(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL 2013). Usaha dakwah adalah kerja yg diberi pd nabi-nabi. Kerja yg sama telah diberi pd umat nabi s.a.w. Kita kena buat keputusan ini adalah kerja kita. Bila kita sentiasa buat kerja ini, maka bantuan Allah akan sentiasa bersama kita 24 jam. Nabi2 dibantu oleh Allah dlm setiap keadaan. Perhatian Allah pd nabi2 dlm setiap masa. Apa yg terlintas dlm hati pun Allah tahu. Allah mendengar dan melihat. Allah tahu kehendak dan kemahuan kita. Atas dasar yakin inilah, Allah hantar kita. Utk takazah agama – saya kena dahulukan kerja ini. Walaupun kita pergi utk buat keperluan kita tapi kita kena letak kerja agama dihadapan. Dalam urusan keperluan pun kita kena buat dakwah, taklim, ibadat, khidmat. Jadikan azam nizamuddin fokus kita dan risau kita. Macam mana azam nizamuddin dpt disempurnakan.
Buat usaha agama dgn gembira. Bila ambil t/jwb maka sifat malas akan hilang. Buat usaha dakwah utk dtgkan sifat3 org mukmin dlm diri. Maksud jor ialah bagaimana agama dan usaha agama dpt ditingkatkan. Maulana Ilyas rah. kata ada 2 sifat yg penting i.e sifat pertama dan sifat ke-6. Bila buat dakwah, semua sifat yg lain (sifat ke-2 hingga ke-5) akan dtg. Azam nizamuddin belum tercapai–kita kena risau. Abu Bakar r.a risau krn agama telah berkurangan. Belum lagi risau pasal kerja agama berkurangan. Baru risau pasal agama berkurangan. Apa maksud agama berkurangan? bayar zakat tanpa tali. Amal yg dibuat tak sama dgn amal di zaman nabi s.a.w. Apa kesan jemaah 3H berkurangan? Bukan masalah tak buat tak ape, tak dtg gasht tak ape. Maulana Saad kata 5 amal bukan program.
Amalan agama bukan program. Solat bukan satu program. Solat adalah perintah Allah. Usaha dakwah adalah perintah Allah. Gasht adalah perintah Allah. Dan dakwah keseluruhan agama akan hidup. Doa tak diterima bila dakwah ditinggalkan. Dlm setiap masa, berbilion nikmat Allah kita perlukan. Tanpa bantuan Allah, semua tak akan berlaku. Macam mana kita perlu bantuan Allah? Apa formula? Intan surullah hayansurkum, wayusabbit aqdaamakum. jika kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH pasti akan membantu kamu. Bila ambil takazah agama, Allah akan buat org tak suka dgn kita pun akan redha dgn kita. Jgn buat kerja dgn semangat–pahala sedikit . Semangat adalah makhluk.
Bila buat usaha dgn semangat maka satu hari nanti akan tinggalkan kerja agama. Maulana Jamshed kata : buat usaha agama kerana ini adalah perintah Allah. Maka Allah akan bagi 2 kali ganda pahala. Buat usaha agama dgn yakin ini perintah Allah. Didik isteri dan anak dgn asas yg betul. Dahulukan takazah agama. Dtg jor kerana perintah Allah. Duduk dlm bayan kerana perintah Allah. Dengar bayan krn perintah Allah. Kita bergerak dgn apa yg diiklan disini. Buat dgn taat. Setiap ketaatan adalah zikir. Zikir telinga – dengar. Zikir otak – fikir. Zikir lidah – lafaz. Zikir hati – tawajjuh pd Allah. Semoga Allah terima jor kita.
No comments:
Post a Comment