(26/01/2014 - Tongi 2014). Allah telah tetapkan kaedah utk hidayat seluruh manusia hanya dlm dakwah illallah. Kaedah selain dari cara Nabi dan menyimpang dari cara nabi dan cara sahabat, tidak ada janji hidayat. Utk dpt hidayat hanya dgn cara nabi dan sahabat, tidak ada cara lain. Hari ini org fikir dgn cara apa pun boleh dpt hidayat…tidak! Kalau ada cara lain, nescaya Allah telah beri pada nabi dan sahabat. Pertama kita kena yakin dgn usaha ini. Tanpa keyakinan kita tidak akan istiqamah dlm usaha ini. Meyakini dari lubuk hati kita iaitu tidak ada perantaraan yg lebih cepat utk sampai kpd Allah melainkan melalui dakwah illallah. Malfuzat maulana ilyas bahawa tidak ada apa2 perantaraan yg lebih cepat utk hampir kpd Allah selain dari dakwah illallah. Tidak ada amal yg dpt menandingi usaha agama/dakwah illallah. Kita kena faham apa itu dakwah.
Dakwah ialah harta, masa, diri, kebolehan dan kemampuan kita, kita ikat/disiplinkan dgn tertib Nabi s.a.w. Allah tahqiq dgn penuh penekanan bahawa pasti dan pasti akan dpt hidayat. Allah pilih cara nabi utk hidayat iaitu dakwah dan amal soleh dikumpulkan. Ulamak terjemah ‘qaul’ sbg tempat perjalanan agama iaitu qaulan dan deenan ialah agama. Org faham hari ni bahawa kalau tak tahu solat, tak tahu kalimah kena keluar tabligh. Ini adalah pendapat yg salah! Keluar di jln Allah utk wujudkan kesempurnaan dlm kalimah dan solat. Malfuzat maulana ilyas iaitu dgn dakwah dan tabligh utk menyempurnakan kalimah dan solat. Keluar di jln Allah utk menyeru manusia pada perintah Allah utk menyempurnakan iman dan amal kita. Org yg nak wujudkan kesempurnaan dalam dirinya kena keluar lebih di jalan Allah. Semua manusia perlu kepada kesempurnaan tersebut. Bukan semata2 ada iman tapi iman yg sempurna. Bukan semata2 ada amal tapi amal yg sempurna
Tuntutan pertama dakwah adalah kpd org yg paling berhajat iaitu org beriman. Kata maulana ilyas kalau kita nak letak nama pd usaha ini maka ianya tahrikul iman (gerakan iman). Dgn dakwah yakin berubah disebabkan semua amalan bergantung pd yakin. Tempat membina iman ialah di masjid. Kata maulana ilyas suasana di luar adalah suasana yg merosakkan iman. Kita bawa org2 beriman ke dlm masjid. Ini maksud drp gasht kita dan mulakat kita. Inilah amalan para sahabat. Mereka telah pergi ke rumah2, jln2, pasar, bazar dan bawa sahabat2 yg lain ke masjid. Utk menghasilkan sifat dan hakikat dalam kalimah lailahaillallah. Sahabat telah buat gasht di kalangan sahabat.
Hari ini org fikir dakwah ialah utk org bukan islam. Org islam lebih berhak pada kalimah taqwa dan kalimah tauhid. Org beriman lebih berhak atas kalimah tersebut. Kita kena faham betul2 bahawa usaha atas iman adalah perintah Allah atas org beriman. Sahabat2 telah wujudkan halaqah iman di masjid. Muaz b jabal, abdullah rawahah, umar r.hu merupakan sahabat yg besar dan amalan mereka ialah berjumpa org2 diluar bawa dtg ke masjid sekejap supaya kita beriman. Umar r.hu kata saya kumpulkan org di masjid supaya iman saya bertambah. Saya bagitahu pada tuan2 dgn terang kerana ini adalah t/jwb kita semua.
Org baru, org lama, semua bert/jwb bahawa kita buat usaha atas jln sunnah mengikut cara nabi. Kata maulana ilyas setiap org dpd umat ini dijadikan org masjid. Belajar iman di masjid, belajar ilmu di masjid, segala keperluan diselesaikan di masjid. Semua masalah selesai di masjid. Hari ni org islam tidak hubung kan diri dgn masjid. Maksud dpd gasht bukan utk jumpa manusia semata2 ttpi bawa manusia drp suasana lalai kpd suasana malaikat, suasana masjid. Kata maulana ilyas gasht kita ialah seumpama ahli bomba yg mengeluarkan org dari rumah terbakar. Tidak memadai kita buat dakwah di luar shj, kita kena bawa ke masjid. Dtg dlm riwayat bahawa org yg dtg selangkah ke masjid, dia akan dpt haji dan umrah yg sempurna.
