Tuesday, January 27, 2015

BAYAN MASTURAT MAULANA SYAMIM

(11/10/1996 - Kg. Dato Abu Bakar Baginda). Segala apa yg diciptakan oleh Allah s.w.t diciptakan utk kita semua. Kita semua pula dijadikan utk suatu maksud yg mulia, utk membawa sifat2 yg mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini Allah s.w.t akan memberi faedah daripada segala ciptaanNya. Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat menafaat daripada rupa dan bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita akan dapat kerugian. Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar silaki mencari makan dan siperempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kpd diri kita dan seluruh alam. 

Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah s.a.w tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah r.a (seorg perempuan), Abu Bakar r.a (seorg lelaki), Ali r.a (seorang budak), Zaid r.a (seorang hamba). Setiap macam org dpt difahamkan maksud hidup mereka. Yg paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah r.a). Yg paling awal korban nyawa utk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah r.a). Yg paling awal korban harta utk agama adalah kaum wanita (Khadijah r.a).

Slps Rasulullah berjumpa Jibrail a.s, dipeluk, dsb. dan mendapat kenabian, yg beri dorongan dan simpati utama adalah Khadijah r.a. Dia memujuk Rasulullah dan membawanya berjumpa pakciknya Waraqah bin Naufal, yg mengatakan bahawa itulah malaikat spt yg dtg kpd Musa a.s, dan kalau dia muda dia akan ikut Rasulullah s.a.w dan bersama Baginda s.a.w bila kaum Baginda menghalau Baginda. Rasulullah s.a.w ketakutan, dan Khadijah r.a bersimpati dan berakhlak baik dan dgn itu dpt sedia kan hati Rasulullah s.a.w utk memikul kenabian. Sejarah menunjukkan bahawa nabi2 a.s yg mendpt sokongan isteri2 mrk lebih berhasil. Wanita mempunyai kuasa yg besar. Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia. Wanita diperbuat dpd tulang rusuk kiri. 

Tulang ini dekat dgn hati - wanita sgt mudah utk mempengaruhi lelaki. Sbb itulah musuh Islam menggunakan wanita utk rosakkan Islam - mrk merosakkan wanita2 Islam. Wanita mempunyai tggjwb yg besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walau pun tiada nabi wanita, ttpi setiap nabi a.s lahir dpd wanita. Ada nabi a.s tiada bapa tapi tiada yg tiada ibu. Wanitalah yg memberi dorongan dan didikan. Anak2 dibentuk oleh ibu. Allah s.w.t telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan bagaimana nak ambil kerja dari org lain. Misalnya, dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergi ke kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan utk agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama jika dikehendaki oleh seseorg wanita itu. Gunalah hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumah tangga kita jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akan jadi tempat tersebarnya kesesatan.

Sahabat Amar bin Jamuh r.a mempunyai kaki yg tempang ttpi hati yg ingin keluar ke jln Allah s.w.t di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dpt pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dgn mengatakan bahawa beliau bukan betul2 nak pergi sgt. Dgn itu, Amar bin Jamuh r.a pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjln di syurga dgn kakinya yg tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud utk membawa mayat suaminya utk ditanam di Madinah, ttpi unta yg membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. 

Bila ditanya Rasulullah s.a.w, isterinya memberitahu yg beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah s.a.w beritahu yg doa beliau telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para syuhada di Uhud. Keinginan sahabiah r.a adalah supaya mrk bangun di hari qiamat dipanggil ibu kpd syahid, isteri kpd syahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimana kita dpt rumah besar, dsb. Setiap sahabiah r.a berkeinginan utk ahli keluarga mrk syahid lebih dpd keinginan kita utk rumah besar. Ini semua krn cinta mrk kpd Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ketika Uhud wanita2 telah mendgr khabar angin bhw Rasulullah s.a.w telah wafat. Mrk bertanya kpd org2 yg balik dpd Uhud, mengapa mrk balik! Kalau begitu biarlah mrk yg balik ini memakai gelang2 mrk (yakni jadi perempuan) dan biarlah mrk yg pergi ke Uhud!

