Pembayan: Jemaah 2 bln masturat yg hendak ke New Caledonia & New Zealand pada 2 Disember 2007.
Tempat : Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur.
Tarikh : 29 November 2007 @ 5.30pm.
Ringkasan. Usaha dakwah spt air hujan. Jika hujan di tmpt yg kontang spi padang pasir pun maka tmpt itu akan subur menjadi wadi. Ttpi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yg subur dan hijau, maka lambat laun tmpt itu akan menjadi kontang dan mati. Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dgn seorg ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tmptnya telah dibunuh dgn memasukkan mrk ke dlm mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat krn sentiasa membawa botol arak sbg helah.
Slps itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh krn tidak buat kerja spt yg kamu buat skrg. Allah turunkan azab di tmpt2 org Islam utk rotan umat ini krn berlaku zalim. Zalim krn tinggalkan perintah Allah yg utama utk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim ttpi kitalah yg sbnrnya zalim. Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri krn ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apb melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mrk akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.
Allah telah beri diri dan harta kpd kita supaya dpt digunakan utk membina dan memajukan agama. Ttpi bila diri dan harta disalahguna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama spt penggunaan dadah pada asalnya adalah sbg ubat ttpi bila disalahguna akan jadi sbb kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta utk agama maka agama akan maju ttpi bila guna utk dunia maka dunia akan maju. Jemaah pertama yg dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta ora Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Skrg telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan. Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar spt kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Ttpi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjadi spt kota London & Paris iaitu tempat bershopping.
Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kpd masjid. Gereja dibeli dgn harga murah kerana tiada sambutan org ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kpd mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kpd masjid maka keduduk kan kiblat diubah beberapa darjah shjake kanan iaitu ke arah kaabah. Sepanyol dulunya adalah negara Islam ttpi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sbg nya. Berkat dari usaha jemaah2 yg bergerak maka skrg Masjid Cardoba di Sepanyol yg skrg telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang utk kegunaan org Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar utk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kpd masjid sebenar maka ini tak akan berjaya.
Ttpi dgn usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan. Ada tempat2 lain yg tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka org Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mrk bersolat di jln2, di taman2 dan di mana shj sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid utk org Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar utk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya. Bila kaum wanita ada fikir agama maka mrk akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah taalim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dpt tanam jiwa agama kpd anak2.
Jika tidak anak2 akan terpengaruh dgn kartun, robot, hantu dan lain2. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 utk beri pengorbanan utk agama dan keluar di jln Allah. Spt isteri2 Nabi dan sahabat yg galakkan suami dan anak2 mrk. Yakinlah bahawa setiap susah payah kita utk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dgn ganjaran yg besar. Setiap amal yg dibuat ketika keluar di jln Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi. Utk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.
No comments:
Post a Comment