(UtkSyura&OrgTggjwb-01/04/2015-s.petaling-JorKarkun 4B). Tuan2 yg mulia. Maksud atau tujuan mesyuarat adalah utk menyatukan hati2. Sebanyak mana ada perasaan belas kasihan, perasaan kasih sayang kpd org2 yg bermesyuarat, sejauh itulah mrk dpt menunaikan t/jwb mesyuarat. Mesyuarat bukanlah satu kedudukan. Mesyuarat bukanlah satu jawatan. Syura bukanlah satu kedudukan, bukanlah satu jawatan ttpi ia adalah satu t/jwb dari Allah s.w.t. Bila dlm hati ada perasaan kasih, perasaan sayang, perasaan belas kasihan barulah dpt tunaikan t/jawab sbg ahli mesyuarat. Pada zaman Sayyidina Umar khattab r.hu, beliau adalah seorg khalifah dan org yg bert/jwb buat keputusan dlm mesyuarat, beliau punya perasaan kasih, ambil berat, nakkan kebaikan utk ahli2 mesyuarat. Beliau sentiasa mengambil tahu ttg keadaan mrk2 yg dihantar keluar di jln Allah s.w.t.
Beliau sentiasa bertanya khabar dan mengambil tahu keadaan ahli keluarga mrk supaya mereka tak berada dlm apa2 kesusahan dan masalah. Sehinggakan beliau suruh org pergi ambil makanan dari rumah mrk, bukan sbb beliau nak makan tapi sebab beliau nak tengok samada mereka ada makanan atau berada dlm kelaparan. Beliau ambil tahu ehwal setiap ahli keluarga yg sedang keluar di jln Allah s.w.t. Bila ke pasar beli barang keperluan, beliau akan singgah di rumah2 org yg sedang keluar di jln Allah, tanya khabar, apakah keperluan, beliau sendiri akan beli barang2 keperluan mereka dan hantar ke rumah mereka. Kalau ada surat sampai utk keluarga tersebut, beliau sendiri akan bawa surat itu ke rumah mereka, bacakan surat itu utk mereka, dan tanya mereka apa mereka nak jwb, apa yg mereka nak sampaikan pd ahli keluarga mereka yg sdg berada di jln Allah s.w.t. Inilah sepatutnya yg perlu ada dlm hati2 setiap org ahli mesyuarat yg diberi t/jwb mengendalikan usaha. Sejauh mana sifat ini ada dlm hati, sejauh itulah dpt melaksanakan t/jwb sbg ahli mesyuarat. Sejauh itulah dia dpt melaksanakan t/jwb sebagai syura.
Maksud dan tujuan mesyuarat ialah bagaimana kita dpt fikir dan buat keputusan yg terbaik utk org yg kita mesyuaratkan. Dlm hati org yg bermesyuarat hendaklah ada sifat inginkan kebaikan pd org tersebut. Dlm hati kena ada sifat inginkan kebaikan pd semua org. Dlm quran Allah telah terangkan satu sifat yg patut ada dlm diri org yg bermesyuarat. Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dgn mereka dlm urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kpd Allah. sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertawakkal kpdNya (surah ali imran :159)
Sifat kelembutan ini kena ada dlm hati org yg bermesyuarat. Barulah dpt bagi keputusan yg betul, pandangan yg terbaik utk org yg dimesyuaratkan. Syura adalah satu amanah t/jawab yg sangat besar dari Allah. Dlm hati kena ada sifat lembut spt satu org ibu. Bukan mcm satu org ayah. Bila anak buat perangai biasanya ayah akan pukul/marah anak itu. Tetapi sifat seorang ibu pula, kalau anak dia tampar/pukul dia pun masih dia peluk/cium anak itu. Org yg buat usaha dakwah kena ada sifat spt seorg ibu. Tapi hari ni dlm umat ada ramai org yg suka tampar/pukul umat, tak ada org yg nak terima pukulan dari umat, bersedia menanggung kesusahan dari umat, bersedia menerima tamparan dari umat dan masih sayang pd umat. Syura atau ahli mesyuarat bagi satu-satu kawasan/halaqah, satu negeri atau satu negara ada t/jawab yg besar.
