Tuesday, January 27, 2015

BAYAN WAFSI MASTURAT

(24/12/2014 - nizamuddin). Syukur krnaAllah telah pilih kita utk keluar di jln Allah, walaupun penat kita kena dgr dgn penuh perhatian, bila dgr dgn penuh perhatian, Allah bagi taufik utk beramal, kena dgr dgn talab/keinginan, baru ada kesan pd hati, kalau tak ada talab, ia akan hanya jadi makumat dan tak ada kekuatan utk amal, dengar dgn tumpuan dan tawajjuh, baru ada kesan pd hati, bila faham, mudah utk amal sampai mati. dpt keluar di jln Allah adalah satu nikmat Allah, syukur kerana Allah bagi taufik dan pilih kita keluar. Allah bagi taufik dan Allah bagi qabuliyat/penerimaan. Ini adalah cara nabi-nabi : ya Allah, Engkau kabulkan kami/Engkau terimahlah kami. Kena doa dan minta taufik dan doa minta diterima oleh Allah. Kalau Allah tak kabul, sia-sia sahaja susah payah kita. 

Perkara pertama : minta qabuliyat dari Allah. Org yg keluar di jln Allah doanya makbul. Menangis dan merayu pd Allah. 

Perkara kedua : sekiranya ada kesilapan dan kekurangan, minta maaf dgn Allah. Allah suka pd org yg bertaubat dan minta maaf dan Allah memang suka memaafkan. Allah maafkan, Allah kabulkan dan Allah bagi ganjaran lebih drp apa yg patut dia dpt. 

Kerja ini besar, Allah maha besar, kemaafan Allah pun besar. Diri kita kecil, lemah, jahil, tak tahu apa-apa. Wujudkan rasa takut dgn Allah. Lagi lama buat kerja ni, lagi takut dgn Allah. Tujuan keluar ialah utk wujudkan ‘khauf’/takut pd Allah. Ketakutan pd Allah akan jadi petunjuk dlm hidup. Setiap masa takut dan bergerak menuju ke arah Allah. di siang hari sahabat buat dakwah dan di malam hari menangis depan Allah. Mengapa keluar jemaah masturat? Agama tak sempurna selagi lelaki dan wanita tak buat usaha. Hadrat ibrahim a.s, hajar dan ismail a.s telah buat pengorbanan. Lelaki, wanita dan kanak-kanak telah buat pengorbanan. Wanita buat pengorbanan lebih drp lelaki. Banyak pekara yg ditinggalkan oleh  wanita bila keluar di jln Allah – keselesaan, barang dan anak. 

Wanita tak bebas semasa keluar di jln Allah. Setiap pengorbanan dan mujahadah akan di balas oleh Allah s.w.t - Jgn rasa sia-sia. Kena ada keinginan utk keluar lagi dan lagi. Keluar di jln Allah – safar di laut, pening kepala kerana mabuk laut, dpt ganjaran 1 syahid. Sekiranya mati, dpt 2 syahid. Utk org syahid - Titik darah yg pertama Allah ampun dosa, titik darah yg kedua Allah tingkatkan darjat. Ibrahim a.s banyak buat pengorbanan. Bila dicampak dlm api dtg jibrail a.s nak tolong tapi ditolak oleh ibrahim a.s. Bila dtg takazah – sanggup bagi nyawa. Allah perintah tinggal kan hajar. Tmpt yg tiada tumbuhan, tiada air, tiada teduhan. Bila ibrahim a.s balik, Allah perintah sembelih ismail a.s. Ismail a.s tak khilaf dgn bapanya dan dia bersabar. Dlm mentaati perintah Allah ada kejayaan. Buat kerja agama utk sukakan Allah. Ikut millah ibrahim – 3 pengorbanan dari 3 golongan: lelaki, wanita dan kanak2. 

Kalau tak buat usaha tak mungkin kita akan faham pengorbanan mrk. Nabi s.a.w buat usaha 13 thn di mekah. Lapar, dipukul, di ludah, dibaling dgn batu. Tapi nabi tak doa kehancuran. Nabi adalah imammul ambia. Nabi juga buat pengorbanan. Nabi tak tinggalkan kerja agama. Allah perintah nabi hijrah ke madinah. Kerja agama tersebar bila ada bantuan/nusrah – ini usul. Di madinah ada mahul agama. Setiap rumah ada amal masjid. Setiap lelaki buat hubungan dgn masjid nabawi. Wanita dlm rumah sibuk dgn amal. Hari ni jasbah kita penuh dgn keduniaan. Kita jauh drp sifat syukur. Periuk lama nak tukar baru. Semoga Allah maafkan perangai kita ini. Wanita ada takluk amal dlm rumah. Lelaki ada takluk amal di masjid. Setiap rumah di madinah ada berkat. Brg2 di rumah digunakan utk jln Allah. Bagi makan tetamu walaupun anak kelaparan. Layan tetamu dgn baik.

