(24/08/93 - nizamuddin - mesyuarat malaysia 1993). Markaz utk seluruh Malaysia hanya satu sahaja iaitu di Kuala Lumpur, sptmana yg telah dimesyuaratkan awal2 lagi. Amalan 24 jam, insyaallah diamalkan di sini (Kuala Lumpur). Begitu juga mesyuarat bulanan seluruh negara diadakan di sini sptimana yg telah diamalkan sehingga skrg. Kedtgan dan pemergian jemaah dlm negara dan luar negara akan dilaksanakan di sini dgn mesyuarat syura Malaysia. Di masjid2 lain di seluruh negara, jemaah masjid hendaklah dibentuk dan gasht hendaklah dijlnkan. Di tempat2 di mana sabguzari diadakan, ianya hendaklah diteruskan, jga mulakan sabguzari di mana2 tempat baru tanpa merujuk pada Nizamuddin. Org2 yg hendak memulakan sabguzari di tempat mereka hendaklah merujuk kpd Nizamuddin melalui syura Malaysia. Mereka yg beri masa 2½ jam atau lebih hendaklah menggunakan masa mereka mengikut tertib yg diberi secara bertulis. Setiap org lama hendaklah buat gasht di masjid marhallahnya bersama2 dgn jemaah masjidnya. Jika ada apa2 takazah lain, hendaklah diutamakan gasht di masjidnya.
Utk takazah tersebut hendaklah disediakan org lain. Pada setiap gasht, majma (perhimpunan) hendaklah disediakan utk 4 bulan, 40 hari, 3 hari setiap bulan, 8 jam atau sekurang2nya 2½ jam setiap hari. Masa yg diberi setiap hari adalah sebahagian dpd usaha tempatan dan bukan sesuatu yg berasingan. Maksud yg sebenar adalah utk menghidupkan dakwah. Dakwah akan hidup dgn pengorbanan seperti yg dibuat pada kurun pertama. Barulah masjid2 akan makmur dgn amalan2 dakwah. Maksud memakmurkan masjid (masjid ki abadi) ialah menghidupkan amalan mengikut cara masjid Nabawi, di mana terdpt dakwah iman, halaqah fadhail, menghantar dan menerima kedtgan jemaah dlm dan luar negeri, halaqah ilmu dan zikir, taalim dan tarbiyah dan melayan mrk yg dtg (tetamu).
Mereka yg sedia memberi masa tiap2 hari hendaklah bermesyuarat dikalangan mereka dan libatkan diri dlm amalan dakwah. Sambil melakukan dakwah, mereka hendaklah menyempurnakan amalan infradi harian mereka. Jika seorg sahaja, hendaklah berusaha mengajak rakan2 yg lain. Jika berdua atau bertiga, hendaklah pergi ziarah rumah ke rumah, memberi dakwah, bercakap mengenai 3 cillah, targhib mengenai kerja2 tempatan dan sediakan mereka utk kerja2 tempatan. Utk mewujudkan 100% suasana amal agama dlm rumah dan suasana suci murni, hendaklah diberi targhib utk taalim fadhail, solat zikir dan tilawah. Kita hendaklah sediakan setiap ahli rumah utk menjadi dai. Bersama2 dakwah, hendaklah dia sebarkan amalan agama. Apb kita buat dakwah dan juga buat amalan, maka ilmu dan zikir akan hidup sebagaimana yg wujud di kalangan para sahabat r.a.
Apabila ilmu dan zikir hidup dgn cara para sahabat r.a, maka ilmu dan zikir akan hidup 100% di kalangan org2 Islam. Jika ada org yg tidak solat, hendaklah dakwah dia kpd solat. Dgn kasih sayang, dakwah dia utk menunaikan solat. Beritahu sedikit amaran (wa’id), jgn beritahu banyak sehingga dia putus asa. Usahakan supaya dia dpt solat. Termasuklah nusrah jemaah yg dtg, duduk di dlm majlis taalim mrk, bawa mereka buat gasht, ziarah org sakit dan mengambil tahu ehwal keadaan org ya keluar ke jalan Allah s.w.t. Di sisi kita, dakwah adalah utama dan amalan2 sptizikir dan lain2 mengikutinya. Para ulamak di zaman Maulana Ilyas rah. berkata, “Mula2 islah diri dahulu kemudian islahkan orang lain” tetapi Hadzratji berkata di Makkatul Mukarramah bahawa amalan yang mula2 ialah dakwah, kemudian barulah amalan2 yg lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dlm Quran:
Mula2 dakwah, kemudian amalan2 soleh. Oleh itu hendaklah kita lakukan seperti mana yang dilakukan di tempat2 lain. Hadrat Ibnu Mas’ud r.a telah bertanya kpd Hadrat Usman r.a, “Kenapa tuan solat 4 rakaat di Mina”. Hadrat Usman r.a telah memberi dalilnya. Bila sampai waktu solat yg berikutnya, Hadrat Ibnu Mas’ud r.a sembahyang 4 rakaat mengikut Hadrat Usman r.a. Hadrat Ibnu Mas’ud r.a ditanya , “Kenapa tuan solat 4 rakaat padahal tuan memberi dalil untuk 2 rakaat?” Beliau menjawab, “Menentang amer adalah perbuatan yang bahaya”. Semoga Allah s.w.t memberi taufiq supaya kita semua dapat amal.
Pesanan Hadzratji. Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t suka dan cinta kepada agamanya dan usaha agamanya dan tidak ada sesuatu yg Allah s.w.t cintai lebih dpd 2 perkara ini. Barang siapa yg membantu usaha utk agamaNya. Allah s.w.t membantunya spt mana firmanNya: “Sesiapa yg membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya”. Tuan2 berusahalah sungguh2 utk agama Allah s.w.t. Bergeralah bersungguh2 dan pergilah ke tempat2 yg banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran di kalangan manusia2 lain yg akan memberatkan agama, yg akan membesarkan agama dan akan fikirkan utk amal agama. Amalan2 yg kita buat semasa berada di jln Allah s.w.t jika hendak dibandingkan dgn amalan2 di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu2 kali ganda.
Zikir yg kita buat di rumah kita sendiri, tilawah Quran yg kita buat di rumah kita sendiri dan ibadat2 itu jika di buat di jln Allah adalah berjuta2 kali ganda nilainya. Hari ini, dari segi amalan, kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu, kita keluar di jln Allah dan buatlah amalan2 yg baik dan banyak supaya amalan2 kita ini akan lebih bernilai di sisi Allah s.w.t. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu, “Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri org lain”. Ttpi tuan2 yg mulia, kita keluar di jln Allah s.w.t ini adalah dgn niat utk islah diri kita, bukannya utk islah diri org lain. Semoga Allah s.w.t jadikan kita sbg org2 yg akan amal dan org2 yg akan cinta agama dan org2 yg akan keluar ke jln Allah s.w.t utk amalan2 yg banyak. Semoga Allah s.w.t jadikan tuan2 istiqamah di dlm agamaNya, dpt kembangkan agamaNya dan dpt memajukan tuan2 didlm agamaNya.
No comments:
Post a Comment