Apa2 shj kekurangan, berlaku pd sesiapa pun, hak dia tak ditunaikan, hak dia diabaikan, tak disempurnakan, maka pd hari kiamat akan disoal oleh Allah s.w.t, akan dipertggjwbkan oleh Allah ttg segala kekurangan yg berlaku dlm kawasan tersebut. Sahabat sedar ttg t/jawab ini. Sayyidina Umar r.hu sentiasa fikir/risau tentang org2 dlm kawasan dia. Satu ketika telah berlaku banjir di Baghdad. Beliau telah menulis surat kpd amir/gabenor di Baghdad. Beliau suruh amir di sana buat intizam/pengurusan yg terbaik supaya tidak ada satu org pun yg menghadapi apa2 kerugian samada kerugian nyawa atau harta benda. Setiap hari kena hantar laporan karguzari keadaan banjir di sana. Beliau pesan, jgn ada satu benda pun mengahdapi apa-apa kerugian. Amir baghdad kata tiada apa-apa kerugian pd nyawa manusia akan tetapi satu ekor anjing telah lemas dan mati semasa banjir tersebut.
Setelah baca surat tersebut, sayyidina umar terus menangis, ‘pada hari kiamat nanti apa aku nak jawab depan Allah’. bila Allah tanya, ‘wahai umar, dlm kawasan pemerintahan kamu satu makhluk aku yg tak boleh nak bercakap telah mati dlm banjir, apa kamu telah buat?’. umar kata, tanpa rahmat & kasih sayangmu ya Allah, sudah pasti umar akan binasa di akhirat nanti. Bukan hanya manusia, bahkan haiwan juga akan ditanya ttg hak mereka yg tidak ditunaikan. Org yg buat kerja dakwah, org t/jawab, syura kena ada hati yg luas dan sedia memaafkan segala kesalahan dan kesilapan rakan2nya. Org buat kezaliman, buat benda tak baik, cakap benda tak elok pd dia, hati kena luas utk terima dan dgr semua tu dan maafkan mrk. Ini sifat yg sgt penting yg perlu ada. Nabi s.a.w sgt mengambil berat ttg perkara ini. Nabi usahakan supaya sifat ini ada dlm setiap hati para sahabat.
Bila satu org da’i bersabar atas kesusahan/kezaliman yg mad’u/org yg didakwah buat atas dia, dan dia berdoa pd Allah, maka Allah akan terima doa dia dan Allah akan buat keputusan hidayat utk org yg dia usahakan. Nabi s.a.w telah pesan pd seorg sahabat, hadrat Aksam r.hu, hendaklah kamu keluar bersama org yg bukan dari kabilah kamu. Mrk tak kenal kamu, mrk tak tahu kedudukan kamu, mrk tak tahu siapa kamu, mungkin mereka akan berakhlak tidak baik dgn kamu, tak tunaikan hak kamu, cakap tidak elok dgn kamu, biadap dgn kamu, hendaklah kamu bersabar dgn segala kerenah, maka Allah akan buat keputusan hidayat. Satu ketika, satu org putera raja waid bin hujrat dtg dan masuk islam. Nabi s.a.w ikram dia dan telah serahkan dia pd muawiyah r.hu, bawa dia balik dan ajar agama. Pd ketika itu, muawiyah seorang yg sgt miskin. Makanan tak ada, pakaian tak sempurna, kasut pun tak ada, jln kaki ayam je. Dlm perjalanan balik ke rumah di tengah panas yg terik, sakit kaki kerana kepanasan. Maka dia telah minta dgn waid agar dpt pinjamkan kasut. Waid naik kuda.
Tapi dia tak bagi sebab muawiyah org miskin tak sesuai pakai kasut putera raja. Kalau tak nak bagi kasut, bagilah aku naik kuda bersama kamu. Itupun tak boleh. Sampai di rumah, muawiyah ikram dia dan bagi minum, makan, bagi keselesaan, ajar agama pd dia sehingga sampai tempoh masa yg diputuskan oleh nabi s.a.w, waid telah balik pd kaum dia. Stlh berlalu zaman 4 khulafa rasyidin, sehinggalah zaman muawiyah jadi amirul mukminin, waid telah dtg berjumpa dgn muawiyah dan duduk di atas takhta/singgahsana bersama muawiyah. Akhir sekali muawiyah kata pd waid, adakah tempat duduk yg aku duduk skrg ni lebih baik atau kuda kamu dulu lebih baik. Waid menangis. Wahai amirul mukminin, jgn ungkitkan perkara tu, masa tu aku baru masuk islam, aku tak tahu adab dan akhlak islam.
