ketiga2 bahagian ini. Kita kena bertingkahlaku yg baik dgn mereka sehingga mereka anggap kita ini org mereka.
Sheikh Abdul Wahab Sherani rah. telah beri satu tamsilan yang begitu ajaib. Seorang pemuda yang begitu sihat, tiba-tiba mati. Mayatnya begitu berat sekali. Empat org saudaranya bawa mayat itu ke masjid. Bila azan dilaungkan, maka masjid itu penuh dengan org2 yg dtg untuk solat. Selepas solat, semua org keluar. Hanya tinggal mereka 4 org sahaja. Mayat tersebut besar dan berat dan kubur pula jauh. Dtg satu orang bantu mereka. Skrg tuan-tuan bayangkan, adakah kedatangan satu orang itu akan mengembirakan atau menyusahkan hati keempat2 org yg lain itu? Sudah tentu gembira. Sekiranya, dalam perjalanan ke kubur, satu org demi satu org bertambah, maka keempat2 org tadi akan lebih gembira. Oleh itu, untuk hidupkan agama yg sempurna di seluruh alam, maka keempat2 bahagian ini perlu antara satu sama lain. Baginda s.a.w diberitahu, “Hak seorg nabi mengatasi nyawa org2”.
Oleh itu, hak usaha Baginda s.a.w ini melebihi dari nyawa kita. Kita kena bantu usaha agama dgn nyawa kita. “Kerja ini adalah tggjwb saya. Utk hidupkan agama yg sempurna adalah tggjwb saya supaya keempat2 bahagian itu dpt dihidupkan”. Oleh itu, kita kena pilih dgn basirah, org2 yg dpt bantu mengendali keempat2 bahagian itu. Bila keempat2 bahagian ini buat kerja dengan betul, maka barulah agama yang sempurna akan dtg. Keempat2 usaha ini dari dulu lagi telah ada. Dari dulu ada orang buat usaha dakwah, dari dulu ada org yg mengendalikan madrasah, dari dulu ada orang islahkan diri dan dari dulu ada org tulis kitab2. Oleh itu, kita kena anggap mereka semua ini org kita dan dapat membantu kita. Mereka sebenarnya telah buat kerja yang sepatutnya kita buat. Kita kena kasih sayang dan cinta mereka seperti mana Baginda s.a.w sayang dan cinta para sahabat. Selagi pendekatan kita tidak sama sepertimana yg diceritakan tadi, maka kita tidak akan kekal lama dlm tabligh.
Dikalangan kita sudah ada satu penyakit. Satu org yg sudah 10 tahun belajar ilmu agama dan 20 tahun mengajar agama, manakala kita keluar 4 bulan shj dan jadi ketua/amer dia, kita anggap kita lebih tinggi dpd dia. Walhal, selepas kita keluar 4 bulan, kita harus sedar bahawa kita ini org jahil sebenarnya. Bila kita keluar 4 bulan, kita rasa kita punya bacaan Al-Quran belum betul lagi. Bila kembali ke tempat sendiri, kita patut khidmat pada qari2 tempatan supaya bacaan Quran kita jadi betul. Di tempat kita ada alim-ulamak. Kita harus tanya mrk setiap keperluan agama krn kita sudah sedar bahawa kita ini penuh kejahilan dlm agama. Kita hadirkan hati dlm amalan, kita laksanakan amalan itu, kita istighfar selepas amalan itu dan kita buat amalan itu dgn ikhlas. Setiap masa dan setiap waktu, kita perlu pada alim-ulamak utk tunjuk-ajar pada kita.