Org yg selalu berulang-alik ke masjid itu disaksikan keimanannya. Nabi s.a.w letak jemaah yg baru dtg dlm masjid supaya melihat amal dlm masjid. Ada kabilah yg dtg (bani taqif) kata tak mahu solat, tak mahu bayar zakat, tak mahu pecahkan berhala maka nabi letakkan mereka di masjid dan dgn amal dlm masjid mrk berubah. Maksud gasht kita ialah utk belajar iman dan bawa manusia ke suasana masjid dan inilah usaha yg pertama. Dlm kitab bukhari mengatakan bawa manusia ke masjid utk duduk dlm muzakarah iman dpt menambahkan iman.
Muaz b jabal kata – dtg dan duduk seketika dgn kami utk tambah iman. Imam malik rah kata – umat akhir tidak akan terislah sebagaimana umat yg awal telah islah – hanya dgn cara nabi dan sahabat. Dlm usaha ini kena lihat apa cara nabi dan cara sahabat - apa yg bertentangan dgn cara mrk kita tinggalkan. Kalau tak jaga perkara ini – adat resam akan mengatasi sunnah – akan menyebabkan adat resam menjadi maju – agama tak maju. Amal jemaah masjid ialah – org yg dtg solat hari2 – usahakan supaya semua duduk mesyuarat – asal mesyuarat bukan atas nama tabligh tapi semua org islam – jgn hadkan mesyuarat utk karkun shj. semua yg dtg solat - duduk dlm mesyuarat, semua yg dtg solat – duduk dlm taklim, kalau ada 8 org atau lebih – dgn mesyuarat, 3-4 org duduk dlm masjid, yg selebihnya keluar pergi rumah ke rumah - nyatakan kelebihan masjid, sediakan mrk utk dtg ke masjid.
Inilah kerja yg asal. Melangkah ke masjid seumpama mengorak langkah ke baitullah. Allah berfirman - Dtg berjalan kpd KU, AKU berlari kpdnya. Bertambah penghampiran kpd Allah bila dtg ke masjid – hubungan dgn Allah menjadi am pd manusia. Hari ini kita faham – dimana org islam berada, disitu kita sampaikan agama pd mereka. Saya tak nak sebut benda ini tapi utk bagi faham – sebab fikir macam ni kita guna mobile, HP, internet utk sampaikan agama. Demi Allah – ini bukan tabligh. Dgn alat-alat ini org tak dpt bersahbah dgn ulamak. Kita rasa dgn alat ini kita dpt ilmu. Sedangkan ilmu akan dpt dgn duduk bersama2 ulamak. Kita memahami sampaikan sahaja dah memadai – tidak! Dari adam a.s sampai muhammad s.a.w – Allah guna manusia utk sampai kan agama. Sbg hujjah yg kita guna alat2 ini utk menyampaikan tidak sempurna lagi – tidak mencukupi utk menyempurnakan hujjah. dakwah cara nabi dan sahabat, jumpa manusia dgn manusia-dtg bersama kami ke masjid utk tambah iman.
semasa 2½ jam, jgn kosongkan masjid, di masjid ada amalan dakwah, bawa org di luar masuk ke masjid. Allah s.w.t menyambut org yg dtg ke masjid sebagaimana seorang yg gembira jumpa kawan lama yg dah lama tak bertemu. Org yg dtg selangkah ke masjid – berapa banyak rahmat Allah akan tertumpu pdnya. Amalan setiap masjid – jemaah masjid – 1 org baca taklim, 1 org jadi istiqbal, 1 org cakap kebesaran Allah – yg lain buat gasht bawa ke masjid. Kata maulana ilyas – utk tashkil ini perlu kpd mahul/suasana. Walau pun selepas azan – masih iklan ‘as solah tu jamiah’ – dtg berkumpul utk sambut takazah. Tempat utk belajar iman di masjid – berkumpul di masjid atas tajuk muzakarah iman. Maulana yusuf dah tulis dlm hayatus sahabah – terang dan jelas. Perkara pertama ialah utk dpt ikhlas dlm kalimah lailahaillallah – tempatnya di masjid. 8 org – bukan karkun sahaja – semua org islam – walaupun semua org baru – semua kena buat dakwah. menghidupkan masjid dgn amal akan dpt memindahkan azab Allah yg bakal dtg ke situ.
