(04/10/2014 - sri petaling - bayan malam markaz KL). Setiap kali nabi s.a.w pulang dari safar–nabi s.a.w akan terus ke masjid. Apa juga bentuk safar–safar keluar jln Allah, safar berniaga , dll. Tunaikan hak masjid–solat 2 rakaat. Pergi jumpa ahli keluarga–cari anak yg paling kecil–fatimah r.ha. Ini adalah amalan sunnah. Fatimah r.ha menangis lihat keadaan nabi. Muka nabi pucat, pakaian nabi lusuh. Nabi kata pd fatimah jgn menangis. Allah hantar bapa kamu bersama satu usaha–agama ini akan masuk ke rumah batu, kayu, kulit. Sebagaimana mlm dan siang sampai ke rumah batu dan kayu- begitulah agama akan sampai. Pasti dan pasti agama akan masuk ke rumah kayu, batu, kulit. Agama milik Allah, agama hak Allah–agama akan hidup. Allah pilih umat ini utk buat usaha agama. Allah tak berhajat pd kita tapi Allah nak muliakan kita. Peringatan nabi2 terdahulu pd umat mereka ialah ‘anzir’/amaran–azab pedih jika tak beriman. Utk umat ini–nabi s.a.w disuruh sampaikan berita gembira‘qul hazihi sabili…’
Allah boleh ambil kerja agama dari pokok, binatang, dll. Satu ketika – org yahudi tanya nabi s.a.w : ‘siapa kamu?’ ‘man anta?’… 3 kali. Nabi diam. Kemudian nabi panggil pokok kurma yg dah mati. Pokok itu dtg pd nabi membelah bumi – pokok ucap syahadah. Org yahudi tadi masuk islam. Satu kisah yg lain - Allah ambil kerja agama dari dhab/biawak. Nabi tanya dhab/biawak : ‘man ana?’. Dhab/biawak jawab : kamu pesuruh Allah. Allah guna musyrikin mekah utk sebarkan agama. Pd musim haji – ada 4 jln masuk ke mekah. Org quraish telah bermesyuarat di darun nadwah – balairaya org quraish. Org quraish bermesyuarat di sini utk bunuh nabi. Tapi hari ni ada tempat yg namakan masjid mereka darun nadwah – ini kejahilan. Setiap pengawal di 4 jln masuk tadi disuruh bagitahu pd setiap peniaga, pedagang, musafir, ‘jaga-jaga dgn seorang pemuda yg mengajak manusia menyembah Allah, namanya muhammmad’.
Allah dah buat keputusan – agama akan hidup dan akan sampai kemana sahaja sebagaimana sampainya siang dan malam. Allah sayang pd umat ini. Umat ini adalah penyambung kerja nabi. Setiap umat telah terpilih – lelaki, wanita, kanak2, sehingga bayi terakhir. tiada mana2 umat terdahulu diberi kerja agama. kerja nabi adalah maksud hidup. Allah hantar nabi sebagai pelita hidayat – ‘sirojam munira…’ Bawa berita gembira – ‘bashir’. Beri berita menakutkan – ‘nazir’. surah al ahzab 33 ayat 45-46: "Ya Ayyuhan Nabiyyu inna arsalnaaka Syahiidan wa Mubassyiriran wa Nadziiran(45) “Wa daa 'iyan ila Allahi bi idznihii wa Sirajan Muniiran.”(46), ertinya : " Hai Nabi, Sesungguhnya KAMI mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan,dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang meneranginya" ( lampu yang menebarkan cahaya).”
