Sunday, January 18, 2015

BAYAN HAJI AZIZ HASBI

(11/10/2014 - sri petaling - bayan malam markaz KL). Bila kita ucap kalimah lailahaillallah muhammadurasullah. Kita semua adalah umat nabi dan kita telah diberi t/jawab kerja nabi. t/jawab kerja nabi telah diletakkan pd setiap bahu org islam. bila kita ambil t/jawab ini – jadikan maksud hidup – maka bantuan Allah bersama kita. apakah t/jawab kerja nabi? Kita kena masukkan dlm hati kita dan hati seluruh manusia keyakinan pd kalimah lailahaillallah muhammadur rasullah. yakin hanya sanya Allah yg buat segala2nya, makhluk tak boleh buat apa2. 

Bila kita taat perintah Allah dgn cara nabi s.a.w – kita akan berjaya di dunia yg sementara dan akhirat selama-lamanya. semua nabi2 telah dakwahkan kalimah lailahaillallah. semua nabi2 telah usaha masukkan keyakinan kalimah ini pd manusia. ada nabi dihantar utk keluarga, ada utk satu kaum, ada utk satu negeri. akhir sekali Allah s.w.t telah hantar nabi s.a.w utk usaha masukkan keyakinan. kalimah pd seluruh mansuia seluruh alam sampai hari kiamat. nabi s.a.w telah buat usaha selama 23 thn. selepas nabi wafat – tiada nabi lain akan dihantar. Allah telah serah t/jawab kerja/usaha nabi pd setiap umat. Masukkan keyakinan dlm hati Allah yg buat segala2nya. Allah adalah zat yg maha esa dan maha tinggi. Zat yg tiada permulaan dan tiada kesudahan. Allah yg telah ciptakan segala2anya. 

Allah yg memelihara semua makhluk. Masukkan keyakinan ini dlm hati kita dan hati seluruh umat seluruh alam hingga hari kiamat. Dulu – t/jawab ini diberi pd nabi2. Sekarang – t/jawab ini diberi pd seluruh org islam, lelaki, wanita, kanak2. Bila kita jadikan kerja ini t/jawab – Allah akan hidupkan agama, Allah akan sebarkan hidayat, Allah akan hancurkan batil. Dari masjid - bentuk jemaah sempurna ke seluruh alam. Bergerak ke seluruh alam dan sediakan org islam bergerak ke seluruh alam. Bila kita ucap kalimah – kita bert/jwb. 

T/jwb yg besar yg telah diberi pd nabi telah diberi pd umat. wahai manusia di seluruh dunia – ucaplah kalimah  lailahaillallah. muhammadur rasullah – pasti kamu akan berjaya. kita dihantar utk kerja ini. bila sahaja ucap kalimah lailahaillallah muhammadurasullah – kita kena menjalani kehidupan kita ikut kehendak/keinginan Allah s.w.t dan cara nabi s.a.w. kita tak boleh menjalani kehidupan ikut kehendak hawa nafsu kita. patuhi perintah Allah dgn cara nabi s.a.w dan bergerak ke seluruh alam. bila taat perintah Allah dgn cara nabi s.a.w – Allah akan bagi kejayaan dunia dan akhirat kekal selamanya. dunia sementara dan ringkas. akhirat kehidupan sebenar. bina akhirat kita dan bina akhirat umat. letak kehidupan akhirat di depan. kehidupan dunia sgt sementara.

apakah t/jwb kerja nabi? Apakah t/jwb kita? Mula2 kena bina iman dan betulkan yakin. Usaha atas kalimah lailahaillallah muhammadurasullah. Hari2 bagi dakwah. Dakwah adalah perintah Allah yg pertama dan utama. 11 thn di mekah hanya perintah dakwah. thn ke 12 baru ada perintah solat. perintah2 lain semua turun di madinah. buat dakwah dan bentuk jemaah secara masjid. buat dakwah secara ijtimaiyat. pasang-pasangkan dan bahagi kawasan. di kpg kita ada ribuan rumah. di kpg kita ada ribuan lelaki akil baligh. sediakan org islam buat dakwah. buat dakwah dari pagi sampai petang. pergi pintu ke pintu, lorong ke lorong, kedai ke kedai. setiap hari ambil karguzari setiap regu. bila buat dakwah iman jadi kuat dan mantap – dekat dgn Allah. soalan pertama dlm kubur berkenaan iman yakin. malaikat munkar dan nangkir akan soal ‘ma rob buka’. semua kita akan di soal. kalau iman betul – dpt jawab - ‘Allah hu rob bi’. kalau iman tak betul – tak boleh jawab – ‘la ad ri’ – saya tak tahu. inilah kerja setiap org islam. 