2 amalan yg dpt meredakan/menyejukkan kemurkaan Allah:
1. keluar di jln Allah berjln kaki
2. hidupkan/makmurkan masjid dgn amal
bila keluar di jln Allah, Allah akan mengharamkan dari api neraka dan Allah akan hapuskan kebatilan. tmpt bina iman ialah di masjid – kena yakin- bincang kebesaran allah, kudrat Allah, Allah buat segala2nya - bawa setiap org islam kpd dakwah kalimah. kita berzikir – mengulang ulang sebut nama Allah tapi kita tak tazkirah/ menceritakan kebesaran Allah. halaqah zikir maksudnya menceritakan kebesaran allah – malaikat akan dtg mengerumuni mereka sampai ke langit. Selepas iman, dakwah kpd perkara yg fardu. Selepas iman, kedudukan perkara yg fardu adalah paling tinggi. Dlm hayatus sahabah – maulana yusuf telah letak satu tajuk - dakwah kpd amalan yg fardu. Usaha sungguh-sungguh bawa umat kpd amalan fardu – merupakan asas kpd usaha ini.
Ceritakan kepentingan amalan-amalan fardu. Org yg meninggal kan solat jadi kufur. Org yg meninggalkan solat – meruntuh kan agama. Tinggalkan amalan fardu yg lain tak jadi kufur melainkan bila meninggalkan solat jadi kufur. Imam abu hanifa – org yg tinggalkan solat dijel seumur hidup. Org islam tak mungkin tinggalkan solat. Tak dpt nak dibayangkan org islam tinggalkan solat. fardu yg paling tinggi adalah solat selepas drp kalimah. sebanyak mana kesempurnaan solat sebanyak itulah kesempurnaan agama. usaha betulkan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, dsbnya – latih. belajar solat dan tunjuk solat kita depan ulamak. utk latih – kena keluar di jln Allah. kita keluar drp kesibukan harian kita, kita keluar utk beramal secara amali. dtg dlm riwayat – org yg selepas rukuk tak betulkan belakangnya, terus sujud – Allah tak tengok solatnya. Semasa iktidal – utk mazhab hanafi – sekurang2 boleh baca surah fatihah–begitu pja. bila kita melakukan apa2 dosa kita lihat apa kesalahan kita dlm solat.
Kita kena usaha utk wujudkan kesempurnaan dlm solat. kita latih diri utk solat pjg2. hari ni kita mesyuarat pjg, bayan pjg, khususi pjg–tapi solat pendek saja. solat cepat2 nak bayan, solat cepat2 nak pi gasht. kita tertipu–ini istidraj –kita sesat tapi kita rasa kita tak sesat. kita letihkan diri dgn dakwah – dan letihkan diri dlm ibadat pulak. nabi s.a.w setiap hari usaha- menanggung segala kesusahan dan mlm ibadat lama2 sehingga aishah r.ha kata nabi sujud begitu lama macam nabi dah wafat. Nabi solat dgn baca 7 surah panjang. Hari ni org buat usaha – syok/semangat utk ibadat infradi dah tak ada. Siang letih buat usaha – malam terlepas tahajjud. Usaha nabi ialah - siang sibuk dgn dakwah – malam qiamullail. Berdiri malam ini adalah satu amalan yg sangat-sangat berkesan dlm menghancurkan hawa nafsu. Hari ni org buat usaha – mentelaah kitab utk bayan.