Dlm peperangan khandak nabi ikat 2 batu di perut – keadaan sangat lapar. Jabir r.a jemput nabi makan. Nabi ajak semua sahabat2 yg lain–dlm riwayat kata 700 org/1400 org/3000 org. Nabi pesan bila dah masak, jgn buka periuk. Semua ahli khandak dpt makan dan ada baki lagi. Nasi dan lauk macam tak terusik. Allah letak keberkatan dlm makanan. Allah juga letak keberkatan dlm masa. Masturat kena keluar utk islah diri. Walaupun kita dah nak balik/tangguh – niat kena sama spt dlm bayan hidayat. Niat pergi dan niat balik kena sama. Bila balik kena buat kerja tempatan. Dunia utk dikorbankan di jln Allah. Apa yg ada, jgn takut utk dibelanjakan di jln Allah. Maulana syed ahmad khan kata : syukur ialah dgn kita belanja di jln Allah. Nabi tak suruh simpan harta. 

Nabi suruh bagi makan dan belanja utk agama. Wujudkan sifat belanja utk agama–Allah akan bagi keberkatan dlm harta. Keberkatan akan dtg bila keluar di jln Allah - wujudkan mahul spt di madinah. Tertibkan diri utk keluar 3hari setiap 3 bulan dan 10hari setiap tahun. Bila ada takazah – utamakan takazah – keluar lagi. Kalau ada takazah, boleh keluar 10hari 2 kali – dgn mesyuarat. Keadaan agama begitu teruk. Berapa ramai mati tak solat. Letak takazah di depan. Lepas 40hari ni–takazah seterusnya ialah 2bulan negara jauh. 

Buat persiapan secepat mungkin utk keluar 2bulan negara jauh. Mula2 niat. Yakin dgn amal utk sempurnakan keperluan. Kalau tak boleh keluar (sbb mengandung)–sediakan rumah utk terima jemaah masturat. Kena ada jasbah nusrah – jgn bagi jemaah masak, jgn biarkan jemaah buka set taam. Rumah yg terima jemaah, Allah pandang rumah dgn rahmat, dtg keberkatan, jadi tmn2 syurga. Ibu-ibu juga kena sediakan org lain utk sediakan rumah utk terima jemaah. Nusrah jemaah yg dtg, duduk dlm program mereka–makan dan tidur di rumah sendiri. Sediakan rumah kita utk terima jemaah dari seluruh dunia.

3 perkara yg wanita kena buat:

1. nusrah jemaah yg dtg
2. sediakan rumah utk terima jemaah
3. ambil berat taklim mingguan

kerja masturat sangat halus. purdah dan malu kena ada setiap masa. mlm sebelum taklim mingguan–doa dan rayu pd Allah supaya bagi hidayat pd org yg hadir. jgn pakai purdah yg berfesyen. pakai purdah yg sempurna–jaga aurat. fatimah dan aisyah pesan/wasiat–bila mati kapan dgn purdah–jgn bagi org tengok aurat. maksud purdah–org tak tahu bentuk kita samada kecil, besar, kurus, gemuk, dsbnya. pergi taklim minguan dgn fikir dan risau nabi s.a.w. taklim mingguan wanita adalah spt malam markaz lelaki. sebelum pergi solat 2 rakaat. baca gilir2 setiap minggu muntakhab, fadilat amal dan fadilat sedekah. muzakarah 6 perkara-ambil hadith dari muntakhab. dlm setiap perkara kena buat: dakwah, latihan dan doa. targhib supaya keluar di jln Allah. 

Cerita kisah keberanian fatimah khattab, hadrat khansa telah sediakan 4 org anak keluar di jln Allah, asma telah sediakan anaknya abdullah zubair utk jihad dan syahid. dlm taklim mingguan–tashkil tunai. dlm taklim rumah: halaqah tajwid, taklim kitabi, muzakarah 6 perkara, tashkil, mesyuarat. siapa sahaja yg dtg ke rumah kita–sediakan mrk utk hadir taklim mingguan. setiap mahallah kena ada rasa t/jawab utk hidupkan taklim mingguan kalau tak ada taklim mingguan di tempat kita–kita sediakan rumah kita utk taklim mingguan. tarbiyah/didik anak kehidupan beragama. hantar anak2 ke madrasah–belajar quran dan agama. belajar masail–kalau tak tahu tanya suami. belajar iman–fardu ain. melalui usaha iman–dpt keyakinan pd Allah.