Dlm zabur – Allah cerita kelebihan umat ini, Nur mereka sama dgn nur nabi-nabi, Umat yg dirahmati oleh Allah, Dlm taurat dan injil juga Allah cerita kelebihan umat ini, Mereka tak ada ‘hilm’ – tiada sifat, tiada ilmu, tiada hikmah, Isa a.s tanya: ‘bagaimana mereka boleh buat kerja ini tanpa hilm?’ Allah kurniakan ‘hilm’ dari hilm Aku. Bani israil makan makanan dari syurga ‘man na wa salwa’ dan pakai pakaian dari syurga, tapi mereka bukan umat terbaik. Kisah Tsauban r.a: org terakhir dtg ke masjid, org pertama balik rumah. sahabat lain tanya dia: ‘mengapa dtg lambat, balik awal?’ dia jawab: ‘aku hanya ada 1 cadar sahaja utk tutup aurat. Terpaksa dikongsi dgn isteri. Saya pinjam utk solat. Gali lubang dlm rumah utk tutup aurat’ walaupun tiada pakaian – tapi umat ini adalah umat terbaik. Bila umat ini berada di jln Allah: gasht, DTI, 40H, 4B, Allah hantar malaikat dgn senjata yg tajam utk jaga rumah. Bila umat berbaris utk tafakud – belum keluar lagi, Allah akan memayungi seumpama ibu ayam mememayungi anak2nya.
Maksud hidup umat ini telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kerja nabi/ambia adalah maksud hidup umat ni. Allah boleh ambil khidmat agama dari pendosa. Jgn lihat mana2 umat nabi dgn pandangan yg rendah. Di haramkan lihat umat nabi dgn sangkaan yg buruk. Nabi telah lihat dgn takjub ke arah kaabah. Betapa harumnya kamu wahai kaabah. Tapi kemuliaan seorang mukmin lebih besar drp kaabah. Setiap mukmin telah dipilih oleh Allah. Setiap mukmin telah diberi kerja oleh Allah. Umat ini adalah umat terpilih dan umat terbaik – dikurniakan usaha nabi2. Satu org perempuan hamba sahaya – tiada rupa dan kulit hitam – lebih baik dari seluruh wanita kafir di seluruh dunia walaupun mereka cantik dan ada harta. Bila lihat satu org penzina, pendosa, peminum arak – jgn hina dan jatuhkan maruah mereka. Setiap umat adalah khalifah Allah, khalifah rasulullah dan khalifah kitabullah.
Jgn lihat mana2 umat nabi dgn pandangan yg remeh. Mereka perlu disediakan utk buat kerja nabi. Tanpa dakwah – tidak sempurna agama. ‘Waman ahsanu qawlan mimman daAAa ila Allahi waAAamila salihan waqala innanee mina almuslimeena’ ‘siapa yg lebih baik agamanya dari mereka yg menyeru manusia pd Allah…’ bila tinggal usaha agama – Allah akan pilih umat lain. Satu kisah di india: seorang pengemis minta sedekah dtg ketuk pintu rumah, si isteri buka pintu dan terkejut tengok pengemis tu dan pengsan, bila suami tanya knp pengsan: ‘wanita tu kata pengemis tu adalah suami pertama saya’ suami pertama saya dulu satu org yg kaya, suami pertama dulu pernah tampar satu org pengemis yg dtg ke rumah minta sedekah, selepas tu dia jatuh muflis dan mengemis, suami kedua kata : ‘org yg dia tampar itu adalah aku’. Allah bukan sahaja bagi harta dia pd aku, malah isteri dia pun Allah bagi pd aku. Oleh itu jgn kita pandang rendah org lain.
Karguzari di argentina: Ada 50 keluarga arab keturunan nabi. Mereka bangga dgn sejarah nenek moyang mereka yg bagi minum org dtg buat haji. Tapi sekarang semua 50 keluarga dah jadi kristian. Jika kita tak ambil kerja agama ni, maka Allah akan ambil kaum lain yg tak sama dgn kamu. Org quraish tak ambil usaha ni, maka Allah ambil kerja dari org madinah. Pasti dan pasti agama akan sampai ke seluruh dunia. Bawa usaha nabi ke mahallah/masjid kita. Allah bagi masjid utk buat usaha ini. Masjid bukan nama bangunan. Masjid adalah nama kpd amal. Bina masjid – Allah bagi mahligai dlm syurga.