Agama itu mudah. Ia akan jadi mudah jika kita sanggup tanya org yg lebih tahu. Misalnya, kalau tidak dpt solat cara berdiri, maka apa yg kita kena buat? Jawapannya ialah solat cara duduk. Kalau duduk pun tidak dpt, maka apa yg kita kena buat? Jawapannya ialah solat cara baring. Kalau tidak boleh wuduk, apa yg perlu kita buat? Jawapannya ialah tayammum. Kemudahan agama akan dtg bila kita tanya pada alim-ulamak cara membuat amalan itu. Dgn begitu halus dan cerdik, musuh2 agama telah masukkan perasaan benci dlm hati kita terhadap alim-ulamak. Seluruh umat gelisah. Asas kegelisahan mereka atau masalah mereka ialah mereka tidak sanggup hendak tanya alim-ulamak macam mana hendak amalkan kehidupan. Setengah2 org yg sudah keluar 4 bulan, maka mereka akan anggap diri mereka jahil dan akan ambil menafaat dari alim-ulamak. Manakala akan jadi musibah pada kita kalau kita anggap, kita lebih mulia dpd mrk. Selagi kita tidak dpt keluar dari musibah ini dan tidak sanggup tanya, maka akan jadi sukar utk kita meninggal dunia dlm keadaan beriman. Ada 5 perkara yg merosakkan amalan:
1. Kejahilan
2. Kelalaian
3. Riak dan menunjuk-nunjuk dalam amalan
4. Buat amalan untuk jadi mahsyur
5. Buat amalan kerana ada kepentingan diri
Untuk keluarkan penyakit ini daripada diri kita, maka kita kena ada hubungan dengan ahlullah. Maulana Yusuf rah. beritahu, “Tanpa ilmu fadhail, solat boleh diterima tetapi tanpa ilmu masail, solat tidak akan diterima”. Masail hanya akan diberitahu oleh alim-ulamak. Satu kitab fadhail tidak memadai untuk kita. Ia hanya untuk dapat wujudkan keghairahan kita untuk beramal. Kita kena tanya alim-ulamak supaya kita dapat buat amal dengan tertib yang betul. Oleh itu, kita perlu pada kitab2 dan alim-ulamak. Akan habislah kita kalau kita berperang dengan alim-ulamak, berperang dengan sheikh2 tarikat dan berperang dengan penulis2 kitab. Kita kena usaha supaya semua daripada mereka anggap kita ini mereka punya.
Alim-ulamak anggap kita ini mereka punya, sheikh-sheikh tarikat anggap kita ini mereka punya dan penulis2 kitab anggap kita ini mereka punya. Barulah kita akan dapat buat kerja dengan tertib yg sempurna dan semua org akan kasih dan sayang pada kita. Bila kita jumpa org2 dgn sifat rendah diri, maka barulah hubungan dpt dieratkan. Bila kita jumpa org dgn anggapan kita lebih besar dpd mereka, maka Allah s.w.t tidak suka sifat itu dan Allah s.w.t akan kecilkan kita. Tuan-tuan yang mulia, inilah sifat-sifat yang kasar-kasar yang dapat saya sampaikan pada tuan-tuan. Saya anggap diri saya orang yang paling fakir sekali. Saya mengajar di universiti, di kelas yang paling tinggi selama 33 tahun. Orang anggap saya cendikiawan, tetapi saya anggap diri saya cendawan/jahil. Kita diberitahu tiap-tiap tahun keluar 4 bulan. Saya, tiap-tiap tahun keluar 8 bulan dan saya sentiasa fikir macamana setiap masa saya dapat digunakan untuk agama Allah s.w.t.
Kerana apa? Kerana saya sedar bahawa saya sudah jualkan segala harta dan nyawa saya untuk Allah s.w.t. Selagi hubungan saya dengan Allah s.w.t tidak betul, maka saya tidak tahu macamana keadaan akhirat saya. Sekarang, tuan-tuan beritahu melalui mesyuarat, siapa diantara tuan-tuan sanggup beri saki-baki hidup tuan-tuan? Apa yang tuan-tuan azamkan dan apa yang tuan-tuan buat adalah satu kerja yang berani tetapi kerja ini sangat susah. Kalau kita beritahu tuan-tuan, sekarang tuan-tuan tidak dibenarkan balik ke rumah, daripada sekarang tuan-tuan perlu dihantar ke jalan Allah s.w.t. Sudikah tuan-tuan? Siapa diantara tuan-tuan sanggup beri 4 bulan tiap2 tahun untuk agama Allah s.w.t? Orang2 yang niat 4 bulan tiap2 tahun, bangun dan selagi nama tidak ditulis jgn duduk. Bagi nama dan alamat.
No comments:
Post a Comment