kalau wanita tak buat usaha agama: hak wanita tak tertunai, wanita hanya buat kerja rumah, anak tak amal agama. bagi takazah pd suami: nama-nama yg bagi azam semasa taklim mingguan, suruh suami kita jumpa suami dia dan sediakan mereka utk keluar di jln Allah. lelaki kena sibukkan diri dgn amal di masjid: mesyuarat, taklim masjid, 2½ jam, gasht dan 3hari. sebelum keluar ada bayan hidayat dan bila balik ada bayan wafsi. bayan hidayat adalah utk buat kerja selama kita keluar 40H atau 4B sahaja. bayan wafsi adalah utk sediakan org utk buat kerja seumur hidup. bayan wafsi adalah bayan utk fahamkan kerja bila balik nanti dan usaha atas org tempatan, sediakan org lain utk buat kerja. wanita cuma keluar 3 hari setiap 3 bulan. wanita cuma keluar 10 hari setiap tahun. wanita cuma keluar 40 hari setiap 3 tahun. usaha sebenar adalah di makami/tempatan kita. banyak masa wanita habiskan di makami. dunia adalah tempat utk sempurnakan t/jawab agama. akhirat adalah tempat utk terima hasil. 

Tunaikan hak di dunia–akan dpt hasil di akhirat. bila buat kerja dakwah baru nampak kekurangan dlm diri: iman kurang, amal kurang, akhlak kurang. oleh itu akan dtg perasaan utk tambah iman, tambah amal, tambah akhlak. ini dinama kan istiqdat–perasaan ingin tambah. hati adalah raja kpd badan. bila hati terbina–mata terbina, tangan terbina, semua anggota terbina–amal jadi baik. semasa keluar kita jaga amal, bila balik nanti buat perkara yg sama dan istiqamah dlm amal. Jgn kurang. Buat lebih lagi drp semasa keluar. Buat usaha di makami adalah jihad akbar–lagi banyak mujahadah dan lagi banyak hidayat. Bantuan Allah berkadar dgn t/jawab yg kita ambil. Lagi banyak t/jawab usaha makami yg kita ambil, maka akan dtg bantuan Allah. Bila balik niat buat kerja tempatan–banyak kerja yg perlu dibuat. Wanita buat amal di rumah dan tashkil ahli keluarga. Balik dgn satu perasaan/jasbah iaitu kita berubah dari kehidupan lama yg sia2 kpd yg lebih baik. 

Segala tggjwb yd ada diteruskan macam biasa dan pd masa yg sama buat kerja agama. Satu org wanita sedang habiskan zikir, tiba-tiba anak menangis. Zikir adalah t/jwb, tengok anak menangis juga t/jawab - buat utk dpt redho Allah. Bukan maksud teruskan zikir dan langsung tinggalkan anak. Tinggalkan zikir dan pergi tengok anak. Dua-dua kena buat. Dlm islam tidak ada rahbaniah – tinggalkan terus dunia. Dlm masa yg sama kena buat kerja agama dan kerja keperluan. Laksanakan t/jawab sebaik mungkin, malah lebih baik dari dulu. Bila org tengok kita jadi teladan dan contoh. Dah habis 40 hari ni bermaksud bertambah t/jawab kerja agama – kena bagi lebih utk agama. Habis 40 hari ni bukan utk bangga diri. Melalui kerja ini, baiki akhlak kita. Dgn akhlak yg baik, bila kita minta nyawa dari org pun mereka akan bagi. Org yg buat zalim dgn kita – balas dgn ehsan pd dia. 

Org yg putuskan hubungan/silaturahim – kita sambung balik dan baiki hubungan. Org yg buat salah dan tak minta maaf – hidup jadi masalah. Akhlak yg paling rendah ialah dari diri kita tak menyusahkan org lain. Melalui kita, org lain dpt menafaat. Org yg maju dlm usaha ini ialah org yg paling banyak bagi menafaat. Mereka yg bawa akhlak yg baik akan bersama nabi di syurga tertinggi. Melalui usaha ini, mahabbah akan wujud sesama org islam. Jgn bercakap bohong, Jgn bergaduh. Nabi ada 2 sifat : 1. sentiasa nak khair/kebaikan  2. tak nak apa-apa balasan dari manusia. Ini adalah khulasah kerja tabligh. Marah adalah fitrah lelaki dan wanita. Sentiasa tahan marah. Bila telan kemarahan, iman akan bertambah. Bila marah berdiri – kita duduk. Bila marah duduk – kita baring.