Inilah kerja jemaah masjid. inilah kerja nabi s.a.w. Allah khaliq - maha pencipta. Allah cipta semua makhluk. Makhluk yg dpt dilihat dan makhluk yg tak dpt dilihat. Allah cipta keadaan – aman, damai, peperangan, suka, duka, susah, senang. Keadaan dtg dari Allah. Satu masa nanti – Allah akan hancurkan dunia ini. Hari2 kena cakap kebesaran Allah. Hari2 kena buat dakwah. Semasa tafakud utk org yg nak pergi negara jauh–soalan yg ditanya ialah ‘ada buat dakwah hari2’. Berapa jam buat dakwah setiap hari? Jgn tanya ada duit atau tak. Org yg nak pergi negara jauh kena yakin dgn Allah. Bukan yakin dgn duit, kepandaian, kebolehan. Ada 7 bilion manusia. Hanya 1.5 bilion org islam. Semua mrk perlu disediakan utk buat dakwah. Dan yg 5 bilion lagi kita kena menangis supaya Allah bagi hidayat pd mrk. Inilah risau bimbang nabi. Lagi besar t/jwb kita ambil–lagi besar bantuan Allah. Bantuan Allah berkadar dgn t/jwb yg diambil. 

Bila ada hajat – kita beri tumpuan pd Allah. Minta dgn Allah melalui solat. Usaha atas solat – solat yg kyusuk dan khuduk – dan doa pd Allah. Di zaman umar - Saad bin abi waqas bersama 10,000 sahabat telah berjln dia atas sungai dgn perantaraan solat. Allah tak perlu belah sungai kpd 12 lorong spt yg Allah buat pd musa a.s dan bani israil. Abu ala’ hadrami bersama jemaahnya telah bergerak dari saudi ke bahrain – mrk telah berjalan atas laut. Semua ini berlaku bila kita buat keputusan kerja nabi adalah t/jwb kita. Dgn sabar dan solat – Allah bantu kita. Setiap hari buat dakwah. Bentuk jemaah/regu/pasang. Bagi lorong/kawasan. Pergi setiap rumah. Jumpa setiap lelaki. Jgn tinggal satu rumah pun. Jgn tinggal satu lelaki pun. Sediakan mrk utk buat kerja nabi. Bawa mrk tunai/cash ke masjid. Wujudkan majlis iman – cakap kebesaran Allah – sifat2 rububiah Allah. Nafikan selain dari allah. 

Duit, harta, emas, kebun, kilang, industri, tentera, senjata, kerajaan, pemerintahan – tak boleh bagi menafaat dan mudharat. Cakap perkara mughibat – kubur, mahsyar, sirat, syurga, neraka. Setiap masjid adalah cabang masjid nabawi zaman nabi s.a.w. Setiap rumah adalah cabang masjid. Setiap masjid kena fikir utk hantar jemaah ke seluruh alam. Ini adalah fikir, risau, bimbang nabi s.a.w. Ini adalah fikir ygada di masjid nabawi zaman nabi s.a.w. Fikir ini juga kena ada dlm rumah kita. Setiap ahli keluarga kena ada fikir alami. Setiap masjid hidup dgn amal 24j spt masjid nabawi. Setiap rumah org islam kena ada amalan masjid. Halaqah dakwah, taklim fadail, taklim masail, baca quran, zikir, mesyuarat, hantar jemaah. Org lelaki belajar masail dan sampaikan pd wanita di rumah. Wanita solat awal waktu, tahajjud, baca quran, zikir dan doa setiap malam. Fikir dan amalan masjid nabawi kena ada di masjid dan di rumah kita. Seluruh umat bertanggungjawab atas setiap umat. Setiap umat bertggjwb atas seluruh umat. org islam adalah umpama satu badan. mana2 org islam di hujung2 dunia meninggalkan sebahagian agama – kesan akan terkena pd kita walaupun kita sedang tawaf di baitullah. setiap masjid bertggjwb atas seluruh masjid di seluruh alam. seluruh masjid di seluruh alam bertggjwa pd setiap masjid. kena hantar jemaah ke seluruh alam – org islam di pinggir kemurtadan. 