Seorg wanita r.a diberitahu bapanya syahid, suaminya syahid, dan seterusnya, ttpi beliau bukan nak tahu ini - yg beliau nak tahu adalah samada Rasulullah s.a.w selamat. Bila beliau mengetahui yg Rasulullah s.a.w selamat, beliau syukur yg Rasulullah s.a.w selamat, yg bermakna agama selamat. Jika Rasulullah s.a.w tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, agama tak juga selamat. Beginilah semangat mrk. Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dlm rumahnya, Allah s.w.t akan buat sbb Allah s.w.t telah beri kebolehan kpd mrk. Di tempat saya ada seorg doktor yg isterinya kuat agama, dan dia ingin menyuruh suaminya simpan janggut. 

Dia telah bermesyuarat dgn isteri tukang rambut dan menyuruhnya dtg ke rumah dan tajamkan pisau. Bila suaminya bertanya knp, dia kata dia nak cukur rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh!" dan dia kata, "Abg lagi hodoh sbb potong sunah Rasulullah". Dgn itu suaminya mula simpan janggut. Allah s.w.t beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan utk bawa agama. Wanita mempunyai tiga t/jwb. Yg pertama adalah ketaatan kpd suami. Ini sebahagian agama yg besar. Kalau seorg wanita tidak taat kpd suaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal2 lebihan yg hendak dibuat perlu minta izin suami, kalau tidak, tak dapat pahala. Apbi ada taat, ini menjadi asbab utk suami isteri berdua beragama dlm rumah dan berdua dlm syurga, di mana katil isteri sebelah katil suami. 

Kecantikan isteri lebih dpd jumlah kecantikan bidadari, nurnya lebih dpd jumlah nur bidadari, cintanya lebih dpd jumlah cinta bidadari, dan semua ini utk selama2nya. Taat suami adalah penting. Sahabat r.a ingin sujud kpd Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w beritahu bahawa jika Allah s.w.t benarkan sujud kpd selain dpdNya, Baginda s.a.w akan meyuruh isteri2 sujud kpd suami mrk. Apabila isteri taat kpd suami dan mempunyai azamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dan sifat2 baik dtg. Kasih sayang pun dtg dan membawa kemakmuran rumahtangga. Kalau tidak, sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini.

Mmg tggjwb suami adalah utk cari makan, tmpt tinggal dsb. tapi kalau krn usaha agama dia tak dpt nak tunaikan hak itu, isteri tak boleh tuntut. Sekali isteri2 Rasulullah s.a.w meminta hak mrk dan Rasulullah s.a.w asingkan diri Baginda s.a.w dpd mrk selama sebulan. Berita angin yg Rasulullah s.a.w telah menceraikan isteri2 Baginda s.a.w telah tersebar, dan sahabat2 r.a menangis. Umar r.a pergi minta izin utk berjumpa Rasulullah s.a.w; tiga kali beliau mencuba. Beliau  berkata yg beliau bukan nak berpihak kpd anaknya Hafsah r.a, ttpi nak bincang perkara2 penting, barulah beliau dibenarkan masuk. 

Stlh berbincang panjang, Umar r.a berkata bahawa wanita mrk (Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanita Madinah dan Rasulullah s.a.w pun senyum dan tak berapa marah lagi. Apb ditanya samada Baginda s.a.w telah menceraikan isteri2 Baginda s.a.w, Baginda s.a.w telah menafikannya. Umar r.a minta izin utk mengheboh kan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menceraikan isteri2 Baginda. Ayat Quran telah turun yg bermaksud: "Wahai Nabi, beritahu isteri2 kamu kalau mrk terima keadaan2 skrg bolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas". 