Maulana yusuf rah. kata, bila satu org dai bersabar atas kesusahan/kebiadapan atas org yg dia usahakan, maka Allah akan bagi hidayat pd org itu, Allah akan tarbiyah dia. Dan org lama yg berkorban dan mujahadah utk org baru itu, Allah akan majukan dia dan bagi peningkatan utk dia. Allah tarbiyah waid dan Allah angkat muawiyah jadi amirul mukminin. Maulana ilyas rah. kata, org yg boleh buat usaha agama ialah bukan hanya org yg boleh memaafkan kesalahan org. Org buat salah dgn kita, kita maafkan dia, itu paling kurang. Tapi yg lebih tinggi dari tu, org yg buat salah pd dia, dia anggap kesalahan itu kesalahan dia, dia ambil kesalahan itu letak atas kepala dia, anggap dia buat salah dan dia minta maaf dgn org yg buat salah pd dia. Dlm usaha ini bukan hanya kita maafkan kesalahan, sembunyikan keaiban kawan2 bahkan kita kena anggap kesalahan yg dia buat itu adalah kesalahan kita dan kita yg minta maaf dgn dia.
Dlm hadith, satu org yg sembunyikan kesalahan saudara dia dan doa pd Allah, ‘wahai Allah, kami semua ada aib, yg tiada aib hanya Engkau, hanya Engkau yg sempurna, maafkanlah dosa kami’. Maka Allah akan bagi ganjaran pahala seumpama dia selamatkan seorg kanak2 perempuan yg di tanam hidup2. Dlm usaha ini tidak ada tangkapan atau hukuman atas seseorg. Yg ada hanya muzakarah. Bila ada org buat salah, langgar usul, kita muzakarah dgn cara yg baik tanpa menyebut nama mereka. Muzakarah secara ijtimai. Jgn tunding jari, muzakarah lagi dan lagi sehingga org yg buat salah itu rasa malu dan tinggalkan kesalahan dia. Dlm usaha ini, jgn sekali2 kita buat usaha dgn niat utk baiki org lain. Anggap diri kita dah tahu, dah pandai, dah baik. Kalau kita beranggapan kita nak islah org lain, itulah langkah pertama bagi kemusnahan dan kesesatan kita.
Satu kisah yg telah berlaku pd maulana ilyas rah. beliau telah pergi ke lucknow. Maulana manzor numani dan maulana abul hasan ali nadwi ada di sana. Di sana juga ada satu org ulamak yg besar, yg ternama, yg terkenal, seorg sheikh tarekat nasqhbandi, maulana abdul shakur rah. Beliau seorg ulamak yg senior, jauh lebih tua dari maulana ilyas. Maulana ilyas ajak maulana manzor pergi ziarah maulana abd shakur. Cerita karguzari usaha yg kita buat dan minta doa drp dia. Sambil menyandar dia dar karguzari maulana ilyas. Dia kata, pd pandangan aku pd zaman ini, Allah nak ambil satu kerja yg sgt besar dari kamu. Aku memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha yg kamu buat. Dia bagi nasihat, kamu kena buat usaha ini dgn penuh hati2. Setiap nafas, setiap langkah, setiap percakapan kena dibuat dgn penuh hati2. Usaha yg sgt mulia. Buat dgn sungguh2. Maulana abd shakur bagi syor, aku nak kumpulkan pegawai2 kerajaan, hakim, peguam, menteri, org2 terpengaruh di lucknow kerana lucknow adalah pusat pemerintahan dan minta maulana ilyas bagi penerangan ttg usaha ini.
