Monday, January 26, 2015

KARKUZARI JAMAAH DARI AUSTRALIA

(Tempat : Masjid Sri Petaling, Tarikh : 4 Muharam 1429 selepas solat Maghrib). Ringkasan bayan; (slps memuji Allah dan berselawat kpd Nabi dan membaca 2 potong ayat al Quran)

1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.

2. Allah telah hantar kita sbg umat Muhammad SAW dgn satu maksud yg sgt besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dpt dimanfaatkan) adalah masa.. Seorg yg kematian isteri, boleh cari isteri yg lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yg lain. Seorg yg perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yg lain. Ttpi seorg yg telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kpd org2 beriman sehingga menjadikan sekecil2 perkara sbg sbb penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yg zalim ketika hendak mati berhajat utk makan sejenis makanan yg sukar didapati. Allah telah perintah malaikat utk dapatkan makanan itu utk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dlm kisah yg lain pula seorg alim yg warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila org dtg membawa air, Allah telah perintah kpd malaikat utk tepis cawan sehingga air tertumpah dan org warak itu mati tanpa dpt minum air. 

Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, org yg dlm hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala org kafir akan kekal di dlmnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yg berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati2 manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudia baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu org kafir. Maka Allah telah hantar banjir yg besar dan menenggelamkan semua org kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan org2 yg beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan org yg beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yg besar di sana. Utk menyelesaikan masalah pengangkutan mrk telah membawa 120 ekor unta utk digunakan mengangkut barang2 di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mrk telah membawa ramai org2 Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja2 ini terdpt sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama2 ini telah membina 60 masjid dan 3 dpdnya yg berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mrk ini tidak kenal Islam walaupun nama2 mrk spt nama2 Islam.

8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja2 tersebut, yang masing2 berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan satu jemaah lagi yg buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Ttpi amalan Islam telah lenyap dari diri mrk. Jemaah telah dibawa berjumpa seorg lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kpd jemaah (yg dlm keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dgn mengatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia tlh keluarkan satu beg dari bwh katil dan tunjuk kpd jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 thn, bapanya tlh meninggal dunia. Seblm itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take care of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’ (*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yg dgr bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kpd Hadraji bahawa org Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 org tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia utk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu utk bertemu dgn org2 Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mrk telah bermesyuarat dan memutuskan utk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kpd mrk dgn senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal2 masjid telah dihidupkan. Jemaah2 telah dikeluarkan dan usaha tlh berkembang. Alhamdulillah skrg telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah2 telah wujud. Anak2 ya dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang2 kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main2. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja t/jwb kita sbg umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kpd kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kpd manusia. Seluruh manusia skrg sdg menanti2 kedtgan kita sbg org Islam kpd mereka (seperti kisah orang tua tadi).

15. Tashkil…

Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorg bapa menyuruh anaknya yg kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dgn kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kpd hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali2 Allah tak akan biarkan kita jatuh dan mendpt kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dgn rahmatnya.

No comments:

Post a Comment