Tuesday, January 27, 2015

BAYAN MASTURAT MAULANA YUSUF

(anak maulana umar palampuri). (27/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). Umat ini adalah umat yg telah di doakan. Umat ini wujud selepas satu pengorbanan yg khusus. Nabi dan sahabat telah bagi pengorbanan hingga wujudnya umat ini. Utk kekalkan umat ini – kena teruskan pengorbanan mereka. Pengorbanan dgn cara sunnah, bukan dgn cara resam/adat/routine. Nabi telah serah 2 perkara pd umat ini ; 1. kitabullah 2. sunnah rasul. Undang2 Allah: selepas setiap perintah ada janji Allah. Janji Allah s.w.t pd nabi ibrahim a.s – jadi imam. Nabi ibrahim a.s menghargai janji Allah. Allah tunaikan janji tersebut kpd nabi dan juga pengikut nabi. 

Allah bagi : 1. aslim  2. aslama  3. muslimin

Maksud islam ialah serah diri, taat, terima segala perintah Allah. Perintah Allah kpd nabi ibrahim dan juga kpd kita semua. Umat terdahulu hanya dipanggil sbg kaum tapi kita ada panggilan khusus iaitu org islam. Banyak mana nak serah? Apa nak serah? Selama mana nak serah?

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin (solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya utk Allah)

kita semua telah ditashkil oleh Allah. kita kena serah semua sekali kpd Allah ; nyawa, harta, masa. walaupun semua milik Allah, atas ehsan Allah, Allah bagi pd kita tapi kita kena guna ikut kemahuan Allah. guna harta – cara Allah. guna masa – cara Allah. guna diri – cara Allah. kita kena ikut tertib Allah. lelaki, wanita dan kanak2 adalah 3 golongan yg membentuk umat. ahli batil telah bermesyuarat supaya berlaku 2 pekara: perpecahan dlm rumah tangga, kebesaran quran keluar dari hati, lelaki – hanya tumpu urusan kerja, wanita – hanya tumpu urusan pasar, kanak2 – hanya tumpu urusan sekolah, semua ada zihin masing2. rumah jadi stesen syaitan. Jgn rasa puas hati dgn usaha yg kita dah buat. jgn rasa puas hati dgn 40H. jgn rasa puas hati dgn 4B. batil usaha 24 jam sepanjang tahun utk rosakkan lelaki, wanita dan kanak2. 

Ibrahim a.s telah diuji dgn beberapa kitaran ujian. nabi ibrahim a.s dpt anak pd usia 80thn. perintah Allah - tinggalkan anak dan isteri – ini pengorbanan perasaan yg sangat besar. perintah Allah - tinggalkan anak dan isteri di wadi yg tiada tanaman dan kehidupan. Hajar a.s tanya 3 kali : pd siapa kamu tinggalkan kami? Perintah Allah - nabi ibrahim tak boleh jawab. Hajar a.s tukar cara pertanyaan: adakah ini perintah Allah? Ibrahim a.s : angguk. Hajar a.s jawab : kalau ini perintah Allah, maka Allah tak akan sia-siakan kami. Slps beberapa tahun tinggalkan anak dan isteri – bila balik nabi ibrahim cium ismail a.s tanda sayang dan Allah uji lagi. Allah bagi mimpi pd nabi ibrahim a.s – sembelih anak. Nabi ibrahim a.s bagitau nabi ismail a.s pasal mimpi tersebut dan tanya pendapat beliau. Ini usul yg besar. 

Apa sahaja takazah yg kita ambil dari markaz/halaqah/mahallah – kita balik dan bawa dlm mesyuarat dgn keluarga kita di rumah. Agama yg mantap wujud dlm keluarga bila ada pengorbanan harta, diri dan perasaan. Nabi ibrahim a.s telah doa khusus utk kewujudan umat ini dan kita semua telah dipilih oleh Allah. Usaha masturat di m’sia sgt lemah. Regu2/jemaah kecil yg bergerak jumpa setiap org kena bagitau pasal taklim rumah dan taklim mingguan. Usahakan utk penuhi syarat2 taklim mingguan. Setiap lorong dan setiap blok rumah flat kena ada taklim mingguan. Kena ambil berat ttg taklim mingguan dan gasht mingguan – barulah usaha akan maju. Nasihat maulana: org m’sia kena sabar dlm menanggung sedikit kekurangan dunia krn kerja agama.

No comments:

Post a Comment