Maulana ilyas sedia. Maulana abdul shakur telah mesyuarat dan tetapkan tarikh dan masa utk buat perhimpunan tersebut. Masa yg telah diputuskan ialah 9am. Dia telah suruh khadim dia pergi bagitahu maulana ilyas majlis akan bermula pukul 9am. Tapi si khadim ni tak bagitahu maulana ilyas pukul 9am. Dia fikir org2 besar selalunya tak dtg tepat pd masa. Dia bagitahu maulana ilyas pukul 9.30am. Akan tetapi sebaliknya berlaku krn org2 di Lucknow kenal siapa maulana abd shakur, dia satu org yg sgt punctual dgn masa/jaga masa dan satu org yg sgt garang berdarah farouqi. Darah sayyidina umar mengalir dlm badan dia. Dia satu org yg sgt tegas. Semua org takut dgn dia. Semua org telah dtg pukul 9am tapi maulana ilyas tak ada dlm majlis. Selepas tunggu lama, maulana abd shakur suruh semua balik. Bila semua dah balik, maulana ilyas sampai tepat pukul 9.30am. Bila nampak sahaja maulana ilyas, tanpa pelawa duduk, sambil berdiri, dia terus marah, dia telah hujani maulana ilyas dgn kata2, aku dah pesan dah semalam, kena buat usaha dgn hati2, jaga usaha ini betul2, dia marah habis2an.
Maulana ilyas tunduk dan minta maaf, kami budak2 selalu buat salah, maafkan saya, itu sahaja yg keluar dari mulut maulana ilyas. Beliau berterusan minta maaf. Maulana manzor numani cuba nak cakap. Bukan salah mrk. Mrk diberitahu pukul 9.30am. tapi maulana ilyas pegang tangan maulana manzor supaya jgn cakap apa-apa, senyap aje. Bila dah reda kemarahan, baru suruh duduk dan bagi nasihat lagi. Dlm perjalanan balik, maulana manzor numani tanya maulana ilyas kenapa tak bagitahu ini bukan salah kita. Khadim dia yg salah. Maulana ilyas kata apa salahnya kalau kita sabar sikit. Dgn sbb kita sabar tadi, kita tak rugi apa-apa, tak berlaku apa-apa kecacatan, dan satu org hamba Allah selamat dari kena marah. Kalau kita bagitahu perkara sebenar, si khadim akan kena marah, dan kita tak dpt untung apa-apa. Sebab kita sabar, si khadim dpt kesenangan. Itu sikap maulana ilyas rah. Si khadim dah rasa bersalah yg amat sangat.
Disebabkan dia satu org wali Allah dah kena marah. Dia rasa serba salah. Dia tunggu peluang sehingga maulana abd shakur dlm keadaan yg sangat gembira, dia bagi tahu saya ada buat satu kesalahan yg besar, tapi saya nak maulana maafkan saya dulu baru saya bagitahu kesalahan saya. Maulana maafkan dia. Hari tu maulana ilyas tak salah dtg pukul 9.30am, saya yg salah sebab suruh dia dtg pukul 9.30am. Bila dengar sahaja perkara yg sebenar, maulana abd shakur terus siapkan bag, naik kereta kuda pergi ke stesen keretapi. Nak keretapi sorang2 dari lucknow ke delhi tanpa khadim dan pengiring. Sampai sahaja depan masjid banglawali, org bagitahu maulana ilyas bahawa maulana abd shakur dtg. Maulana ilyas begitu gembira melompat turun tanpa pakai kasut pergi sambut. Maulana ilyas sendiri yg angkat bag. Maulana abd shakur kata saya tak ada apa-apa urusan di delhi. Saya dtg kesini semata2 nak jumpa kamu dan minta maaf.
Aku telah marah dan kata macam2 pd kamu sedangkan kamu tak bersalah, khadim aku yg bersalah. Maulana ilyas terus menangis. Maulana ilyas kata, tuan punya marah itu adalah doa utk saya. Saya tak terasa hati sikit pun. Maulana shakur kata aku nak dengar dari lidah kamu sendiri kamu maafkan aku baru aku akan pergi. Maulana abd shakur kata, kamulah yg benar2 layak utk buat kerja nabi ni. Dlm diri maulana ilyas ada sifat kesalahan org dia anggap kesalahan dia. Minta maaf bagi pihak org yg buat salah. Inilah sifat yg perlu ada pd setiap org t/jawab. Org yg ada sifat macam ni barulah boleh buat usaha dakwah. Bagaimana syaitan dtgkan kerosakan dlm usaha agama di kalangan mereka yg buat usaha agama. Mula-mula sekali syaitan dtgkan sangka buruk. Selepas sangka buruk, cari kelemahan/kesilapan. Seterusnya, mengumpat. Bila dah jumpa aib, cerita pd org. Ketiga-tiga perkara ini adalah dosa yg sangat besar yg akan merosakkan org yg buat usaha agama. Ketiga-tiga perkara Allah bagitahu serentak dlm quran…jangan sangka buruk, jgn cari keaiban org, jgn mengumpat
“Wahai org2 yg beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan jgnlah kamu mencari2 kesalahan dan keaiban org; dan jgnlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain. Adakah seseorg dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (surah Al-Hujurat:12)
1. Ketiga2 perkara ni dosa yg sangat besar, tiada pengampunan. Allah tak akan maafkan dosa org mengumpat sehingga org yg diumpati maafkan dia.
