(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/1999). Penerangan mengenai kitab hayatus sahabah: Maulana Yusuf rah. telah pilih dpd kisah2 sahabat usul utk islah org lama dan juga utk org baru. Sebanyak mana usul ttg ibadah, ttg khilafah, ttg imamah, ttg dakwah, semua usul2 tersebut telah dihimpunkan utk semua darjah manusia, samada org khawas atau org awam dan dgn apa tggjwb sekalipun.
Samada dia seorg imam atau wakil rakyat, semua sekali, terdapat usul utk mereka dlm hayatus sahabah. Semua sekali telah dihimpunkan oleh Maulana Yusuf ra. sehingga boleh dikatakan ia satu keramat dan kitab ini cukup utk bagi petunjuk kpd umat ini. Sesiapa yg serahkan diri dia pada usul2 ini, maka usul ini cukup utk memberi petunjuk pada dia.
Kitab ini adalah murabbi, kata Maulana Yusuf rah. Sesiapa yg tidak serahkan diri dia pada usul, maka dia tidak akan dpt tarbiyah. Jika tanpa usul dia dpt tarbiyah, ini tidak mungkin akan berlaku. Usul itu sendiri murabbi utk dia. Abu Bakar r.a kata, “Usul2 usaha dakwah itu sendiri adalah asbab tarbiyah utk satu org yg serahkan diri dia pada usul tersebut”. Ini kata2 Abu Bakar r.a dlm salah satu khutbahnya. Kita dgr hayatus sahabah ini dengan penuh perhatian dan kita dengar semua sekali. Maulana Yusuf rah. tidak tinggal satu perkataan pun samada ttg iman, ibadat, muamalat, muasyarat, khilafah, sifat2 khalifah, siapa boleh jadi amer, siapa boleh jadi khalifah.
Semua sekali telah ditulis oleh Maulana Yusuf rah. dan Maulana telah letakkan tajuk2 pada kisah2 tersebut sehingga setiap org boleh rasai ia ditujukan untuk saya. Tarbiyah akan dapat oleh org yg mana serahkan diri dia pada usul2 ini. Anjing sekali pun, kalau dia serahkan diri dia untuk ditarbiyah, maka dia akan dapat tarbiyah. Anjing bila ditarbiyah, dia dapat selamatkan ratus2, ribu2 nyawa org. Itu sebodoh2 makhluk Allah s.w.t tetapi ashraful makhlukat , kalau dia tidak serahkan diri dia pada tarbiyah atau pada usul, dia pun tidak akan dapat tarbiyah.
No comments:
Post a Comment