Semua isteri Rasulullah s.a.w menangis dan minta maaf dan tak nak apa-apa. Agamalah yg memberi hak kpd wanita. Kalau agama ada, adalah hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada. Kalau org sibuk utk agama ini, dan kita minta hak pula, ini kezaliman besar. Pada hari qiamat, bukan mereka disoal, tapi kita disoal. Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanita salah atau silap, janganlah kita marah. Sekali di rumah Aisyah r.a telah dtg hidangan madu dari isteri lain utk Rasulullah s.a.w. Aisyah telah baling madu itu tapi Rasulullah s.a.w tak marah. Kita kena bentuk mereka - spt Rasulullah s.a.w, Baginda biasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalau isteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Jgnlah begitu.

Agamalah yg beri kepada kita hak. Tapi hak agama melebihi hak semua org. Bila agama makin lenyap, maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hari ini agamalah yatim yg terbesar - tak ada rumah yg mahu terima agama. Agama mcm seorg bernama Abdul Ghafur yg dibesarkan dlm suasana di mana kalau kesalahan dibuat, ditegur oleh org2 tua. Kemudian org2 tua dah mati dan tinggallah Abdul Ghafur. Apb dia membuat teguran, org2 muda tak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis. Dia berjumpa org lain - Lala - yg bertanya sebab apa dia menangis. 

Lala pula bersimpati dgn Abdul Ghafur dan mengajaknya dtg ke rumahnya dan mengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur. Begitulah hari ini dlm rumah org Islam tak ada tempat utk agama, tapi ada org lain yg haus yg terima. Hari ini org Amerika terima agama, dan org Eropah terima agama, tapi org Islam buang agama. Allah s.w.t tak perlukan kita; kita perlukan Allah s.w.t. Kalau kita tak mahu agama, Allah s.w.t boleh tendang kita dan gunakan org lain utk sebarkan agama. T/jwb kedua para wanita adalah supaya mentarbiyah anak secara Islam, dan mendorong org2 lelaki keluar ke jalan Allah s.w.t. Seramai mana org lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan dan kemakmuran di dalam rumah.

T/jwb ketiga adalah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus dipupuk. Solat lima waktu harus dijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Quran. Masa ditetapkan utk ta'lim harian. Dgn cara ini, rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah2 lain. Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah s.a.w yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah org lelaki rumah puan2 untuk keluar dan tertiblah diri puan2 beberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki. 

Di tempat kami, ada org2 miskin mendorong lelaki mereka keluar: "Allah s.w.t pelihara kami dan abang". Bila mereka habis wang dan nak balik, isteri mereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit, dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mrk balik Allah s.w.t tambahkan berkat di rumah. Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah s.w.t, seperti sahabiah2 r.a. Kalau keadaan tak cukup krn agama - wanita dibenarkan kerja, tapi utk besarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan r.a sakit, dan Ali r.a dan Fatimah r.a nazar utk berpuasa tiga hari. Ali r.a pergi jumpa seorg Yahudi dan ambil upah buat benang dpd kapas. Fatimah r.a tolong. Dpt upah bijirin dan buat tiga biji roti. Bila nak buka puasa dtg seorg fakir dan minta sedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka buka puasa dan sahur dgn air dan tamar. Hari kedua diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini dtg seorg miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini dtg seorg tawanan pula minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi.

Hari keempat Rasulullah s.a.w dtg, dan lihat Fatimah r.a pucat. Allah s.w.t turunkan ayat dlm surah Adh-Dhahr memuji Ali r.a dan Fatimah r.a. Ia jadi asbab utk agama tersebar. Hari ini agama dlm keadaan teruk dan kita masih sibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar ke jln Allah s.w.t. Macamana agama akan tersebar!? Berilah nama utk pergi negara jauh dan untuk suami. Kami nak lihat macamana masturat2 lama di sini buat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nak cakap tak habis. Wanita yg beri suami keluar pada hari qiamat akan dibangkitkan dgn keluarga ambia', siddiqin, syuhada' dan solihin. Wanita yg sediakan tempat tidur suami utk keluar akan masuk syurga 500 tahun dahulu dpd suami mrk yg keluar.

No comments:

Post a Comment