Monday, January 26, 2015

KARKUZARI JEMAAH KE KASHMIR

8 Okt 2015. Salam, Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah. Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah org2 yg terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Quran. 

Mereka tidak ada kaitan dgn mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah ttpi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yg telah maju kemudian barulah buat usaha agama”. Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Org2 di kawasan ini melayan kami dgn buruk terutamanya org2 tua dan org2 lemah di antara kami. Kebiasaan mrk akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa org). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. 

Dan semasa menjlnkan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dgn buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan utk mengutip sampah-sarap. Di masjid pula, bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’) untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian org2 di situ menyia2kan air kami begitu sahaja. Ada juga org di situ kencing di dalam air kami. Ilham dpd Allah swt dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorg pemuda yg sedang keluar bersama satu jemaah ya sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yg berhampiran melaung2 meminta tolong seumpama seorg manusia yg sedang mengalami kesakitan yg teruk. Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dgn pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan ttg mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yg amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. 

Saya sendiri telah bercakap dgn Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yg ada di kawasan itu dgn segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dgn batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dlm bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yg lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah org di situ sehabis2nya utk berkumpul di tmpt tersebut. Jgn beritahu ttg mimpi itu kepada sesiapa pun. Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yg salah satu daripada jemaah2 itu telah dtg sendiri setelah mrk mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dgn org tempatan, Kami telah berusaha bersungguh2 ke atas org2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorg penjaga sekolah yg dtg bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami. Data yg menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yg dahsyat dpd bumi dan bukit-bukau yg berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorg dpd kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur shj sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yg telah didengari oleh pemuda yg bermimpi mengenai kejadian tersebut. Serentak dgn itu, di langit sejenis awan hitam dtg dgn begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yg sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yg sgt dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu dtg pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. 

Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah. Runtuhan di sebabkan gegaran, ribut serta hujan lebat yang aneh. Di hadapan mata kami, hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sgt dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yg setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yg kencang telah dtg dari arah timur dan barat yg menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali dpd sebarang haiwan. 

Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun”. Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi. Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk skrg hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorg penjaga sekolah yg masih hidup. Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru, namun tiada yg diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yg pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter. Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yg lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yg boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dlm setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sbg bantuan. 

Namun, selain dpd kami, tidak ada kehidupan yg tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah solatkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yg kami solatkan sekurang2nya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat. Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah. Setelah menghadapi mujahadah (susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari org2 yg terselamat dan masih hidup di kawasan itu ttpi tidak menemui sesiapa pun yg masih hidup kecuali seorg bayi. Kami berada dlm keadaan yg penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah utk kami bernafas. Pemuda yg bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dlm ketakutan dan kebimbangan. Sekali beliau nampak para malaikat dlm bentuk kanak2, maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain dpd beliau ada 3 org lagi yg telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad atau mana2 Nabi yg nama mrk ada di dlm Al-Quran atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan. Saudara2ku sekelian, karkuzari ini bukanlah dongengan, bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati. Di kawasan itu, solat berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi s.a.w (dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). 

Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yg tidak bernilai dan mengaibkan mereka. Sebaliknya mrk menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sbg kemajuan dan kejayaan. Mrk cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat. Saudara2ku, demi Allah tinggal kanlah fikiran2 seumpama itu yg hakikatnya telah kita sama2 lihat. Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kpd cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita dpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yg lebih besar akan dtg. 

Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005. Ya Allah.. Terima Kasih krn mengasihi kami di Malaysia ni.. Sdg maksiat, kemungkaran, wanita tidak tutup aurat, isteri derhaka pada suami, manusia memakan harta anak yatim, homoseks, riba berleluasa, minum arak tanpa segan silu, pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsyat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir, kaum Nabi Luth, tentera Abrahah, tentera Firaun, kaum Ad, umat Nabi Nuh, kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yg kami sanjungi Muhammad s.a.w. Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang utk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami utk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan. Ameenn Ya Rabbal Alameen…

No comments:

Post a Comment