Kalau bangun malam – Allah akan lahirkan kata-kata yg bagi menafaat pd dirinya dan seluruh manusia. Siang sibuk dgn usaha dakwah – dan berdiri malam utk dpt bantuan utk buat usaha di waktu siang. Malu saya nak cakap – setengah org dia mula pandang rendah pd ibadat dgn sebab dakwah. Sepatutnya dgn sebab dakwah bertambah keagungan/azmat ibadat. Maulana yusuf kata - kalau solat asar tak lebih baik dari solat zohor – itu tanda kita nenurun. Kita kena ambil berat tentang ibadat. Wujudkan kesempurnaan dlm solat dan ibadat. Biasakan diri kita dgn solat pjg2. Semoga ampunkan saya–kita banyak kekurangan dlm perkara ini. Bila rosak solat–rosak semua amalan. Terbinanya solat – maka akan terbina agama. Solat yg tidak menjauhkan drp mungkar – akan membawa kita jauh drp Allah s.w.t. Dgn perantaraan dakwah – wujudkan kesempurnaan dlm solat. Kisah sebelum hijrah - Satu ketika nabi dtg lewat–org ansar tanya kenapa lewat–nabi kata ada satu bahagian quran yg saya belum sempurnakan. Seorg sahabat minta izin nak jumpa nabi–nabi tak jumpa sebab nabi sedang sibuk menyempurnakan amal. Dakwah dan ibadat–dua2 penting–kena dihimpunkan sekali
Sebagaimana pelajari iman adalah fardu. Begitu juga utk betulkan solat adalah fardu. Begitu juga pelajari ilmu adalah fardu. t/jawab setiap lelaki dan wanita utk pelajari ilmu adalah fardu ain. qabuliyah setiap amal – disyaratkan dgn ilmu. Setiap amal menepati ilmu. satu ilmu di lidah. satu ilmu di hati. ilmu di lidah menjadi sumber keazaban. Keluar di jln Allah nak latih supaya dpt kesempurnaan ilmu. Ilmu di hati adalah ilmu yg dtg ketakutan pd Allah. Tanpa ilmu masail amalan tak diterima. Ilmu fadail mendorong seseorang utk beramal. Ilmu fadail dan ilmu masail. Dua-dua penting. Maksud drp taklim utk menyegarkan keyakinan pd janji Allah s.w.t. Duduk dlm halaqah taklim dgn penuh tumpuan supaya betulkan yakin kita pd janji Allah dan janji rasul. Org munafik kata semua janji ni tipu sahaja. Org beriman kata – iman mereka bertambah.
Selepas taklim – kita keluar dari masjid, kita tengok asbab dan kita rasa dgn asbab ni kita terpelihara dan dpt rezeki, maka kita kena kembali duduk dlm taklim agar dtg yakin pd janji Allah, yakin dgn amal – utk mentajdidkan/memperbaharui yakin kita. Satu taklim di masjid dan satu taklim di rumah. Sebab apa? Supaya waktu diantaranya, yg kita lalui , kita sibuk dgn asbab dan rupabentuk zahir, utk betulkan yakin, duduk lagi dlm halaqah taklim. Yg buat segalanya Allah – ini maksud. Nabi s.a.w menceritakan janji-janji Allah - umat yg sama, amalan yg sama – Cuma bezanya nabi tak ada bersama dgn kita hari ni. Janji nusrah Allah lebih drp sahabat – 50 kali sahabat.
Keluar di jln Allah – buat 2 taklim – pagi dan petang – fadhail amal, muntakhab hadith dan fadhail sedekah. Buat dgn penuh ihtimam – ambil berat. Beritahu pd umat kepentingan taklim dan 6 perkara. Utk amalan ijtimai - fadhail amal, muntakhab hadith dan fadhail sedekah. Utk mentelaah infradi – hayatus sahabah. Maulana yusuf kata saya bukan contoh – contoh adalah sahabat. Di markaz – ulamak yg keluar setahun baca hayatus sahabah.
Baca berulang2 kali – kita akan dpt tahu usul dakwah dan akan dpt wujud sifat da’I dlm diri. Jika tidak, peniaga akan buat usaha dgn naluri/tabiat seorang peniaga, pemerintah akan buat usaha dgn naluri seorang pemerintah. Sahabat – dgn isyarah sahaja mereka faham kehendak nabi s.a.w. Sahabat umpama bintang – mana2 satu kamu ikut , kamu akan dpt petunjuk. Setiap masjid dan setiap rumah ambil berat utk buat taklim sekurang2nya ½ jam. Duduk dgn berwuduk, jgn duduk sambil bersandar, duduk dgn adab. Syarat utk dengar ialah yakin. Masa beramal ingat fadilat. Kita buat amal tapi tiada ihtisab – tak dpt apa-apa faedah. Tiada ganjaran bagi mereka yg tiada ihtisab. Semasa keluar – bersama taklim di masjid kita buat taklimi gasht – inilah amalan para sahabat. Bila buat taklim di makami pun buat taklimi gasht – ini cara sahabat – bukan cara kita sendiri.
