(04-09-2015 - Sri petaling - Ijtimak KL2). Kita berada di tempat ni pilihan Allah. Taufik dan hidayah di tangan Allah. Bapa saudara nabi, abu talib mati tanpa hidayah. Hidayah hanya drp Allah. Kita syukur Allah bagi hidayah. Nikmat yg besar adalah agama. Allah pilih segelintir sahaja yg beriman. Allah berkuasa dan makhluk tak ada kuasa. Mereka merancang tapi Allah yg tentukan. Apa yg Allah kehendak itu yang berlaku. Apa yang berlaku itu telah ditetapkan oleh Allah. Semua cerita nabi diulang2 utk tambah yakin dlm hati manusia. Semua mereka yg beriman dgn rasul berjaya dan yg menentang gagal. Mereka yg beriman adalah org yg susah dan yg tidak beriman org yg berharta dan berkedudukan. Spt kaum ad, kaum thamud mereka gagal.
Mereka yg tak ada agama gagal dan ada agama pasti berjaya. Berjaya masuk syurga dan gagal masuk neraka. Nikmat kekal dan azab bertambah. Utk itu kita kena usahakan yakin kpd Allah. Bila mati seseorg yg beriman maka dia nampak org yg mandikan dan syurga dan dia suruh cepat2 hantar dia ke kubur. Org yg tidak beriman bila mati maka dia nampak neraka. Maka dia tidak mahu di bawa ke kubur. Org yg akhir keluar dari neraka ada iman sebesar zarah dpt syurga 10X besar dunia. Baki masa hidup itulahlah persiapan kita utk usaha atas akhirat kita. Iman itu perlu diusahakan. Bentuk jemaah kecil dan bergerak pintu ke pintu dakwah kpd iman yakin dan keluarkan mereka ke negara jauh. Sebahagian dpd mereka keluar dan sebahagianya buat usaha makami. Apa beza kita dgn umat terdahulu? kita buat kerja dakwah.
Imam Bukhari tulis dlm kitab, tanda bertambah iman adalah bertambahnya amal. Kurangnya iman maka kurangnya amal. Abdullah bin Rawahah kata mari kita muzakarah iman supaya iman bertambah. Maka amal pun akan bertambah. Lagi tinggi iman maka makin takut pd Allah. Ada seorang tabin jumpa 30 orang sahabat semua takut sifat munafik. Usaha atas iman adalah fardu ain. Usaha atas iman adalah satu kefarduan. Kalau kita lihat diri kita masih belum tahap lulus. Untuk agama bila niat untuk kebaikan maka Allah sempurnakan. Contoh: orang niat nak jadi hafiz quran kemudian mati maka Allah akan bangkitkan sbg hafiz ttpi utk dunia bila seorang niat nak jadi doktor kemudian mati, tak jadi doktor.
Allah menyeru org beriman menjadi pembantu agama Allah swt. Allah cerita dlm quran nabi2 menyeru kpd Allah. Buat dgn cara yg betul iaitu cara nabi s.a.w. Cara dakwah adalah yg ditunjukkan oleh nabi s.a.w dan sahabat. Kejayaan sebenarnya berjaya di akhirat. Semua nikmat akhirat tak pernah terfikir dan dibayangkan. Bila nabi s.a.w dpt usaha dakwah maka baginda bagitau khadijah lipatkan tempat tidur kerana tiada rehat lagi. Saad bin Muaz tak sampai 10 tahun masuk islam, bila mati 70 ribu malaikat ziarah. Bila nabi masuk bilik jenazahnya sahabat nampak kosong tapi nabi s.a.w jalan jinjit kaki. Sahabat tanya knp jln kaki jinjit? Nabi saw kata dia nampak malaikat begitu ramai dan tak ada ruang utk dia lihat jenazahnya.
Khalid al Walid kata Nabi dakwah dia berkali-kali hinggakan dia maki Nabi dan dia pun yakin lepas ini Nabi tak akan datang lagi tapi Nabi tetap jumpa dia. Kita kena kasih sayang dan lemah lembut dalam buat usaha agama. Lidah kita ni lebih tajam daripada pedang. Luka kena pedang mudah cepat cantum. Luka kena lidah yang tajam lambat cantum bahkan menanah di dalam pula. Insyallah semua sedia.
No comments:
Post a Comment