Letak seluruh alam di depan kita. anak/isteri pun kena ada fikir/risau ini. inilah takazah. berapa org dah islam? Yg dah islam berapa yg dah buat kerja agama? Berapa yg dah jadikan kerja nabi maksud hidup? Bila buat usaha–baru agama akan dtg dan kemudian kejayaan akan dtg. Mana negara yg belum dihantar jemaah? Mana negara yg belum dtg ke masjid kita? Bila buat usaha dgn tertib yg betul–dari masjid kita jemaah dihantar ke seluruh alam dan jemaah dari seluruh alam akan dtg ke masjid kita. Nabi s.a.w dan masjid nabawi adalah contoh yg terbaik sampai hari kiamat. 10 thn di madinah–150 jemaah telah dihantar ke seluruh alam. masjid nabawi telah tunaikan takazah seluruh alam. nabi sendiri telah bersama dgn 25 jemaah. secara purata sahabat telah keluar tinggalkan madinah selama 4B setiap thn. keluarkan jemaah 3H, 40H, 4B secara masjid. 

Keluarkan jemaah masturat secara masjid. ini yg dinamakan masjid wali jamat. perintah dakwah atas semua org islam. dakwah bukan utk org tabligh sahaja. tabligh bukan satu persatuan, puak, kaum. tabligh adalah kerja umat. dahulukan kerja dakwah. kemudiankan keperluan–anak, isteri, makan, minum, pakaian. keperluan perlu di ringkaskan/sederhanakan. kita adalah umat nabi–kerja nabi adalah maksud hidup. Kita buat 5 amal dan sediakan org utk buat 5 amal. ½ hari dimasjid–½ hari utk keperluan. ½ malam di masjid–½ malam di rumah. 8 jam utk keperluan, 8 jam utk keluarga, 8 jam utk kerja agama. 2 ½ jam adalah darjat yg paling rendah. kena tingkatkan kpd 8 jam. walaupun kita buat banyak  kerja–tapi anggaplah ia masih sedikit. kalau buat sedikit - kesan pun sedikit–sedikit perubahan. sedikit org solat, sedikit org puasa, sedikit org bayar zakat. korban macam sahabat telah korban. agar agama dtg kpd tahap yg Allah mahu. tahap yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w. dgn usaha/korban yg sempurna–maka agama yg sempurna akan dtg. agama sempurna dari segi iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. 

Bila korban macam nabi dan sahabat – pintu hidayat utk org bukan islam akan terbuka.berduyun2 org masuk islam. bila? Bila buat usaha sptmana yg Allah kehendaki. Allah amkan hidayat dan Allah hancurkan batil hingga ke akar umbi. Malam markaz adalah mlm perhimpuan mingguan jemaah masjid. Dtg secara jemaah masjid. Ambil takazah, sempurnakan takazah, fikir takazah. Usaha kan jemaah tunai setiap minggu. Dgr hayatus sahabah. Iktikaf–dijauhkan dari api neraka sejauh 3 parit. Maksud mlm markaz bukan utk dgr bayan yg sedap/berapi. Cara nabi ialah bergerak. Kaki kena bergerak–jgn guna sms, telefon. Utk maju dlm usaha agama–kena undur ke blkg 1400 thn ke zaman sahabat. Cara yg sama, tertib yg sama. Kita kena terjun/berenang dlm lautan manusia. Setiap malam menangis–doa utk hidayat. Pd hari gasht–doa supaya Allah keluarkan jemaah tunai 40H, 4B. Niat dari gasht 1 dan gasht 2–keluar jemah tunai. Bentuk jemaah dari masjid ke negara jauh. Kalau tak pergi negara jauh–anggaplah kita belum buat kerja ini. Bagi fadilat khuruj supaya org suka nak keluar di jln Allah. Tingkatkan korban 4B setiap thn, 10h setiap bulan, 8jam setiap hari. Siapa sedia, 4B negara jauh tunai.

No comments:

Post a Comment