Di masjid nabawi – ada halaqah taklim – sahabat yg besar-besar pun duduk dengar. Abu hurairah r.hu – berada di bazar – bagitahu warisan nabi sedang dibahagi2kan di masjid. Dia hantar mereka ke masjid. Mereka dtg balik . hantar lagi ke masjid. Bila dakwah suruh org dtg takllim, akan dtg kepentingan amalan tersebut. Org yg nak pergi kerja, kalau jumpa org dlm perjalanan, hantar org itu ke masjid duduk dlm halaqah taklim. Bawa org-org luar ke suasana masjid. Org bhopal tanya maulana yusuf – berapa lama nak buat taklim? 1½ jam. Bukan, kami tanya taklim rumah berapa lama? 1½ jam. Bila ada perkara yg penting nabi akan ulang sebanyak 3 kali sehingga faham. Kena ambil berat tentang taklim. Sekurang-kurangnya ½ jam dan kita tambah masa sedikit demi sedikit sehingga dtg kpd amalan yg sempurna. Ini adalah satu majlis – nabi s.a.w menceritakan janji2 Allah kpd para sahabat. Utk ilmu masail kita tanya alim ulamak.
Duduk dlm majlis mereka. Satu keperluan utk duduk dlm majlis mereka. Menziarahi ulamak adalah ibadat. Sayangi dan hormati mereka dan tanya masalah dgn mereka. Org yg benci ulamak bermaksud dia benci pd ilmu. Benci pada amalan fardu adalah kufur. Dlm usaha ini kita bukan semata2 bergerak. Kita bergerak utk menghidup kan segala2 yg dibawa oleh nabi s.a.w. Sgt penting ada hubungan dgn alim ulamak dlm pergerakan kita utk menghidupkan ilmu dan zikir. Kita jumpa alim ulamak utk ambil faedah/menafaat drp mereka. Masuk kan anak2 kita dlm sekolah agama/madrasah. Kejahilan umat ini ialah menganggap semua benda adalah ilmu. Ilmu adalah apa yg dtg dari Allah dgn cara nabi s.a.w. Org yg kata ‘fun’ dunia ini ilmu adalah kejahilan. Ilmu ialah apa yg Allah hendak drp kita dgn cara nabi s.a.w. Madrasah adalah kota ilmu dan ini adalah fardu kifayah.
Muamalat, muasyarah, ibadat – semua kita bawa berdasarkan ilmu. Amal yg dibuat bertentang dg ilmu – tak diterima oleh Allah. Kita mesti ada keinginan utk belajar ilmu . Kita letak kasih sayang ulamak dlm hati kita. Kita kena lebih sayang dgn ulamak yg menentang usaha ini. Kita karguzari natijah/hasil drp usaha. Ini bukan keperluan tabligh. Ini keperluan setiap org islam. Setiap langkah kehidupan kita kena tanya alim ulamak. Amal dlm kehidupan kita apa yg mereka sampaikan. Ini maksud usaha ini. Org awam duduk dgn ulamak sehingga terhapus kejahilan mereka.‘fun’ dunia dikatakan ilmu – inilah kejahilan yg paling besar sekali. nabi s.a.w nampak umar pegang lembaran-lembaran taurat, nabi begitu marah sehingga org ansar bawa pedang….tanya siapa yg menyebabkan nabi begitu marah? Kenapa kamu baca taurat? Umar satu org alim, org yg faham sunnah. Nabi kata ; wahai umar, kalau musa a.s hidup zaman ni, dia pun kena ikut syariat aku utk berjaya. Kalau ikut selain dari islam - akan sesat dan binasa. Kena faham betul2 – ilmu ialah apa yg Allah hendak dgn cara nabi s.a.w. ف , ن – ‘fun’ : kemahiran. cth : kemahiran dlm bidang kedoktoran, kemahiran dlm bidang pertanian, etc - dtg dari pengalaman - berubah2 berdasarkan penemuan baru. ilmu – dtg dari wahyi (dari Allah) - tak berubah.
Zikir ialah mengingati Allah dgn memberi tumpuan. Putuskan semua hubungan lain. Zikir tanpa tumpuan akan wujudkan kemalasan. Zikir tanpa tumpuan tak ada ganjaran. Alangkah ruginya bila sebut nama Allah tapi tak ada tumpuan pd Allah. Hari ni, bila sebut nama menteri, kita sebut nama dia bersama apa kuasa yg ada dgn dia. Sebut nama Allah, tak ingat pd Allah, tanpa terkesan dgn kehebatan Allah. Bila zikir – hati kena beri tumpuan, berwuduk, mengadap kiblat, seorg diri, 100 kali tasbih – menyakini keagungan dan kebesaran Allah. akan dpt nur dan rahmat utk beramal soleh. 3 tasbih – 300 pagi dan 300 petang. 100X tasbihat, 100X selawat, 100x istighfar. aku meminta ampun pada Allah yg maha agung, tiada tuhan selain Dia yg maha hidup lagi maha berdiri sendiri, dan aku bertaubat pada Mu. istighfar dgn menyesali dosa kita. Dgn penuh azam lain kali tak nak buat lagi dosa. Ikram sangat kurang. Jika tak jaga ikram, pd hari kiamat, org2 yg berhak akan ambil hak mereka.
