“Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati yang mati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah s.w.t. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah s.w.t didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah s.w.t adalah Zikrullah.” "Kita selalu terlepas pandang nikmat besar yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Antaranya adalah matahari. Para saintis mengatakan jika matahari diletakkan beberapa inci jauh dari bumi nescaya sejuk beku seluruh bumi seperti sejuknya kutub utara dan kutub selatan.” "Dan jika matahari ianya letak beberapa inci berdekatan bumi nescaya bumi akan menjadi gersang. Segala puji bagi Allah. Apa yang Allah s.w.t jadikan adalah tepat pada tempatnya. Dan Matahari juga berzikir kepada Allah s.w.t."
"Dan bagi kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati.” "Dan zikir yang paling utama adalah Lailahailallah. Zikir ini, diberikan kepada semua nabi-nabi yang terdahulu. Yakni Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan haq melainkan Allah. Nabi Musa a.s ketika bertanya kepada Allah s.w.t. Nabi Musa a.s inginkan satu zikir khusus daripada Allah.” "Nabi Musa a.s berkata; "Ya Rabb, berikanlah hamba-Mu ini satu zikir yang khusus untuk menjadi tali penghubungku dengan-Mu. Kemudian Allah s.w.t berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah." "Nabi Musa a.s berkata; "Ya Rabb, zikir itu semua hamba-Mu ucapkan. Berikanlah aku yang khusus."
"Kemudian Allah s.w.t berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah. Nabi Musa a.s kemudian berkata; "Ya Rabb, berikanlah aku zikir yang khusus." "Kemudian Allah s.w.t berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah”. “Allah s.w.t berfirman lagi; "Wahai musa, jika kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dineraca yang lain. Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi. Barulah Nabi Musa menerimanya”. “Begitu juga dengan Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. yang meminta zikir khusus daripada Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w bersabda; "Wahai Ali, Sesungguhnya kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula bumi dan langit dineraca yang lain. Nescaya, Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi."
"Orang yang berzikir hidup disisi Allah s.w.t dan orang yang tidak berzikir seumpama orang yang mati disisi Allah s.w.t. Orang yang tidak berzikir umpama jenazah, hatinya jenazah. Ulama mengatakan; "Barangsiapa yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t, sebelum jasad mereka dimasukkan kedalam tanah”. “Mereka telah pon menjadi kubur diatas dunia ini. Nampak hidup tapi mati disisi Allah. Maka, Allah s.w.t berfirman; "Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu. Ingatlah Aku, nescaya Aku bersama dengan-Mu ketika kamu mengingati-Ku. “Segala puji bagi Allah s.w.t yang memperjalankan segalanya. Jika bukan kerana Allah s.w.t yang menggerakkan dan memberi hidayah pada kita. Maka kita tidak akan dpt beramal. Amalan kita zikir kita solat kita puasa kita banyak lagi amalan itu adalah daripada Allah s.w.t, bukan atas upaya kita. Semuanya adalah daripada kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t”. (Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari).
No comments:
Post a Comment