Memakmurkan masjid – pun Allah bagi mahligai dlm syurga. Keperluan kita bergantung pd masjid. Kisah sahabat: Seorg abg mengadu pd nabi pasal adik dia, Adik sentiasa di masjid, abg pula sibuk di ladang bekerja, Nabi kata: sebab adiklah kamu diberi rezeki oleh Allah. Dlm muntakhab hadith ada satu kisah tentang wanita yg selalu membersih kan masjid, bila meninggal – mereka solatkan jenazah dia tanpa memberitahu nabi s.a.w, nabi kata kenapa tak bagitau dia. Nabi telah pergi ke kubur dan solat atas kubur tersebut dan nabi kata dia ahli syurga, Org yg sapu masjid pun dpt syurga - apatah lagi org yg memakmurkan masjid – yg buat dakwah, DTI, taklim dll.
Kisah 2 azan dlm bukhari: Azan dilaungkan 2 kali bukan utk bangun tahajjud. Umat ini bukan umat abid. Umat ini adalah umat dakwah. Azan dilaungkan 2 kali supaya tukar shift – utk memakmurkan masjid. Yg berada di masjid balik rumah. Yg ada dirumah pergi masjid. Supaya amal di masjid hidup 24jam. Segala hajat terikat dgn masjid. Dlm Bukhari: setiap hari 1 malaikat akan diutuskan oleh Allah ke pasar dan iklankan harga barang-barang, bila amal manusia baik – maka baiklah harga barang. Cari rezeki – kerja – tak salah. Hari ni kita faham – kalau tak kerja tak ada duit – hidup susah.
Sebenarnya tak belajar iman yakin – hidup susah. Kata nabi : rezeki kejar kita seumpama maut kejar kita. Baik amalan – murah rezeki. Buruk amalan – susah rezeki. ‘kamu diberi(punca) rezeki melalui org yg dhoif di antara kamu’. jaga mak yg uzur – murah rezeki. bantu jiran yg sakit – murah rezeki. setiap masjid ada pasak – spt gunug pasak bumi. org yg sentiasa bagi masa di masjid – dakwah, taklim, gasht, DTI, etc – adalah pasak masjid. maka malaikat akan jadi teman mereka. kalau tak dtg – malaikat akan cari mereka. kalau sakit/demam/selsema – malaikat akan dtg ziarah dan doakan utk mereka. kalau mereka sibuk dgn urusan peribadi/keperluan harian – malaikat akan dtg bantu mudahkan urusan mereka.
Allah berkati rezeki ahli masjid – sikit tapi cukup. Allah cinta pd org yg cinta masjid. Dlm Bukhari: Muaz b jabal telah keluar dari masjid – ‘ijlis bina numin sa atan’ Ajak org dtg ke masjid secara ijtimai. Abdullah rawahah ajak org ke masjid secara infradi. Beliau telah pegang tangan sahabat dan ajak ke masjid. Muzakarah pasal iman utk tingkatkan iman. Sahabat mengadu pasal abdullah rawahah pd nabi. Tapi nabi membenarkan apa yg dibuat oleh abdullah rawahah. Kita kena ketuk setiap pintu dan jumpa setiap org - ajak ke masjid.
Setiap org islam dipasang2kan/pair dan bergerak sekeliling kpg. Allah suka pd org yg bawa org lain dtg ke masjid seumpama ahli keluarga yg balik selepas lama hilang. Jadikan masjid doa kebaikan utk kita. Jgn jadikan masjid doa keburukan utk kita. Sediakan setiap umat utk buat kerja agama dan keluar di jln Allah. Setiap sahabat berlumba2 nak keluar di jln Allah. Sehingga kanak2 pun berjingkit utk nampak tinggi. Zaman sahabat-slps solat raya-bagi bayan hidayat dan terus keluar. Siapa sedia 4B tunai.
No comments:
Post a Comment