Pd hari kiamat, seorang abid akan bawa solat, haji, zakat, puasa, tilawah, umrah, sedekah – begitu banyak amal – sebesar gunung amalannya. Akan dtg org tuntut hak – dia ambil kedai saya di dunia, dia pukul saya, dia malukan saya – semua akan dtg tuntut hak. Pahalanya akan diberi pd org yg berhak. Selepas habis amalannya, dosa org berhak akan diletakkan pd abid tersebut. kemudian dia akan dicampak masuk dlm neraka. Amalan ikram adalah sangat halus/rapuh. Kena letak ikram ditempat yg betul. Ini ulamak, ini fuqahak, ini alim – kita memahami kedudukan mereka, kita berurusan dgn mereka mengikut kedudukan mereka. Kita keluar di jln Allah utk latih perkara ini. Nabi suruh keluar dgn org2 lain drpp kaum kamu supaya akhlak kamu jadi baik. Keluar dgn org kita tak mujahadah. keluar dgn org lain lebih mujahadah. Kita tak ada tabaqat2 tertentu.
Sebab itu kita tak ada apa2 jor utk golongan2 tertentu. Umat telah berpecah kpd beberapa golongan, ini antara sebab terhenti nusrah Allah. org kulit putih dan kulit hitam kena bercampur. Usaha ini adalah utk satukan umat, bukan pecahkan umat. Tidak ada beza antara warna kulit, bahasa. Setiap org sediakan 10 org baru bersama dgn mereka, keluar di jln allah, kita ikram mereka. Kita kena kenal kedudukan setiap org beriman. Nabi kata, kedudukan org mukmin lebih mulia drp baitullah. Kalau org buat kesilapan, kita tengok pengorbanan dia, susah payah dia, kebaikan dia – ini sunnah. Satu jenazah telah dibawa pd nabi – sahabat kata jgn solat jenazah dia – dia teruk – biar kami sahaja yg solatkan jenazah dia. Nabi tanya – ada sesiapa tengok dia buat apa2 amal? Sorang sahabat kata dia pernah jadi security satu malam ketika keluar di jln Allah.
Nabi kata – satu org yg jaga security di jln Allah satu malam, Allah akan haramkan dia dari api neraka. Inilah mizaj usaha ini. Kita keluar utk jual beli kebaikan. Bila lihat kebaikan org, kebaikan akan dtg dlm diri kita. Jgn kita tengok keburukan. Kalau tengok keburukan org, maka dia tak akan mati sehingga dia sendiri akan buat keburukan tersebut. Allah akan timpakan dia dgn aib yg sama. Kita keluar di jln Allah dan latih utk khidmat. Kita ambil t/jawab. Kita ambil kerja yg susah2. Jgn kita rasa sesuatu kerja itu tak sesuai dgn kedudukan kita. Kita sibukkan diri dgn dakwah. Jgn kita rasa kerja khidmat itu mencemar kedudukan kita. Bukan sebab kita perlu khidmat tapi khidmat adalah utk tarbiyah diri kita. Hubungan dgn Allah akan terus berkekalan selagi kita khidmat org lain.
Oleh itu, kena berusaha utk menyempurna kan segala keperluan diri dgn diri sendiri. Kalau org lain memberi khidmat, akan terputus hubungan dgn Allah. Semua kerja kita buat. Kita tawarkan diri kita utk buat semua kerja. Dlm amal – kena wujudkan keikhlasan. Kalau dlm amal kita inginkan selain dari Allah – kita telah menyengutukan Allah. Sedikit riak ialah syirik – menduakan Allah – mengharapkan ganjaran selain dari Allah s.w.t. Apa itu iman? Iman adalah ikhlas. Buat amalan utk siapa? Org yg dpt istiqamah dlm amal ialah org yg ikhlas. Rakan2 seusaha meninggalkan usaha sebab apa? Sebab tak ada ikhlas dlm amal. Tinggalkan kerja agama kerana buat utk manusia.
