Monday, January 26, 2015

BAYAN WAFSI HAJI HAMSIN

(21/12/2012 - sri petaling). Agama adalah satu benda yg bernilai. Selagi ada org sebut ‘Allah’, ‘Allah’…dunia tak akan kiamat. Satu org yg mati dgn kalimah, wajib syurga. Iman yg sebesar zarah, syurga 10 kali ganda dunia. Sebab agama Allah telah hantar 124,000 nabi-nabi. Nabi disusahkan, dihina, dimaki, dicaci. Agama adalah utk faedah seluruh manusia. Setiap perintah Allah, ada janji-janji Allah. Jika seluruh manusia taat perintah Allah sekalipun, kedudukan Allah tak bertambah. Jika seluruh manusia langgar perintah Allah sekalipun kekdudukan Allah tak akan turun. Agama adalah utk manusia dan jika kita bawa agama maka manusia itu akan berjaya. Jika tak bawa agama maka manusia akan gagal. Gagal di dunia dan gagal di akhirat. Agama dtg dgn usaha agama dan pengorbanan yg perlu dilalui. 

Masalah sekarang ialah kita tak yakin dgn usaha ini. Setiap amal dalam usaha ini adalah amal nabuwwah. Tabligh bukan satu program. Setiap amal nabuwwah ada kekuatan, ada tarbiyah dan tazkiah. Yakin dgn usaha dan sanggup sambut takazah. Keluar 4B – baki masa di marhallah 8B. Keluar 40H – baki masa di marhallah 320H. Keluar di jln Allah cuma latihan utk buat usaha tempatan. Hidupkan masjid – setiap masjid adalah anak kpd masjid nabawi. Amal yg asas – bawa org ke masjid. DTI (dakwah, taklim dan istiqbal) amal nabuwwah – 8 org (bukan bilangan karkun). Dlm masjid ada halaqah iman, ada halaqah taklim. Masjid adalah tempat turunnya rahmat. Org yg pergi ke masjid adalah tetamu Allah. Jumpa org mengikut kelapangan masa mereka. Jika tak jumpa org – masa lapang tersebut akan digunakan utk maksiat. Fikir utk keluarkan jemaah sendiri 3H, 40H, 4B dari marhallah. 

Fikir org mukmin  - Allah akan zahirkan. Allah nak tengok kerisauan dan bimbang kita. Buat usaha dgn pengorbanan, bukan dgn kesenangan. Allah ambil kerja dari kita – bila kita buat ikut tertib. Allah yg akan didik kita. Jangan yakin dgn kebolehan diri – ini adalah syirik. Hadir mesyuarat mingguan halaqah dan jor bulanan halaqah. Malam markaz – karkun sahaja. Jgn bawa org baru. Malam markaz – tempat utk ambil takazah. Duduk secara halaqah. Usaha atas semua golongan – lelaki, wanita, kanak-kanak/pelajar. Usaha masturat juga penting – wanita adalah pendidik dan meraka adalah org yg sabar. Wanita juga kena ada kerisauan umat – fikir yg sama dgn fikir kita. 

Taklim dirumah – lelaki bertanggungjawab/duduk sekali. Taklim mingguan masturat – umpama malam markaz bagi wanita. Sediakan rumah utk terima jemaah. Nasihat & Doa  - Ustaz Hamid: Jaga ibadat, Jaga muamalat, Jaga muasyarat, Jaga akhlak – dgn keluarga, isteri dan anak-anak, Peningkatan dlm amal – amal yg ada kualiti, Duduk wirid lepas solat bersama org kpg – sabar, Salam dgn org kpg, Masalah hukum – rujuk dgn ulamak, Sabar dan memaafkan, Hutang – selesaikan, Harta pusaka – bahagikan, Hak org – pulangkan balik, Bergaduh : kalau bersalah - minta maaf, kalau tak bersalah - maafkan.

No comments:

Post a Comment