2. Ketiga2 perkara ini akan menyebabkan permusuhan dan pergaduhan. Kawan yg rapat & baik akan jadi musuh yg dahsyat.
3. satu org yg membukan aib org lain, Allah bersumpah demi kemuliaan Dia, Allah akan malukan dia dgn keaiban yg sama dlm rumah dia sendiri sebelum dia mati.
4. Ketiga-tiga perkara ini juga akan jadi sebab penghalang hidayat dari Allah s.w.t.
10 org yg buat usaha dgn satu hati boleh jadi asbab hidayat tapi 10,000 org yg buat usaha tanpa satu hati tak jadi asbab hidayat. Walaupun solat, puasa, semua amal ibadat sampai ke arash, pengorbanan hebat, walaupun ramai, usaha tak memberi apa-apa kesan, tak jadi asbab hidayat. Org2 yg ada sifat macam ni jadi penghalang hidayat dari Allah s.w.t. Jgn sekali-kali dlm hati kita ada sangka buruk antara satu sama lain, jgn cari keaiban, jgn cerita keaiban. Satu org yg baru balik 4B, buat semua amal, buat gasht, pergi mlm markaz tapi tiba-tiba dia tak dtg 3 hari, kita dah mula sangka buruk dgn dia.
Bukan kita nak tahu, cuba tanya apa masalah dia, bahkan kita sangka buruk, ‘dia ni mesti masa keluar 4B tak keluar betul2, banyak usul dia langgar, Allah tak bagi fikir dakwah pd dia, tak dpt istiqamah’. Macam-macam sangka buruk pd dia. Ini menyebabkan satu org pecah hati dan bertobat tak nak buat usaha lagi. Peristiwa ni berlaku hari-hari depan mata kita. Jgn mudah kita cepat sangka buruk. Kita kena ambil tahu ehwal dia.
Satu kisah, seorang yg tiba2 tak dtg masjid buat usaha, org mula sangka buruk, kata macam2. Satu org kawan dia yg rapat pergi ke rumah dia. Kenapa dah banyak hari tak dtg gasht. Rumah berkunci. Bila tanya jiran, rupanya kawan ni dah 2 minggu di hospital sebab accident. Terus pergi hospital ziarah. Sampai di hospital, kawan dia menangis dan dia pun menangis. Si sakit ni kata, ‘sekarang baru kau nak dtg jumpa aku, selama ni kamu kat mana?, aku dah 2 minggu kat sini, anak2 aku dah berhari2 tak makan, duit nak bayar perubatan tak ada dan duit utk keperluan anak isteri pun tak ada. tak ada siapa dtg tengok dan tanya khabar, kamu balik, aku tak perlu pd kamu, cukup Allah utk aku’.
Kawan dia terus menangis dan minta maaf. Inilah keadaan org yg ditimpa kesusahan dan kita mula sangka buruk dgn dia. Semua syura2 akan dibelenggu leher mereka, tangan diikat kebelakang, akan disoal oleh Allah atas setiap t/jawab mereka. Dlm hati kena ada syafakah/belas kasihan, kasih sayang pd setiap org2 dibawah kita. Kalau tak ada perasaan kasih, maka kita tak akan dpt ambil kerja dari mereka. Semoga Allah bagi taufik pd kita, kita faham, kita amal, buat usaha dgn penuh t/jawab. Bertaubat atas kesilapan. Semua sedia insyaAllah….
No comments:
Post a Comment