Org munafik dtg solat dgn keadaan malas. Zikir pun sikit sikit aje. Org yg buat amal kerana Allah – dia tak kisah samada org puji atau org keji –terus buat kerana Allah. Di akhirat - akan disuruh org yg buat amal kerana manusia – ambil ganjaran dari manusia – tiada apa-apa ganjarahn disisi Allah. Kita keluar di jln Allah –jauhkan dari cakap yg sia2. Percakapan yg sia2 akan hapuskan kesan dari ijtimai amal. Begitu banyak cakap yg sia2 – menjadi penyekat utk penerimaan usaha. Seorg sahabat syahid di uhud. Jenazah di bawa balik ke rumah. Nabi dtg nak beri takziah pd keluarganya.
Ibunya menyapu2 pasir di mukanya,’ wahai anak berbahagialah kamu di syurga’. Nabi kata, belum tentu dia ahli syurga kerana di jln Allah dia telah bercakap yg sia-sia. Kita keluar di jln Allah, kita kena latih dan jadikan amalan dlm kehidupan kita jgn cakap yg sia-sia. Kita kena letak kebesaran keluar di jln Allah di dlm hati kita. Kita akan dpt segala nikmat dan hidayat keluar di jln Allah – kita kena betulkan yakin dlm hati. Tidak ada amal yg dpt menandingi keluar di jln Allah. Tidak ada amal yg dpt menarik keredaan Allah sebagaimana keredaan yg diperolehi semasa keluar di jln allah. Nabi2 dan rasul2 menanggung kesusahan/ penderitaan utk menghubungkan antara makhluk dgn allah s.w.t. Lebih baik dari dunia dan seisinya bukan dgn harta benda dunia ni, kerana harta benda dunia ni tak lebih dari sebelah kepak nyamuk pun.
Dunia tak ada nilainya – hanya utk menerangkan mahfum supaya kita faham – sekadar sebelah kepak nyamuk pun tak ada – kalau ada seteguk air pun tak akan diberi pada org kafir. Maksudnya bila kita berada di makami, tak keluar di jln Allah, kita buat amal, beribadat – keluar di jln allah lebih baik dari sepetang kita beribadat di makami kita. Allah beri kelebihan org keluar di jln Allah s.w.t lebih dari org yg duduk di makami. Kalau satu org kata raja lebih baik dari satu org miskin – ini perbandingan yg tak betul. Memanglah raja lebih afdal dari org fakir. Sepatutnya kita kena kata raja ni lebih afdal dari sekalian raja2 yg ada – ini baru perbandingan yg betul. Keluar di jln Allah satu amal yg akan cepatkan seseorang hampir pd Allah.
Kita keluar dgn membawa amal dan bantu agama Allah – tidak ada apa-apa amal yg boleh ganti tempatnya. Ini bukan mengingkari mana-mana syukbah/jurusan agama. Kisah zaman umar – jemaah Muaz b jabal r.hu telah keluar. Beliau tinggal di madinah utk solat jumaat. Maksud saya, dakwah zaman khalifah pun - ulamak2 sahabat pun bergerak keluar di jln Allah. Umar kata padanya – kamu lupakah apa yg nabi kata pada abdullah b rawahah? Dia telah tangguh utk keluar utk solat jumaat bersama nabi. Belanja seluruh harta tak akan dpt fadilat yg sama keluar di jln Allah ½ hari. Tidak ada ibadat, tidak ada perbelanjaan, tidak ada amal yg dpt menandingi ganjaran keluar di jln allah.
Jumud umat ini kerana tidak bergerak. Jadi kaku. Tidak keluar di jln allah. Bila umat keluar di jln Allah seumpama air yg mengalir, tidak meninggalkan apa2 kekotoran. Kita diperintah utk keluar di jln Allah. ‘infiru’….perintah ini bukan hanya utk sahabat, bahkan perintah utk seluruh umat. Ini bukan kerja jemaah tabligh. Ini adalah kerja seluruh umat. Sepjg zaman. Sahabat golongan yg pertama. Kita golongan yg akhir. Umat akhir zaman tak akan terislah melainkan dgn cara islah umat awal zaman. Kita cerita kelebihan2 keluar di jln allah. kelebihan keluar jln kaki di jln Allah. Debu2 yg melekat di anggota org keluar jln Allah, Allah akan gunakan sbg bedak utk menghiasi bidadari syurga. Jgn anggap tabligh ini satu persatuan. Keluar adalah satu maksud yg ianya dituntut. Kita kena keluar dan dakwah setiap org. buat dakwah infradi. Dgn dakwah infradi ada nusrah ghaib Allah.
