Friday, August 26, 2016

BEBERAPA AMALAN HATI

NIAT - satu makna dengan keinginan dan maksud. Tidak sah dan tidak diterima suatu amalan tanpa disertai niat. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu tergantung pada niatnya dan seseorang hanya akan mendapatkan apa yang ia niatkan." (HR Muttafaq ‘Alaihi)

TAUBAT - wajib untuk selalu dilakukan. Terjatuh dalam lumpur dosa adalah hal yang wajar pada diri manusia. Nabi saw bersabda: “Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik baik yang bersalah adalah yang suka bertaubat." (HR. Tirmidzi). Beliau saw juga bersabda: “Seandainya kalian tidak berbuat dosa tentulah Allah akan mengganti kalian dengan satu kaum yang berbuat dosa lalu mereka memohon ampun kemudian Allah mengampuni dosa mereka." (HR. Muslim)

ASY SYIDIQ (Benar atau Jujur) adalah pokok dari seluruh amalan hati. Lafaz ash-shidiq digunakan dalam enam makna:

1) Benar dalam ucapan 
2) Benar dalam keinginan dan maksud (ikhlas)
3) Benar dalam tekad
4) Benar dalam janji
5) Benar dalam amalan sehingga lahiriahnya bersesuaian dengan batinnya seperti khusyuk dalam solat
6) Benar dalam seluruh perkara agama. Inilah derajat yang tertinggi dan termulia.

AL MAHABBAHA - dengan cinta pada Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, kelezatan iman akan didapatkan. Nabi saw bersabda: “Ada tiga perkara siapa yang terkumpul pada dirinya maka ia akan merasakan kelazatan iman. Iaitu bila Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari selain keduanya, agar seseorang tidak dicintai kecuali kerana Allah dan agar ia benci untuk kembali pada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya darinya sebagaimana bencinya jika dilemparkan ke dalam neraka." (HR. Muttafaq ‘Alaihi).

TAWAKAL iaitu sikap hati yang berserah dan bergantung pada Allah untuk mendapatkan segala yang diinginkan serta menolak apa yang tidak diinginkan disertai dengan sikap bergantung pada Allah dan melakukan sebab-sebab yang disyariatkan. Hati yang hampa dari kebergantungan (pada Allah) adalah merupakan celaan terhadap Tauhid.

SYUKUR - nampaknya bekas kenikmatan Ilahi pada seorang hamba dalam hati diiringi dengan pujian lisan dan ibadah anggota badan. Syukur adalah tujuan sedangkan dengan hati , lisan dan anggota badan. Makna syukur adalah mempergunakan kenikmatan sebagai sarana ketaatan pada Allah.

SABAR ertinya tidak mengadukan apa yang diderita pada selain Allah dan hanya menyerahkannya padaNya. Allah berfirman: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS. Az-Zumar : 10)

REDHA iaitu merasa cukup dengan sesuatu. Waktunya adalah setelah terjadinya suatu perkara atau perbuatan. Redha dengan qadha atau ketentuan Allah adalah termasuk darjat tertinggi orang-orang yang didekatkan (pada Allah). Redha adalah buah dari rasa cinta dan tawakal. Berdoa pada Allah agar dihindarkan dari sesuatu yang tidak disukai adalah tidak bertentangan dengan redha dengan hal itu.

KHUSYUK iaitu pengagungan, hancur luluhnya hati dan kehinaan.

RAJA' iaitu memandang luasnya rahmat Allah.

KHAUF iaitu kegundahan yang meliputi jiwa kerana suatu hal yang ditakuti.

ZUHUD iaitu berpindahnya keinginan dari suatu hal pada apa yang lebih baik darinya.

(Taufiq Tauhid).

No comments:

Post a Comment