Muasyarat adalah agama. 3 muasyarat yg betul : 1. malu  2. hidup sederhana 3. jgn membazir. malu sebahagian drp iman. bila malu, baru dtg adab. bila ada adab, baru dtg nasib yg baik. kalau tak hidup sederhana, kehidupan jadi susah. jgn bazir air wuduk, jgn bazir duit, jgn bazir masa. Allah tak suka org yg membazir. Membazir adalah kawan kpd syaitan. Org yg muflis adalah org yg boros. Nampak macam kaya tapi hutang keliling pinggang – masalah bertambah. Dlm perkahwinan kena sederhana, baru ada keberkatan. Jgn menunjuk2, jgn megah, kurangkan belanja. Jgn terkesan dgn suasana. Muawiyah minta nasihat dari aisyah r.ha: Utk sukakan org dan kecewakan Allah – nanti Allah akan buat org itu susahkan kita. Utk sukakan Allah dan kecewakan org – nanti Allah akan buat org itu suka pd kita

Buat usaha di kalangan ahli keluarga dan jiran tetanga. Jaga hubungan – ambil jln tengah. Tak campur dgn perkara syirik mereka. Setiap amal kena ada sahih niat dan sahih tarekat. Tertib yg sama dibuat masa balik. Dlm islam ada 2 jemaah sahaja. Masa keluar jln Allah – jemaah muhajirin. Bila balik – jemaah ansar. Dlm jemaah ada bantuan Allah. Dlm ketaatan ada hidayat. masa keluar kita belajar taat, masa balik pun kita belajar taat. Istiqamah dlm amal: solat, quran, zikir, dakwah, taklim. Balik buat kerja dgn mesyuarat. Tak menyesal org yg istikarah dan tak rugi org yg mesyuarat. Mesyuarat adalah rahabah kita. Nabi s.a.w adalah org yg paling banyak mesyuarat. Istikarah dan mesyuarat adalah 2 perkara penting. Bila mesyuarat ada khair. Semua perkara agama dimesyuaratkan. Perkara yg tak pasti buat 2 rakaat solat istikarah dan doa istikarah

5 amalan di rumah:
1. halaqah tajwid
2. taklim kitabi
3. muzakarah 6 perkara
4. tashkil
5. mesyuarat

lelaki kena buat 5 amal masjid, mesyuarat, taklim, gasht, 2½ jam, 3 hari setiap bulan. jgn tinggalkan taklim, keadaan tak beragama dlm rumah sebab tak buat taklim, dlm usaha ini – jgn paksa, jgn pukul, jgn marah, tertib usaha ini ialah bila dtg cahaya, kegelapan akan hilang. Allah akan ubah suasana, Dgn taklim akan dtg syok buat amal di kalangan ahli keluarga. Org yg dpt jaga tertib (mudah utk keluar 3H/40H/2B) ialah mereka: tak tinggal taklim rumah, tak tinggal taklim mingguan, taklim mingguan perlu diwujudkan di setiap mahallah, semasa taklim mingguan tashkil utk keluar jemaah tunai, tashkil pertama: galak muhrim/lelaki keluar jln Allah, tashkil kedua: diri/masturat keluar di jln Allah, tashkil ketiga : mulakan taklim di rumah. cakap  6 perkara – hafal hadith dari muntakhab, tiada doa ijtimai semasa taklim mingguan – baca doa penutup majlis sahaja, selepas 4-5 minggu boleh diadakan bayan lelaki – tashkil atas perca. org yg baru buat taklim – tashkil keluar 3 hari, org yg dah keluar 3 hari beberapa kali – tashkil keluar 10H, org yg dah keluar 10H – tashkil keluar 40H IPB, org yg dah keluar 40H IPB – tashkil keluar 2B negara jauh, ibu-ibu jadi zumindar dan sediakan ibu-ibu yg lain.

Org yg dah keluar 3 hari boleh baca taklim mingguan – dah boleh jadi org t/jawab, org yg dah keluar 10 hari boleh buat muzakarah 6 perkara, nak keluar 10 hari – lelaki kena keluar 40 hari dulu, nak keluar 40 hari – lelaki kena keluar 4 bulan dulu, usaha masturat menguatkan usaha lelaki, ibu-ibu jadi penggerak, bila keluar dijln Allah – Allah sendiri akan hadir di rumah dia. sediakan rumah utk terima jemaah. tetamu yg dtg akan buka pintu rezeki. buat dgn penuh fikir. jemaah kuat hantar rumah org baru – maka org baru dpt menafaat dari jemaah. jemaah lemah masuk rumah kita – maka jemaah akan dpt menafaat dari kita. apa itu dakwah? Dakwah ialah cerita kebesaran Allah, hari akhirat, bawa yakin dari benda kpd amal. melalui dakwah infradi – iman akan capai tahap tertinggi. jgn tengok keburukan org. dakwah adalah hak org islam. apa itu hak? Hak ialah tanpa dia minta kita kena sempurnakan. sempurnakan hak ibubapa, buat baik dgn ibubapa, doa utk mereka. masa keluar kita sebut : ‘keluar jln Allah’. masa balik sebut apa? : ‘balik jln Allah’. kena fikir supaya setiap org dlm rumah jadi org beragama. semoga Allah bagi taufik kita dpt amal.

No comments:

Post a Comment