Dlm safar, nabi telah dakwah satu org. badwi tu tanya siapa saksi? Pokok dtg jadi saksi kerasulan nabi. Kita keluar di jln Allah dan kita mengeluarkkan org lain di jln Allah. Jgn kita cakap keluar tak ada faedah. Bukan sebab ada faedah atau tak. Keluar itu sendiri dituntut. Dakwah semua org, jgn cakap sia2, rendahkan pandangan. Bila org tengok pun jadi dakwah. Bila tengok dunia dgn penuh keagongan akan bertambah makhluk dlm hati kita. Kita cuba jln kaki dan dakwah setiap org. Bila tak dpt keluarkan seseorg, kita rasa kerugian kita. Maulana ilyas kata – begitu penting bagi dakwah kpd seseorang. Kalau tengah solat, tak boleh tunggu lama, dan mungkin tak jumpa lepas ni, saya ingin batalkan solat dan dakwah dulu. Begitu penting dakwah infradi. Yg kita faham bagi dakwah 2½ jam , yg baki kita berniaga. Bahkan sepatutnya kita berterusan bagi dakwah. Semasa berniaga pun buat dakwah. Kita faham, kalau tak berniaga rugilah. Allah berkehendak kita buat kerja Dia. Allah akan sempurnakan keperluan kita dari khazanah ghaib Dia. Org madinah korban di jln Allah s.w.t. mereka keluar di jln Allah. ladang2 mereka jadi kering ttpi Allah beri 2X setahun buah kurma.
Sebahagian dari mereka masuk pasir dlm guni bertukar jadi emas. Allah ambil t/jawab selesaikan keperluan kita. Amalan yg menyejukkan kemurkaan Allah ialah hidupkan amalan masjid dan jemaah jln kaki. Berkali2 saya ulang di semua negara. Kita kena buat cara sunnah nabi s.a.w. Kalau tidak ia akan jadi adat. Setiap org bawa kitab masing2. setap hari saya cakap perkara ini dlm bayan hidayat. Baca taklim masa ijtima’i dan masa infradi. Jgn baca suratkhabar masa lapang. Baca kitab. wahsi pembunuh hamzah pun dpt hidayat. Umar yg pergi nak bunuh nabi pun dpt hidayat. Bila kita berseorangan kita doa pd Allah s.w.t agar diberi kerisauan dan kasih sayang pd umat sebagaimana Kau kurnia pd sahabat. Kita keluar di jln allah dgn ambil berat sunnah nabi.
Semasa safar – Solat fardu diutamakan. solat sunat sebelum subuh dan witir diberatkan. Solat sunat yg lain boleh ditangguhkan. Solat fardu dgn berdiri walaupun dlm keretapi. Bila sampai, kita mesyuarat bersama org kampung. Ambil pandangan drp semua. Mesyuarat amalan 24jam. Usul yg sama di seluruh dunia, buat usaha di masjid kita pergi. Buat usaha sama2 macam ansar dan muhajirin. Kita tunjukkan cara ‘masjid ki abadi’. DTI. Duduk dimasjid itu 3 hari, 4 hari, 5 hari. Jgn 2 hari pindah - 2 hari pindah. Wujudkan suasana. Taklim rumah hidup. Amal masjid hidup. Baru pindah. Maulana ilyas kata – dia tulis surat pd jemaah, buat usaha sungguh2 sehingga jadi sumber hidayat pd umum. Hidayat jadi am. Kita mulakat, jumpa org dan bawa ke masjid. Setelah ada usaha tempatan baru pindah tempat lain.
Kita dtg sekali sekala tengok semula amalan tersebut berterusan atau dah mati. makan minum kita uruskan sendiri. Jgn kita meminta-minta. Bila minta dari manusia kita telah tutup pintu rezeki dari Allah. dlm hadith – org yg meminta selain dari allah, dia telah buka pintu kefakiran utk dirinya. keluarkan jemaah tunai dan hidupkan jemaah masjid. Pergi setiap rumah. Jumpa setiap org. jadikan org tempatan sebagai dalil/rahabah. sertakan org tempatan dlm gasht kita. kita mesyuarat bersama org tempatan. Dari musuh pun kita ambil pandangan. Ia akan melembutkan hati dia. Mereka bagi masa, maka boleh kita ambil kerja dari mereka.
No comments:
Post a Comment